Dude! I'm Getting Married - 31
BAB 31

SEBULAN berlalu. Jai pandang kalendar di atas meja kerjanya. Baru dua hari dia bekerja di syarikat DeSutera Sdn Bhd. Fail yang berlambak atas meja cuba dihadam satu persatu. Semuanya masih baru baginya. Pening dengan segala nama batik yang terpaksa dihafal. Belum lagi fail akaun yang bertimbun di atas rak.

Aduih..pening macam ni. Kalau nama bakteria tu aku tahu la. Ni nama kain. Sutera klasik la, batik tenun la, batik lukis, entah apa batik lagi! Jai meraup muka. Dia menundukkan wajahnya di meja.

Masuk!

Jai mendongak bila mendengar ketukan di pintu.

Tuan Ikhwan, ada tetamu nak jumpa. Saliza, pembantu peribadi Encik Hamdan dulu tersenyum manis.

Panggil Ikhwan je..saya tak biasa orang panggil saya tuan. Jai senyum.

Tapi saya pulak tak biasa panggil nama je..boleh saya panggil Encik Ikhwan Saliza senyum.

Jai angguk sambil mengukir senyum.

Err..ada tetamu nak jumpa tuan..err..encik Ikhwan. Saliza senyum.

Siapa

Cik Nur Lisa Ahmad.

Lisa ke Jai menggumam.

Err..tak apa..suruh dia masuk. Jai tutup semua fail. Kalau betul Lisa gedik tu yang datang, tak tahu la apa aku nak buat. Gedik minah tu dah macam belalang sawah. Terlompat-lompat!

Hai abang Jai!

Jai mendongak. Dia menelan liur. Memang sah tekaannya tadi. Mana minah gedik ni tahu aku ada kat sini Adoiya!!

Awak buat apa kat sini Jai bingkas bangun.

Takkan nak jumpa buah hati pun tak boleh Selamba Lisa duduk di atas sofa tetamu.

Kalau awak tak ada apa-apa, saya rasa elok awak balik. Jai cekak pinggang.

Sampai hati abang. Saya ni teruk sangat ke sampai nak halau Saya datang cara baik. Lepas kerja nanti, kita keluar makan nak Lisa bingkas bangun. Dia menghampiri Jai di meja pengurus.

Saya gembira sangat sebab saya tak perlu lagi bersaing dengan Seri perasan tu. Seri pun dah bertunang dengan Farid. Lisa paut lengan Jai. Selamba je.

Jai rentap tangannya. Eii..minah gedik ni. Tak faham-faham. Tak reti bahasa.

Awak tak kerja ke Datang ofis orang time macam ni. Jai jeling jam. 11 pagi.

Hari ni saya ambil cuti. Lisa paut lagi lengan Jai.

Err..maaf! Salina yang meluru ke bilik Jai tergamam seketika.

Tak apa..ada apa Salina Jai rentap tangan Lisa. Dia menghampiri Salina yang dah terpacak di muka pintu.

Err..ni fail yang encik Ikhwan minta tu. Salina jeling gadis cantik di depannya. Memang cantik tapi gedik.

Fail bertukar tangan. Jai belek sekilas fail yang dihulur Salina.

Lisa masih berdiri di tepi meja Jai. Memerhati tajam ke arah Salina.

Nanti boleh tak awak ajar saya pasal nama-nama batik ni Jai senyum. Dia jeling Lisa yang masih memandang ke arah mereka.

Boleh..bila

Sekarang!

Err..tapi Encik Ikhwan ada tamu tu Salina muncungkan mulut ke arah Lisa.

Dia bukan tamu saya. Kejap lagi dia balik.

Kalau macam tu baiklah. Saya cari fail nama-nama batik tu dulu. Salina minta diri.

Jai angguk.

Abang Jai! Saya ni macam mana Lisa menghentak kaki ke lantai.

Boleh tak balik sekarang Jai ketap bibir. Ikut hati nak lempang je minah gedik ni. Suka hati je pegang lengan aku.

Jadi tak kita keluar makan Lisa masih tak puas hati.

Bila saya kata setuju Keluar sekarang. Saya banyak kerja. Jai cuba berlembut. Kalau cakap kasar karang, menangis pulak minah gedik ni.

Lisa muncung. Siapa perempuan tu

Perempuan mana

Tadi tu

Apa kena mengena dengan awak Jai dah menyinga. Menyibuk betul minah ni. Dah la datang pejabat aku, terhegeh-hegeh!

Jai buka pintu bilik pejabatnya luas-luas. Lisa terpaksa keluar dari situ. Sempat dia buat flying kiss pada Jai.

Eii!! Geli aku! Jai tutup pintu.

SALINA kembali ke mejanya. Ligat otaknya berfikir siapa gadis cantik yang datang tadi.

Hmmgirlfriend bos aku ke

Hoi! Cakap sorang-sorang ni kenapa Lepat tepuk meja Salina.

Uik! Boleh tak bagi salam ke hapa ke Ni main tepuk je meja aku! Salina mengurut dada.

Tu la kau..sejak bos muda ambik alih ni, kau banyak termenung sekarang ni eh.. Lepat duduk di depan Salina.

Mana ada! Aku fikir benda lainlah! Salina mencebik. Dia susun fail yang dah jatuh berselerak atas lantai tadi.

Benda apa Kau fikir aku ke Lepat sengih.

Tak kuasa aku nak fikir hal kau. Dahlah! Bos nak jumpa aku ni! Salina bingkas bangun. Lepat dibiarkan terkebil-kebil seorang diri di situ.

Lepat pandang Salina tidak berkelip. Sejak bos baru masuk ni, sikap Salina dah berubah. Layan aku pun acuh tak acuh je.

Apa..buruk sangat ke rupa aku ni

PERLAHAN pintu diketuk. Salina melangkah masuk sebaik mendengar suara bos mudanya menyahut.

Ni fail senarai nama batik yang kita pasarkan. Salina hulur kepada Jai.

Jai belek sepintas lalu. Dia persilakan Salina duduk di sofa sementara dia menghabiskan laporan yang dibuat. Dia kemudian menapak ke sofa.

Emm..ni semua fail senarai nama tu Jai belek lagi.

Salina angguk.

Banyaknya mak ai! Mana nak ingat semua ni Jai garu kepala. Dia belek satu persatu.

Salina pandang bos barunya tidak berkelip. Kacak! Memang sah, ada iras hero Korea tu. Orangnya tinggi lampai, dengan rambut sedikit ikal yang hitam pekat, kemas, kening tebal, kulit putih kuning, mata pulak agak sepet. Yang ketara, bibir nipisnya manis walaupun tak senyum.

Ada lagi ke fail macam ni Jai dongak. Dia senyum. Gadis di depannya dah macam kena pukau.

Err..cik Salina Hello!! Jai petik jari beberapa kali.

Hah Err Salina tergagap-gagap. Alamakkenapa dengan aku ni Malunya!

Apa yang awak berangan ni Saya tanya ni..ada lagi ke fail macam ni Jai sengih.

Ni je semua. Dah tak ada lagi.. Salina tunduk malu.

Hmm..ok! Lets start now. Jai buka fail pertama.

Errstart apa encik Ikhwan Salina teragak-agak. Tak faham.

Laaajar saya la. Ajar tentang benda ni semua. Saya tak tahu sangat pasal nama-nama ni. Kalau client tanya, ternganga saya nanti. Malu la kalau bos sendiri tak tahu apa-apa. Jai ketawa. Dia sebenarnya faham dengan gelagat Salina tadi. Dulu, masa di NHES, Seri pun terlopong memandangnya tidak berkelip. Macam mahu tapi malu! Last-last aku yang tergoda, teruja, terjatuh cinta! Tapi aku jugak yang terkecewa!

Oh..maafkan saya. Saya lupa.. Salina tunduk. Eiiapa kena dengan aku ni

Jai senyum. Dia cuba memberi ruang kepada Salina untuk merasa selesa bila berbual dengannya.

Ni batik sutera dari kain jenis chiffon. Ada juga dari jenis kain voile, kapas, organza dan rayon. Kalau yang ni dari jenis jacquard dan juga Crepe Lukis dan Crepe Digital. Salina terangkan satu persatu.

Crepe

Salina angguk. Kenapa Encik Ikhwan

Macam kuih je..apa tu..Durian Crepe tu Jai garu kepala. Macam-macam nama kain ni. Pening aku!

Salina ketawa. Dia faham, bos barunya ni masih muda. Mana nak ambil tahu semua jenis kain ni.

Yang ni pulak, kaftan dan baju kemeja lelaki. Semua nama ada dalam fail tu. Corak batik ni semuanya jenis batik pelangi. Kalau client tanya, tuan belek je fail tu. Saya tinggalkan kat sini. Salina senyum.

Kaftan Apa tu Kain kapan ke Jai sekali lagi garu kepala.

Salina ketawa mengekek. Nampak sangat bos mudanya tak pernah ambik tahu hal batik ni.

Kaftan tu..baju tidur untuk perempuan. Orang sini panggil baju kelawar! Tapi sekarang ni, kaftan tu dah dimodenkan. Dah dibuat macam jubah dengan lengan panjang. Macam saya pakai ni! Untuk pengetahuan Encik Ikhwan, kaftan ni paling laku di sini selain kain ela. Salina jeling Jai yang dah berkerut kening.

Oh ya ke Maaf..saya ni buta sikit pasal kain ni. Alhamdulillah, awak ada. Kalau tak, tak tahulah macam mana saya nak studi sorang-sorang benda ni. Jai turut senyum. Malu pada Salina yang lebih banyak tahu.

Kalau Encik Ikhwan nak tahu lebih lanjut lagi, Encik Ikhwan boleh rujuk kat sana. Salina tuding ke arah komputer di atas meja Jai.

Maksud awak..ada dalam software

Salina angguk sambil menguntum senyum. Terasa dunianya semakin berseri. Tak sangka, bos mudanya sangat peramah. Tidak sombong.

Encik Ikhwan studilah dulu. Kalau rasa tak faham, call je saya. Saya minta diri dulu. Salina bangun. Dia tak selesa berdua dengan bos muda. Kalau dulu dengan Encik Hamdan, dia lebih selesa berbincang bersama. Encik Hamdan dah dianggap macam ayahnya. Malah Encik Hamdan sendiri menganggap pekerja yang lebih muda macam anak sendiri.

Jai angguk. Sikit pun dia tak pandang pada Salina yang mula keluar dari biliknya. Matanya masih melekat pada senarai nama dan jenis kain dalam fail.

Salina menoleh semula ke arah Jai. Jai masih leka dengan fail dan nama-nama batik. Khusyuk.

Aku macam kenal je dia ni

JAI masih leka dengan fail yang bertimbun. Dia kembali ke meja semula. Fail yang diberi Salina tadi dicari di dalam komputer.

Hmm..jenis-jenis batik. Eh! Sejarah batik pun ada jugak ke Ni dah macam nak ambik periksa ni! Jai tenung skrin. Dia klik pada jenis-jenis batik.

Oh..banyak rupanya..aku yang tak tahu selama ni.. Jai sengih. Dia baca satu persatu, ada batik blok, batik tulis, batik skrin dan batik pewarnaan asli.

Emm..batik blok ni rupanya sama dengan batik terap dan batik tulis ni pulak, rupanya batik canting! Patutlah masa aku kecik dulu, mak selalu cakap canting ni. Jai sengih. Dia baca penuh khusyuk.

Adoih..nak ingat semua ni Boleh biul otak aku ni..ni pun dah pening lalat! Jai buka pula fail sejarah batik. Matanya melirik pada setiap ayat.

Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang. Batik blok adalah batik terawal dibuat di Malaysia. Batik yang diterap dengan menggunakan penerapan lilindan penerapan warna. Batik tulis pula dipercayai dari warisan dari Kraton, Jawa.

Fuh! Pening aku baca semua ni Jai tutup fail. Dia bersandar di kerusi. Cuba mencari keserasian di jiwanya.

Masuk! Jai pandang ke arah pintu.

Encik Ikhwan, ada tetamu. Saliza sekali lagi muncul.

Siapa

Encik Farid!

Suruh dia masuk!

Jai sengih. Mimpi apa Koci datang pejabat aku

Wah! Kau dah jadi bos sekarang ni Koci sengih sebaik muncul di muka pintu.

Hei! Koci! Jai bangun. Dia segera menapak ke pintu. Koci dipeluk erat.

Duduk. Duduk! Jai tarik tangan Koci.

Saliza masuk semula membawa dua cawan kopi panas dan kemudian berlalu pergi.

Koci senyum melirik pada gadis manis berbaju kurung yang masuk sebentar tadi.

Jai geleng. Memang Koci susah nak berubah. Pantang lihat gadis cantik.

Siapa tu

Sekretari aku.. Jai menjawab malas.

Sekretari Weh! Syoknya kau! Dahlah cantik, siap buat air lagi untuk kau. Layan apa yang kau nak. Perghh!! Syurga dunia tu bro! Koci sengih. Dia teguk kopi panas perlahan.

Kau ni kanbila nak berubah Seri tu..kau nak letak mana Jai ingatkan Koci.

Alah..aku tengok je. Bukan nak pun..aku masih ingatlah yang aku ni dah bertunang.. Koci sengih. Cawan kopi diletak atas meja semula.

Koci pandang sekitar bilik pejabat Jai yang cukup luas. Lengkap dengan perpustakaan kecil dengan buku-buku berkaitan dengan batik dan juga buku agama. Di sudut kanan pula, ada ruang untuk solat, siap dengan sejadah dan Quran.

Wah! Selesa bilik kau ni Jai. Semua ni hak kau kan

Bukan hak aku..hak ayah aku. Aku kuli je kat sini. Apa kau pun nak kerja macam aku jugak ke Kau kena hafal semua nama-nama batik ni, jenis kain dan bermacam-macam mak nenek lagi lah! Jai sengih. Dia meneguk kopi yang disediakan Saliza.

Sebelum Koci masuk tadi, sempat Jai berpesan pada Saliza menyediakan air kopi untuk Koci.

Tak kisahlah..janji happy! Koci sengih.

Kau datang ni..tak kerja ke

Aku ada site visit tadi kat Sungai Buloh. On the way balik ni, aku singgah la tempat kau ni. Kau pun satu, kenapa nak pindah tak bagi tahu aku Senyap-senyap je kau kerja sini. Koci mencebik.

Benda kecik je..aku tak nak heboh. Lagipun jiwa aku tak serasi lagi dengan benda ni semua. Jai pandang sekitar bilik pejabatnya. Di dinding terhias cantik dengan lukisan batik.

Lama-lama nanti, kau biasalah. Jadi..apa rancangan kau lepas ni Koci sandar di sofa.

Rancangan apa

Masa depan!

This is my future!! Jai tunjuk pejabatnya.

Im not talking about this company! What Im saying is.. your future wife!

Jai terdiam. Tak habis-habis pasal bini! Acik pun sama! Dah nak muntah aku!

Boleh tak kita cerita hal lain Loya tekak aku cerita pasal benda ni tau tak! Jai merengus.

Loya ke..sukaKoci usik Jai.

Aku dah penat pasal calon bini ni. Kau tu..dah berbaik ke dengan Seri Jai ubah tajuk.

Kali ni Koci pula terdiam.

Entahlah..aku pun dah fed up. Dia langsung tak mesra dengan aku. Puas aku cari apa salah aku. Kau tengok aku ni..jahat sangat ke Koci dah berubah nada.

Kau baik..aku kenal kau sejak sekolah lagi. Cuma kau tu kena ubah sikap kasanova kau tu. Perempuan ni kuat cemburu tau!

Tambah lagi bila dia dapat tahu lelaki yang dia suka tu, galak mata skodeng perempuan lain! Jai sengih.

Tu la..aku susah sikit kalau bab tu. Kau rasa..macam mana aku nak berubah Maksud aku..nak jadi baik macam kau

Macam aku

Ya! Macam kau..kau payah nak layan perempuan. Aku rasa hati kau tu keras macam ais. Aku pulak, mudah cair. Koci jeling Jai.

Ais pun akan cair jugak dan boleh jadi ais semula. Hati kita ni boleh dibentuk. Macam air dan ais tu. Jadi, tak susah nak didik hati. Janji jangan biarkan nafsu jadi raja dalam hati tu. Jai teguk lagi kopi panas.

Koci turut menghirup kopi panas. Berfikir apa yang dikatakan oleh Jai tadi.

Ikut hati aku ni..aku nak je putus. Entahlah, Salina pun aku tak jumpa sampai sekarang. Rasa cinta tu masih kukuh dalam hati aku ni.. Koci tunduk.

Gulp! Jai menelan liur. Baru teringat yang Koci adalah secret admirer Salina. Salina yang bekerja sebumbung dengannya sekarang ni. Hish! Apa aku nak cakap ni Buatnya dia kenal Salina, macam mana Koci nak putus dengan Seri dan nikah dengan Salina

Macam mana dengan Salina Nak ke dia terima Koci Atau yang lebih parah..kalau mak ayah aku masuk meminang Salina!

Adoiyaaa!!!

Jai! Kau kenapa ni Mengelamun semacam je Koci tepuk bahu Jai yang tiba-tiba diam.

Tak ada apa..minumlah.

Koci habiskan kopi. Dia kemudian minta diri.