HAMPIR satu jam mereka mencari jalan keluar, tetapi masih gagal menemui tanda-tanda yang dapat membantu. Kawasan hutan yang sudah dicantas ranting pokoknya langsung tidak kelihatan apatah lagi tali-temali yang diikat oleh kumpulan fasilitator pada pokok-pokok di situ.
Ajai menyandarkan diri di pokok keruing. Dia terpeleku menanti idea yang bersimpati singgah di cepu kepalanya. Dilihatnya Kameena asyik bertitar-titar di hadapan. Rimas juga dia menyaksikan ragam gadis kota itu. Tak letihkah dia asyik berjalan dari tadi omelnya dalam hati.
Sekali lagi Ajai merogoh sakunya mengharapkan ada bahan pembakar. Sekurangkurangnya adalah sekotak mancis atau pemetik api. Namun, hampa. Dia sedar dia sehelai sepinggang sahaja ketika memasuki hutan ini. Tetapi entah mengapa fikirannya terlalu mendambakan sesuatu yang mustahil dalam keadaan cemas begini. Berkali-kali poket seluarnya digeledah.
Dia sedar pokok keruing di belakangnya mampu membantu. Sekurang-kurangnya tidaklah mereka bergelap sepanjang masa. Sementara itu, boleh juga mereka berehat sebelum meneruskan perjalanan esok pagi.
Di kampung, dia selalu membakar pokok itu. Dia dan beberapa orang rakan lain suka melihat pokok besar itu mengeluarkan api yang maha dahsyat. Dari sekecil-kecil api, tiba-tiba akan marak seterang-terangnya. Detik itu masing-masing akan berlagak seperti watak superhero kartun Jepun. Dia juga tidak terkecuali. Epoi dan Apit pula akan membesarkan api yang kononnya keluar dari tangan mereka dengan daun palas yang diambil di sekeliling kampung. Begitu indah momen pada zaman kanak-kanak dahulu.
Dalam kesamaran, anak mata Ajai mengecil mencari susuk Kameena. Gadis itu masih lagi mundar-mandir. Ajai sedar dia tidak akan bergerak sendiri. Lalu Ajai terus membiarkan Kameena melayan emosinya.
Sejak Kameena tergelincir di lereng tadi, gadis itu tidak henti-henti menangis. Sehingga kini esakannya masih dapat didengari. Mujur keadaan di sini gelap-gelita. Jika tidak, akan ternampaklah rupa monyok gadis itu mengepam air mata.
Ajai berterus-terusan berdoa menuntut penjagaan dan perlindungan Allah. Dia teringat akan pesan Pak Teh ketika tazkirah maghrib
dahulu. Kata ustaz itu, meskipun sedang diancam bahaya atau bencana, setiap manusia perlu berdoa dan meyakini Allah ada di sisi untuk membantu.
Bibir Ajai menari-nari membaca sesuatu. Dia yakin dengan ajaran Pak Teh. Selalu juga dia mempraktikkan apa yang diajarkan orang tua itu. Suatu ketika dahulu saat dia kehujanan membahu Cikgu Isa dan begitu terdesak mendapatkan pertolongan, tiba-tiba datang Encik Thiru memberi pengharapan. Dari situ dia tahu doa bukanlah sekadar bacaan pujipujian semata-mata, malah doa juga senjata bagi setiap orang Islam dan boleh dieksploitasi demi kebaikan diri.
Ajai, ayuh kita keluar dari sini. Kita dah lama sangat berehat, Kameena merengek di sisi pokok buluh.
Sabar, Kameena. Aku cadangkan supaya kita berehat dulu di sini. Subuh nanti kita bergerak semula, balas Ajai.
Subuh Lewatnya. Tak mungkin kita akan tidur sini. Aku nak balik, rintih Kameena dengan sedu yang panjang.
Ajai jadi serba salah. Dia sendiri tidak fasih jalan hutan di sini. Mahu tidak mahu mereka berdua perlu menunggu hari cerah kerana dalam keadaan terang petunjuk laluan mudah dikesan. Siang hari nanti dia mungkin dapat melihat dahan-dahan pokok yang sengaja dipatahkan menunjukkan arah.
Sekarang tak sesuai untuk kita teruskan perjalanan. Kita tak nampak jalan, jalan keluar pun kita tak tahu. Bersabarlah. Esok hari dah cerah, insya-Allah kita boleh keluar dari sini, tegas Ajai mempertahankan keputusannya. Dia perlu meyakinkan Kameena tentang bahaya di dalam hutan sebegini. Jika tidak gadis itu akan terus mengada-ngada.
Esakan Kameena terhenti. Barangkali terkesan dengan apa yang diperkatakan oleh Ajai. Perlahan dia melutut di samping Ajai sambil tergigil-gigil ketakutan.
Ajai, aku laparlah. Kau ada makanan
Mengarut. Kau pun tahu kita masuk ke dalam hutan ini tanpa apa-apa. Tak apa. Kita tunggu esok pagi. Kita boleh kenal pasti daundaun atau buah-buah yang boleh dimakan dalam hutan ini. Ha, kalau tak berusik jangan pula kau makan.
Ya, aku tahu. Kita perlu berlagak seperti haiwan di sini. Apa sahaja yang haiwan makan, kita boleh makan begitu juga sebaliknya. Kameena cuba membuktikan dia juga berpengetahuan. Datuk Murad pernah mengajarnya ikhtiar hidup di dalam hutan. Tetapi tidaklah secara praktikal. Ketika itu mereka cuma berbual kosong di dalam kereta.
Baguslah. Tak perlulah aku risau.
Habis tu apa perlu kita buat sekarang
Tidurlah. Subuh nanti aku kejutkan kau. Ajai mengengsot sedikit ke kanan. Dia tidak selesa didekati Kameena.
Tak mahulah aku. Aku takut nanti ada binatang
Kameena! Jangan celupar mulut kau. Dalam hutan kita perlu lebih optimis. Berdoa sajalah nescaya Allah perkenankan.
Maafkan aku. Aku takut, perlahan suara Kameena memohon maaf.
Ajai menikus. Dia tahu Kameena sedang dalam ketakutan. Dia mesti bersikap matang bagi menangani masalah tersebut.
Ajai, aku tak mahu tidur. Apa kata kita bersembang Naksoal Kameena berpurapura gagah.
Kau tak penat Nak bersembang tentang apa tanya Ajai kembali.
Entah.
Ajai tergelak kecil. Terpersil air liurnya sedikit. Lucu dengan sikap Kameena yang dalam kegelabahan. Sebentar tadi beria benar mengajaknya bersembang, tetapi dia sendiri tidak tahu topik apa yang mahu dibualkan.
Beginilah, Kameena. Apa kata kita bersoal-jawab. PMR pun dah dekat. Kita gunakan masa yang ada ini untuk mengulang kaji pelajaran. Macam mana
Baik, aku setuju. Kita nak mulakan dengan subjek apa tanya Kameena pula.
Sejarah. Aku akan mulakan dulu. Ajai berdehem. Kemudian memulakan soalannya. Apakah kesan daripada Perjanjian Pangkor 1874
Suasana sunyi malam itu terisi dengan pertembungan minda mereka berdua di gelanggang fikir. Akal-akal mereka ligat menemani hingga ke dinihari.