Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 31
BAB 31

ORANG ramai bersesak-sesak di ruang balai ketibaan. Felisha terjenguk-jenguk ke arah pintu keluar. Tak sabar bertemu dengan abang kesayangan.

Mama, mana abang ni Felisha jenguk lagi.

Sabarlah..kan flight dia dah mendarat. Tengah tunggu bagasi la tu. Puan Bainun senyum. Memang sejak kecil, Felisha rapat dengan Fakrul.

Felisha mundar-mandir di situ. Sesekali dia jenguk ke arah pintu keluar.

Mama! Tu abang! Felisha melambai-lambai ke arah Fakrul yang muncul di muka pintu bersama kak Arini.

Mereka mula berpelukan.

Arini dan Fakrul sihat Puan Bainun peluk menantunya. Arini.

Alhamdulillah mama. Wah! Sha pun dah makin cantik nampak. Maklumlah orang tengah berdarah manis. Usik Fakrul, sempat cubit hidung Felisha.

Felisha hanya senyum hambar. Manis apanya Tawar dan kelat dah rasanya!

Arini sihat Puan Bainun usap perut Arini yang sudah agak besar.

Alhamdulillah... Arini senyum. Dia jeling Fakrul di sebelahnya.

Mana papa Fakrul pandang kiri kanan.

Papa ada meeting. Sekejap lagi dia balik. Puan Bainun senyum.

Mereka sekeluarga mula menaiki kereta dan meluncur laju ke arah Damansara Heights.

TIBA di rumah, Felisha sudah siap dengan masakan kampung kegemaran Fakrul. Ayam masak lemak cili padi, sambal belacan, ulam pucuk pegaga, sambal udang petai dan tak lupa kerabu mangga.

Wah! Ni dah bagus! Siapa masak ni Fakrul cepat-cepat tarik kerusi. Dia ambil seekor udang dan diratah.

Kalau ya pun..basuhlah tangan dulu. Puan Bainun senyum. Tak sempat-sempat anak aku ni.

Arini, makanlah.Encik Zainuddin hulur pinggan lauk kepada menantunya.

Abanglama lagi ke abang kat UK tu Felisha suap nasi ke mulut. Dia pandang Fakrul tidak berkelip.

Hujung tahun ni habislah. Kenapa Fakrul senyum. Hampir dua tahun tak jumpa Felisha, rindunya pada adik kesayangannya itu.

Oh..tak adalah. Sunyi la. Kalau abang ada kat sini kan best. Felisha sengih. Dia tambah nasi ke dalam pinggan Fakrul.

Alah..ada tunang pun nak berkepit dengan abang lagi Usik Fakrul lagi.

Tunang bukan tiket nak berkepit. Haram! Felisha mencebik.

Wah..adik kesayangan abang ni dah pandai bab hukum hakam ni. Pakai pun dah lain. Cantik pakai skirt labuh dan blaus longgar ni. Sweet sangat! Puji Fakrul melihat Felisha manis dengan fesyen sekarang ni. Tak ada lagi seluar jeans ketat dan blaus ketat.

Haah laSha nampak lagi manis dan cantik bila pakai macam ni. Akak pun suka tengok. Arini mencelah.

Puan Bainun dan Encik Zainuddin masing-masing senyum meleret. Bersyukur dengan perubahan Felisha.

Felisha senyum malu.

Oh ya, Fakrul dan Arini cuti berapa lama Encik Zainuddin mula mencelah.

Tiga bulan papa. Fakrul senyum sambil menjeling Arini di sebelah.

Kalau macam tu, tidur sini la seminggu dua. Lepas tu bolehlah ke rumah orang tua Arini pulak. Puan Bainun pandang Fakrul yang penuh berselera menjamah nasi.

InsyaAllah mama. Kami pun ingat macam tu jugak. Arini senyum.

Kalau macam tu, kita pergi bercuti nak Felisha mengusul cadangan.

Hmm..sounds good! Nak pergi mana Fakrul turut teruja.

Up to you! Kalau ikutkan Sha, Sha nak pergi Penang. Dah lama tak pergi sana. Mandi laut ke.. Felisha pula mencadangkan tempat.

Boleh jugak tutapi abang rasa nak pergi Cameron Highlands.. Fakrul sengih.

Alah abang nidah tak biasa ke dengan cuaca panas Nak cari tempat sejuk je Felisha mencebik.

Puan Bainun dan Encik Zainuddin serentak ketawa. Fakrul dan Arini turut tersenyum.

Bukan macam tu sayang oiabang dah lama tak ke sana. Lagipun kak Arini ni tak pernah lagi pergi Cameron Highlands tu. Abang dengar kat sana ada satu restoran yang sedap masakannya.

Felisha diam. Teringat restoran Pak Nik Ikan Bakar yang dia dan Fariz pernah berkunjung dulu.

Err..maksud abang..restoran ikan bakar tu ke Felisha tanya semula Fakrul.

Abang pun tak tahu tapi kalau Sha tahu, baguslah. Tak adalah kita melilau mencari nanti. Fakrul senyum lebar. Hmm..adik aku ni serba tahu. Dia pergi makan kat sana dengan siapa

Kalau pasal kak Arini, Sha ikut je. Bila kita nak pergi Teruja Felisha.

Aik! Dah tak sabar ke nak pergi Usik Encik Zainuddin.

Mestilah papa. Bolehlah Sha pesan dan beli bunga sekali kat sana. Stok bunga yang ada kat kedai pun dah tinggal sedikit je. Felisha sengih. Nasi dalam pinggan dihabiskan.

Oh ya, terlupa pulak. Macam mana kedai bunga Sha Maju ke atau tak ada orang beli bunga Usik Fakrul.

Abang ni! Ingat Sha buka kedai bunga tu macam main masak-masak ke Satu hari, Sha dapat lebih dua ribu tau! Felisha bangga bila bercakap soal kedai bunganya yang semakin maju berkembang.

Ya Tahniah! Nanti abang nak tengok kedai Sha boleh Fakrul jeling Felisha yang dah kembang hidung. Puji sikit dah tersengih-sengih.

Esok pun boleh! Felisha semakin teruja.

FAKRUL senyum melihat kejayaan Felisha menguruskan kedai bunga. Matanya segar melihat keindahan dan bau wangi aroma bunga yang terdapat di kedai bunga tu.

Hmmbagus jugak adik aku ni letak informasi kat dinding ni. Fakrul baca satu persatu maklumat berkenaan bunga yang dijual di situ.

Bunga Dahlia (30 spesies)

Nama saintifik: Asteraceae,

Asal: Mexico.

Penanaman: Melalui ubi, keratan batang dan tunas.

Jenis popular: Dahlia 'Adelaide Fontane', Dahlia 'Appleblossom', Dahlia 'Arabian Night', Dahlia 'Art Deco' dan Dahlia 'Aurora's Kiss'.

Bunga Tulip (100 spesies)

Nama saintifik : Famili : Liliaceae. Genus : Tulipa

Asal : Asia Tengah

Penanaman : Biji

Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah), Monte Carlo (kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu).

Berasal dari Turki dan dibawa masuk ke Belanda

Fakrul senyum lebar. Bila baca nama tulip ni, teringat pula sahabat baiknya yang dipanggil Encik Tulipo.

Abang! Jauh mengelamun

Fakrul menoleh. Felisha sudah tersengih kerang di sebelahnya.

Tak..abang baca informasi ni. Bagus juga Sha buat macam ni. Orang yang buta pasal bunga macam abang ni, dapat juga pengetahuan sikit. Fakrul mendongak semula melihat informasi yang ditampal di dinding.

Tu pun ada yang belum siap lagi bang. Abang nak makan tak Dah nak tengah hari ni Felisha jeling jam di pergelangan tangan. 12.30 tengah hari.

Boleh jugak!

Felisha dan Fakrul beriringan keluar dari kedai bunga menuju ke restoran Selera Kampung di hujung bangunan.

Kenapa abang datang sorang je Tak ajak kak Arini sekali Felisha mengunyah ikan tilapia goreng yang dicicah bersama sambal belacan. Digaul dengan nasi putih. Berpeluh makan.

Dia tak berapa sihat. Muntah-muntah. Fakrul menjawab selamba.

Lupa pulak yang kak Arini tu hamil. Hmm..tak sabar nak dapat anak buah. Felisha kenyit mata.

Sha tu..sejak abang balik ni, abang tak jumpa lagi tunang Sha. Takkan nak sorok sampai nikah kut.. Fakrul turut kenyit mata.

Felisha senyap. Moodnya terus hilang bila menyentuh soal Tajdid. Sampai saat ini tiada rasa kasih dan cinta untuk jejaka itu.

Kenapa diam

Err..tak..tak ada apa.. Felisha menghabiskan meratah ikan tilapia goreng.

Oh ya! Sha tinggal rumah bujang kan Tinggal dengan siapa

Kawan..kebetulan masa tu Sha nak cari housemate. Kami tinggal bertiga je. Tak naklah duduk ramai-ramai dalam rumah tu. Pening nanti. Macam-macam perangai nanti. Felisha meneguk jus limau dengan asam boi. Menyegarkan bila diminum dalam cuaca terik macam ni.

Ohabang bukan apa. Kawan tu kenalah betul. Kita tak tahu hati budi orang ni. Kalau satu kepala okey la. Fakrul bingkas bangun dan basuh tangan. Dia kembali ke tempat meja. Teh tarik dihirup perlahan.

Abang ni..tengahari macam ni pun minum teh tarik Felisha gelak.

Abang rindu dengan teh tarik ni. Kat sana mana ada semua ni! Fakrul sengih. Matanya menala pula ke luar restoran. Ramai juga pengunjung singgah di kawasan lot kedai ini. Ehaku macam kenal je mamat tu.

Tulipo!!Laung Fakrul kuat.

Felisha berpaling. Tulipo Abang aku ni panggil siapa Panjang lehernya memerhati siapa yang dimaksudkan Fakrul.

Hei! Tulipo!! Fakrul bingkas bangun. Laju langkahnya menuju ke tempat letak kereta.

Felisha hanya memerhati dari tempat meja makan. Alamak! Itu kereta Fariz! Abang aku panggil Fariz ke tadi Felisha menundukkan wajah. Dia capai surat khabar yang kebetulan ada di meja sebelah. Surat khabar tu diangkat tinggi sehingga menutupi kepalanya. Sesekali dia mengintai abangnya berborak dengan Fariz.

Haishmacam mana abang aku kenal mamat tu Lama Felisha termenung. Surat khabar masih diangkat tinggi. Tak nak Fariz nampak dia ada di situ. Buatnya Fakrul tunjuk ke arahnya. Aku dah la tak nak jumpa lagi mamat tu.

Adik, kenalkan! Ni kawan satu universiti abang dulu, Fariz!

Felisha makin tunduk. Surat khabar sudah membaluti kepalanya. Aduh! Macam mana ni

Kenapa ni Fakrul sambar surat khabar dari tangan Felisha.

Fariz mencerlung. Dia pandang Felisha dan Fakrul silih berganti. Jadi..Felisha ni adik Fakrul

Err..hai.. Felisha senyum kelat. Aduh! Tu la kau Felisha! Nak elak konon, dah terkantoi! Dia pandang Fariz yang tersengih di depannya.

Hai.. Fariz menjawab ringkas. Amboi! Berhai-hai dengan aku. Macamlah baru kenal!

Kenapa tercegat je ni Duduklah! Kita borak dulu. Minum ke apa ke. Order! Fakrul melabuhkan punggung sebelah Felisha sambil melambai tangan memanggil pelayan restoran.

Fariz tarik kerusi dan duduk agak jauh dari Felisha. Berpura-pura tidak kenal.

Kau buat apa sekarang ni Ipo Fakrul memulakan bicara.

Ipo Eiiyerr!! Felisha masih pasang telinga.

Aku kerja la. Nak belajar macam kau ni..otak aku dah tak boleh terima bro! Fariz sandar di kerusi. Matanya dialih ke arah lain bila bertembung dengan mata Felisha.

Kau kerja dengan papa kau ke

Fariz angguk.

Hmm..bagus tu. Lagipun, syarikat papa kau tu ada juga kaitan dengan bidang yang kau ambik. Macam aku ni, lepas habis belajar nanti, aku pun ingat nak teruskan kerja dalam bidang engineering ni. Alhamdulillah, aku dapat separuh gaji. Lepas tamat belajar ni aku kembali kerja di SIRIM semula. Fakrul sua minuman yang telah sampai kepada Fariz.

Ojak, macam mana kau boleh minat nak sambung belajar ek Fariz pandang Fakrul yang nyata berseri-seri mukanya.

Ojak Felisha pandang pula Fakrul. Pelik-pelik dia orang ni panggil nama.

Kebetulan. Isteri aku nak sambung belajar. Jadi, aku pun sambung la jugak sambil aku bekerja part time di sana. Takkan aku nak duduk melangut temankan dia. Kau macam mana Fakrul sengih lagi.

Macam mana apa Fariz tak faham. Dia teguk milo ais dalam gelas.

Nikah Bila kau nak nikah

Air yang diteguk Fariz tersembur keluar. Terkena tudung Felisha.

Felisha jeling tajam. Hish! Geram aku mamat ni! Sengaja la tu! Dia sapu dengan tisu dari atas meja.

Maaf..tak sengaja. Selamba Fariz berkata. Dia pandang seketika ke arah Felisha.

Tu la..dulu aku nak kenalkan kau dengan adik aku ni, banyak kau punya alasan. Sekarang kau dah melepas tau! Adik aku dah bertunang pun. Fakrul teguk lagi teh tarik.

Felisha cubit lengan Fakrul.

Fariz jeling Felisha yang tunduk semula. Tiada sepatah apa pun keluar dari mulutnya.

Ehem! Yang kau tenung tu, dah jadi tunang orang! Fakrul berdehem kecil.

Fariz senyum kelat. Dia habiskan milo ais. Matanya dialih ke arah lain.

Eh, Melissa macam mana

Sekali lagi Fariz tersedak. Terbatuk-batuk.

Felisha mendongak. Menunggu jawapan dari mulut Fariz. Nak tahu jugak siapa minah tu pada Fariz.

Kau masih ingat minah gedik tu Fariz tanya balik Fakrul.

Mestilahmana kau pergi, dia mesti ada. Aku rasa dia tu minat kat kau la Ipo.Kali ini Fakrul pula mengusik Fariz.

Elok jugak dia minat kat aku, ya laorang kata nikah dengan orang yang sukakan kita tu lebih bermakna tapi ya la..nak buat macam mana, hati aku pulak yang tak boleh terima minah tu.. Fariz sekali lagi jeling Felisha yang memandangnya tidak berkelip.

HmmMs.Specky kau macam mana Dah jumpa Fakrul teringat gadis misteri yang dipuja Fariz dulu.

Tak.. Fariz menjawab malas.

Habis tukau suka siapa Sherry Tanya Fakrul lagi.

Felisha hanya pasang telinga. Matanya menatap halaman suratkhabar tapi telinga menadah mendengar perbualan Fakrul dan Fariz. Ms. Specky Sherry

Dia tu kan dah bertunang!

Lupa pulak! Hmmha..Oleen Aku tengok masa study group dulu, dia selalu tenung kau. Aku rasa dia ada hati kat kau Ipo! Fakrul sengih.

Hish kau ni! Kau study buku ke study orang Kalau dia suka pun, aku ni bukan suka sangat cintan cintun ni. Rimas! Fariz sandar di kerusi.

Sempat lihat riak Felisha. Wajah Felisha sudah berubah rona. Soalan Fakrul mengingatkannya pada gadis misteri masa di kampus dulu. Gadis yang dalam diam menjadi perhatiannya. Sampai saat ini, dia tidak berani menegur dan meluahkan rasa hati sehinggalah dia berjumpa dengan Felisha.

Uih! Berapa ramai perempuan yang minat dia ni Felisha jeling Fariz. Dia cepat-cepat alihkan matanya ke arah lain. Fariz sedang merenungnya tajam.

Sampai bila kau nak membujang macam ni

Sampai aku rasa puas. Dulu ada orang tu luahkan perasaannya pada aku tapi entah puting beliung mana yang tiup, cintanya beralih arah. Dia terima lelaki lain. Fariz jeling lagi Felisha yang sudah mengetap bibir.

Maksud kau Aku tak faham.. Fakrul pula garu kepala.

Tak penting. Ehmacam mana pulak kau boleh nikah dengan Arini Dia satu universiti kita jugak ke Fariz ubah topik lain. Puas bila melihat riak Felisha yang seolah menahan geram.

Yadia ambil jurusan perakaunan sama macam Felisha ni. Fakrul senyum. Matanya melirik pada Felisha.

Pantas Fariz pandang Felisha semula. Satu kursus Minah bunga ni sama univerisiti aku jugak ke

Jadi..adik kau ni sama universiti dengan kita ke Fariz menelan liur. Bermakna Felisha juga kenal Melissa.

Fakrul angguk. Kenapa

Err..tak ada apa. Fariz kembali teguk minuman.

Tu la kaumasa kita tahun akhir, adik aku ni masuk tahun dua. Masa tulah aku nak kenalkan dia dengan kau tapi masa tu kau asyik berkepit dengan Melissa tu. Fakrul ketawa kecil.

Pembetulan! Melissa yang mengendeng. Aku tak layan pun. Adi tu, dia suka sangat kat Melissa tu. Fariz mengetap bibir.

Cakap pasal Adi ni, dia kat mana sekarang ek Fakrul semakin teruja.

Dia jadi engineer kat Shell. Fariz turut senyum.

Err..abang, abang boraklah dulu. Sha nak ke kedai. Kesian Ainul tinggal sorang. Felisha bingkas bangun. Dia sengaja tak nak berlama di situ. Buatnya Fariz tanya mmcam-macam nanti.

Okey! Malam nanti jangan lupa masak kuzi ayam untuk abang! Fakrul senyum.

Fariz hanya melihat Felisha meninggalkan restoran itu dengan ekor mata. Teringat masakan kuzi ayam Felisha masa di kampung dulu. Memang sedap dan menepati tekaknya.

Kau pun suka kuzi ayam ke Fariz menoleh pula pada Fakrul.

Eh, kenapa kau tanya Kau pernah rasa masakan tu ke Fakrul berkerut kening.

Fariz senyum kelat. Aduh! Kantoi la pulak!

Dulupernah sekali. Fariz berkata tanpa nada perasaan.

Aku memang suka kuzi ayam tambah lagi bila Felisha yang masak. Fuh! Boleh tersandar bro! Fakrul memuji masakan Felisha.

Fariz hanya senyum. Memang tak dinafikan masakan Felisha memang sedap. Sampai opah dan mama sibuk nak belajar dan ambil resepi. Papa pun dah tergoda sama.

Ojakkenapa kau pilih Arini Fariz pandang Fakrul tak berkelip. Masa di universiti dulu, seingatnya Fakrul selalu berkepit dengan Nadia.

Dah jodoh aku. Lagipun, sejak aku putus dengan Nadia, aku tak dengar khabar berita lagi tentang dia. Kau kenal Ben Fakrul mula sugul bila bercerita kisah sedihnya dulu.

Ben Medical student tu keFariz berkerut kening.

Fakrul angguk.

Kenapa dengan dia

Nadia pernah rosak di tangan mamat tu. Fakrul buat isyarat tangan.

Oh..kalau yang tu, aku dah tahu lama dah.. Fariz berkata selamba.

Kau pun tahu HmmBen pernah perkosa Nadia. Dia bubuh ubat tidur dalam minuman Nadia. Dia sendiri beritahu aku. Aku tak nak percaya.

Nadia pulak cuba perangkap aku bila dia didapati hamil. Paling aku tak boleh terima, Nadia menangis meraung pada aku. Merayu supaya aku bertanggungjawab. Bro..lelaki mana yang bodoh nak mengaku macam tu Fakrul sandar di kerusi. Rungkai semula kisah dulu memang memenatkan otak.

Apa jadi dengan Nadia sekarangFariz mula serius. Apa yang dikatakan Fakrul itu semuanya benar. Ben sendiri yang mengaku pada aku yang dia pernah tidur dengan Nadia.

Lepas tamat pengajian, apa yang aku tahu dia terus balik Malaysia. Aku pun tak tahu apa kisah dia sekarang ni. Fakrul mula mengeluh.

Ohmasa aku tengok kau dengan Nadia dulu pun, aku nak jugak tegur kau pasal Nadia tu. Aku pernah terserempak Nadia dengan Ben berpelukan menuju ke sebuah kelab malam. Memang sahlah mamat tu ngap minah tu. Dah senang sangat diusung ke sana ke mari. Dah tak ada perasaan malu aku tengok. Fariz turut mengeluh.

Fakrul diam.

Para alim ulama pernah kata, lebih baik berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang perempuan. Ujar Fariz bersahaja. Teringat satu ceramah yang pernah didengarnya dulu masa di universiti.

Hmm..betul tu. Kalau tak kuat iman, dah lama kita hanyut dalam dunia tak bersempadan. Tambah lagi di negara barat yang rata-rata tidak peduli soal pergaulan. Orang kita yang terlebih-lebih pulak aku tengok. Fakrul turut mengiakan kata-kata Fariz.

Itu namanya cultural shock! Sampai terlopong melihat perempuan mat saleh yang topless. Aku pun mulanya ternganga juga. Yalah..selamba dek je tukar baju depan orang ramai di padang universiti tu. Fariz senyum bila teringat kejadian di depan matanya dulu.

Habis tu, kau pun ambil kesempatan tengoklah Fakrul turut senyum.

Dah tayang free depan mata aku tapi lama-lama aku duduk kat situ..nak muntah pulak aku tengok. Patutlah Islam menyuruh perempuan menutup aurat. Apa yang terselindung itulah yang baik sebenarnya. Fariz habiskan milo ais.

Hmm..sebut pasal malu ni, memang dunia dah akhir zaman. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Pakaian pulak terdedah. Seolah sudah menjadi perkara biasa sekarang ni. Teringat aku sepotong ayat dari surah al-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Kau tengok sekarang ni, Yahudi sudah berjaya menjalankan misinya ke atas umat islam. Mungkin sekarang ni bukan zaman perang tapi mereka guna cara halus untuk merosakkan umat islam dengan cara macam nilah. Perempuan yang seksi kat mana-mana boleh dilihat sekarang ni dan sudah menjadi perkara biasa. Tak ada lagi rasa malu. Panjang lebar Fakrul menutur.

Itu sebenarnya agenda Yahudi untuk menghancurkan umat islam dengan mainan kotor dan taktik jijik mereka. Bukan setakat pakaian dan pergaulan, bahkan makanan juga turut digunakan untuk merosakkan umat islam ni. Tambah Fakrul lagi.

Fariz angguk-angguk. Kau dah semakin soleh la aku tengok. Siap dengan dalil dari Quran lagi. Aku tumpang gembira bro!

Sejak aku nikah dengan Arini, aku belajar semua ni. Alhamdulillah.. Fakrul senyum penuh makna.

Bertuah kau Ojak. Aku pun teringin nak beristerikan perempuan yang solehah tapi ya la..aku sendiri pun masih terkial-kial lagi cari ilmu akhirat. Fariz sedikit rasa rendah diri.

Jodoh tu Allah yang tentukan. Janji kita baiki diri sendiri dan aku pernah baca satu kata mutiara, Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya. Fakrul melepaskan pandangan ke arah luar restoran. Pokok-pokok yang ditanam sepanjang tempat letak kereta cukup meredupkan kawasan sekitar.

Fariz turut melihat ke arah tempat letak kereta. Masing-masing diam membisu seketika.

Kau dah jumpa Ms. Specky tu Fakrul pandang Fariz yang masih melihat kea rah pokok.

Pantas Fariz berpaling. Kau masih ingat

Of course la bro! Telinga aku ni dah tuli sebab selalu kena sumbat dengan cerita gadis misteri kau tu. Fakrul ketawa mengekek.

Entahlah..masih belum jumpa. Entah-entah dia pun dah jadi bini orang sekarang ni. Suara Fariz tak bermaya.

Aku nak tolong pun..aku tak pernah tengok macam mana rupa Ms. Specky kau tu. Kau juga yang tak nak tunjuk. Tahu cerita je! Keluh Fakrul. Memang Fariz kuat berahsia.

Aku bukan apa..dia tak cantik macam gadis lain. Tak pandai bergaya tapi entah macam mana, aku suka kat dia. Aku tertarik dengan dia. Dia sebenarnya lawa dan cantik tapi dia tak tunjuk sangat dia tu lawa. Dia macam ada daya pemikat di mata aku. Fariz berterus terang.

Hmm..susah jugak tu. Kau ada ambik gambar dia tak Mana tahu aku boleh tolong kau carikan minah tu. Fakrul kenyit mata.

Adaaku sempat snap beberapa keeping gambar dia tapi nak buat apa bro. Biarlah! Fariz mengalah. Putus asa.

Kau jangan putus asa bro! InsyaAllah, kau akan jumpa juga nanti. Fakrul beri semangat.

Entahlah..aku ni, kalau bab quantum fizik ke, vector ke, mechanical ke, memang aku boleh faham tapi kalau bab perempuan ni.. Fariz geleng.

Fakrul gelak. Dia turut geleng. Memang Fariz sejak dulu hanya tahu belajar. Bab perempuan Hampeh

Okeylah Ipo! Aku nak balik dulu. Aku ada date dengan bini aku. Fakrul bingkas bangun.

Mereka bersalam sekali lagi. Fariz mula menapak ke keretanya semula.

Sempat Fariz memerhati tingkah Fakrul yang sudah banyak berubah. Kalau aku jadi Fakrul pun, aku akan mengambil keputusan yang sama.

Memang tak dinafikan Fakrul menjadi rebutan pelajar perempuan masa di kampus dulu.

Bertuah kau Ojak. Perempuan yang kejar kau. Aku Entahlah..gadis yang aku suka dulu pun, aku tak berani nak bersemuka apa lagi nak luahkan rasa hati aku ni. Fariz senyum kelat. Penampilannya yang agak lain dari pelajar lelaki yang kebanyakannya pakai kemas dan berambut

pendek tidak mungkin perempuan suka dan ingin rapat padanya. Entah-entah gadis misteri yang aku suka itu pun tak pandang pun walau sebelah mata. Yalahperempuan ni pandang rupa yang kacak dan bergaya saja. Tak macam aku, selekeh!

Tapi hairan jugak..kenapalah si minah gedik tu suka kat aku Fariz garu kepala. Dia kemudian menapak ke keretanya semula. Sempat jeling kedai bunga Felisha.