FARIZAH resah. Sudah dua jam dia menunggu balasan di telefon bimbit. Di awal waktu, rancak saja lelaki itu membalas mesejnya. Tapi, bila diajak berjumpa, tiba-tiba saja lelaki itu mendiamkan diri.
Egonya tercalar. Belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang menolak ajakannya untuk keluar bersama. Tetapi yang ini, agak liat. Dan atas sebab itu, lelaki ini yang menjadi pilihannya. Dia yakin, orang itu paling sesuai. Lelaki itu berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah berpacaran dengannya. Ciri-ciri yang ada padanya membuatkan dia yakin, lelaki itu mampu menggalas beban. Paling penting, lelaki itu takkan dapat menghidu niat sebenarnya.
Terpaksa. Dia benar-benar terpaksa. Fikirannya sudah sesak dan buntu. Tidak tahu pada siapa mahu mengadu.
Untuk melepas berita pada Aaron, dia tak yakin yang Aaron akan bertanggungjawab. Apatah lagi, sudah sebulan mereka tidak berhubungan. Setiap mesej dan panggilan dari Aaron langsung tidak dipedulikan. Kali terakhir panggilan diterima dari Aaron adalah dua minggu yang lalu.
Dia mahu melupakan Aaron, sekaligus melupakan perkara yang terjadi antara mereka. Tapi sesuatu yang lain telah berlaku.
Keterlanjurannya memakan diri. Rasa mual datang lagi. Lantas, dengan pantas dia berjalan menuju ke bilik air. Untuk hari ini saja, sudah beberapa kali dia memuntahkan isi perut. Sinki dalam bilik air menjadi tadahan muntahnya sekali lagi. Air matanya turut berjejehan sama. Sungguh dia tak sangka, suratan hidupnya ditakdirkan begini.
Salah siapa Tiada siapa melainkan dirinya sendiri.
Air paip dibiarkan mengalir laju. Mukanya dibasuh berkali-kali. Farizah mengangkat muka, memandang refleksi wajah di cermin. Pucat, tak bermaya. Air mata yang cuba keluar ditahan sekuat hati. Paip ditutup. Sisa-sisa air mata disapu dengan tapak tangan.
Izah
Saat Farizah keluar dari bilik air, Amy sudah sedia menunggu. Jelas wajah Amy kelihatan bimbang. Mungkin tersedar yang sudah beberapa kali bilik air diterjah.
Izahkau okey tak niAmy bersuara gusar. Masakan tidak, sedari tadi melihat Farizah keluar masuk bilik air dengan wajah pucat.
Kenapa kau tak tidur lagi Soalan Amy dibiar sepi. Farizah menjawab dengan soalan lain.
Tengok tv.Pendek jawapan Amy, masih memandang Farizah dengan penuh tanda tanya.
Izahkau sakit ke Sekali lagi, Amy menyoal.
Farizah mengangguk.
Kau period keAmy memang tahu, setiap kali Farizah datang bulan, keadaannya memang teruk. Tidak sah kalau datangnya tanpa senggugut, muntah dan sakit kepala. Kali ini, teruk benar kelihatannya.
Farizah terus mengangguk, terpaksa berbohong. Tidak tahu bagaimana mahu membuka cerita dengan Amy. Malu, sudah tentu.
Jomaku buatkan kau air, ekBahu Farizah dipaut kejap lalu Amy membawa Farizah ke dapur.
Farizah menurut tanpa banyak bicara. Kerusi meja makan ditarik lalu dia duduk di situ. Dua tangan memangku kepala yang tertunduk.
Amy mengambil sepeket Nestum 3 dalam 1 berperisa madu. Itu saja yang terfikir di kepalanya saat ini. Sekurang-kurangnya, minuman itu akan mengenyangkan. Sambil menuang isi peket ke dalam cawan, Farizah yang tertunduk dipandang. Kenapa teruk sangat kali ini
Sudah sebulan Farizah menunjukkan perubahan. Tidak tahu sama ada perubahan itu elok atau tidak tapi sekurang-kurangnya, Farizah tidak lagi kerap berhiburan seperti dulu. Kurang bercakap, sudah pasti. Senantiasa berkurung dalam bilik. Ada kalanya, wajahnya sugul seperti baru lepas menangis. Bila ditanya, jawapan masih sama. Tiada apa-apa. Kalau tiada apa-apa, takkan begini rupa
Nah.Mug berisi bancuhan Nestum, Amy letakkan di atas meja.
Farizah mengangkat muka.
Thanks Amy. Ucap Farizah, lesu. Mug di bawa ke bibir, isinya dicicip sedikit.
Kau tak nak pergi jumpa doktor keAmy masih menunjukkan keprihatinannya.
Tak payahlah. Bukan tak biasa. Esok, okeylah niLemah Farizah membalas. Dalam masa sembilan bulan ni, aku tak ada senggugut lagi, Amy. Okey sangatkan
Kau jadi ke ambil unpaid leaveSoal Amy lagi.
Farizah mengangguk. Khamis depan, aku last kerja. Lepas tu, aku cuti.
Apa masalah kau ni, Izah Sampai macam ni teruknya. Siap nak ambil unpaid leave lagiAmy teringat perbualan mereka minggu lepas. Farizah ada memaklumkan yang dia mahu bercuti untuk menenangkan fikiran.
Saja Amy. Otak serabutBalas Farizah. Air dicicip lagi. Lega sedikit rasa perutnya yang sebu.
Macam mana kau nak kerja esok ni Larat ke
Larat tak larat, hadap jugaklah. Takkan aku nak MC sebelum cuti
Aaron ada call kauAmy melontar soalan walaupun dia sudah tahu jawapannya. Pastinya ada, cuma Farizah yang tak mahu menjawab.
Farizah hanya mengukir senyum tawar sebagai jawapan.
Amy melepaskan nafas perlahan. Ingin saja dia memberitahu Farizah bahawa Aaron telah melantiknya menjadi Pegawai Pemantau tetapi niatnya dimatikan. Angin Farizah pasti naik tinggi sekiranya Farizah tahu, dia bersekongkol dengan Aaron. Hmm. Macam aku pulak yang ada skandal dengan Aaron...
Skandal Amy merenung Farizah. Skandal
Aku tak boleh habiskanlah, Amy. Tak lalu Tutur Farizah. Mug ditolak ke depan. Isinya sudah tinggal separuh.
Tak apalah. Kau biar aje. Nanti aku basuh Amy menawar bantuan kecil.
Farizah senyum hambar. Keprihatinan Amy menyesakkan nafasnya. Amy, sahabat baiknya dari dulu lagi. Kalaulah Amy tahu apa yang dia bakal lakukan selepas ini
Zack keluarga aku. Kami berkongsi mak dan ayah. Dan aku tak nak kau mainkan perasaan Zack, sama macam mana kau mainkan perasaan lelaki lain kat luar tu. Aku ada hak nak masuk campur sebab Zack keluarga aku! Terngiang-ngiang kata-kata Amy dulu di telinga Farizah. Satu keluhan dilepaskan. Sorry Amy, aku terpaksa. Aku malu, Amy. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Tak mungkin Aaron nak bertanggungjawab lepas apa yang dia dah buat pada aku
IzahPanggil Amy.
Farizah mengangkat muka.
Pergilah rehat.
Aku masuk bilik dululah. Farizah meminta diri.
Amy mengangguk.
Thanks Amy.
No problem.
Amy ditinggalkan di meja makan. Setelah pintu biliknya ditutup, benda pertama yang dicapai Farizah adalah telefon bimbit. Jam telah menunjukkan pukul 11 malam. Jari segera dilalukan ke skrin.
(Zack Iskandar)
Sorry Izah. Lambat reply. Tadi Zack keluar dengan kawan. Baru sampai rumah.
Rasa lega memanjat hati. Rancangannya berjalan lancar setakat ini. Segera jarinya menaip balasan.
(Farizah)
Its okay. So, jadi tak nak jumpa
(Zack Iskandar)
Okay. Bila
(Farizah)
Sabtu...malam.
(Zack Iskandar)
Okay. Nak Zack ambil Izah ke
(Farizah)
Nak
(Zack Iskandar)
No problem. See you then
(Farizah)
See ya
Bicara di telefon bimbit mati di situ. Farizah termenung sendirian. Helaan nafas dilepaskan. Hatinya dipaut rasa bersalah. Otaknya mengatakan tindakannya ini memang melampau tapi dia perlukan kambing hitam. Hanya sekali ini saja lagi dan selepas itu dia akan ubah cara hidup. Janji.