Ryan tunggu saya.
Ryan tetap melangkah. Ada rasa yang tak dapat ditebak dari hatinya. Bukan marah, tapi sesuatu perasaan yang tak mampu terima apa yang baru keluar dari mulut Hani sebentar tadi.
Ryan...
Hani lelah bila Ryan seakan tak mempedulikan dirinya. Bodohnya dia! Tak sangka Ryan nampak terkejut dengan apa yang keluar dari bibirnya. Dia teringat renungan tajam Ryan padanya sebelum lelaki itu tiba-tiba keluar dari biliknya. Tak ada sepatah perkataan pun terkeluar dari mulut lelaki itu. Hatinya mula tak tenang.
Ryan... kali ni suara Hani sedikit meninggi.
Ryan berhenti. Dia tak mampu buat tak tahu pada Hani yang galak mengejarnya. Suara yang menyeru namanya, membuat kakinya seakan lemah untuk melangkah. Pantas dia berpusing.
Apa lagi Apa lagi yang kau rahsia dari aku hah
Hani turut berhenti melangkah, saat katakata sinis dari Ryan menampar kuat telinganya. Hatinya berubah menjadi takut tiba-tiba. Ryan marahkah Tapi, kenapa Ryan perlu marah
Saya tak berniat nak rahsiakan dari awak, tapi...
Lagi Kenapa kau rahsiakan dari aku Kenapa kau tak beritahu aku saat pertama kali kita berjumpa. Kenapa kau tak beritahu aku!
Masa tu saya tak tahu siapa awak. Saya tak tahu awak kekasih perempuan tu.
Tak tahu Habis bila kau tahu Ryan bingkas melangkah ke arah Hani dengan muka tegang. Matanya seakan pisau yang akan menoreh wajah Hani dalam diam. Hani terkelu sebentar.
Bila kau tahu perempuan tu adalah Riana Bila Dengan suara ditekan dalam, sekali lagi Ryan menyoal.
Ryan ketap gigi menahan geram. Geram kerana Hani merahsiakan darinya. Kenapa gadis itu perlu rahsiakan Apa motif gadis itu. Paling dia tak mampu terima, kenapa Hani perlu ada kaitan dengan masa silamnya Kenapa Hani, perempuan yang dia mula cintai itu adalah saksi kemalangan Riana Kenapa dia jatuh cinta dengan gadis yang menyaksikan Riana menghembuskan nafasnya yang terakhir
Saya tak tahu sampai ibu awak bawa rantai yang ditinggalkan oleh arwah Riana pada awak. Rantai dahi Ryan berkerut seribu.
Hani mengangguk sebelum membuka kata. Dia berkecil hati dengan reaksi Ryan sekarang ni. Salahkah kalau dia adalah saksi itu
Rantai arwah Riana. Masa tu baru saya teringat yang saya pernah jumpa dengan ibu awak. Waktu Riana kemalangan, ibu awak yang tolong telefon ambulans. Bersama-sama saya menunggu di hospital Tapi, percayalah, saya betul-betul tak ingat wajah ibu awak sampai ibu awak sendiri yang beritahu saya. jelas Hani dengan harapan kemarahan Ryan akan hilang.
Waktu tu baru saya sedar, arwah kekasih awak yang awak ceritakan pada saya tu adalah perempuan yang sama saya jumpa enam tahun lepas. Sebab tu saya selongkar laci awak untuk pastikan sama ada Riana, kekasih awak tu adalah perempuan yang sama. Awak masih ingat waktu awak marah saya sebab saya selongkar bilik awak jelas Hani lagi dengan harapan ada secebis kefahaman dalam diri lelaki itu.
Ryan mengimbas kembali kejadian beberapa bulan lepas. Dia mengeluh kasar. Dia masih ingat macam mana terkejutnya dia bila Hani berada di dalam biliknya. Menceroboh biliknya dan menyelongkar lacinya. Dia juga masih ingat betapa marahnya dia saat melihat foto Riana berada di dalam genggaman Hani. Patutlah wajah Hani pucat waktu tu.
Aku tak kira apa alasan kau, aku tak nak dengar dah. Ryan menggeleng dengan muka serabut. Dia berpusing ingin berlalu pergi.
Ryan... melihat Ryan ingin pergi, laju mulutnya menyeru nama lelaki yang mula berada jauh di dalam hatinya.
Dengan keadaan membelakangkan Hani, Ryan menggeleng. Dia perlu tenangkan diri sekarang. Bila Ryan memulakan langkah, cepatcepat Hani ayunkan langkahnya.
Dont move! arah Ryan bila derap kaki Hani betul-betul berada di belakangnya.
Stay-there! Dont-follow-me! satu-satu perkataan disebut dengan jelas saat dia menoleh ke arah Hani.
Tertunduk Hani dengan hati yang mula gelisah. Wajah, suara dan reaksi Ryan seakan benci padanya. Dia takut! Macam mana kalau Ryan bencikan dia sebab hal ni Sumpah! Dia tak sangka Ryan akan bereaksi begini.
Awak... awak belum dengar..er.. jawapan saya lagi. takut-takut Hani bersuara.
Bertimpa-timpa kerisauan mula menerobos sanubarinya. Macam mana kalau Ryan tarik balik luahannya hari tu. Ayat yang terkeluar dari mulut Hani buat Ryan pejamkan matanya seketika. Dia terlupa akan hal itu sedangkan dia lah orang yang paling tak sabar menunggu jawapan Hani. Tapi, saat ini hatinya sudah tak teruja.
Aku tak perlukan jawapan kau lagi. dengan ayat itu, Ryan bingkas berlalu pergi meninggalkan Hani yang tampak tersentak.
Aku tak perlukan jawapan kau lagi. Ayat
itu seakan bermain-main di telinga Hani. Entah kenapa, ayat itu seakan memberitahunya yang Ryan sudah tidak perlukan dirinya lagi. Ryan sudah tak nak dirinya lagi. Tanpa sedar setitis air matanya mengalir.
Benarkah Ryan cintakan dia Kalau cinta kenapa perasaan itu berlalu dengan cepat. Sebak jiwanya hingga air mata yang mengalir turun dengan lebih lebat.