KOCI menapak malas ke dalam rumah. Tubuhnya dihempas ke atas sofa. Dia pandang sekitar rumah. Sunyi. Sepi. Sejak Jai pindah, rumah tu dah macam rumah tumpangan. Acik pulak, malam baru nampak batang hidung. Kepalanya dilentukkan ke kepala sofa. Fikirannya melayang pula pada Seri yang bersikap dingin dengannya. Sepanjang tempoh bertunang, hanya dua kali dia sempat keluar dengan Seri. Itu pun selepas puas dia pujuk Seri.
Bosan hidup macam ni! Ada tunang pun, macam tak ada tunang! Koci melepaskan keluhan. Siling putih dipandang tak berkelip. Jiwanya kusut.
Koci jeling telefon bimbit atas meja di tepi sofa. Berdering kuat dari tadi. Ah! Malas aku nak jawab!
Matanya menala semula ke siling. Dah rasa sesak nafas memikirkan kisah hidupnya yang terumbang-ambing. Selama ni dia begitu senang memikat perempuan. Tabur duit, dah lentuk! Tapi kali ni, rasa macam dah terhenyak ke dasar laut dengan sikap Seri.
Tapi..aku sendiri pun tak pasti perasaan aku pada dia. Aku suka dia sebab apa ek Nak kata aku cinta..aku rasa tak. Nak kata aku gila bayang..tak jugak. Koci garu kepala.
Ehem!
Koci berpaling sembilan puluh darjah. Acik dah sengih di muka pintu rumah.
Laa kau ke Aku ingat hantu mana tadi!Koci sengih.
Ada ke aku ni hantu! Kau tu hantu! Acik tolak tubuh Koci. Dia duduk sebelah Koci. Rapat.
Eii! Panaslah! Lainlah kau tu perempuan! Koci jarakkan sedikit.
Gatal kau ek! Adik aku tu apa Kau jangan cari pasal Koci! Acik jeling sampai nak juling mata. Pantang bila adiknya dipermainkan.
Habis, yang kau kata aku hantu tadi tu Bukan ke hantu tu..suka kacau perempuan ke Koci dah terasa.
Acik senyum. Dia jeling Koci yang dah muncung. Sedar jugak mamat ni rupanya.
Kalau kau putus dengan adik aku..bagus jugak..tak la adik aku tu makan hati..Nada Acik selamba.
Maksud kau Pantas Koci menoleh.
Ya la..aku tengok kau macam tak selesa dengan adik aku. Sejak bertunang ni, aku tengok kau dan adik aku macam orang asing. Aku mengaku adik aku tu keras kepala sikit tapi kau jangan salah faham pulak. Dia jadi macam tu ada sebab..
Sebab
Acik angguk.
Sebab apa
Sebab dia dah salah faham..tapi dia terima kau dengan hati terbuka. Jadi aku nak kau jangan sia-siakan adik aku. Dia dah berkorban untuk kau.
Koci tenung Acik. Apa yang mamat ni merepek ni Salah faham Berkorban
Kau dah sebulan bertunangada lagi sebelas bulan sebelum kau dan adik aku disatukan. Jadi banyak lagi masa untuk kau ambil hati dia. Cuba fahami dia.
Koci diam. Asyik aku je yang nak kena jaga hati minah tu, kena fahamlah dan entah apa mak nenek lagi..perasaan aku Tak ada sorang pun nak faham!
Acik Seri tu sebenarnyasuka tak kat aku Koci cuba korek jawapan dari Acik.
Kau rasa
Ni yang aku tak suka ni! Soalan dijawab dengan soalan! Koci dah merengus.
Maafaku rasa kau pun sebenarnya tak cintakan adik aku kan Kau hanya nak memiliki dia tapi hati dan perasaan kau tak ke arah tu. Acik meluahkan apa yang dia rasa selama ni.
Koci menelan liur.
Aku rasa kau keliru dengan perasaan kau sendiri. Kau lihat adik aku sebagaimana kau lihat perempuan lain. Terpikat dalam erti kata sekadar terpikat tapi sebenarnya kau tak ada niat nak jadikan suri hidup kau. Sekali lagi Acik meneka hati Koci.
Entahlah..mungkin juga. Aku cuba jugak nak mesra dan faham hati Seri tu tapi entahlah. Dengan sikap Seri macam tu, macam sukar untuk aku lebih memahami dia.. Koci akhirnya mengaku tentang hati dan perasaannya yang sebenar pada Seri.
Kau fikirlah masak-masak. Kalau kau boleh bahagiakan adik aku..kau teruskan. Kalau kau rasa tak boleh, lepaskan dia dengan cara baik.Acik tunduk.
Koci menoleh. Bulat mata menala ke wajah Acik.
Kau nak aku putus tunang ke
Macam aku cakap tadi, kalau kau tak ada rasa cinta untuk Seri, kau nak teruskan jugak Acik jeling Koci yang dah gelabah.
Acikmaafkan aku. Mungkin aku terlalu ikut perasaan yang aku sendiri tak pasti. Aku cuba fahami Seri. Kalau antara kami tak ada keserasian, aku rela lepaskan dia.
Biarlah dia bahagia bersama lelaki pilihan dia tapi buat masa sekarang ni, aku akan berusaha ambil hati dia. Koci mula sugul.
Acik turut diam.
Aku naik dulu..penat. Oh ya, Jai kirim salam! Koci bangun malas. Kunci kereta yang dicampak atas meja sofa dicapai perlahan.
Bila kau jumpa dia
Tadi..aku pergi ofis dia. Tutur Koci malas.
Kau pergi ofis dia Dia okey ke Acik teruja.
Koci pandang Acik yang dah teruja semacam.
Mestilah okey! Dah jadi bos! Kau ni kenapa Macam rindu karat je aku tengok Koci sengih.
Tak ada la..sejak dia pindah ni. Rumah ni dah sunyi.. Acik turut sengih.
Semua akan keluar nanti bila dah nikah.. Koci melangkah ke biliknya.
ACIK mengelamun di sofa. Tak lama lagi Koci nak nikah, Jai dah pindah. Tinggal aku sorang terkebil-kebil kat sini.
Siapa call aku ni
Acik seluk poket seluar yang dah bergetar. Sengaja divibratekan.
Siapa ni Nombor yang tak dikenali terpapar di skrin.
Hello! Laa..kau ke Jai! Kau dah tukar nombor ke Acik mula senyum. Lama dia berborak dengan Jai.
Hmmdah jadi bos besar rupanya kawan aku ni. Acik matikan telefon. Hujung bulan nanti, Jai buat majlis kesyukuran sempena kemenangan syarikatnya dalam penciptaan batik unik dalam Piala Sri Endon.
Baik aku ajak Seri dan Koci. Dah lama aku tak berkumpul dengan Jai. Acik bingkas bangun. Dia berlari anak menuju ke bilik Koci.
Pintu dikuak perlahan. Tidak berkunci.
Mana Koci ni Mandi ke Melilau melihat kelibat Koci. Bunyi deruman air di bilik air mengiakan tekaannya tadi. Dia duduk di kerusi di meja studi. Pelan kerja Koci bertimbun atas meja. Matanya menala pula pada bingkai gambar kecil di atas meja.
Siapa pulak ni
Lama gambar tu ditilik. Seorang gadis muda, yang pada hemahnya masih di alam persekolahan. Memang manis. Ada tahi lalat di sebelah kanan atas bibir gadis itu.
Takkan adik Koci..setahu aku, Koci ni tak ada adik perempuan. Takkan sepupu pulaktapi ni macam gambar lama..
Acik! Bila kau masuk bilik aku Koci yang baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala tersengih di muka pintu bilik air.
Baru jap tadi..sorry, aku masuk tanpa izin kau. Pintu bilik kau tak berkunci.. Acik letak semula bingkai gambar di atas meja studi.
Koci tergamam. Acik syak apa-apa ke
Errkau nak apa datang bilik aku ni
Tadi Jai call aku..dia ajak kita ke majlis kesyukurannya hujung bulan ni.
Dia tak ada cakap apa-apa pun kat aku tadi Koci duduk di birai katil sambil mengesat rambut dengan tuala kecil.
Mungkin lupa la tu. Aku ingat nak ajak Seri sekali, boleh Acik pandang Koci.
Eh..kenapa minta izin aku pulak Bukan kau ke abang dia Koci sengih.
Ya la..dia tu kan dah jadi tunang kau. Manalah tahu..kau cemburu nanti.. Acik menapak ke katil. Bersila.
Aku nak cemburu kat siapa
Acik diam. Kalau Koci tahu yang Seri suka kat Jai, apa reaksi Koci nanti
Okeylah! Aku pun nak mandi ni. Jangan lupa tau hujung bulan ni. Acik bingkas bangun. Soalan Koci tadi tidak berjawab.
Acik menapak ke biliknya.
Koci capai gambar tadi. Dia tatap seketika. Mana agaknya dia ni Kenapa aku tak pernah lupakan wajah ni Seri..maafkan aku.
Hati aku masih pada Salina..