Hai, sapanya sepatah.
Ika menoleh. Sedikit terperanjat dengan sapaan isteri Idlan. Kak Irdiana...
I nak cakap sikit dengan you, boleh tak
Ika kerutkan kening. Akak nak cakap apa
Irdiana berpeluk tubuh lalu berjalan mengelilingi Ika, Okay. Straight to the point. I terdengar perbualan you all bertiga tadi. Mentua I berhajat nak jadikan you menantu dia, kan
Berubah air wajah Ika saat itu. Laju jantungnya berdegup kerana bimbang Irdiana akan memarahinya, Kak Irdiana jangan salah faham. Saya tak nak kahwin dengan abang Idlan. Saya sedar dia dah ada akak. Irdiana berhenti mengelilingi Ika. Dia tergelak kecil, You ni naif sangatlah. I tak marah dan I tak kisah langsung kalau Lan nak kahwin lagi. Tapi, dengan
syarat, dia mesti ceraikan I.
Kak Irdiana!
You tak perlu nak terkejut sangat. I langsung tak peduli kalau kami berpisah. You nak tahu sebab apa Ika menggeleng dan tercengang.
I dah tak cintakan dia. Lan sendiri tahu hakikat tu, tapi dia buat-buat bodoh.
Tapi, dia masih cintakan akak, kan
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyilah. You pun bodoh sama macam Lan. I dah tak ada rasa apa kat dia. Cinta I dah tak ada untuk dia. Cuma dia saja yang bodoh! Bentak Irdiana.
Ika tertunduk. Kesal dengan pengakuan Irdiana. Kenapa akak sampai hati cakap macam tu. Abang Idlan masih suami akak. Tak patut akak cakap dia bodoh depan orang. Depan saya yang tak ada kenamengena. Jatuhlah maruah dia, kak.
I peduli apa I cuma nak you setuju aje dengan permintaan mentua I! Tegas Irdiana dengan wajah tak bersalah.
Saat itu Ika mengangkat muka. Kata-kata Irdiana buat dia tak percaya, Saya tak tahulah sekarang ni saya berdepan dengan siapa. Dengan manusia yang punya hati atau dengan robot yang tak ada perasaan!
You tak payah nak berlagak sucilah! Dari cara you tengok Lan, I tahu you sebenarnya sukakan dia. Sama macam Lan. Sejak tadi I perhatikan cara you berdua. I tahu... antara you dan Lan, tentu ada something. Kata Irdiana lagi bagi mengukuhkan alasan.
Ika mati akal nak membalas. Memang telahan Irdiana tepat sekali. Sebelum ni, dia dan Idlan memang ada apa-apa. Tapi, hal itu tak berlanjutan kerana dia tak mahu ikutkan perasaan. Hanya Idlan menampakkan kesungguhan. Namun, segala-galanya tak menjadi apabila dia menolak lamaran Idlan di saat lelaki itu meluah perasaan.
Perlu ke dia berterus-terang apabila Irdiana dapat menangkap bahasa tubuhnya ketika berdepan dengan Idlan Isteri seperti Irdiana, bukan tahu sakit hati bila ada perempuan lain jatuh hati pada suami sendiri. Pelik betul Irdiana. Jangan-jangan, dia sendiri dah ada lelaki lain. Mungkin dah berlaku curang di belakang Idlan. Kalau tak, masakan Irdiana suka bila mendengar permintaan Che Jah.
Ya. Saya... memang cintakan abang Idlan, Ika tak berselindung.
Biar Irdiana tahu. Wanita sombong dan angkuh begini, perlu diajar untuk berdepan dengan dimensi yang menyakitkan. Itu pun kalau Irdiana terkesan dengan pengakuannya. Kalau tak, memang benarlah Irdiana sudah tawar hati dengan Idlan.
Irdiana senyum sinis. Pengakuan Ika buat dia bertepuk tangan. Pengakuan itu langsung tak mengguris perasaan. Sebaliknya, dalam hati dia melonjak kegembiraan. Cuma, ada satu masalah perlu dia selesaikan. Bagaimana dengan Idlan Apakah betul suaminya ada perasaan sama macam Ika Kalau tak ada, susahlah.
Kalau macam tu, you terima saja permintaan mentua I. Apa susah
Tapi, akak... saya tak mahu. Saya tetap dengan pendirian saya, tegas Ika.
Sebelum keluar dari hospital, pendiriannya dah dimaklumkan pada Che Jah dan Idlan. Hampa wajah Che Jah dengan keputusan yang dia buat.
Irdiana kecilkan mata. Degil sungguh budak perempuan ni! Okey. I nak tanya you beberapa soalan. Apa lagi Saya nak balik ni, kata Ika sambil memegang handle skuter. Bersedia melompat naik.
Irdiana segera menahan. Dia tak mahu Ika pulang dengan tangan kosong. Kalau Ika menolak permintaan mentuanya, biar dia pula mencuba.
Tunggu dulu...
Ika berdecit perlahan. Mengalah dengan tindakan Irdiana yang menahan skuternya.
I cuma nak tanya, you betul-betul cintakan Lan
Kan tadi saya dah mengaku
Bagus. Jadi... sanggup ke you tengok Lan menderita
Ika kerutkan muka lantas menggeleng.
Boleh ke setiap hari you dengar I tengking dan maki hamun dia
Ika menggeleng lagi. Soalan jenis apa Irdiana ni Ika tunjuk wajah hairan.
Irdiana tergelak kecil. Mulutnya ditutup sebentar dan terus menyambung agenda. Biar Ika betul-betul jatuh kasihan pada Idlan.
Itu baru aje Lan, tau. Cuba you bayangkan kalau mak dia pula terpaksa tengok penderitaan Lan depan mata. I rasa, tak mungkin mentua I dapat hidup lama. Entah esok atau lusa, matilah tu.
Kak Irdiana, sampainya hati akak cakap macam tu! Tengking Ika tak sengaja.
Kalau macam tu, bahagiakan dia! Irdiana pula meninggikan suara.
Keadaan jadi sepi. Bibir Ika bergetar. Menahan sebak di dada. Baik. Saya terima.
Bergenang air mata Ika saat itu. Kata-kata Irdiana sungguh kejam. Bagaikan tombak yang sengaja menikam dada Che Jah walaupun Che Jah tak mendengar.
Dengan persetujuan diberi, dia sedia hadapi segala macam dugaan akan berlaku selepas ni. Biar dia dikatakan perampas hak orang atau apa sekalipun, dia tak mahu ambil peduli. Satu hari nanti dia akan tunjukkan pada Irdiana bahawa Idlan juga mampu bahagia dengan perempuan lain. Mampu membina rumahtangga yang kekal harmoni. Itu yang akan dibuktikan pada Irdiana tak lama lagi. Ika mengepal kedua-dua tangan. Membuat janji dengan diri sendiri.
Irdiana senyum lebar. Peluangnya cerah untuk berpisah dengan Idlan. Selepas ini bolehlah dia menuntut janji Arash untuk kembali bersama. Dah lama dia menanti saat-saat dibebaskan dari cengkaman Idlan. Dah tak sanggup dia tinggal sebumbung dengan lelaki yang serba-serbinya mengongkong itu.
Ir... you buat apa kat sini
Muncul Idlan tiba-tiba. Sejak tadi dia mengekori Ika untuk diajak berbincang. Tiba-tiba pula ternampak Irdiana sedang berbual dengan Ika di tempat parkir. Irdiana berpaling serentak dengan Ika.
Eh, Lan. I cuma... cuma borak kosong dengan Ika sekejap. Kebetulan I nampak dia kat sini, jadi I datang tegur. Irdiana mengulum senyum, menahan diri dari perasaan gembira.
Idlan mengangguk dan perhatiannya dialihkan pada Ika. Wajah itu nampak muram dan kusam. Matanya sembab. Mungkin Ika tak cukup tidur kerana menjaga Che Jah.
Ika dah nak balik
Ya, abang... jawab Ika perlahan. Dia hanya tunduk dan kedua-dua tangan masih memegang handle skuter.
Seakan-akan faham Idlan perlukan privasi dengan Ika, Irdiana mahu beredar. Kalau boleh, dia nak Ika sampaikan berita itu pada Idlan sendiri. Kalau tak, dia terpaksa bekerja keras untuk yakinkan Idlan supaya terima Ika sebagai isteri.
Okeylah. I nak pergi tengok mak you.
Kita pergi sama-sama nanti. I nak cakap dengan Ika sekejap, cadang Idlan.
Tak apa. Biar you sembang dengan Ika. Sementara tu, I nak jumpa mak you untuk minta maaf. I bersikap biadab tadi. Irdiana mengelak kerana mahu beri peluang pada Ika supaya membuka mulut dan beritahu berita baik itu pada Idlan.
Irdina nak minta maaf pada Che Jah Huh... tak ada makna! Bagi Irdiana, dia tak buat kesalahan. Alasan itu sengaja diberi pada Idlan hanya untuk beri peluang pada Ika bercakap dengan suaminya itu. Pantas dia terus berlalu meninggalkan kedua-duanya dengan harapan semua akan berjalan lancar.
Idlan memandang Ika. Memerhati setiap inci wajah mulus itu, menghadirkan rasa rindu yang tak diduga. Tak dinafikan, dia sayangkan Ika.
Ika... abang minta maaf dengan cadangan mak abang tadi.
Ika mendongak perlahan. Tubir matanya basah semula. Masih terngiang kata-kata Irdiana di telinga.
Ika terima...
Dahi Idlan berlapis. Nampak bawah mata Ika basah, Idlan tak senang hati, Kenapa Ika menangis Isteri abang ada marah Ika
Biar Ika bahagiakan abang. Ika sanggup jadi isteri abang! Ika nampak yakin dengan apa yang keluar dari mulut.
Idlan tersenyum dengan wajah tercengang, Apa Ika cakap ni Dulu Ika tolak abang. Tadi pun Ika tolak permintaan mak abang. Sekarang, kenapa Ika ubah
fikiran dalam masa singkat
Sebab Ika tak sanggup...
Tak sanggup apa
Kalaulah abang tahu... Ika tak dapat habiskan penjelasan. Bibirnya kian bergetar.
Ika kenapa ni Cakap tergagap-gagap. Boleh tak Ika terus-terang dengan abang
Laju Ika mengesat bawah mata ketika baru tersedar air matanya tumpah berkali-kali. Idlan suruh dia terus-terang Tak mungkin dia sanggup beritahu Idlan mengenai perbualan dia dan Irdiana sebentar tadi. Tak mungkin dia sanggup lukakan hati Idlan walau sekali pun dia tahu, Irdiana sentiasa mencalarkan hati lelaki itu.
Mungkin juga Idlan dah biasa. Dah kalis. Tapi, ia bukan alasan untuk dia ceritakan semula pada Idlan mengenai kata-kata Irdiana. Biarlah Idlan tidak tahu.
Apabila melihat air mata Ika mencurah-curah, dah mati keinginan Idlan untuk bertanya lagi.
Okeylah. Abang tak nak paksa Ika cakap apa-apa. Cuma abang hairan kenapa Ika tiba-tiba setuju nak kahwin dengan abang.
Macam mana dengan abang Boleh abang terima Ika
Ika tahu kan abang sentiasa perlukan Ika. Abang pernah cakap nak kahwin dengan Ika sebab nak tebus kesilapan. Kalau soal hati dan perasaan, Ika jangan tanya. Ika sendiri tahu apa jawapannya. Perlahan Ika mengangguk. Mustahil dia lupa.
Ika tahu dan masih ingat apa yang abang luahkan. Tak mungkin Ika boleh lupa. Permintaan makcik dan apa yang Ika nampak sendiri depan mata macam mana buruknya layanan kak Irdiana pada abang dan keluarga buatkan pintu hati Ika terbuka untuk penuhi hajat makcik dan terima lamaran abang sebelum ni, luah Ika bersungguh-sungguh tanpa memikir bagaimana penerimaan keluarganya.
Adakah mereka akan setuju Lebih-lebih lagi Afi Lukman!