Dalam perjalanan ke bintulu, kami telah bertemu de ngan seorang lelaki yang agak kacak di dalam bas. nama nya Jebah, seorang pemuda berbangsa Dayak. Katanya, dia tinggal di bintulu. Dan dalam perjalanan yang mem bo sankan itu, Shariman hampir memberitahu Jebah ten tang Kristal berdarah. Mujurlah dia cepat tersedar dan tidak terlepas cakap.
akhirnya kami sampai ke Grand Hotel di bintulu. ba ngunannya agak cantik dan bersih. aku terpandang seorang tua yang sedang duduk di kaki lima hotel. Sebelah wa jahnya telah rosak.
Dia kelihatan mengerikan. Mungkin wajahnya telah begitu semenjak zaman mudanya. Tidak seorang pun yang mengambil peduli tentang orang tua itu. Dia kelihatan sunyi dan keseorangan.
Kami membuat pendaftaran dan meninggalkan barangbarang kami di dalam bilik. Kemudian kami ke gerai makan di luar hotel. Kami merancang untuk pergi ke sebuah tempat yang agak terkenal di bandar bintulu... Kelab bintulu.
Shariman merenung jam di tangannya. Dia kelihatan tidak sabar.
Jebah kata dia nak jumpa kita petang nanti.
Oh. aku terlalu letih untuk mengingati janji Jebah.
Kau macam tak sukakan dia saja
Tak adalah! Dia nampaknya baik. aku terpandang wajah Shariman yang mula dihing gapi perasaan cemburu. cuma aku harap kau tak akan bercerita tentang Kristal berdarah.
ada ke aku beritahu dia dalam bas semalam
Hampir.
Kau tak percayakan Jebah
Siapa tahu. benda tu amat berharga walaupun dia ha nya sekadar ingin tahu.
Masakan.... Shariman tidak sempat meneruskan katakatanya apabila Jebah muncul dan terus mendapat kan kami. Selamat pagi!
aku sebenarnya tidak mahu Jebah berada di sini tetapi tidak tahu bagaimana hendak mem beritahunya.
Roti di sini memang sedap. Kau berdua patut men cu banya. Matanya tajam merenung muka aku.
Ya Kau selalu datang ke sini
inilah tempat yang paling popular di bandar bintulu.
Jebah makan bersamasama kami, berbincang kemu dian ter paksa pergi atas urusan perniagaan.
Jumpa lagi malam ni.
aku dan Shariman sekadar memerhatikan langkah Jebah. Kemudian berpandangan sesama sendiri. Kehai ranan menjenguk hati.
Perniagaan Mungkin jual ganja kepada budak se ko lah atau boleh jadi juga menyeludup perempuan jahat ke sempadan.
Salimah! Dia orang baik. Dia hanya cuba berbaik dengan dua orang asing di bandar ini saja. Shariman meman dang ke arah jalan menghala ke gerai. Kenapa kau tak suka sangat dengan dia aku sebenarnya tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut. Lantas aku cuba membangkitkan cemburu Shariman. Dia terlalu kacak.
Wajah Shariman segera berubah. Usikan aku mengena.
Marilah. nanti terlambat pula. aku menarik tangan nya. Shariman masih berwajah masam. aku tidak mampu menahan senyuman yang membungai bibirku.
Tempat pertama yang aku lawati adalah sebuah tempat di mana pertuturan orang di situ langsung tidak aku fahami. Sharimanlah yang menjadi juru bahasa kepada aku. aku rasa begitu ganjil. aku sepatutnya tidak ke sini. aku cuba bertanya sesuatu tentang Sri aman kepada lelaki yang sedang kami soal.
Jawapannya, Tak ada yang menarik di tempat ni. Puan benarbenar hendak ke sana
Dan pandangan yang diberikan seolaholah kami gila atau kurang waras. Mereka seperti terlalu mengenali benar dengan tempat itu.
aku dan Shariman mengambil keputusan untuk ber siarsiar di bandar itu. Kami saling berpegangan tangan di pesisiran jalan. Pemandangan di tepi jalan sungguh me na rik. Ternyata gelagat kami menarik perhatian bebe rapa orang pejalan kaki. Pun begitu, kami tidak menghi raukan pandangan yang mereka lemparkan.
Kami makan malam di restoran hotel. Shariman keli hatan tidak selesa dengan pakaiannya. Sering sangat dia membetulkan kolar bajunya yang melebar keluar. aku berasa lucu melihat gelagat Shariman.
Lebih kurang 7.30 malam, Jebah pula muncul. Penam pilannya begitu berlainan apabila dia bergaya dengan pakaian barat.
Mungkin aku terlalu berprasangka terhadapnya. Dia tidak seperti lelaki yang aku lihat semalam. Kita akan ke kelab bintulu. Kelab aku kecewa.
Jangan salah faham, cik Salimah. Kelab itu tidak lebih dari sekadar kelab biasa.
Kelab itu terletak hanya beberapa blok sahaja dari Grand Hotel tetapi kami menahan sebuah teksi. Jebah ber tungkuslumus menolong kami atau barangkali juga untuk menarik perhatian Shariman.
Ramai pelayan di kelab itu mengenali Jebah. Jebah mula mengambil hati aku. Semua yang ada di situ keliha tan bergaya berpakaian kemas. Wanitawanita separuh abad, kebanyakannya berbangsa eropah, bergaun dan ber ke meja panjang. Lelakilelaki separuh umur keba nya kannya juga berbangsa eropah berpakaian lagak seperti usahawan. barangkali mereka adalah orang minyak yang datang dari Miri untuk berhibur. aku tidak lepas daripada memandang ruang tari. ia keli hatan sesak dengan pasangan yang tidak henti menari. Lelaki menari dengan lelaki. Perempuan pula dengan kaum sejenisnya. Sungguh ganjil! Segalanya berlainan daripada kebiasaan.
aku pernah juga terdengar mengenai tempat seperti itu tetapi inilah pertama kali aku memijakkan kaki ke tem pat yang sebegitu ganjil. Di suatu sudut, aku terpan dang dua orang lelaki kacak sedang berkucupan.... menji jikkan!!
Minuman yang dipesan telah tiba. Kami menikmati minu man yang dituang ke gelas masingmasing. Shariman akhirnya menyedari apa yang sebenarnya berla ku di tempat itu.
Kau nak menari dengan aku Jebah mempelawa Shariman, bukannya aku.
Siapa aku Shariman memandang sekeliling kami. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang patut diucapkan. aku... uh...
Shariman tak pandai sangat menari. aku tersenyum geli hati melihat gelagat Shariman. betul, kan sayang
Tak apalah. Ha! Mungkin kau boleh menemani aku. Jebah tersenyum dan berdiri. aku tersenyum dan mengangguk. Jebah sebenarnya
tidak me ngejar Kristal berdarah tetapi... Shariman!
Selepas menari, aku sudah kembali ke meja. badanku be rasa melekitlekit. Tetapi Jebah mendesak Shariman agar menari dengannya. Mahu tidak mahu Shariman ter paksa ikut.
Geli hati melihat mereka menari di ruang itu. namun mujurlah aku masih mampu menahan gelak. berbeza pula dengan Shariman. Shariman asyik ketawa. aku tidak perc aya, itulah reaksi yang ditunggutunggu oleh Jebah sebenarnya. Dia cuba memeluk Shariman tetapi Shariman asyik berundur ke belakang sambil ketawa. Wajah Jebah sedikit kecewa. Tetapi mereka masih menari... dua orang pemuda kacak yang sedang mengikuti rentak lagu yang dimainkan.
Hello! awak orang Semenanjung berdiri di belakang dan di sebelah aku ialah dua orang wanita yang muda, cantik dan jelita. Mereka tersenyum kepada aku. aku membalas senyuman mereka.
Ya.
Selamat datang ke bintulu.
Terima kasih.
Salah seorang daripada mereka ketawa. Dia bertubuh tinggi dan berpinggang ramping. Usianya mungkin dalam lingkungan 20an.
Selepas seminggu awak di sini, awak akan rasa se perti berada di bandar sendiri. Dia tersenyum.
nama saya Maznah Hussin. aku memperkenalkan diri. Mahu menari dengan saya aku tersenyum kemudian memandang ke arah Shariman dan Jebah di tengah ruang menari. Mereka se perti orang hilang akal. aku kembali menatap dua orang perempuan yang sedang berdiri di hadapan aku. Mereka masih tersenyum. aku terpaksa membalasnya.
Muzik yang dimainkan berentak perlahan. begitu juga aku dan Maznah. Kami bergerak mengikut rentak lagu yang dimainkan. Perlahan dan lembut. Setiap orang yang ada di situ memandang ke arah kami. Setiap orang kecuali Jebah dan Shariman. Mungkin mereka terlalu asyik menari ataupun terlalu letih untuk memerhatikan kami.
Tetapi apabila Shariman terpandang kepada aku, matanya terbeliak lebar. Dia seperti tidak percaya yang aku sedang menari dengan kaum sejenis aku.
Salimah! apa yang kau buat ni
Kenapa Tentulah aku sedang menari.
Tapi dia...
aku tersenyum padanya. Dia berhenti menari, meman dang Jebah dan kembali ke tempat duduknya. Jebah seperti tidak berpuas hati.
Di ruang menari, hanya aku dan Maznah sahaja yang masih menari. Pasangan lain bagaikan sudah terlalu letih untuk menyaingi kami. Mereka hanya memandang, sedangkan aku dan Maznah berjaya mengisi kekosongan ruang tari itu.
apabila muzik berhenti, semua orang kecuali Jebah dan tentunya Shariman bertepuk tangan. Shariman se dang menunggu aku di meja. aku mengajak Maznah ber samasama dan dia tidak menolak. Kami pergi bersama teman nya sekali.
Dia memperkenalkan kawannya kepada Shariman, Jebah dan aku sendiri.
ini Suzanne.
Kami memperkenalkan diri dan berbual sejenak. Sese kali kami menghirup minuman yang telah tersedia di gelas masingmasing.
awak berdua menginap di mana tanya Maznah setelah mengetahui bahawa Jebah tinggal di bintulu.
Grand Hotel.
Oh! Kami pula tinggal... maksud saya menginap di angsana Hotel. nampaknya kita ni tinggal tak jauhlah, ya
Kami ketawa.
Malam di bintulu, gelap dan sunyi. bintangbintang ber kerlipan tetapi tiada bulan yang muncul menyinarkan diri. Mungkin bukan malam untuk bulan.
Di dalam teksi yang besar, tubuh kami saling berhim pit. Shariman dan aku duduk bersebelahan. Sentuhan dan kalungan tangannya kepada tangan Jebah menarik minat aku. Maznah dan Suzanne menghisap rokok. Mereka tidak banyak cakap.
Kami tiba di penginapan Maznah dan Suzanne. Jebah membayar tembang teksi dan kami mengekori Maznah dan Suzanne yang berjalan berpelukan. Setiba di bilik mereka, Maznah menyalakan lampu. bilik itu kelihatan begitu cantik dengan susunan perhiasan yang ringkas tetapi menarik.
Di suatu sudut, sebuah lampu kristal berukir yang di buat oleh balai Seni indah milik encik Rosli, tegak ber diri. Lampu kristal yang berwarna merah dan hijau itu, berb entuk sepohon ceri. Kecerahan warnanya menawan se siapa sahaja yang memandang.
Kami terus mengekori mereka ke bilik. Setibanya di sana, aku begitu terkejut dengan apa yang dilakukan oleh dua orang perempuan jelita itu. Shariman memandang dengan mata yang tidak berkejip. Sedangkan Jebah pula hanya memandang dengan pandangan meluat sambil menghisap rokok. Seperti bapa ayam yang muak melihat anak buahnya beraksi.
aku mula jadi tidak tentu arah. aku tidak pernah me lihat adegan yang sebegitu rupa. Setiap masa ketika berada di bilik itu, aku bagaikan dapat mendengar suara
Maznah mempelawa aku. Marilah bersama kami. namun aku hanyalah penonton setia yang sudah tentu tidak akan melakukan adegan terkutuk itu. aku tidak ma hu menjadi sebahagian daripada umat Lut yang diteng gelamkan Tuhan di Laut Merah.
Selepas Maznah dan Suzanne melampiaskan nafsu mereka, kami berbual sejenak. Mereka begitu menawan dengan pijamas satin merah muda. Tiada perkara penting yang kami perbualkan.
Tidak lama kemudian, aku dan Shariman berjalan ke luar ke penginapan. Hari semakin larut. Kami mening gal kan Jebah... membiarkan dia menguruskan dirinya sendiri. Shariman menghantar aku hingga ke bilik dan sebelum itu memeluk aku.
Selamat malam, sayang. aku cintakan kau.
Tapi... aku ingin mengusiknya. Kau menari dengan Jebah.
Dia yang beriaia mengajak aku.
Malam yang menyeronokkan.
Di dalam bilik aku duduk mengelamun mengenang kan peristiwa yang berlaku tadi. aku tidak sedar pukul be rapa aku terlelap. aku terjaga lewat pagi apabila Shariman mengetuk pintu bilik aku.
Salimah! bangun! ada kerja yang perlu kita buat. Kereta akan sampai tengah hari nanti. aku beralih, cuba untuk terus melelapkan mata. Salimah! Kau
ada dalam bilik ke
aah!
bangunlah!
Tak boleh ke kalau kita pergi esok saja bangunlah. aku tunggu kau di gerai bawah sana. aku menguap dan merenung pintu.
Salimah
Okey... okey!
Selepas bersarapan, Shariman menyerahkan kunci bi lik pada pengurus hotel. Kereta kami akan sampai tidak lama lagi. Masih ada masa untuk berkemas.
Perjalanan ke Sri aman mengambil masa selama enam jam. Sepanjang perjalanan itu, Shariman dan pemandu ke reta asyik berbual. Sesekali aku berasa terasing. Shariman dan pemandu itu bagaikan tidak sedar bahawa aku juga adalah sebahagian daripada penumpang di dalam kereta itu.
namun akhirnya aku menyedari yang aku lebih gemar memerhatikan panorama indah di luar kereta. Kenderaan kami mula melalui perkampungan yang indah, kawasan hutan tebal, gunungganang yang berbalam dan berbagi bentuk muka bumi lagi di tanah Sarawak.
Kereta sudah melepasi hutan dan pergunungan. Per mukaan jalan raya sudah tidak sama rata lagi. Hampir dua setengah jam kereta kami bergerak tersenggukseng guk seperti orang tua diserang batuk kering. Hutanhutan tebal berwarna gelap,
315
menghalang simbahan cahaya matah ari daripada sampai ke muka bumi. Sepanjang perjalanan yang membosankan itu, kami tidak berjumpa sebarang pekan atau perkampungan. Kami sampai ke destinasi yang dituju, tepat pukul 7.44 malam.
Pekan yang kami singgah itu terlalu kecil. Terlalu tra di sional jikalau dibandingkan dengan tempattempat lain yang pernah kami pergi. Pemandu kami telah membawa ka mi menemui seorang tuai rumah panjang. barangbarang kami juga dibawa ke sana. Dia berjanji akan kem bali untuk mengambil kami dua hari lagi.
Kami menyelesaikan segalagalanya dan mula bersiarsiar di kawasan rumah panjang itu. Makanan yang kami bawa sudah mulai berbau masam. barangkali sudah ham pir basi. Tetapi Shariman kelihatan begitu berselera. Mung kin dia terlalu lapar, atau barangkali juga ingin me nun jukkan ketidakpuasan hatinya kerana aku meng ganggu dia dan Jebah semalam.
Hari semakin larut. Tetapi masa tidak menghalang kami daripada terus bekerja. Tuai rumah panjang menda pat kan kami dan bertutur dalam bahasa iban yang cukup pekat.
Tempat tu jauh ke tengah hutan. Jangan pergi ke sana. banyak harimau dan ular berkeliaran. Tempat tu dulu ka wasan perlombongan.
baguslah! Kita boleh duduk di sini dan dengar dia menceceh! aku berbisik.
Kenapa dengan kau ni Shariman menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap gelagat aku.
aku datang ke sini sebab nak cari kristal tu. Lagi cepat aku jumpa, lagi baik. aku tak mahu dengar leteran yang melambatkan kerja aku.
Kau nampak macam biasa saja semalam.
apa kenamengena dengan semalam
Shariman terdiam. Ketua rumah panjang terpingapinga. Mungkin dia tidak faham apa yang aku dan Shariman tuturkan atau barangkali juga tidak faham me nga pa aku dan Shariman bertegang urat.
aku harap, semua ni tak ada kaitan dengan perasaan kau malam tadi, kan
Maafkan aku! Tetapi ucapan yang aku diberikan itu tidak ikhlas. Mari kita ke sana, cepat!
Kami berjalan ke tenggara perkampungan itu. Runtu han itu sebenarnya terletak jauh ke tengah hutan. ia dike li lingi oleh pokokpokok balak sebesar tiga empat pe me luk.
apabila kami melepasi rumah panjang yang terakhir, kami mula berasa resah. Kegelapan menyerkup di manamana. Sukar untuk melihat pemandangan yang ada di hadapan kami. Jikalau kami tidak berpegangan tangan, sudah tentu kami akan kehilangan salah seorang daripada kami.
Kegelapan itu menambahkan keresahan aku.
Mari kita balik, Shariman. Kami sudah tidak boleh berjalan lebih jauh lagi.
Shariman berhenti berjalan. Dia berpaling sekeliling sebelum memeluk aku. Kau tak apaapa aku tidak menjawab.
aku rasa cadangan kau tu betul, katanya lagi.
Dia merenung sekeliling. Mengeluh.
Tak guna kalau kita terus mencari dalam gelap ma cam ni. aku langsung tak nampak jalan ke sana.
Shariman terdiam. barangkali sedang berfikir dengan katakata aku tadi.
Kita cari lampu atau yang paling elok, kita datang balik esok siang.
Kita boleh cuba malam ni, tapi aku tak yakin kita akan jumpa benda tu. Jomlah kita balik ke rumah panjang tu. namun pagi esoknya kami kembali lagi ke tempat itu. Kami berjalan di runtuhan sebuah bangunan yang jauh di tengahtengah hutan. beberapa buah dinding batu ma sih tegak berdiri dan berwarna hitam. Keseluruhannya te lah dijalari lumut yang semakin tua. Suasana di dalam hu tan semakin sunyi. Tiada angin yang berpuput.
Kami berdiri di tengah runtuhan yang dimamah usia. cuba mencari dalam suasana yang lebih cerah. Kami tidak menemui sebarang kristal kecuali keagungan silam. aku dan Shariman tetap tidak berputus asa. Kami ya kin kristal itu ada di sini. Dan tindakan kami itu tepat pa da masanya. Setelah beberapa lama kami mencari, aku me ne mui kristalkristal tersebut di bawah daundaun ker ing berhampiran sepohon pokok... entahlah! aku tidak tahu jenisnya.
Sinar merah kristalkristal tersebut tetap tidak pudar sekalipun tanah kering membalutinya. Saiz masingmasing tidak lebih daripada sebesar telapak tangan aku. aku mengambilnya dan menggores permukaan kulit aku.
Sah! Kristal itu tidak melukakan. Kristal ini yang kami caricari.
Shariman datang dari arah belakang dan memeluk pinggang aku.
Kau menemuinya lagi, katanya sambil mencium belakang tengkuk aku. aku terasa geli. Shariman! cukuplah. aku cintakan kau, Salimah.
Kita perlu simpan kristalkristal ni dulu. Dia memandang sekeliling.
Salimah...
Ya, sayang
aku tak mahu kau jumpa dua orang perempuan tu lagi.
aku mengalihkan badan. Kami saling berpandangan antara satu sama lain.
Dua orang perempuan
Ya. Sekali lagi dia memandang sekeliling. Dua orang perempuan di bintulu... Maznah dan Suzanne. aku tak mahu kau berjumpa mereka lagi.
begitu... aku melihat ketulan kristal yang aku temui tadi. boleh aku tahu, kenapa
Mereka perempuan tak baik. Mereka tak... Dia tidak meneruskan katakatanya.
aku juga harap kau tak jumpa Jebah lagi.
itu lain.
Oh! aku macam tak percaya dengan apa yang aku dengar sekarang!
Kenapa
Kau tak berlaku adil terhadap aku.
Kami lelaki.
Sama juga dengan aku.
aku tak mahu kau berjumpa mereka lagi. Shariman ti dak dapat mencari alasan yang lebih kukuh untuk me mang kas aku.
Tanpa berkata apaapa, aku berpusing ke belakang dan terus berjalan meninggalkannya.
Di penginapan, Shariman cuba memujuk aku tetapi aku tidak mengendahkan dia.
Keesokan paginya, pemandu kami datang. inilah kali terakhir kami di situ. Di dalam kereta, aku masih tidak ber tegur sapa dengan Shariman. aku masih marah dengan sikapnya.
Kami tiba di Grand Hotel ketika hari menjelang ma lam. aku terus ke bilik dan mengunci pintu dari dalam. aku terlalu letih. aku ingin berehat dan melupakan ten tang tugas sejenak.
Shariman cuba mengetuk pintu dan memanggil aku dengan tujuan memujuk. Tetapi aku tidak mengendahkan dia. aku tahu, dia juga menghubungi aku melalui telefon. aku terlalu malas hendak melayan Shariman. bukan ke rana aku bencikan dia, tetapi aku terlalu letih.
Malam itu, tanpa makan malam, aku terlelap tanpa se dar kan diri. aku hanya tersedar keesokan paginya apab ila matahari sudah meninggi dan menyuluh muka aku.
Selepas bersarapan, aku ke Hotel angsana. Tetapi sebelum aku melangkah masuk, aku ingin membeli sedikit buah tangan untuk Maznah dan Suzanne. aku ke gerai buahbuahan yang terletak di seberang jalan. Ketika aku sedang memilih buahbuahan, aku terdengar siren kereta polis dan ambulan. aku berpaling. Orang ramai sedang berkerumun di hadapan Hotel angsana.
aku membatalkan niat hendak membeli buah tangan buat Maznah dan Suzanne. Hati aku berasa tidak sedap. aku seperti dapat merasakan, ada sesuatu yang telah me nimpa mereka.
Langkahku hayun pantas ke pekarangan hotel. Orang ramai semakin membanjiri tempat itu.
Kenapa ni aku cuba mendapatkan penjelasan dari pada salah seorang lelaki yang turut berada di situ.
awak ada kawan yang menginap di sini Kenapa Jantung aku semakin berdetupdetap.
ada pembunuhan, terangnya sambil memandang aku. aku segera berlari sambil mencelah di antara orang ramai yang sedang berdiri. aku berdiri di hadapan tangga yang menuju ke tingkat atas Hotel angsana. Separuh dari pada tangga itu gelap.
Dua orang lelaki berpakaian serba putih turun sambil me ngu sung sebuah pengusung yang ditutupi plastik hi tam. aku tahu di dalamnya ada mayat, mangsa pembunu han yang dikatakan tadi.
cahaya datang dari arah bilik Manah dan Suzanne. aku memandang sekeliling. aku cuba mencari kelibat Shariman. aku cuba bertanya sesuatu kepada pekerja penyelamat itu tetapi mereka tidak menjawab. aku kebingungan.