CARTA HATI - 31
ZAIRIS termenung sendiri di biliknya. Pertemuan tanpa sengaja yang tercipta antara dia dan

Syakila, terimbau kembali. Meskipun sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu, namun tidak dinafikan perasaan ini masih mekar dalam hati.

Wajahnya diraup. Sudah lama dia tidak mendengar khabar, mendengar suara dan apa-apa yang berkaitan dengan gadis itu. Tipulah kalau perasaan rindu tidak hadir. Semenjak dia menghilangkan diri, hubungannya dengan Syakila putus begitu saja. Tetapi, dia masih ingat akan janji yang pernah dibuat. Takkan sesekali dia melupakan perkara itu.

Bunyi ketukan di pintu automatik kedengaran. Zairis segera menghalakan pandangan pada pintu yang dibuka dari luar.

Hah, Ir. Kenapa

Tanpa membalas soalan lelaki itu, Irsyad Hakimi melangkah masuk lalu duduk di sofa.

Kau tak baca surat khabar ke

Tak adalah pula. Asal

Kau tak baca gosip-gosip kat media sosial Soalan itu terpacul lagi.

Tak pun. Eh, sebenarnya ada apa kau tanya semua ni Perasaan hairan mula hadir dalam diri Zairis.

Irsyad Hakimi menghela nafas. Pandangannya dibuang ke sekeliling kawasan sebelum dia menuturkan kata.

Kau tak tahu ke yang Syakila dah buat kenyataan kat para wartawan yang kau orang bakal bertunang tak lama lagi

Tak semena-mena, rahang Zairis terjatuh. Tersentak dia mendengarnya, What! Ktu Soalan Syakila hanya dibalas dengan AU tak nak ikut ke pergi kenduri kahwin

gelengan.

Mata Zainura masih fokus pada skrin televisyen. Sibuk benar melihat drama yang dilakonkan oleh

Zairis.

Betul ke ni Syakila menyoal lagi untuk kepastian. Yalah aku tak nak pergi. Alah, kau pergi ajelah. Kirim salam dekat kawan kita tu. Hadiah yang aku bagi tu, nanti kau beri pada dia, okey

Hmm yalah... balas Syakila. Terasa hati sedikit dengan balasan kasar Zainura.

Entah kenapa hari ini cepat betul hatinya terasa. Mungkin kesan daripada peristiwa semalam. Ah, lupakanlah Syakila! Tak guna dikenangkan orang yang tak pernah ingat pada kita.

Lagipun hubungan dengan Zairis tu bukannya betul-betul pun. Semua tu sekadar lakonan sahaja untuk menutup mulut-mulut jahat dalam industri. Ingat niat asal kau, Syakila! Kau buat semua tu sematamata nak bersihkan nama Zairis sahaja.

Bila semua dah pulih, kembalilah seperti biasa.

Lagipun siapalah dia jika nak dibandingkan dengan gadis yang cantik dan bergaya semalam. Nampak sepadan sahaja dengan Zairis.

Nanti-nanti kalau wartawan tanya, cakap ajelah tak ada jodoh. Bukan susah pun...

ZAIRIS sudah siap mengenakan pakaian. Dia terus mengatur langkah, lalu keluar dari bilik sebelum menghilang di sebalik pintu utama. Masuk saja ke dalam kereta, sempat enjin kereta dipanaskan sebentar sebelum kereta tersebut meluncur laju menuju ke jalan raya.

Kawasan jalan raya pada malam itu sedikit lengang. Barangkali kawasan sebegini memang tidak mempunyai kenderaan sangat. Pemanduan semakin dipercepatkan apabila jam sudah menginjak ke angka 9 malam. Majlis tersebut lagi sejam sahaja akan berakhir. Bimbang terlewat pula nanti.

Tidak sampai sejam, keretanya sudah menghala ke sebuah rumah agam yang mempunyai dua tingkat. Terdapat beberapa buah khemah, yang dipasang berserta para tetamu yang hadir. Rata-ratanya dari kenalan rapat dan jiran-jiran.

Zairis memarkirkan kereta pada kawasan yang kosong. Senyuman terukir di bibirnya tatkala keluar, ada yang menegur. Sudah menjadi tabiat, apabila melihat selebriti pasti orang akan menjadi ramah atau mesra.

Tahniah, bro. Selamat pengantin baru moga kekal ke anak cucu, ucap Zairis usai bersalam dengan Naufal, kawan baiknya sewaktu sekolah dahulu.

Pasangan pengantin kelihatan begitu manis dan berseri-seri. Dia tumpang bahagia melihat pasangan tersebut.

Terima kasih, bro. Kau bila pula ni Aku pun tak sabar nak tengok kau naik pelamin, seloroh Naufal hanya dibalas tawa kecil oleh Zairis.

Lama lagi tu. Jodoh tak sampai lagi kut Yalah tu. Eh, jemputlah makan pelawa Naufal.

Zairis sekadar mengangguk sahaja. Sempat matanya terarah pada wanita di sebelah Naufal yang sedang berbual bersama seorang gadis. Apabila gadis itu memusingkan tubuh dan menghadapnya, jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Tergamam seketika melihat raut wajah gadis itu.

Syak Nama itu disebut dalam hati. Mereka samasama terkejut melihat antara satu sama lain.