FIZIK-LAH! - 30
Konsep melihat warna masih sama seperti melihat objek. Cuma bagaimana warna manifestasi pada retina

Matahari memberikan cahaya pada Bumi. Untuk memahami konsep warna, cahaya matahari perlu dilihat dalam bentuk gelombang. Cahaya ini mempunyai dua sifat, iaitu zarah dan gelombang. Tetapi, cahaya tak boleh jadi kedua-duanya apabila dicerap. Dia kena jadi salah satu daripada sifat tersebut. Perbincangan lanjut berkenaan sifat cahaya ini akan dijelaskan di topik akan datang.

Cahaya mempunyai tujuh spektrum warna, iaitu violet, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Violet mempunyai frekuensi yang paling tinggi antara tujuh warna tersebut dan merah adalah yang paling rendah. Kalau cahaya matahari tidak mempunyai spektrum warna ini, maka sebenarnya kita tidak dapat melihat warna objek. Warna merupakan sifat fizikal cahaya itu sendiri.

Pada retina mata, terdapat dua jenis sel yang mengesan kehadiran cahaya iaitu kon (cone) dan rod. Kon adalah bahagian yang bertanggungjawab menerima spektrum warna tadi. Walaupun spektrum warna mempunyai tujuh jenis, kon hanya dapat mengesan tiga jenis cahaya iaitu merah, biru dan kuning.

Apabila gelombang spektrum cahaya merah masuk ke dalam mata, kon yang sensitif dengan warna merah akan aktif. Apabila spektrum biru masuk ke dalam mata, kon yang sensitif dengan warna biru akan aktif.

Tetapi, bagaimana manusia dapat melihat warnawarna selain tiga warna tersebut

Apabila spektrum hijau masuk ke dalam mata, kon yang sensitif dengan warna biru dan kuning akan diaktifkan kerana warna hijau adalah gabungan warna biru dan warna kuning. Kalau spektrum violet masuk ke dalam mata,kon yang sensitif dengan warna merah dan biru akan diaktifkan kerana warna violet adalah gabungan warna merah dan biru.

Asasnya, warna-warna selain daripada tiga warna asas dapat dikesan oleh kon apabila warna-warna ini terdapat sedikit persamaan dengan warna-warna asas tersebut. Warna hijau hampir dengan warna merah dan warna kuning.

Rod bertanggungjawab menerima cahaya yang sedikit, terutamanya pada waktu malam yang tidak banyak cahaya. Rod membantu penglihatan pada waktu malam dan ia lebih sensitif daripada kon. Rod tidak memainkan peranan dalam pembentukan imej warna pada retina. Sebab itu pada waktu malam yang kekurangan cahaya, warna pun kelihatan kabur-kabur juga.

Apabila cahaya memancar pada objek, objek akan memantulkan spektrum warna yang sama dengan objek tersebut. Spektrum-spektrum warna lain akan diserap dan bertukar menjadi haba. Objek yang berwarna merah akan memantulkan spektrum cahaya merah dan menyerap enam spektrum cahaya yang lain.

Objek yang berwarna putih akan memantulkan semua spektrum cahaya dan objek berwarna hitam akan menyerap semua spektrum cahaya. Sebab itulah memakai baju putih lebih menyelesakan dan memakai baju hitam sangat tak menyelesakan pada waktu panas.