Bercerita adalah hal yang menggembirakan bagi sesetengah wanita. Mereka suka bercerita mengenai hal adik-beradik yang lain. Ada juga yang suka bercerita tentang pakaian atau kasut yang baru dibelinya.
Gadisku, hal sebegini tidak sesuai kamu perkatakan ketika si dia ada denganmu. Walaupun pada mulanya si dia tertarik dengan hal yang kamu ceritakan, lama-lama si dia akan menjadi bosan mendengarnya.
Kamu perlu kurangkan bercerita hal yang tiada kaitan dengan kamu berdua. Sekiranya si dia suka berbual denganmu tentang hal pelajaran atau hal di tempat kerja, cukup sekadar kamu kongsikan dengannya apa yang mahu didengar.
Bukan pula menjadi satu kesalahan jika kamu bercerita hal-hal lain kepadanya, adakalanya ia juga membantu merapatkan hubungan kamu berdua. Tetapi, pada kebanyakan waktu, ia boleh menjadi sesuatu yang tidak baik. Terutama akan membuatkan si dia cepat bosan denganmu.
Seperti yang kamu ketahui, wahai gadis. Wanita sering dilabel sebagai orang yang banyak bercakap. Mahukah kamu juga dilabel sedemikian Sudah tentu tidak. Tiada siapa yang mahukannya.