FIZIK-LAH! - 31
LASER adalah singkatan bagi Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation. Laser mempunyai beberapa perbezaan dengan lampu suluh, antaranya cahaya Laser lebih sempit berbanding lampu suluh.

Teori mengenai laser pertama kali ditulis pada tahun 1958M dan pada tahun 1960M sebuah prototaip sebenar telah berjaya dibina oleh saintis. Terdapat banyak jenis laser, contohnya Laser Karbon Dioksida dan Laser Neodymium. Kedua-dua laser ini tidak dapat dilihat oleh manusia kerana frekuensinya jatuh pada spektrum infra-merah.

Jenis Laser Helium-Neon pula menghasilkan cahaya merah, Laser Argon menghasilkan cahaya hijau atau biru terang. Cahaya yang dihasilkan dari Laser ini dapat dilihat oleh manusia kerana frekuensinya jatuh pada spektrum nampak (visible spectrum).

Kebiasaannya Laser Helium-Neon akan menghasilkan cahaya merah, tetapi terdapat juga laser jenis ini yang menghasilkan cahaya kuning, jingga ataupun sinar inframerah yang tak boleh dilihat oleh mata.

Jenis-jenis laser yang disebutkan tadi adalah laser yang berasaskan gas. Bermaksud, laser tersebut menggunakan medium gas untuk menghasilkan cahaya. Terdapat juga Laser yang menggunakan medium pepejal untuk bercahaya contohnya Ytrium Allumium Garnet (YAG) Laser. Dan terdapat juga laser yang menggunakan cecair contohnya Laser Pewarna Organik (Organic Dye Laser).