SEMBANG TEPI JALAN - 31
Aku masih belum mencuba muzik punk. Punk ni bagi aku sebuah sikap dalaman, bukan luaran. Aku pernah mengkaji gelagar peminat punk sejak awal 90-an lagi, sejak aku mula berbaik dengan Joe Kidd penyanyi kumpulan Carburator Dung.

Melalui Joe Kidd aku mula mengenali punk dan ideologinya. Sehingga kini Joe Kidd masih menjadi sahabat aku cuma sekarang sibuk dengan hal masing-masing. Suatu masa dahulu dia selalu mengajak aku untuk turut serta dalam gig yang dia anjurkan.

Aku pernah mcmpunyai sebuah kumpulan kugiran punk - Society. Kami sempat menerbitkan sebuah album kompilasi bersama kumpulan-kumpulan underground lain. Album kami berjudul Circle of Friends' manakala lagu aku dalam album tersebut berjudul 'Holocaust In My Head. Aku pasti Joe Kidd masih menyimpan demo aku yang mula-mula pada tahun 90an dahulu.

Pada waktu itu, aku menggunakan nama Kontra.

Budak-budak punk ni kebanyakannya bijak dan tidak suka pada yang komersial atau glamour. Ya perkara itu bagi aku masih subjektif. Sid Vicious mungkin jujur dalam pemakaian mereka, tetapi apabila mula menjadi ikutan, maka ia akan senasib dengan Kurt Cobain. Beliau tidak boleh menerima haluan hidupnya. Cobain sebenarnya maliukan yang biasa-biasa sahaja dan dia jujur dengan dirinya. Bila sampai ke kemuncak, dia putus asa dengan kehidupannya lalu membunuh diri.