TRAVELOG FAGHUZI - 31
Lombok, Indonesia

All travel has its advantages. If the passenger visits better countries, he may learn to improve his own. And if fortune carries him to worse, he may learn to enjoy it.

- Samuel Johnson

Sarapan disantap ditemani haruman kopi segera yang dihidangkan Mas Munarep. Hari baru ini bermula dengan tiada hala tuju. Tiada perancangan. Kat Malaysia pun aku macam ni. Pening kepala semalam masih ada. Motor sudah ada di hadapan bilik kami. Mas Tony tuan punya motor yang menghantarnya. Aku dan Haeri sudah menandatangani surat perjanjian sewaan motor. Tiba-tiba Mas Munarep menghampiri kami untuk mengangkat pinggan yang sudah licin. Sarapan roti bakar dan telur scramble saja.

Tidak ikutin mereka ke air terjun tanya Mas Munarep kepada kami. Kami teringat bahawa Kaat, Kasper dan Maaike (susah benar nak menyebut namanya) mahu ke air terjun hari ini.

Di mana air terjun itu mas tanya aku kepada Mas Munarep.

Di Sanuri. 2 jam perjalanan. Mengapa tidak ikutin saja mereka Mas Munarep menjawab sambil menggaru pusat. Berseluar pendek saja.

Selepas ini, kalian bisa ke sana terus. Mungkin

berkesempatan bersama mereka. Udah sejam mereka bertolak. Kalau mau, lalu jalan utama ini terus aja. Nanti bertanya sama orang kampung, tambah Mas Munarep lagi.

Memandangkan tiada sebarang perancangan hari ini, berfaedah juga untuk kami ke air terjun Sanuri. Dikatakan berhampiran dengan kaki Gunung Rinjani. Haeri segera menghidupkan enjin motor dan memakai helmet. Aku turut serta di belakangnya. Throttle minyak dipulas dan kami beredar meninggalkan asap debu di belakang.

Kami berhenti seketika di sebuah kedai runcit ketika dalam perjalanan. Kesempatan ini kami gunakan untuk bertanya arah ke Sanuri. Makcik yang menjaga kedai ini kata masih jauh lagi. Lebih kurang 50 kilometer lagi jaraknya. Tidak jauh lagi rasanya. Tapi menaiki motor menyebabkan belakang badan Haeri tak selesa. Giliran aku pula untuk membawa motor.

Dua kali kami berhenti isi minyak. Petrol hanya dijual di dalam bekas botol minuman mineral dengan harga Rp8,000 sebotol. Boleh didapati di sepanjang tepi jalan. Tidak perlu risau motor kehabisan minyak. Perjalanan diteruskan. Lenguh-lenguh badan hilang seketika apabila pemandangan hutan menghijau bersilih ganti dengan pemandangan laut biru jernih meluas sambil angin nyaman bertiup menerjah ke muka kami. Motor dibawa secara chill untuk menikmati panorama.

Sebuah pekan dilalui. Pekan yang tidak aku tahu namanya. Ramai budak sekolah kelihatan keluar dari sekolah. Bertanya kepada salah seorang dari mereka mengenai air terjun. Budak tu suruh kami jalan terus lagi. Dah nak sampai. Baguslah dah nak sampai. Tak sabar rasanya. Lenguh-lenguh badan ni.

Throttle minyak dipulas sehabis mungkin agar cepat sampai ke destinasi. Perjalanan selepas ini menempuhi pemandangan sawah padi yang lapang dan kemudian melalui jalan berbukit menuju ke atas. Akhirnya kami tiba. Tiba-tiba, sedang membawa motor, kami ditahan oleh seseorang dan dia bertanya mahu ke mana. Aku khabarkan nak ke air terjun. Dia segera menyuruh aku meletakkan motor di tempat yang ditunjukkan. Betulbetul di depan kedai menjual tiket untuk ke air terjun yang kami hendak pergi.

Ketika hendak parking, seorang gadis berambut hijau menegur Haeri. Haeri juga menegur mesra kembali. Aku kehairanan. Sejak bila Haeri berkenalan dengan gadis minah saleh berambut hijau ini Mungkin ketika kami membawa haluan masing-masing di Bali tempoh hari. Mereka berbual mesra, cuit-menyuit, bertepuk tampar. Aku perhati je gelagat mereka sambil korek hidung. Teringat pula kat Natalie. Beberapa minit kemudian, gadis berambut hijau itu berlalu meninggalkan Haeri dan menaiki motor. Sempat dia menerbangkan ciumannya kepada Haeri.

Awek mana tu Tak pernah cite pun. Hehe. Aku bertanya.

Iceland. Hehe. Jumpa time kita gadoh haritu. Haha. Kau pun macam ada cite je. Kadang jalan sorang tu tah apa kau buat. Haha! Haeri menerangkan. Benarlah jangkaanku. Tersengih sebentar aku mendengar Haeri berceloteh.

Fuhhh... Iceland. Selera eksotik! Hahaha! Alah, kau pun entah apa kau buat sorang-sorang tu. Hahaha! Haeri hanya tersengih mendengar selorohan aku dan gelak.

Bayaran masuk untuk kami berdua adalah

Rp200,000. Pakej dengan seorang tourist guide, harga tiket, air mineral botol besar dan sekotak biskut Tam-Tam.

Tidak dibenarkan memasuki kawasan ini tanpa tourist guide. Memandangkan berada hampir dengan Gunung Rinjani, kami bertanya bagaimana hendak mendaki gunung ini. Sayangnya, gunung ini telah ditutup buat sementara waktu kerana musim hujan. Lebih sayang lagi, ia baru saja ditutup dua hari yang lalu. Bukan rezeki kami untuk melihat tasik yang terbentuk dari bekas kawah di atas Gunung Rinjani. Pemandangannya cantik kerana aku pernah melihat gambarnya di Instagram seorang kawan. Kami mengikuti seorang budak yang bernama

Hidayat. Dialah pengemudi kami ke air terjun. Pakej yang kami ambil cuma untuk ke dua air terjun sahaja. Perjalanan dimulakan. Tidak susah pun kerana jalan menuju ke air terjun telah cantik terbina. Tidak memerlukan kami untuk trekking yang terlalu advance. Hidayat bercerita baru-baru ini ada seorang pelancong meninggal dunia kerana secara diam-diam mendaki Gunung Rinjani tanpa khidmat tourist guide. Katanya lagi, sudah banyak kes begitu terjadi di kalangan mereka yang mendaki sendirian. Kerana itu sekarang telah diwajibkan kepada pengunjung menggunakan khidmat tourist guide untuk mendaki Gunung Rinjani.

Kami sampai di air terjun yang pertama. Ianya seakan shower di rumah. Anak sungai cetek mengalir di bawahnya. Kesempatan ini kami turun dan bermandi acah-acah shower di rumah melihatkan kondisi air terjun itu. Hidayat duduk di atas batu membiarkan kami. Kalau sudah namanya air terjun, sudah tentu terletak di kawasan berbukit atau bergunung. Kerana itu airnya sungguh sejuk lagi menyegarkan.

Dingin bangat sih!! aku memekik kepada Haeri.

Iya mas! Dingin bangat! Haeri juga berbahasa Indonesia kepadaku. Pelancong-pelancong asing yang lain memerhatikan telatah kami. Terasa ringan kepala otak sebaik air sejuk dingin itu mengenai kepala. Beberapa pengunjung juga menikmatinya. Ada juga yang mengambil foto untuk dibuat kenangan.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke air terjun yang seterusnya. Kehijauan hutan ditempuhi. Dalam perjalanan ini, kami bertembung dengan Kaat, Kasper dan Maaike. Mereka sudah selesai mandi air terjun dan ingin pulang. Mas berambut panjang mengetuai delegasi mereka.

Hey guys! sapa mereka bertiga.

Heyyy!! kami menyapa.

Mengapa enggak dibilang mau ke sini juga. Bisa sekali perginya tadi, Mas berambut panjang menegur kami sambil dia mendepakan tangan gaya patung Christ The Redeemer, patung Jesus di atas bukit kat Rio de Janeiro.

Enggak apa mas. Kebetulan aja kami tiba-tiba mau ke sini, aku membalas. Mas berambut panjang itu cuma tersenyum dan headbanging. Kemudian mereka berlalu pergi setelah mas berambut panjang membakar kretek.

See you guys again at our place! kedengaran suara Maaike di kala mereka semua melangkah pergi.

Kami angguk.

Selang beberapa minit, di sebalik timbunan batu-batu sungai tersusun tak tentu hala, bunyi air terjun kedengaran dengan jelas. Batu-batu dipanjat lagi, agak licin dan selepas itu kelihatan air terjunnya. Suasananya seakan di air terjun Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu. Yang berbezanya, Sungai Chiling memerlukan kau meredah arus sungai untuk sampai ke air terjunnya tapi di sini tidak. Hanya sekali-sekala akan terserempak dengan monyet atau lembu yang berkeliaran. Di sini airnya lebih sejuk. Di tepi ada pokok-pokok menjalar yang menutupi dinding batu. Boleh dipanjat untuk terjun dari atas. Tapi jika tersalah terjun, akan menjunam ke kawasan cetek dan itu akan membahayakan penerjun. Harus terjun menghampiri kawasan air terjun yang lebih dalam.

Berehat seketika, kami melepaskan lelah di celahan batu dengan memakan biskut Tam-tam dan minum air mineral yang telah diberikan. Aku membawa keluar bekas habuk rokok untuk aku merokok. Sekejap saja rokok sudah basah akibat tempias air terjun yang berada di sebalik batu. Haeri tiba-tiba lesap. Aku biarkan saja.

Adeehhhhhhh!! Fuck! Fuck! suara Haeri menjerit kesakitan. Aku dan Hidayat menghampirinya. Kau ni dah kenapa Kena rasuk aku bertanya. Adeh... tak. Aku panjat... adeh... time terjun, bontot aku tersagat kat batu. Pedihnya... haha! terang Haeri sambil menahan sakit dan gelak sikit.

Hahaha! aku gelak.

Wahahaha..! Hidayat ketawa terkekeh-kekeh pula. Eh, lebih-lebih budak ni. Haha.

Selepas tragedi itu, kami berehat sebentar. Haeri menenangkan kepedihan di bontot. Selepas memastikan Haeri mampu berjalan seperti biasa, kami memulakan perjalanan pulang. Hari sudah lewat petang barangkali. Bila aku lihat jam baru pukul 3 petang.

Dalam perjalanan pulang, hujan mulai turun. Hidayat yang memimpin kami mengajak kami melalui satu terowong. Ianya jalan pintas untuk terus sampai ke pintu masuk utama tadi. Kami mengikutinya. Terowong ini juga bertindak sebagai sistem perparitan di sini tapi ia bukan membawa air busuk seperti longkang. Ia membawa arus sungai berlebihan. Kami menuruti terowong tersebut. Di kala ini air berada di paras pinggang. Kami berjalan melawan arus. Agak sukar tapi mungkin bagus untuk aku menguatkan lutut yang pernah cedera. Fisioterapi secara percuma sambil berhibur. Sekali-sekala tersadung juga dekat besi yang berceracak di dalam air. Itu perkara yang telah diberi amaran awal-awal oleh Hidayat. Terdapat cahaya di hujung terowong. Akhirnya kami tiba di hujung terowong.

Sebelum memulakan perjalanan pulang ke homestay, kami pekena dulu kopi panas sementara menunggu hujan berhenti. Perlahan-lahan langit mendung bertukar cerah.

Aku masih membawa motor dan kini tinggal beberapa kilometer saja lagi untuk sampai ke homestay kami. Beberapa jalan dengan lencongan tajam dilalui kami. Aku yang tidak biasa membawa motor untuk tempoh yang lama sudah rasa tak selesa. Helmet yang lama tersarung di kepala membuatkan aku rasa rimas. Terasa pening kepala seperti ketika aku muntah semalam, kini kembali. Di suatu selekoh yang sungguh tajam, aku melaluinya dengan bersahaja. Secara spontan, pandanganku kelam. PRAAKKK!!! Srrreeeeetttttttt!!!!

Samar-samar. Kabur. Sikit-sikit pandangan

visualku kembali. Tersedar dari pandangan yang kelam, aku mendapati diri ini sudah terbaring di dalam semak tepi jalan.

Adeehh... Adeh... terdengar Haeri mengaduh. Tak pasti dia mengaduh pasal jatuh motor atau bontot dia rasa pedih balik. Motor sudah tersadai namun enjin masih hidup. Haeri segera mengangkat motor dan aku masih terpinga-pinga. Aku lihat kaki kananku berdarah. Luka di lutut, betis dan buku lali kananku mengalirkan cecair merah pekat.

Sorry Haeri. Kau OK tak aku yang risau bertanya kepada Haeri.

Aku OK je. Kau la. OK ke tak. Pehal boleh jebak soal Haeri kepadaku kembali.

Entahla. Aku tadi tiba blackout jap. Aku rasa berpinar gila. Tau-tau dah jebak. Aku sedar pun sebab kepala aku terhantuk amendetah! aku menerangkan kepada Haeri. Berdasarkan pemerhatian aku, tiada luka langsung di badan Haeri, hanya sedikit calar-balar sahaja. Motor dah patah side-mirror kanannya dan pecah lampu kanan belakang. Sedikit retak di sisi. Haeri mengambil giliran membawa motor. Punggungnya dibetulkan ikut keselesaan.

Kau nak pergi spital ke, klinik ke

Takyah. Kita gi makanlah. Kau lapar kan aku bersuara menolak pelawaan ke klinik.

Lapar tu lapar tapi kau tu dah jebak. Dah berdarah-darah! Haeri sedikit tempik.

Kau betul OK ke Pesal tadi dengar macam kau dok adehh... adeh.. aku tanya lagi.

Bontot aku ni tadi dah elok, skang ni pedih balik sebab jatuh motor! Haeri balas, tegas.

Oooooooooooo... Spek hitam aku mana ar aku terpinga-pinga.

Eh, kau ni dah sewel ke Tu ada je lagi spek kau menghiasi mata kau. Gegaran otak ni.

Ye la tu. Hahahaha! Macam-macam ar kau ni Haeri, aku yang menyedari cermin mata hitam masih terpakai hanya mampu gelak. Selepas itu aku rasa pedih di muka. Aku melihat wajahku di cermin sisi yang terselamat. Di bawah mata sebelah kiri terdapat luka melecet. Ada juga luka di pangkal hidung dan di atas bibir sebelah kiri. Aku jatuh belah kanan tapi luka di muka semuanya bahagian kiri. Pelik. Mujur spek hitam masih terpakai. Kalau tidak, mungkin mata aku cedera juga.

Usai makan dan membeli ubat sapu kami pulang ke homestay. Teringat pula makcik di kedai tadi yang gelakkan aku.

Jatuh sepeda motor ya Hahahahaha... gelak makcik itu sebaik aku meminta ubat antiseptik. Apa pesen gelakkan orang kemalangan ni. Aku hanya mampu tersengih saja. Haeri turut tergelak sama.

Di sini, yang selalu kecelakaan sepeda motor adalah turis. Jarang sekali orang lokal kecelakaan, terangnya lagi.

Seketika kemudian, lamunan itu terhenti apabila Mas Munarep dan mas berambut panjang menegur kami. Melihatkan kecelakaan yang berlaku mereka segera mengeluarkan peti ubat. Aku tergelak melihat gelagat mereka. Mereka berikan ubat dan aku ambil sambil ucap terima kasih.

Ini jangan biar Mas Toni nampak. Dia itu cerewet. Baiki aja di bengkel, terang Mas Munarep membelek keadaan motor sewa kami. Dia masih tidak berbaju. Memang suka topless kot.

Esok pagi-pagi, usai bersarapan kalian ikutin kami ke bengkel. Sekarang sore sudah tutup, Ujar mas berambut panjang sambil menepuk bahu kami menunjukkan solidariti. Terharu dengan pertolongan mereka. Dalam hati terfikir pelbagai cabaran yang tempuhi di kala mengembara. Mungkin balasan untuk aku. Segala yang baik terbalas dan sebaliknya.

Malam. Usai makan malam di gerai hujung jalan sana, aku melepak depan bilik. Haeri sedang menonton rancangan hiburan Indonesia.

Ahahahahaha!! sekali-sekala terdengar dia berdekah. Tidak tahu apa yang digelakkannya. Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! dia ketawa lagi. Aku hisap rokok.

....................haha! Haeri gelak sikit pulak. .................... senyap kejap. Aku hisap rokok dan mula menulis catatan.

Ahahahaha... kehkehkeh!! dia sambung gelak pulak.

.......................

Wahahahahaha!! Kahkahkahkah!! Ahahahaha!! ha... ha... ha..... heekkkk... ha... adeh... hahaha! Ha.... ha..... ha...... adeh... amende si Haeri ni tengok sampai semput dia gelak.

Di sini, melihat iklannya saja boleh membuatkan kami tergelak. Perbezaan budaya antara Malaysia dan Indonesia barangkali. Apa yang lawak di sini mungkin tidak lawak di Malaysia dan juga vice versa.

Aku yang melepak di depan bilik terus merokok sambil menulis jurnal. Kasper dan Maaike melintasi hadapan aku. Mereka terhenti seketika dan memandang.

Hey, what happened to you Did you fall from the waterfall soalnya setelah melihat kondisi luka di wajah dan kaki. Meleleh bisa luka di kaki.

Haha... well, you know. Sometimes, shit happened! balasku ringkas.

Yea, yea. Sometime shit happened. I agree. Are you OK tanya Maaike pula.

Hahahahahahahaha!!! Kahkahkah!! tiba-tiba

Haeri gelak sakan balik.

Oh wow! Why is your friend laugh like that Haha! Maaike tersentak dengan hilaian Haeri.

Haha. I dont know. Maybe something funny on the TV. Yes. So far, so good. You have your dinner already aku mengalih topik perbualan.

Yeah. We just came back from the restaurant over there. Called my parents at Amsterdam too, ujar Kasper.

Do you miss your family You have been on the road for a very long time, dude, aku bertanya sambil diperhatikan Maaike.

Haha. Not gonna say that I miss them. It just, you know, I want to keep in touch with them. Want to know if they are good or not.

Well, that is good for you. Some people just abandoned their family even though they have a good parents that really care and love them, aku bersuara. Yea. I dont want to be ungrateful child. Whatever happens, they are still our family right Kasper menyambung perbualan. Melihat Kasper dan Maaike yang dok tercatuk berdiri di depan, aku mengalihkan helmet di kerusi sebelah dan mempelawanya duduk.

No, thank you. I have to go back to my room to pack my stuff. Tomorrow we will be leaving for Flores, Maaike membalas.

Oh, that is great. Flores. I wish I could be there someday too. Hope you enjoy the trip.

Thank you. And you yourself, take care OK! balasnya lalu mereka berlalu pergi ke bilik.

Aku kembali dengan urusanku sendiri. Sambil tu juga aku termenung dan memasang angan-angan untuk mengembara ke tempat lain pula. Terbit rasa sedih apabila pengembaraan kali ini sudah hampir ke penghujung.