KATE menjeling Zack di sebelahnya yang sedang ralit dengan telefon bimbit, berbalas mesej. Tekanya, mungkin dengan Zareen.
Kebelakangan ini, Zack kelihatan lebih ceria dari biasa. Bila ditanya kenapa, Zack senyum saja. Bila ditanya soal Zareen, senyuman Zack melebar. Jadi, mungkin benarlah rakannya itu sedang bahagia.
Jauh di sudut hati, Kate sedikit terasa dengan perubahan itu. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Mungkin berharap yang satu masa nanti dia juga akan kembali bahagia seperti dulu.
Nak kembali bahagia dengan siapa Kevin Lelaki itu sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita. Hanya dia saja yang bodoh, masih berharap. Satu hembusan nafas berat dilepaskan.
Its okay, Zack. If you are happy, Im happy too
Zack dibiarkan dengan telefon bimbitnya. Satu demi satu celahan rak buku dilalui. Zack setia menemani walaupun tumpuan lelaki itu bukan kepadanya. Beberapa buah buku yang berunsur keagamaan menarik minat. Sejak akhir-akhir ini, dia tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang agama Islam.
Pada mulanya, Kate hanya keliru. Pelbagai soalan menerjah fikiran. Dia juga punyai rakan-rakan beragama Islam namun cara hidup dia dan mereka lebih kurang sama. Berhiburan setiap masa terluang. Apa yang dia minum, rakan-rakannya juga minum. Pakaian dia dan mereka, serupa juga. Cuma ketika bulan puasa saja, mereka kurangkan aktiviti sebegitu. Menghormati bulan Ramadhan alasannya.
Berbeza dengan Zack. Bila tiba waktunya, Zack akan memohon diri seketika untuk menunaikan solat. Zack tidak minum minuman beralkohol. Apa yang paling dia suka melihat Zack adalah, tatkala rakannya itu kembali dari solat. Wajah Zack kelihatan tenang tanpa masalah. Seolah-olah apa saja yang membelenggu fikiran Zack sebelum itu, hilang begitu saja.
Istimewa benarkah bersolat sehingga mampu selesaikan masalah
Tapi kata Zack, masalah takkan mungkin hilang begitu saja. Cuma setiap kali selepas solat, Zack berdoa dan mengadu pada Tuhan.
Walau masalah belum selesai, sedikit sebanyak apa yang dia buat itu memberikan satu ketenangan. Dan di sini, Kate kembali keliru.
Dia juga berdoa dan mengadu pada Tuhan. Tetapi dia masih tetap seperti itu. Hatinya masih tidak tenang. Hati masih terasa berat.
Pada Kate, semua agama sama saja. Semua agama mengajar manusia akan kebaikanbukan Dan juga kepercayaan terhadap aspek ketuhanan. Sebagai penganut Kristian, Kate turut percaya pada Tuhan. Wujud syurga dan neraka. Adanya balasan dosa dan pahala.
Cuma, sudah sekian lama dia tidak mempraktikkan ajaran itu. Bukan kerana tidak yakin, tapi lebih kepada malas. Kalau Tuhan itu maha mendengar dan maha melihat, apa lagi perlunya dia menyembah Tuhan Bukankah Tuhan sudah tahu isi hatinya Tahu setiap perbuatannya Jadi minta saja dalam hati. Tuhan pasti tahu.
Islam yang diterangkan oleh Zack pula, secara ringkasnya adalah satu cara hidup. Lengkap dan sempurna peraturannya. Percaya bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan seluruh alam. Bukan sekadar melakukan ritual penyembahan dan ibadah, tetapi menyeluruh kepada semua aspek kehidupan.
Banyak soalan yang dia tanya pada Zack selain cuba memahaminya melalui pembacaan. Dan Zack, akan berusaha sebaik mungkin untuk menerangkan kepadanya. Akui Zack, dia bukanlah terlalu arif. Ada masa-masanya, Zack meminta izin untuk merujuk kepada buku atau seseorang dan kembali semula dengan jawapan. Akui Zack lagi, dia bukanlah contoh terbaik sebagai seorang Islam. Namun, Kate tidak pula merasakan begitu. Kalau semua suruhan agama Zack ikut, apa yang tak baiknya
Tak semua. I banyak lalai. Jawapan yang Zack berikan sambil diiringi senyuman sumbing seperti selalu. Dan sehingga kini, dia kurang mengerti maksud Zack itu.
HeyZack. Lengan Zack dia tarik perlahan.
YupZack mengangkat muka. Tumpuan dari telefon bimbit teralih.
Buku yang bertajuk A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam yang dikarang oleh beberapa penulis tersohor Kate tunjukkan kepada Zack. Do you think its good to read
Zack hanya mengangguk dan senyum. Kalau mahu meluaskan pengetahuan, apa salahnya.
Kate membalas senyuman. Buku itu dibelek-belek seketika sambil matanya membaca beberapa isi kandungan.
You know, Zack. There was a day, I tried to listen to Quran on You Tube. Kate berkata lagi tanpa memandang Zack.
Kata-kata Kate kali ini telah memusatkan perhatian Zack sepenuhnya. Mesej yang hampir separuh ditaip segera dipadamkan. Telefon bimbit terus disimpan dalam poket seluar.
Youwhat Zack menyoal kembali.
I try to listen to Quran. Cant remember which surah. I just pick one randomly. After one, two minutes, I stop.Kali ini Kate mengangkat muka memandang Zack.
Kenapa Soal Zack lagi.
I nangis.
Zack kerut kening. Kenapa
I dont know. I cried for no reason. Listen to it makes me feel calm and sad at the same time. Jujur Kate berkata.
Mendengar jawapan Kate, Zack mendiamkan diri. Wajah Kate direnung sehingga Kate melarikan anak mata. Warna kulit pipi yang putih cerah mula berubah, merona merah.
EhemZack melepas batuk pura-pura. Terasa segan sendiri setelah merenung Kate begitu.
Nak pergi minum Zack mengajak, beberapa saat kemudian.
Kate senyum dan mengangguk.
I mahu pergi bayar ini duluBalas Kate sambil menunjukkan buku di tangan.
Bagi sini. I bayarkan
You sure
Yup. Take it as a present
Kate angkat kening dan Zack membalas dengan senyuman. Mereka berjalan ke arah kaunter Kinokuniya itu untuk menbuat pembayaran. Setelah itu, kedai buku itu ditinggalkan.
MEREKA duduk melepak di taman KLCC sambil melihat air pancut. Zack memusing penutup air mineral yang dibeli di Cold Storage lalu dihulurkan kepada Kate. Kemudian, setin Nescafe Latte dibuka untuk dirinya sendiri. Masing-masing mendiamkan diri sambil meneguk air ditangan. Memaku mata pada ritma turun naik air di taman.
Dalam diam, Zack memerhatikan Kate di sebelah. Campuran pelbagai etnik di sebelah ibu dan Inggeris dan sebelah bapa menjadikan wajah Kate agak unik. Rambut ikal berwarna coklat perang semulajadi dibiarkan panjang melepasi bahu. Slanga pelat ketika Kate bertutur dalam Bahasa Melayu, menambah kecomelannya. Jika tidak kerana cengkung dan pucat, pasti Kate kelihatan lebih cantik lagi.
Kate Panggil Zack.
Yes
Tak ada apa-apalah.Zack pantas mematikan niatnya untuk bertanya.
What is it Cakaplah.
Youbetul-betul ke, berminat pasal Islam Akhirnya, Zack melontar soalan.
Kate senyum, bahu terangkat. No.
Zack angkat kening.
I meanI dont know. I mula faham apa itu Islam. But then...ah
Kenapa Soal Zack.
It seems that, there are so many rules that I have to follow.Jawab Kate.
Rules
Kate angguk.
Such as
Cannot love dogs
Zack tergelak. Banyak-banyak peraturan, tak boleh sayang anjing yang Kate sebut dulu.
Hey...wed talked about it, remember Siapa cakap you tak boleh sayang dogs Cuma, it is not advisable to have dogs as a pet
Samalah. Balas Kate.
Tak sama. Loving dogs and having them, as a pet is a two different things. Anywaytak ada dog, you still can have cat, right Or bunny, fish.sugar gliderbiawak
Biawak Kate ketawa.
Iguana Sambung Zack, tersengih.
WellZack. Frankly, I dont know. Seriously, I dont mind not to drink. I somehow thought that I should just stop. I memang tak makan pork so its fine. ButKate menyambung kata dan menghembus nafasnya, perlahan.
But
So much things to think. Not that easy. Not sure if I can follow all rules like wearing hijab. Malaysiapanas
Zack angkat kening.
Kate membalas dengan senyuman nipis. Iya, banyak saja alasan yang boleh dia beri. Kerana dia masih keliru, masih perlu membuat justifikasi. Untuk menukar agama, bukan perkara main-main. Banyak pro dan kontranya yang perlu difikirkan secara mendalam.
Berminat tapi hati masih belum terbuka
Zack senyum serta menjungkit bahu. Tiada paksaan dalam beragama. Tidak boleh memaksa seseorang yang bukan Islam agar menerima Islam. Seandainya Kate mahu menerima Islam, biarlah dengan hati ikhlas. Sebagai kawan, dia akan bantu walaupun hidupnya tidaklah sealim mana. Bolehlah tolong setakat yang termampu.
Sekali lagi, wajah Kate Zack tatap lama. Kali ini, secara berdepan, bukan curi-curi. Walaupun cahaya sedikit suram, dia yakin, pipi Kate pastinya sedang merona merah seperti tadi.
Stop doing that Tiba-tiba, Kate memberi amaran.
Doing what
Staring at me like Im a monkey in the zoo
Zack ketawa besar. Kalau you jadi monkey, mesti jenis yang comel-comel macam Baby Pygmy.
Idiot. Balas Kate.
Zack menyambung tawanya. Kate tersenyum sendiri.
Just pray for me. Maybe..one day...who knows...Kate bersuara setelah tawa mereka reda.
Zack menarik nafas dan mengangguk perlahan. Aku harap satu hari nanti, hati kau terbuka juga, Kate...