ARISSA termenung panjang. Lama dia berfikir. Sekejap dia mengiring ke kanan. Sekejap ke kiri.
Haish! Gila!! Arissa bingkas bangun.
Dia menapak ke balkoni bilik. Langit yang terang dilihat sangat cantik dan tenang tapi tak setenang hatinya sekarang ini.
Dia dah gila ke apa Aku Islam, dia....entah! Arissa garu kepala.
Apa jadi pun aku tak akan jadi isteri dia! Kalau tak, seumur hidup aku, aku berzina dengan dia! Tidak!!
Arissa mula berfikir apa yang harus dia lakukan. Nak lari Ke mana Bunuh Daniel Berani ke Bunuh cicak pun tak berani, inikan pula nak bunuh manusia!
Dia dah warning aku tadi. Kalau aku cuba tipu dia, dia akan buat sesuatu nanti. Arrgghhh!!!Arissa menjerit kuat.
Lama Arissa berfikir. Sudah buntu otaknya memikirkan semua kejadian tadi. Nyata Daniel sudah gila! Tadi sebelum Daniel meninggalkannya di bengkel, Daniel sudah memberi masa tiga bulan. Dan yang jelas, ayat terakhir Daniel cukup membuatnya terpaku.
Hmm..betul juga, siapa yang nak ambil aku jadi bini, nikah dengan aku yang dah kena tebuk dan pernah hamil. Lepas tu keguguran pula sedangkan Tuah yang mengaku cintakan aku pun tidak boleh terima aku selepas dia tahu kejadian tu.. Arissa tunduk sambil menekup mukanya di kepala lutut. Air matanya mengalir lagi untuk ke sekian kalinya. Saat ini wajah Tuah mula terbayang di ruang mata. Tuah juga tidak sanggup mengambilnya sebagai isteri selepas melihat sendiri foto itu. Tentu Daniel yang menghantar foto itu kepada Tuah pada hari pernikahannya dengan Tuah dulu. Siapa yang hendak bernikah dengan perempuan yang sudah ditebuk
Telefon berdering kuat.
Hello... Lemah suara Arissa.
Arissa! Kau pergi mana Aku tunggu kau kat tasik ni!
Ya Allah! Arissa terlupa tadi dia sedang menunggu Nelissa. Geram dengan sikap Zarul, dia terus beredar dari situ. Terlanggar pula kereta perogol tu!
Nely..sorry, aku dah hal sikit la. Boleh tak kau datang rumah aku Arissa luku kepalanya sendiri.
Talian telefon putus.
Arissa bingkas bangun. Dia menapak ke ruang dapur. Ayam percik yang dalam bekas plastik tadi dibuka. Dia segera masukkan ke dalam pemanas ketuhar. Sekejap lagi Nelissa akan datang.
Sementara menunggu ayam panas, Arissa mula memasak nasi. Fikirannya masih pada kata-kata Daniel. Kalau Daniel betul inginkan aku bernikah dengannya, aku kena pastikan Daniel memeluk agama Islam terlebih dahulu. Tak kisahlah dia masuk Islam kerana nak nikah semata-mata, janji pernikahan itu sah!
Hmm..kenapa dengan aku ni Tiba-tiba lembut hati terima mamat gila tu! Arissa hempas pinggan yang dicuci di dalam singki. Geram. Pecah berderai!
Bunyi loceng dari luar jelas di telinganya. Arissa menapak perlahan ke pintu.
Hmm..cepatnya minah ni sampai Arissa mula buka pintu.
Tergamam! Pintu rumahnya cepat-cepat ditutup semula tapi sempat ditolak dengan kuat oleh Zarul.
Macam mana kau tahu rumah aku Arissa mengetap bibir.
Alah..setakat rumah macam ni, kacang la! Zarul terus menapak masuk.
Keluar! Aku kata keluar!! Arissa menjerit kuat.
Rileks la Arissa. Hmm..tentu rumah ni hadiah dari seseorang...macam Tan Sri ke Zarul jeling Arissa.
Arissa terbeliak. Macam mana Zarul tahu
Kau nak apa sebenarnya Arissa masih berdiri di tepi pintu.
Aku nak tahu, macam mana kau tahu semua tu Zarul mencekak pinggang.
Tahu apa
Jangan pura-pura! Hal aku dan Nelissa! Zarul mengetap bibir.
Kan aku dah cakap tadi. Nelissa sendiri yang beritahu aku! Arissa menyinga.
Aku datang ni nak beritahu kau, tolong beritahu Nelissa yang dia sudah tak ada dalam kamus hidup aku! Zarul ketawa.
Aku rasa adik kau tentu menderita kan Dirogol macam tu Arissa sudah geram.
Itu bukan masalah kau! Zarul tuding ke arah Arissa.
Memang bukan masalah aku tapi kami yang perempuan ni jadi mangsa. Lelaki hanya tahu melepaskan nafsu! Nelissa pun ada hati dan perasaan. Kau rosakkan dia hanya kerana sebuah dendam kesumat kau pada Tan Sri. Tapi kau tak pernah terfikir, adik kau juga mengalami benda yang sama. Ada kau terfikir Arissa mengetap bibir.
Zarul terdiam. Memang adiknya pernah ingin membunuh diri selepas kejadian itu. Ah! Bingung!!
Aku...aku minta maaf. Zarul mula kendur suara.
Kau perlu minta maaf pada Nelissa, bukan pada aku! Arissa merenung Zarul yang mula tunduk.
Kau buat apa kat sini
Serentak Arissa dan Zarul berpaling. Nelissa sudah terpacak di luar pintu.
Nelissa Zarul menelan liur.
Arissa, kau..kau dan Zarul.. Nelissa mengesat air mata.
Nely, kau dah salah faham. Zarul sebenarnya..
Sebenarnya apa Nelissa pandang Arissa dan Zarul silih berganti.
Nely, kau dah salah faham ni. Aku dan Zarul tak ada apa-apa. Zarul datang jumpa aku sebab nak tahu pasal kau. Arissa pujuk Nelissa yang sudah menangis di situ.
Nelissa..aku..aku.. Zarul serba salah.
Sudah! Sekarang aku faham kenapa kau buat semua ni kat aku. Kau dah ada Arissa kan Nelissa merenung tajam Zarul dan Arissa silih berganti.
Nely! Kau dah salah faham! Zarul datang sini nak minta maaf pada kau! Arissa mula berterus terang.
Kenapa kat rumah kau Macam mana kau jumpa Zarul Tak mustahil kau dan Zarul sudah... Nelissa tak sanggup meneruskan kata-kata.
Zarul segera pegang tangan Nelissa bila melihat gadis itu sudah mula ingin beredar dari situ.
Lepaskan aku! Kau dah rosakkan aku and yet kau nak aku terima kau berkasih dengan Arissa Nelissa mengetap bibir.
Arissa terdiam.
Listen to me! Zarul tarik tangan Nelissa dengan kuat. Terheret Nelissa ke dalam pelukan Zarul.
Aku masih cintakan kau! Zarul pegang kedua pipi Nelissa. Wajah Nelissa direnung lama.
Nelissa tergamam. Senyap seketika.
Aku terpaksa buat semua tu. Bapak kau yang bongkak tu yang menyebabkan aku jadi macam ni!
Nelissa tunduk.
Arissa pula hanya diam. Tak habis-habis dengan dendam gila!
Nelissa mula menangis. Tubuh Zarul dipeluk kuat.
Ehem!Arissa berdehem kuat.
Nelissa berpaling. Dia segera lepaskan pelukan Zarul.
So, apa korang nak buat sekarang Arissa sengaja tanya.
Masing-masing diam.
Zarul, kita nikah Nelissa pandang wajah Zarul yang masih keliru.
Tak semudah itu.. Zarul mengusap lembut rambut Nelissa.
Kenapa
Kerana kau anak Tan Sri Johari Nasir! Zarul mengetap bibir.
Kenapa dengan papa Kita yang nak nikah! Nelissa masih pandang wajah Zarul. Getaran hatinya masih laju setiap kali memandang lelaki itu. Sejak dulu lagi!
Kita nikah lari Nelissa masih tak berputus asa.
What Zarul tergamam.
Zarul..aku tak mahu kehilangan kau. Aku sanggup hidup dengan kau. Sekali lagi Nelissa peluk Zarul.
Arissa sekali lagi berdehem.
Macam nilah. Aku rasa korang kena bernikah cepat. Kalau Tan Sri tak izinkan, guna saja wali hakim. Korang dah wajib bernikah. Allah itu maha mengetahui segalanya. Lupakan hal lalu. Bina hidup baru. Serahkan segalanya kepada Allah. Bila kita ingin melakukan benda baik, insyaAllah, Allah akan permudahkan. Arissa menutur sebak. Sebenarnya dia sendiri masih terkapai-kapai. Dia sendiri mengalami benda yang sama malah lebih dasyat dari Nelissa dan Zarul!
Sayang...sabarlah. Aku akan bertanggungjawab. Jangan risau.. Zarul sapu air mata Nelissa yang masih tumpah. Dia mula beredar dari situ.
Nelissa hanya memerhati Zarul pergi dari situ. Dia menekup muka. Sebak!
Sudahlah Nely. Kau dengar sendiri tadi. Dia nak bertanggungjawab. Jom, masuk! Arissa tarik perlahan tangan Nelissa.
WAJAH Nelissa ditatap lembut. Ada riak sebak di wajah gadis itu. Tersenyum melihat Nelissa menikmati nasi dengan ayam percik.
Nely..kau bertuah sebab Zarul ingin bertanggungjawab. Nyata Zarul masih cintakan kau. Arissa mulakan bicara setelah lama diam.
Nelissa mendongak.
Arissa..macam mana kau kenal Zarul
Dia kan satu universiti dengan kita dulu. Dia pernah cuba goda aku dulu tapi tak sangka kau dan dia rupanya berkasih. Aku pernah jumpa dia masa di IOI Puchong dulu. Dan tadi, masa aku tunggu kau kat tasik, tak sangka aku jumpa dia lagi sekali. Apa lagi aku basuh dia habis-habis! Arissa sengih.
Jadi..maksud kau, kau beritahu semua kejadian tu Nelissa menelan liur.
Arissa angguk.
Macam kau kata dulu, Zarul juga jadi mangsa sebenarnya. Dia terbawa-bawa dengan sikap dendamnya pada papa kau tapi dia lupa Allah maha berkuasa. Perasaan dan hati kau, dia boleh buat tak reti. Aku hambur balik pada adiknya. Tentu adik dia juga mempunyai perasaan macam tu bila ditebuk! Arissa mengetap bibir.
Oh... Nelissa tunduk.
Sudahlah...sekarang ni kau kena fikir macam mana nak nikah dengan Zarul. Elok kau nikah cepat. Papa kau dah tak boleh halang lagi. Kau dengan Zarul kena jugak nikah. Arissa beri pandangan. Ah! Aku pun sama! Daniel beria nak aku nikah dengan dia tapi mana mungkin, kami berlainan agama!
Arissa...thanks. Kau banyak mengajar aku erti hidup ni. Nelissa kesat air mata yang mula menitis.
Sudahlah..makan tu. Tak baik menangis depan makanan. Arissa senyum. Berat mulutnya untuk bercerita masalahnya sendiri. Biarlah. Nelissa pun sudah banyak masalah yang perlu difikirkan.
ARISSA termenung di atas katil. Masih berfikir kejadian di depan rumahnya tadi. Jelas di wajah Zarul ada riak jujur. Nelissa, selepas menjamu selera, dia terus pulang ke rumah. Terpancar ceria di wajah Nelissa.
Kau bertuah Nely...sedangkan aku... Arissa menekup muka. Titis air mata mula membasahi pipi. Terasa hidupnya makin sempit. Sempit dengan tindakan Daniel yang mula menyekat kehidupannya dan segala apa yang telah berlaku. Tuah...nyata lelaki itu juga tidak sanggup mengambilnya sebagai isteri.
Arissa baring. Selimut ditarik sehingga menutupi paras dada. Matanya masih terkebil-kebil memandang siling. Teringat sejak kemalangan itu, sudah dua minggu dia tidak ke makmal.
Apa agaknya yang mereka akan kata nanti. Kalau segalanya terbongkar, bermakna aku terpaksa juga terima Daniel sebagai suami aku. Oh... Arissa pejam mata rapat.
Dia bingkas bangun. Pantas dia capai kalendar atas meja.
Eh, aku ni..macam mana eik Bila aku boleh solat Arissa mula teringat yang dia masih dalam tempoh pantang akibat keguguran.
Mundar mandir Arissa di bilik. Dia cuba cari jawapan dari majalah agama yang dibeli. Tiada yang menerangkan pasal hal tu.
Takkan aku nak tanya orang Tanya siapa Sekali lagi Arissa pening. Dia segera capai buku kecil dari dalam beg besar di bawah katil. Buku kecil itulah yang menjadi nota usrah semasa di kampus dulu.
Laju dia membelek halaman demi halaman.
Hmm..ada pun.. Arissa senyum. Nombor telefon ustazah Waddah masih ada di situ.
Segera dia menghubungi nombor yang tertera di situ. Harap-harap nombor itu masih boleh digunakan.
LAMA Arissa melangut di tepi tasik. Terasa berdebar dan teruja bila akhirnya dia akan bertemu kembali dengan naqibah yang disanjung dulu.
Arissa menoleh ke kanan. Kelibat ustazah Waddah masih belum kelihatan.
Apa aku nak tanya nanti eik Arissa mula resah. Takkan nak reka cerita pasal keguguran. Aduh..
Assalamualaikum..Arissa kan
Pantas Arissa berpaling. Ustazah Waddah!!!
Tubuh kakak itu dipeluk erat bagai tak nak berpisah. Tanpa sedar air mata laju mengalir ke pipi.
Waalaikumussalam..Arissa senyum. Matanya masih berair.
Ni..kenapa sedih pula ni Patutnya gembira la. Dah lama kita tak berjumpa kan Rasanya sudah hampir dua tahun..Ustazah Waddah senyum. Dia masih perhatikan Arissa yang menangis.
Arissa angguk-angguk. Tangan ustazah Waddah ditarik dan duduk sekali di bangku.
Arissa apa khabarLembut tutur Ustazah Waddah.
Arissa senyum hambar. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Baik Rasanya tidak.
Ustazah apa khabar Saya dengar ustazah dah dapat anak Arissa mengesat sisa air mata.
Alhamdulillah, seorang putera. Arissa macam mana Dah nikah Ustazah Waddah mengukir senyum. Gadis secantik Arissa mustahil belum berpunya.
Arissa tunduk. Terasa bila berada bersama Ustazah Waddah, dirinya merasa sungguh hina dan jijik.
Maaf ustazah kalau saya menganggu ketenteraman ustazah ni. Arissa memulakan bicara.
Panggil kak Waddah je. Kan lagi mesra.. Ustazah Waddah senyum. Arissa dilihat beriak sedih.
Saya sebenarnya malu nak cerita tapi saya terpaksa kak. Saya tak ada sesiapa yang boleh mendengar luahan hati saya. Arissa masih tunduk. Tidak tahu di mana nak mula.
Hmm..macam ada masalah berat ni.. Ustazah Waddah masih setia mendengar.
Kak...saya nak tanya. Perempuan yang keguguran..tempoh berpantang sampai bila Err...maksud saya tempoh untuk mula menunaikan solat.. Arissa malu. Mukanya sudah kemerahan.
Ustazah Waddah masih tidak mengerti. Keguguran
Err...maaf. Arissa keguguran ke Ustazah Waddah sentuh lembut bahu Arissa yang masih tunduk.
Err...aaa.. Arissa teragak-agak. Kalau aku cakap ya, tentu ada soalan susulan.
Kawan saya kak..macam mana ya kes ni Arissa cuba berdalih.
Ustazah Waddah masih diam. Wajah Arissa sudah pucat. Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Wanita yang mengalami keguguran, tempoh berpantangnya sama dengan wanita bersalin. Kena berpantang dari makan makanan sejuk seperti ais, minuman berkarbornat, timun dan labu takut nanti ada sakit urat dan bengkak. Tapi kalau Arissa nak tahu pasal tempoh untuk melakukan solat, ia macam haid biasa, sebaik habis darah keluar, dah boleh solat. Tapi kena ingat, elakkan bersama suami dalam tempoh 30 hari. Ini untuk menjaga kesihatan rahim. Senyuman Ustazah Waddah semakin lebar. Matanya menala ke arah tubuh Arissa yang tersarung cantik dengan baju kurung pahang warna hijau pucuk pisang.
Kenapa Arissa tanya macam ni
Oh..tak..dia baru keguguran. Err..saya masih tak faham kak.. Arissa berkerut kening. Dia masih keliru.
Kawan Arissa tu keguguran masa usia kandungannya berapa bulan Ustazah Waddah bertanya untuk kepastian.
Err..empat minggu.. Arissa menelan liur. Memang itu yang diberitahu doktor dulu. Sampai muntah dan loya yang teramat!
Oh..jadi belum sampai 80 hari. Kandungan itu masih belum terbentuk dengan sempurna iaitu hanya ketulan darah. Maka darah yang keluar dikira darah istihadhah sekiranya sudah melebihi 14 hari. Terang Ustazah Waddah.
Ada dalil semua tu. Dari Riwayat al-Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sesungguhnya setiap orang daripada kamu dihimpunkan ciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi 'Alaqah seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian dia menjadi Mudhghah seperti tempoh itu juga (40 hari), kemudian ALLAH mengutuskan malaikat maka disuruh dengan 4 kalimat. Dikatakan kepadanya : "Tuliskan amalannya, dan rezekinya dan ajalnya, dan duka atau gembira, kemudian ditiupkan padanya ruh." Roh akan ditiupkan ke dalam rahim selepas Mudhghah iaitu selepas 120 hari kandungan. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Hajj ayat 5 yang bermaksud : "Wahai sekelian manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan semula (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada peringkat kejadian manusia) kerana sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih (Nutfah), kemudian dari sebuku darah beku('Alaqah), kemudian dari seketul daging (Mudhghah) yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan."
Arissa angguk-angguk. Maknanya dia sudah boleh solat. Dia sudah lama kering darahnya. Cuma dia masih sangsi tentang itu. Adakah itu darah akibat kegugruan atau darah datang bulan kerana tarikhnya yang sama.
Hmm..maknanya, kena qadha kalau dah lebih 14 hari Arissa ingin dapatkan kepastian.
Ya, kalau masih dalam tempoh 14 hari, ia dikira darah haid dan tidak wajib solat dan puasa. Ustazah Waddah senyum lagi. Arissa sudah mula faham nampaknya.
Arissa senyum.
Maaf kalau akak tanya sikit. Arissa macam ada masalah. Akak sedia tolong dan dengar. Itu pun kalau Arissa sudi luahkan. Ustazah Waddah menawarkan diri.
Err..tak..tak adalah kak. Hmm..satu lagi kak, boleh ke terima pinangan orang bukan Islam
Ustazah Waddah berkerut kening.
Kenapa Ada lelaki bukan muslim masuk meminang Arissa ke Usik Ustazah Waddah.
Err...entahlah kak. Dia nak sangat kat saya tapi saya biasa je.. Arissa tunduk. Aduh! Ustazah ni macam tahu je itu kes aku!
Arissa..dalam Islam, pernikahan itu memang digalakkan malah Allah suka dan syaitan pula benci tapi kita mesti ingat, hanya Islam yang menghalalkan sebuah pernikahan antara dua insan dan itu bermakna keduanya mesti beragama Islam. Jawab Ustazah Waddah bersahaja.
Jadi...lelaki tu kena masuk Islam dulu kan Arissa mesti cari kepastian. Memang dia sudah tahu. Saja dia perlukan kepastian dari ustazah sendiri.
Ya.
Arissa lega. Bermakna Daniel tidak boleh paksanya bernikah selagi Daniel tidak memeluk Islam.
Semua tu ada dalilnya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 221 yang bermaksud: Dan janganlah kaum nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun ia menarik hatimu. Dan janganlah kamu nikahkan orang (laki-laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya laki-laki yang beriman lebih baik daripada laki-laki musyrik meskipun ia menarik hatimu. Mereka mengajak ke Neraka, sedangkan Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. (Allah) menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran. Ustazah Waddah mula menjelaskan dalil dari ayat Allah.
Arissa tunduk. Ada titis jernih mengalir ke pipi. Bila mendengar ayat-ayat Allah tadi, terasa dirinya sungguh jauh dari Islam. Aku ni munafik kah
Arissa...kenapa ni Ustazah Waddah peluk Arissa sambil mengusap rambut yang mengurai panjang.
Tak..tak ada apa..saya malu pada akak sebenarnya. Saya ni banyak dosa. Masih belum ada kemampuan untuk berubah baik. Arissa mengesat air mata.
Sudahlah..berdoa pada Allah. Ustazah Waddah menenangkan Arissa yang menangis tersedu-sedu di bahunya.
Err..bagaimana pula perempuan yang diperkosa Adakah dia layak mendapat lelaki yang baik Arissa beranikan diri bertanya. Dia perlu tahu kedudukan dirinya sendiri.
Sekali lagi Ustazah Waddah merenung Arissa. Masih tertanya-tanya soalan yang pelik dari gadis itu.
Semua wanita berhak mendapat lelaki yang baik. Dalam kes ni, wanita itu tidak bersalah. Jelas dia dianiaya. Jadi dalam memilih suami dia berhak mendapat lelaki yang baik untuk membimbingnya ke jalan yang benar dan tidak terus hanyut dalam dunia maksiat.
Arissa pandang wajah bersih Ustazah Waddah. Hatinya rasa sebak. Kalaulah aku seperti ustazah Waddah. Hadiahkan mahkota diri (dara) pada lelaki yang bergelar suami adalah impian setiap wanita. Tapi aku...
Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 26: Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). Terang ustazah Waddah.
Jadi maknanya...perempuan yang telah diperkosa tidak layak untuk mendapat lelaki yang baik Macam tu Arissa masih keliru.
Bukan macam tu. Ayat tersebut sebenarnya merupakan peringatan Allah pada hambaNya agar memilih orang yang baik untuk dijadikan pasangan hidup. Ustazah Waddah mengukir senyum. Memang ramai yang tidak faham maksud ayat tadi. Di dalam kuliah dan ceramah yang dihadirinya juga ramai yang bertanya.
Ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada Aisyah R.ha, isteri Rasulullah.s.a.w. Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian Aisyah R.ha dan Shafwan bin al-Muattal R.a dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan menyusul rombongan Rasulullah SAW dan para sahabat, tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah di kalangan umat Islam masa itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik jika telah terjadi apa-apa antara Aisyah dan Shafwan. Masalah menjadi sangat pelik kerana sempat terjadi perpecahan di antara kaum muslimin yang pro dan kontra atas isu tersebut. Sikap Nabi juga berubah terhadap Aisyah, beliau menyuruh Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara Aisyah tidak mahu bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, Aisyah r.ha hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar ditunjukkan apa yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini yang juga satu pakej dari surah An Nur ayat 11 hingga ayat 26.
Arissa mendengar penuh minat.
Ayat 26 inilah penutup dari ayat wahyu yang membersihkan isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah dari tuduhan keji itu. Di dalam ayat ini diberikan pedoman hidup bagi setiap orang yang beriman. Tuduhan keji adalah perbuatan yang amat keji hanya akan timbul daripada orang yang keji pula. Memang orang-orang yang kotorlah yang menimbulkan perbuatan kotor. Adapun ucapan-ucapan yang baik adalah keluar dari orang-orang yang baik pula, dan memanglah orang baik yang hanya sanggup menciptakan perkara baik. Orang kotor tidak menghasilkan yang bersih, dan orang baik tidaklah akan menghasilkan yang kotor, dan ini berlaku secara umum. Sambung Ustazah Waddah.
Arissa masih setia mendengar.
Kita juga kena ingat, semua itu bukan hanya berlaku sebelum bernikah tapi mungkin akan berlaku semasa dan juga akhir pernikahan. Kerana itulah kita disuruh untuk menjadi baik dulu. InsyaAllah kita akan mendapat pasangan yang baik juga. Mungkin masa sekarang ni pasangan kita tidak seperti yang kita harapkan tetapi masa akan datang kita tak tahu. Itu semua urusan Allah. Jadi sentiasalah berdoa. Senyuman Ustazah Waddah sudah lebar.
Terima kasih kak...saya sudah jelas sekarang. Saya harap dia akan terbuka hati memeluk Islam sebelum bernikah dengan saya. Arissa tunduk semula. Wajah Daniel kembali bermain di ruang mata. Wajah perogol yang mula bertapak di hatinya. Ah! Aku pun sudah gila agaknya!!
Dah banyak akak terang ni, tak ada apa-apa ke Usik Ustazah Waddah.
Arissa mendongak. Erk! Maksud akak
Ustazah Waddah senyum. Akak gurau je. Jom akak belanja makan. Kat depan tu ada gerai. Sambil tu kita sembang lagi. Ustazah Waddah paut lengan Arissa.
Mereka berdua mula menapak ke gerai berhampiran.
LAMA Arissa merenung dirinya dalam cermin. Ternyata banyak sekali dosa yang dilakukan sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Yang jelas, dirinya bukan Arissa yang dulu lagi. Arissa kini sudah tiada apa-apa yang hendak dibanggakan lagi.
Bahagiakah aku bernikah dengan Daniel nanti Jika benar Daniel cintakan aku, beranikah dia menukar agama Apakah sikapnya akan sama seperti sebelum nikah Arissa bermonolog dengan hati sendiri.
Saat ini terbayang kembali liku-liku kehidupannya yang masih tidak menepati syariat. Tambah berserabut dengan kejadian pahit yang telah meragut kesuciannya yang dijaga selama ini.
Ya Allah...sungguh aku tidak mampu menghadapi semua ini. Air mata menitis laju.