Dia tak boleh mengandung lagi.
Bahasa Indonesianya agak sukar difahami. Aku kena tanya 3-4 kali baru dia faham soalan aku.
Begitu juga sebaliknya. Istilah tak boleh mengandung lagi disalahtafsirkan. Pada aku ianya bermaksud jangan mengandung lagi. Tetapi fahaman dia dan suaminya mungkin lain. Anaknya langsung tidak disusukan badan kerana doktor kata tak boleh. Dan period terakhirnya adalah pada bulan 12 tahun lepas.
Dia datang ke klinik malam tadi. Mak bidan kata dia dah mengandung lagi. Tengok perut pun aku tahu. Tanpa scan pun aku tahu dah lebih 6 bulan dah. Dia kata dia ikut atau percaya cakap doktor di hospital.
Pak Doktor kata saya enggak bisa mengandung lagi.
Jadi dia langsung tak merancang apa-apa. Main belasah je. Aku nak gelak tak sampai hati. Aku nak senyum pun tak sampai hati. Tak boleh mengandung bukan bermaksud tidak subur kak. Anak keduanya baru berusia 6 bulan. Yang ini pun dah berusia 6 bulan kandungannya.
Operate pula tu. Pening kepala aku nak buat apa kat dia. Anak pertama di kampung asyik minta wang belanja sekolah. Anak kedua masih mahu susu dan lampin. Tapi aku yakin dan pasti. Rezeki itu Allah yang beri. Dan setiap anak itu pasti ada rezekinya.
Siapa patut dipersalahkan
1. Sang suami yang kurang prihatin.
2. Sang isteri yang lurus bendul.
3. Sang doktor yang kurang memberi kefahaman.
4. Semua di atas.