MY DARLING ANGEL - 31
JASMEEN KYLABrian tersentak mendengar nama Jasmeen

Kyla. Nama itu bagaikan virus yang sememangnya cuba dielakkan oleh Brian. Dari London lagi gadis yang bernama Jasmeen Kyla tidak hentihenti mengacau-bilaukan hidup Brian. Gadis Melayu yang berlagak seperti wanita Inggeris itu pernah cuba mengikat Brian dengan mengatakan bahawa dia sedang mengandungkan anaknya padahal tidak pernah sekali pun Brian membawanya keluar.

Sehinggakan Mummy dan Daddy mempercayai bahawa Brian pernah meniduri Kyla hingga menyebabkan gadis itu mengandung. Namun, setelah perkara sebenar terbongkar, Kyla diusir dari rumah keluarga Brian dan Brian pula dihantar pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama dengan atuk dan neneknya di Perak. Mummy dan Daddy Brian sememangnya tidak menggemari gadis yang bernama Jasmeen Kyla kerana sikapnya yang tidak menghormati orang tua, berlagak sombong, berpakaian seksi, menggedik dan juga liar.

Kenapa pula dengan minah tu Jangan kata dia ada dekat Malaysia sudah!

Taklah. I just tanya je. Dia takkan balik Malaysia pun. I dengar daripada kawan-kawan kita dekat sana makin ligat dia nak try mat saleh kaya.

Biarlah dia dengan dunia dia. I harap I tak akan jumpa dia sampai bila-bila lagi. I rasa dunia I gelap kalau dia ada dekat. I rimas!

Lisa dan Zahar amat mengerti dan faham bertapa meluatnya Brian dengan gadis itu. Walaupun gadis itu berasal daripada Malaysia, tetapi tiada ciri-ciri gadis Timur langsung dalam diri Jasmeen Kyla.

Nada dering lagu One Man berbunyi dari Samsung Galaxy SIII Brian dan tertera nama Beloved Mummy di skrin, Excuse me, Lisa, Zahar. Brian bangun dan menuju ke dalam biliknya untuk menjawab panggilan dari mummynya.

Abang, Abang rasa kalau Meen tau hal ni dia kacau tak hidup Brian lagi Lisa takut kalau-kalau dia datang menganggu lagi je. Nak-nak pula sekarang ni Brian nak masuk meminang Elzaara. Dahlah Elzaara tu tak percayakan lelaki. Buatnya tengah-tengah hubungan mereka tu nak mekar datang pula si Meen tu kacau tak ke haru biru jadinya Lisa risaulah pula bila kenangkan si Meen tu. Lisa tiba-tiba resah apabila nama Jasmeen diungkit kembali. Sebolehnya dia tidak mahu ada orang lain yang datang menganggu dan merosakkan hubungan Brian dan Elzaara pada masa akan datang apabila lamaran Brian diterima oleh Elzaara.

Erm, harap-haraplah dia tak tahu dan tak balik Malaysia lagi dah. Abang pun berbulu juga dengan perempuan tu. Tak tahu adab dan tatasusila langsung. Tapi, baru-baru ni Abang ada contact dengan Sam dan Ren. Dia orang ada cakap yang dia orang ada nampak Kyla dengan seorang lelaki mat saleh tua dekat pub.

Tak tahulah sahih ke tak perkara tu.

Lisa pun dengar perkara yang sama.

Tapi, untuk elakkan perkara buruk, kita kena bincang dengan uncle dan aunty untuk satukan Brian dengan Elzaara cepat-cepat. Kalau dah kahwin tu, Insya-Allah masing-masing akan mempertahankan hubungan mereka. Kalau pun Meen balik Malaysia dan cari Brian, sekurang-kurangnya Meen akan tahu yang Brian dah pun berkahwin. Tapi, Abang yakin dia takkan balik Malaysia kot sebab dia pernah cakap yang Malaysia ni panas, tak sesuai untuk dia.

Hmm, harap-haraplah. Kasihan Mak ayah Meen tu kalau tau perangai dia dekat sana.

Sekarang ni tugas sayang untuk yakinkan Pak Long, Mak Long sayang pasal hal ni. Beritahu mereka yang Brian nak datang masuk meminang Elzaara. Sayang kena mainkan peranan penting sebab sayang orang tengah yang akan menghubungkan antara dua belah pihak keluarga. Kalau Brian terus masuk meminang je tanpa sayang berbincang dengan keluarga Elzaara, bimbang Pak Long akan tolak mentah-mentah.

Insya-Allah. Nanti Lisa akan berbincang dengan Pak Long dan Mak Long.

Brian kembali dengan senyuman lebar. Dia menggosok-gosokkan tangannya untuk menghilangkan gementar di hatinya.

Mummy dan Daddy I nak balik bercuti dekat Malaysia tak lama lagi. Ive told them about my planning and you know what Mummy dan Daddy bersetuju untuk masuk meminang Elzaara!

Wow! Thats a good news. Congratulations bro!

Thanks Zahar. Lisa, nanti Mummy dengan Daddy nak jumpa you boleh tak Once mereka sampai dari London nanti.

Yeah, sure. Nanti just set je masa dan tempat. Ill be there.

Thanks guys! I gembira sangat-sangat ni. Alhamdulillah!

Zahar dan Lisa masing-masing berbalas senyuman melihat Brian yang begitu teruja dan gembira.

Macam mana Mummy you tau pasal Elzaara Sebab you kata tadi Mummy you cerewet Mummy you tak kenal Elzaara, kan Zahar teringatkan sesuatu.

Sebelum ni I pernah ceritakan pasal Elzaara dan tunjukkan gambar El dekat Mummy dan Daddy I. Lepas je I tau pasal status Elzaara, I terus cerita dengan Mummy dan Daddy. Mereka nak balik Malaysia pun pasal nak risik-risik info pasal Elzaara. Mummy, I dah jatuh hati dengan Elzaara.

Wahhh!! What a right timing. Hm... Memang macam dah jodoh you dengan Elzaara je ni bro. Restu pun dah ada apa lagi. Tak lama lagi makan nasi minyaklah kita ni. Bila uncle dengan aunty nak balik Malaysia

Probably within this week. Tapi, nanti sebelum nak datang bertandang nanti Mummy dengan Daddy I nak balik ke Perak dulu untuk bincangkan hal ni dengan

atuk dan nenek I dekat kampung.

Zahar terangguk-angguk kepalanya.

Lisa membelek jam tangannya dan jarum jam telah merangKak ke arah angka sepuluh malam. Brian, I rasa I balik dululah ya Takut my parents risau pula kalau I balik lewat ni. Pasal you nak masuk meminang tu you jangan risau I akan cuba uruskan apa yang patut. Tapi, apa-apa kena tunggu your parents sampai dululah ya.

Okay, no problem dear. Apa-apa nanti I contact you as usual.

Lisa menegakkan tiga batang jarinya membentuk simbol Okey.

Okay bro, I balik dulu. You pun jangan risau sangatlah ya. Apa-apa kami ada untuk you minta bantuan. Just give us a call. Kami gerak dulu.

Zahar dan Brian bersalaman dan Lisa hanya mengangkat tangannya ke udara. Brian menghantar Lisa dan Zahar sehingga ke kereta dan ekor matanya menghantar mereka hingga kelibat kereta hilang dari pandangan mata. Senyumannya masih lagi belum pudar dan kian mekar. Segera dia mencapai handphonenya dan berlalu masuk ke dalam kafe.