Masa ni aku belajar dalam tahun dua kelas Kejuruteraan Kimia. Dalam kelas, ada tiga pelajar yang kategori mereka adalah paling bengap. Mereka ialah Haidar @ Lim Tat, Ibab dan aku. Jika ada budak-budak batch aku berani claim terdapat calon yang lagi bengap dari senarai nama yang aku bagi, sila tampil ke depan supaya senang aku terajang.
Subjek-subjek Kejuruteraan Kimia memang palat punya susah. Pada kami bertigalah! Paling palat subjek yang aku nyatakan di perenggan bawah. Budak-budak lain seperti Hanip, Norman, Amit, Malek dan Harikrishnan pun cakap susah juga. Tapi susah mereka cuma di bibir, bila keluar keputusan test atau exam sorangsorang markah macam syaitan. Aku Alah kadang-kadang lima per empat puluh. Kalau ada rezeki dapatlah sembilan per empat puluh. Itu pun sebab tiru orang depan. Memang macam tu lah. Kalau dah setiap malam melepak kat mapley Tronoh bersembang meletup-letup, apa jadah nak jadi pandai
Suatu hari ada ujian subjek Material Energy Balance (Jisim Tenaga gabungan Jisim dan Tenaga. Nama pendek dia MEB). Entah siapalah punya kerja tak berfaedah pergi cipta subjek mengarut macam tu. Aku memang tak minat langsung. Belajar pun tak ada rasa ghairah. Ibab mungkin handal sedikit daripada aku dan Tat dalam subjek ini. Jadi masa ujian dia duduk tempat jauh dari kami supaya kami tak dapat nak meniru. Kawan perangai macam tu aku dah biasa. Nak nak pulak Ibab, pantang boleh faham sikit masa pensyarah ajar dia mula buat berlagak dengan aku. Macam gampang! Aku dengan Tat malas nak layan sikap berangan pandai tapi akhirnya bengap yang selalu Ibab tonjolkan. Semuanya nak bikin hati aku panas.
Berbalik pada ujian MEB, aku duduk belah belakang tepi dinding. Belah kanan aku brader terer iaitu Hanip. Brader depan dengan belakang aku dah tak ingat. Hanip ni berkawan berkawan juga, cuma tak berapa rapat. Hanip memang hero, muka tak hensem tapi ramai makwe. Setiap minggu tengok wayang dengan makwe yang bermacam-macam jenis. Kadang-kadang dia tangkap makwe ustazah, kadang-kadang makwe yang dia tangkap macam whore pun ada. Aku suspect Hanip ni spesis rare. Makin dia galak dengan makwe-makwe, makin geliga kepala otak dia sedut pelajaran. Jenis tak reti nak ikut hukum alam.
Aku duduk atas bangku bagi sedap-sedap bontot. Pen, pensel, pemadam, liquid paper, kalkulator semua ada. Yang tiada hanyalah ilmu di dada. Aku dah bersedia mendapat markah sembilan per empat puluh atau kurang dari itu. Pn. Suriati (pensyarah) mengagihkan sekeping kertas soalan setiap seorang. Kertas kosong nak tulis jawapan pun dia bagi juga dalam tiga empat keping seorang.
Ok, Kamu semua ada masa satu jam. Sila jawab sekarang!
Aku perhati kertas soalan. Macam aku cakap awal-awal tadi, subjek Material Energy Balance ni memang palat dia punya susah. Semuanya ada empat soalan, wajib jawab dua soalan saja. Aku baca semua soalan, semua-semua aku tak reti nak jawab. Macam mana aku nak maintain rekod dapat sembilan per empat
Menjawab Test Di University
puluh Ah sudaaahhh!!!
Selalunya sebelum-sebelum ni, kalau aku dalam keadaan tak reti nak jawab soalan periksa, aku akan mencarut-carut dalam hati dengan mulut berkumat-kamit. Mencarut dalam hati dah jadi macam rawatan terapi untuk mencapai ketenangan masa aku terkial-kial nak jawab kertas periksa. Macam-macam bangsa mencarut yang keluar, fak!, palat, gampang, pundek dan pelbagai lagi aneka carutan yang aku hamburkan lebih galak daripada berzikir sesudah sembahyang. Aku nak tulis perkataan mencarut masuk entry ni pun sorok-sorok takut orang belakang baca.
Tapi itu dulu. Sebelum sebelum ni. Untuk kertas soalan yang aku tengah cerita ni, aku tak mencarut langsung. Aku tukar strategi. Aku menyanyi dalam hati sambil toleh kanan curi-curi dengan niat nak meniru Hanip.
Hanip, aku tak tau apa jadah langsung ni. Aku tak reti! Aku merayu separa deras supaya Hanip boleh dengar suara ikhlas aku. Aku tunjukkan sekali kertas jawapan yang aku contengconteng sebagai bukti yang aku tak reti nak jawab langsung.
Masa entah tinggal berbelas minit saja lagi masa tu.
Hanip pandang wajah ikhlas aku yang menagih sekelumit jawapan periksa daripada beliau. Hanip tak menunjukkan apaapa simpati. Dia buat tak tahu dengan orang bengap macam aku. Tak ada pun rasa nak sedekah sedikit ilmu dalam keadaan aku terdesak macam tu. Aku tengok Hanip pulun jawab sorangsorang. Habis penuh kertas kosong dia tulis jawapan. Aku perhati sambil meleleh air liur. Yang lagi buat hati aku membara, Hanip siap angkat tangan minta kertas kosong tambah. Tak kenyangkenyang rupanya dia menjawab soalan!
Hanip tolonglah bagi aku nak tiru sikit. Aku kosong betul ni! Aku tak jemu-jemu minta sedekah daripada Hanip.
Hanip memberi sekilas pandang pada kertas aku yang terbarai. Tapi dia masih buat tak tahu. Dia terus bertungkus-lumus untuk diri sendiri tanpa memikirkan nasib diri aku.
Ok, masa dah habis! Tulis nama hantar kertas jawapan ke depan sekarang! Suara Pn. Suriati bergema. Beliau kemudian sibuk mengawal keadaan supaya Ibab, Tat dan aku tak terjun keluar bangunan. Dengan kertas-kertas yang aku conteng dua tiga formula kimia tingkatan lima, beserta beberapa baris lagu Korn aku tulis nama, ikat kertas dengan benang lalu passing kertas ke depan. Aku baca sikit selawat memohon pembelaan Yang Maha Esa.
Lebih kurang seminggu kemudian masa kelas MEB, Pn. Suriati bagi balik kertas jawapan berserta markah. Dia panggil nama seorang-seorang ke depan. Aku jadi tak tentu hala. Dada berdebar ke tepi ke tengah. Fikiran jadi meracau. Jiwa aku kucar kacir. Muka ibu dan ayah yang menggalas harapan ke bahu aku muncul silih berganti.
Firdaus! Mata Pn. Suriati meliar mencari-cari nama aku. Dia bukan kenal sangat aku ni muka macam mana.
Aku bangun lalu mara ke depan dengan gagah. Langkah kaki
Menjawab Test Di University
aku kontrol supaya tidak tersadung depan makwe-makwe.
Bagus ye markah kamu tapi saya kena potong dua markah sebab kamu tak tulis nombor ID. Aaaa lagi satu. Lain kali tak payahlah hantar kertas conteng, menyemak! Pn. Suriati hulur kertas jawapan pada aku.
Aku tengok kertas jawapan tu. Tertera markah 38/40. Cilakak! Ini bukan kertas jawapan yang aku jawab. Tak ada baris-baris lagu Korn pun, apa pasal boleh ada nama aku pulak
Lepas habis kelas, Hanip menyapa aku.
Sorrry lah beb. Aku tak tahu ko punya nombor ID. Kebingungan aku akhirnya terjawab.
Jasa Hanip, sampai sekarang aku tak reti nak balas macam mana.
Korang ada kawan macam Hanip
Lagi satu aku nak pesan. Kalau buat apa-apa benda tak lepas, janganlah mencarut.
Keh keh keh!