Srikandi
Razief... aku.. aku... Nadanya tetap cemas walau Srikandi itu sedang lemah.
Pujangga, kamu selamat.
Bu...Buhaira... di... di mana Isa Isa! Isa ditangkap Judas!
Srikandi telah bangun.
Srikandi neo-Human itu disokong oleh Jacob dan Joseph, terus dia berdiri menghampiri Razief. Mereka berpelukan. Pujangga mendapatkan Buhaira. Mereka saling berpandangan sebelum Pujangga terus meneguk titisan sebatian yang terakhir.
Kelalang yang terakhir. Aku hanya diciptakan
dengan tiga nyawa, ini kelalang terakhir.
Srikandi ...
Razief... kita masih lagi berbaki satu misi...
untuk.. untuk pergi dari sini!
***
Dataran Pembebasan hari ini sudah digulung oleh tentera Judas dan Julius, rakyat proto-Human seperti berada dalam keadaan Deja Vu sekali lagi. Kali ini, tentera Jaafar sudah digantikan dengan Tentera Perikatan Judas dan Julius.
Judas dan Julius ternyata lebih zalim daripada Jaafar!
Begitulah halnya dengan dunia pentadbiran; pemerintah neo-Kuala Lumpur yang berganti semakin zalim dan kejam pula jadinya. Sistem politik tidak ubah hanya sekadar taman permainan golongan berkepentingan untuk merompak segala hasil rakyat dan hasil bumi sebelum memusnahkan apa adanya.
Judas dan Julius terus memusnahkan Dataran Pembebasan.
Tindakan ini tidak lain adalah dendam buat
Buhaira. Proto-Human tidak layak masuk campur ke atas pergolakan yang berlaku di dalam komuniti neo-Kuala Lumpur. Manusia-manusia proto-Human hanya perlu bercucuk tanam untuk membekalkan makanan; -itu sahaja. Pencabulan hak yang dilakukan oleh Buhaira selayaknya dihukum sebegini rupa. Katanya nabi. Nabi apakah serupa ini Pantang digoda sejarawan tua, terus ikut bertempur atas nama Tuhan!
Judas dan Julius masih lagi ketawa.
Tentera perikatan mereka tidak perlu membazir masa memusnahkan kawasan gelandangan sebegini; hanya jujukan letupan sudah cukup untuk mengembalikan dataran tandus ini lengang tidak berpenghuni.
Lengang tidak berpenghuni sekali lagi.
Ada beratus bangkai proto-Human bergelimpangan; rata-ratanya wanita, kanak-kanak dan orang tua. Kaum pemuda dan lelaki proto-Human barangkali telah menjadi bangkai selepas bertempur dengan tentera mendiang Jaafar.
Hanya beberapa jujukan bom, dan mayat-mayat mereka pun bergelimpangan.
Alif Lam Lam Ha, dalam kenangan! Judas dan
Julius bertanding ketawa.
***
Dari bahagian ruang pejabat Razief di pencakar langit Interglobal, mereka dapat menyaksikan kepulan asap di waktu pagi.
Kepulan asap itu menari-nari. Tarian itu semakin rancak menjadi-jadi. Berbau hangus dan hamis, kepulan asap yang menari-nari itu disaksikan sendiri oleh manusiamanusia yang berada di dalam perut pencakar langit. Kepulan asap itu menari-nari sekali lagi. Tarian itu semakin rancak menjadi-jadi.
Manusia-manusia yang berada di dalam perut pencakar langit tekun menyaksi.
Keadaan begitu sugul pagi ini. Dari Tembok Pemisah, mereka melihat gumpalan asap hitam yang sial lagikan kejam; barangkali abu anak-anak dan isteri mereka tersamping sama. Manusia-manusia yang berlindung di dalam perut pencakar langit itu menyaksikan sendiri segerombolan tentera yang dikepalai oleh dua orang komander di hadapan terbang tinggi lalu mencurahkan hujan laser yang menikam bertubi-tubi.
Letupan bom kedengaran sebelum kepulan asap menjelma. Ada sesi tari-menari.
Mual. Mahu muntah. Rasa lapar dan dahaga, tetapi mual, mahu muntah. Barangkali sudah beberapa hari mereka tidak makan, manakala bekalan minuman pun semakin berkurangan.
Kita harus pergi dari sini! Srikandi mula memecah hening pagi.
Tapi kemana, Pujangga Kemana!
Buhaira... adapun Razief.... Razief adalah peluang terakhir kita.
Tapi... Srikandi- Razeif cuba mencelah sebelum dipersoal oleh Buhaira
Pujangga, apa kita masih perlu hidup sebegini
Buhaira...
Kita sudah tiba di penghujungnya, Pujangga! Kita tidak terlawan!
Apa kamu mahu berserah diri
Lalu harus bagaimana, Srikandi! Aaron mendesak.
Srikandi tunduk. Dia melangkah ke hadapan sedikit, lalu dia tunduk.
Apa kalian ingin pengakhiran cerita begini jadinya Apa yang kalian mahu, aku mampu tunaikan. Aku akan tukangkan. Jika kalian mahu menyerah, baiklah, kita hulurkan sahaja batang tengkuk ini kepada mereka. Biar musnah dan menjadi sia-sia belaka.
Srikandi...
Apa kalian ingin pengakhiran cerita sebegini jadinya Apa yang kalian mahu, aku mampu tunaikan. Aku akan tukangkan. Kalian mahu cerita
ini adalah sekadar mimpi, dan watak utama akan terjaga sedang dunia masih lagi kuno dan sentosa Baik, aku sediakan sebatiannya!
Mereka diam. Pujangga terus bersurah tegas.
Kita ini tidak akan pernah berada di akhir zaman. Semesta ini tidak akan pernah berhenti untuk berinflasi. Kehidupan akan terbina, mati dan terbina semula. Kita ini adalah sekadar fasa yang dikitar semula oleh sejarah nanti. Kita akan jadi bahan sejarah sebagaimana manusia kuno dahulu menjadi bahan sejarah kita hari ini. Kita punya pelunag untuk menukang sejarah yang unggul. Lalu mengapa melayan jiwa yang bacul
Mereka diam. Pujangga terus tegas bersurah.
Tuan Pemerintah mungkin akan wujud di pengakhiran cerita. Tuan pemerintah juga mungkin tidak akan wujud di pengakhiran cerita. Ini bukan cerita kita. Kita tidak menulisnya! Kita bukan sang penulis gila! Namun sebelum bala tentera mereka berperang dengan zat Tuan Pemerintah, kita perlu segera melarikan diri, dan belindung sebagaimana yang telah direncanakan Juwita. Kita bawa apa yang tinggal, kita bina dan cari sebuah kehidupan. Ayuh, kita pergi dan jangan lagi berkubu di sini!
Mereka tercengang.
Apa, kita menyerah kalah, Srikandi
Tidak. Bahkan kita lagikan berani untuk bersendiri melawan opresi!
Mereka diam. Cincin Munsyi bernyala. Sudah tiba masa. Ya, masanya telah tiba!
***
Langit tiba-tiba gelap. Sejak kebelakangan ini, langit selalu gelap.
Mula-mula, ada angin bayu. Angin bayu bertukar kejam menjadi seteru. Seteru itu musuh yang mencengkam; namanya taufan. Taufan mula berhembus dengan kuat, berputar-putar diselangi halilintar. Halilintar itu membawa bersama umat-umatnya berupa guruh dan kilat, sabungmenyabung secara tiba-tiba.
Langit tiba-tiba gelap, sejak kebelakangan ini, langit selalu gelap.
Pada zaman pemerintahan dahulu, ada seorang pemuda bernama NeoNostradamus dia dipancung Jaafar setelah mengeluarkan satu teori yang meremangkan roman besi semua neo-Human yang mendengarnya.
NeoNostradamus mengatakan bahawa alam semesta ini dicipta berkali-kali kerana Tuhan itu artis. Setiap kehidupan yang tercipta adalah calitan warna pada kanvas kekuasaanya. Lalu calitan itu membentuk alam semesta. Calitan itu mewakili alam semesta.
Ya Dewata Jaafar, alam semesta! Begitu pesan NeoNostradamus kepada Jaafar dan jemaah menteri yang hadir. Pesanan itu diulang berkali-kali. Katanya, Tuhan itu artis. Lalu Tuhan perlu mencalit catan-catan warna berkalikali sehingga lukisan kanvasNya selesai. Kita semua adalah satu calitan warna. Kita akan dicalit lagi, dan lagi, dan lagi!
NeoNostradamus dipancung selepas itu, dalam sekelip mata. Ah, tak sempat berkelip, kepala Neonostradamus sudah tergolek di kakinya!
Apakah kanvas masih belum siap sempurna Langit menjadi semakin gelap. Paras air semakin meningkat kerana hujan masih turun menggila sedari tadi. Hujan yang turun bagaikan mutiara. Mutiara di dasar laut dalam. Benarlah, dan laut pun bergelora. Paras air naik dan naik. Naik dan naik. Paras air menjadi naik dan naik, semakin naik. Naik, dan naik.
Musuh lama kembali menyapa!