DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 31
Member aku ada borak pasal sorang member dia yang tengah ada masalah laki bini.

Jalan cerita dia mudah. Mamat ni dah kahwin. Ada sorang anak umur dalam 2 tahun. Tapi sejak lebih kurang setahun yang lepas, dia sudah buat satu skandal baik punya dengan sorang makwe yang tinggal di Kuala Lumpur ni juga.

Satu hari entah macam mana mamat ni kantoi dengan bini dia. Apa lagi, bergaduh pung pang pung pang la. Namun begitu, kedua laki bini ini masih cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan tidak terus bergaduh. Biasa lah, orang kita ni bila ada masalah yang tak tahu nak disalahkan pada siapa (walaupun memang sah-sah la mamat ni yang punya hal), maka pihak keluarga kedua-dua pihak merasakan yang si mamat ni dah terkena buatan orang yang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Pasangan laki bini ini juga turut merasakan ada makhluk halus sedang buat kerja.

Untuk merawat ganakun makhluk halus si mamat ini, keluarga dia pun bawa pergi ke Darus Syifa. Tindakan ini dirasakan paling betul sebab 2-3 bomoh sebelum ini pun kata memang ada makhluk halus yang buat kacau. Jadi untuk mendapatkan kepastian terkini, mereka pergi ke Darus Syifa.

Dipendekkan cerita, setelah melaui proses rawatan, tibalah masanya untuk ustaz Darus Syifa ini memberi keputusan. Maka berkata si ustaz pada mamat berkenaan dengan nada serius,

Setakat ilmu yang saya ada ni, saya boleh konfemkan memang takde makhluk halus yang buat kacau dalam badan kamu ni... ...yang banyaknya dalam badan kamu ni cuma syaitan!

Moral daripada cerita ini:

Ustaz Darus Syifa memang power.