Mari kita semak tulisannya yang begitu menyentuh perasaan ini.
Saya adalah seorang doktor anak yang begitu obses, tidak hanya untuk membuatkan tubuh seorang anak sihat, tetapi juga membantunya mencapai kejayaan dalam mengharungi hidupnya. Selama beberapa tahun menghadapi berbagai macam situasi, saya bertemu banyak anak-anak yang putus asa kerana walaupun mereka bertekad untuk belajar dengan baik, tetap sahaja dianggap mengecewakan guru dan ibu bapanya. Saya menyimpulkan bahawa membantu anak-anak seperti ini juga menjadi sebahagian dari tanggungjawab seorang doktor anak-anak.
Anak-anak yang tidak mampu menguruskan fikiran mereka sesuai yang diharap, sangatlah menderita. Sementara, ibu bapa mereka pun tentu sukar tidur memikirkan anaknya yang dikatakan tidak mampu belajar oleh pihak sekolah. Guru sering berasa kesal dan kadang berasa putus asa melihat kemunduran muridnya tanpa boleh mengerti apakah penyebabnya. Sebahagian anak harus membayar yang harga mahal terhadap kemampuan berfikir yang mereka bawa sejak lahir. Bukan salah mereka jika memiliki otak yang sukar memahami perintah, seperti mengeja dengan betul, menulis dengan baik, membaca dengan cepat, mengerjakan secara sistematik, terutama dalam soal mengira. Padahal ketika mereka dewasa, sebahagian besar mereka menjadi orang yang sukses, tetapi ketika sekolah mereka dinilai tanpa belas kasihan.
Setelah melihat betapa pedihnya kegagalan di usia muda itu, saya berkomitmen mencurahkan segenap perhatian untuk membantu anak-anak ini, ibu bapa, serta para gurunya. Semuanya terjadi disebabkan ketidaktahuan kita tentang sistem kerja otak yang berbeza-beza yang dimiliki oleh setiap anak.
Sering kali dalam setiap perjalanan ke rumah, saya menangis jika mengingat cerita anak-anak yang menjalani proses persekolahan sebagai suatu hal yang membuat mereka berasa tertekan dan terhina. Banyak di antara mereka harus menerima label sebagai anak yang menderita kelainan upaya, yang sering disebut sebagai ADD atau LD. Sementara itu, sebahagian lainnya mahu tidak mahu dipaksa untuk menelan ubat-ubat penenang, agar mereka boleh lebih tenang.
Ternyata, seksaan itu belumlah cukup. Banyak pelajar yang sungguh-sungguh tertekan dan mengalami depresi berat akibat masyarakat yang kerasukan melakukan berbagai ujian, yang katanya untuk membuatkan masa depan mereka lebih baik. Namun, ternyata lebih banyak membuat mereka menjadi anak yang gagal dan bermasalah.
Saya tidak ingin berdiam diri untuk membiarkan hal ini berlangsung terus pada anak kita, dari generasi ke generasi. Saya sungguh terpukul ketika menerima surat dari seorang anak yang isinya seperti ini:
Dr. Levin, saya adalah anak yang bodoh yang tidak pernah boleh melakukan segalanya dengan baik, guru saya selalu berteriak-teriak kepada saya. Rasanya memang benar bahawa saya adalah anak yang paling bodoh dalam kelas, mungkin saya memang dilahirkan demikian.
Sesungguhnya tidak seorang anak pun boleh berasa seperti ini, saya tidak akan membiarkan hal ini terjadi dan terjadi lagi kepada anak-anak di negeri ini. Apalagi dengan seluruh hasil pengetahuan dan penyelidikan yang banyak saya ketahui, telah membuktikan bahawa ini semua bukan salah mereka. Ini semua adalah salah kita yang tidak boleh memahami dan menciptakan sistem pembelajaran yang sesuai dengan cara otak mereka bekerja.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, mari kita renungkan tulisan yang begitu menyentuh perasaan ini. Tidakkah kita berasa bahawa selama ini kita telah banyak berbuat salah kepada anakanak kita dan anak didik kita
Sebahagian anak harus membayar harga yang mahal terhadap kemampuan berfikir yang mereka bawa sejak lahir.