BERDEBAR melangkah ke ruang pejabat. Kakinya terpaksa menapak ke situ. Terpaksa! Mejanya kemas. Bilik Imran masih gelap. Belum sampai agaknya.
Anis!Izara mendekati Anis. Wajahnya tidak seceria dulu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi di depan meja Anis.
Zara Anis menutur lemah.
Kau ni kenapa Lemah je aku dengar. Cerialah sikit. Macam mana Izara sengih. Tak sabar menanti jawapan Anis.
Macam mana apa Anis terpinga dengan soalan Izara.
Laa..pasal kau dan Imranlah! Macam mana Izara semakin dekat. Menanti bibir kecil milik Anis melontar kata-kata.
Jadi semua ni kaulah yang rancang Anis jeling Izara. Tangannya ligat memetik papan kekunci komputer.
Janganlah kau tuduh aku macam tu. Aku nak yang terbaik untuk kau dan abang aku. Dapat pahala tau bila suruh orang mendirikan masjid. Izara tersenyum simpul. Pen di atas meja Anis dipusing-pusing ala heli.
Anis diam. Dia sudah bingung. Malu dengan Izara. Dirinya yang selama ini menjaga batas pergaulan, dengan mudah diperlakukan begitu oleh Imran. Aib! Sungguh aib!
Anisaku tahu apa yang kau fikir. Aku tak salahkan kau. Mama aku dah pun buat keputusan. Dia nak Imran bertanggungjawab. Jadi, kau dan Imran akan bernikah.
Jadimama kau pun tahu pasal tu Anis bersandar di kerusi. Jemarinya kaku.
Izara angguk.
Anis menundukkan wajahnya. Malunya Allah saja yang tahu. Dah rasa macam tak guna pun ada. Pakai tudung tapi mudah diperdaya. Tak ada maruah. Berdosa pada Allah satu hal.
Zara.berilah aku masa. Aku bukan pilihan Imran. Kau sendiri tahu bukan Aku tak rasa aku boleh hidup bahagia dengan Imran.
Jangan pula kerana kejadian tu, dia terpaksa terima aku. Mungkin dia terdesak masa tu. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Mak aku pun ikut saja keputusan aku nanti. Biarlah masa yang menentukan. Anis menutur lirih. Sebak mendengar kesungguhan Puan Zaharah ingin menjadikannya menantu di rumah mewah itu.
Aku faham Anis. Kami bukannya paksa. Kami hanya nak Imran bertanggungjawab. Aku tahu abang aku tu sebenarnya bukan macam tu. Dia ingin jauhkan diri dari Natasha. Aku dah tak larat tengok abang aku merana kerana perempuan tu. Kau sajalah yang boleh bahagiakan hatinya semula. Izara cuba pujuk Anis. Jemari Anis dipegang lembut.
Anis turut pandang Izara. Mata bening gadis itu begitu mengharapkannya. Serba salah. Ibarat memegang dua benda dalam satu masa. Tangan kiri, Izara penuh dengan harapan tingginya. tangan kanan, berdepan dengan perasaan sendiri. Rasa pelik yang masih ada di hati. Bingung!
Kau fikirlah ya. Aku harap sangat kaulah pengubat luka abang aku. Err..abang aku belum sampai ke Izara jenguk bilik Imran yang masih gelap.
Belum la tu agaknya..
Okeylah Anis. Aku pun ada kerja ni. Lunch nanti kita makan sekali ya Izara mula bangun. Betulkan tudungnya yang sedikit terlondeh.
ErrZara, aku nak minta tolong sikit, boleh Anis sempat pegang tangan Izara yang mula nak melangkah pergi.
Apa dia
Nanti aku kena temankan Imran ke Cameron Highland. Sepatutnya minggu lepas tapi dah ditangguh ke bulan depan. Aku takutlah Zara. Aku tak biasa. Boleh kau temankan aku tak Anis pegang tangan Izara semakin kuat.
Laa..aku ingatkan apalah tadi. Buat apa nak takut Kau temankan dia jekan. Bukan buat apa pun! Izara ketawa.
Aku serius ni. Mana tahu! Apa-apa boleh jadi!Anis menggelabah. Resah.
Kau ni fikir yang bukan-bukan. Sebab tulah aku suruh kau nikah dengan Imran cepat-cepat. Korang nak buat apa pun dah halalkan Izara mula mengusik Anis yang mula merah pipinya.
Kau nikan! Otak kuning! Anis luku kepala Izara.
Apa salah ke aku cakapIzara gelak. Cuba mengelak dari diluku.
Ehem!!
Anis dan Izara serentak berpaling. Imran sudah tercegat di muka pintu masuk pejabat. Segak dengan suit kot hitam dan talileher merah hati.
Pengarah muda kita baru sampai Izara melangkah ke arah Imran. Bahu Imran dipeluk erat.
Pagi-pagi lagi dah berbual Tahu tak dah pukul berapa sekarang ni Imran tunjuk jam tangannya kepada Izara. Matanya sempat melirik pada Anis yang tunduk.
Alahabang pun baru masuk kan Izara sengih lagi. Kali ini lengan Imran pula dipaut kuat. Berjalan beriringan menuju ke bilik Imran.
Anis tidak berani mendongak. Matanya juga tidak berani memandang. Saat ini jantungnya terasa berdegup kencang.
Bagai orang yang baru lepas berlari pecut. Terasa lengannya dicuit Izara tadi sebelum masuk ke bilik Imran.
Mulai sekarang..aku akan berhati-hati. Kalau dia dekat je..aku akan segera mengelak. Pisang takkan berbuah dua kali! Anis bermonolog sendiri.
PULANG dari pejabat, Anis singgah di pasar. Selesai membeli betik muda untuk somtamnya, dia segera ke masjid pula. Kebetulan malam itu, Ustazah Hanisah menyampaikan tazkirah maghrib untuk jemaah wanita. Penuh khusyuk Anis mendengar ceramah ustazah yang telah lama mengajar di situ. Segala apa yang diucap oleh ustazah begitu menusuk ke dalam hati. Benarlah, kemanisan iman itu dapat dirasai oleh mereka yang menyintai Allah dan RasulNya. Bermakna menghindari kemungkaran dan ikhlas beribadat.
Ustazah..saya ada sesuatu nak tanya pendapat ustazah. Anis merapati Ustazah Hanisah setelah semua jemaah wanita mula meninggalkan dewan solat.
Apa dia Ustazah Hanisah melemparkan sebuah senyuman manis.
Sayasaya sebenarnya ada masalah sikit Lemah Anis bersuara.
Hmm..masalah apa tu
Anis mula meluahkan apa yang telah terjadi. Sesekali dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya sudah buntu.
Jadi sekarang ni Anis kena nikah dengan Imran Begitu Ustazah Hanisah pandang Anis yang mula tunduk. Ada titik jernih di pipi.
Ustazah..saya sebenarnya belum bersedia. Bukan salah saya. Saya dalam dilema. Imran tak pernah sukakan saya. Keluarganya pula beria ingin menjodohkan kami. Saya bingung. Dan lepas terjadinya kejadian tu, keluarga Imran ada alasan kukuh untuk menjadikan saya isteri Imran. Dan sekarang ni..saya takut. Seolah saya sengaja masuk ke dalam kandang singa yang bila-bila masa saja boleh ditelan. Anis menutur lirih.
Anis, apa yang ustazah rasa, eloklah Anis terima saja. Nikah adalah jalan terbaik untuk mengelak maksiat. Bukan ustazah menuduh Anis berbuat maksiat tetapi dalam keadaan Anis macam ni, Anis perlu ada kekuatan. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku sepanjang berada di pejabat. Anis sendiri yang ingin mengelak dari semua tu tapi mustahil kecuali Anis berhenti kerja.
Ingatlah, apa yang kita benci itu mungkin sebenarnya baik untuk kita dan apa yang kita suka, mungkin buruk untuk kita. Ustazah Hanisah merenung lembut wajah Anis yang masih sugul.
Anis mendongak. Matanya sudah berkaca.
Tapi..saya inginkan seorang suami yang mampu membawa saya ke jalan syurga sedangkan Imran tidak pernah menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Anis mengesat air mata yang mula tumpah.
Ustazah faham..seperti yang ustazah kata tadi, lihatlah sesuatu itu dari sudut positif. Allah lebih mengetahui. InsyaAllah, bila kita fikir macam tu, hati kita akan tenang dan boleh terima dengan hati lapang. Ustazah Hanisah memeluk Anis yang mula menangis teresak-esak.
Macam mana dengan Jay Anis teringat kenalan mayanya.
Jay Siapa Jay
Kenalan maya saya..yang memiliki nota usrah saya.. Anis bersuara lemah.
Kenapa dengan dia
Sebenarnya dia juga ingin melamar saya. Walaupun saya tak kenal dia tapi dia jauh berbeza dari Imran. Dia berusaha ingin berubah tapi Imran Kata-kata Anis terhenti di situ.
Anis, iman kita sentiasa ada turun naiknya. Hari ni iman kita tebal tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada iman kita esoknya. Ustazah yakin, Imran juga ingin berubah. Jadi bantulah dia. Tak salah seorang isteri membimbing suami asal saja si suami ingin berubah.
Anis terdiam. Nampaknya Ustazah Hanisah juga seperti keluarga Imran dan ibunya. Ya Allah..apakah petanda semua ini Apakah jodohku benar-benar dengan Imran
Tapi saya masih keliru. Saya ragu dengan Imran. Dia Anis tak sanggup meneruskan kata-kata bila teringat sikap Imran terhadapnya selama ini.
Macam nilah..dalam surah An-Nur ayat 26, Allah s.w.t telah berfirman,maksudnya lebih kurangperempuan baik untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. Tapi kita kena ingat, semua itu tidak semestinya berlaku sebelum bernikah. Mungkin ia berlaku selepas pernikahan. Dalam Islam, orang tu dikatakan baik bila dia baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Kalau orang yang baik tu kuat agamanya, diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik dengan tujuan menyelamatkan orang tu sama ada lelaki atau perempuan dari terus hanyut dalam dosa dan maksiat. Jadi dalam kes Anis ni, ustazah rasa mungkin lepas nikah nanti, Imran akan berubah malah mungkin lebih baik dari apa yang Anis sangkakan. Ini adalah dakwah. Besar pahalanya. Ustazah Hanisah senyum lagi. Cuba melemparkan pendapat sebaik mungkin kepada gadis itu yang nyata sarat dengan rasa keliru.
Anis hanya tunduk. Fikirannya sarat dengan seribu persoalan. Bukan soal itu sebenarnya yang menjadikan dia bingung dan keliru tetapi soal hati dan perasaannya yang kini cuba dibuang jauh. Imran terang-terang tidak sukakannya. Bagaimana harus hidup dengan insan yang tidak ada sekelumit pun perasaan padanya nanti
Ustazah, saya minta diri dulu. Terima kasih kerana sudi mendengar masalah saya. Anis peluk Ustazah Hanisah dan mula meninggalkan masjid itu.
LAMA dia cuba lelapkan mata. Mengiring ke kanan dan ke kiri. Semuanya dirasakan tidak kena. Kata-kata Ustazah Hanisah masih terngiang-ngiang di telinganya. Selesai siapkan somtam, Anis terus berkurung dalam bilik. Sarah yang berada di ruang tamu juga tidak dihiraukan.
Ya Allah..bantulah hamba-Mu ini. Berilah aku kekuatan untuk menjalani hidup yang penuh dugaan ini. Seraut wajahnya diraup seketika.
Sekali lagi dia menatap skrin komputer.
Mawar Putih > Awak tak tidur lagi
JS > Belum..tengah siapkan kertas kerja.
Mawar Putih > Rajin awak kerja
JS > Terpaksa..esok nak kena bentang dalam mesyuarat.
Mawar Putih > Ohkalau macam tu tak apalah. Saya tak nak ganggu awak.
JS > Eh, tak apa. Tak ada masalah. Sambil tu saya layan FB ni
Mawar Putih > Maaf ganggu awak malam-malam ni. Saya tak boleh tidur.
JS > Kenapa
Mawar Putih > Ingat tak yang saya tanya dulu pasal kerja luar
JS > Dah lupa..apa dia ya
Mawar Putih > Pasal temankan bos kerja luar
JS > Oh ya! Kenapa
Mawar Putih > Saya tak pasti la. Saya takut. Takut jadi sesuatu yang buruk. Yalah..saya tak biasa keluar berdua dengan lelaki sampai jauh macam tu.
JS > Kalau awak niatkan kerana kerja, insya-Allah, akan selamat semuanya. Atauawak nak saya temankan
Anis senyum. Ada hati nak teman aku..kenal pun tak.
Mawar Putih > Terima kasih sajalah. Tak ada bezanya kalau awak atau bos saya yang temankan.
JS > Jadi kenapa harus takut Yang penting..jaga diri.
Mawar Putih > Betul jugasaya harus tetapkan niat yang betul. Terima kasih.
JS > hmm..alang-alang dah online ni. Saya pun nak tanya sikit..
Mawar Putih > Apa dia
JS > Semalam saya baca nota awak. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidakmengetahui(Surah al-Baqarah ayat 216). Boleh awak terangkan maksud ayat ni
Anis senyum hambar. Ayat itulah juga yang disebut Ustazah Hanisah masa tazkirah tadi.
Mawar putih > Ayat tu menjelaskan bahawa pilihan Allah itu adalah yang terbaik. Apa yang kita suka mungkin tidak baik buat kita dan apa yang kita benci belum tentu buruk untuk kita.
JS > Jadi maksudnya..jika saya membenci sesuatu itu..ia tidak elok Begitu
Mawar Putih > Bukan begitu..jangan pula salah faham. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Allah Maha Mengetahui. Saya ambil contoh mudah. Jika kita cintakan atau sukakan seseorang, mungkin itu mainan syaitan dan kita tidak tahu apakah rasa itu atas landasan Allah atau sebaliknya. Kita rasa ia betul tetapi mungkin cinta itu membawa maksiat kepada kita, buruk pada kita. Samalah juga jika kita benci seseorang, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin orang yang kita benci itu sebenarnya boleh membawa kebaikan kepada kita. Boleh membawa kita ke jalan syurga. Allah nak uji kita.
JS > Hmmsusah juga ya. Saya tak pandai nak menilai rasa. Apa yang berlaku pada saya, saya rasa seperti dihukum.
Mawar Putih > Maksud awak
JS > Yalahmungkin benar. Dulu saya terlalu ikut rasa cinta, terlalu cinta. Rupanya Allah lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik rasa berlebih-lebihan itu. Allah sudah tunjuk kebenarannya.
Mawar Putih > Alhamdulillah..walaupun saya tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku tapi saya harap awak dapat terima dengan hati terbuka.
JS > Ayat tu memang kena dengan kehidupan saya.
Mawar Putih > Yang penting, tetapkan dalam hati bahawa semua yang berlaku itu adalah perancangan Allah yang Maha Adil. Redha dengan setiap apa yang terjadi dan mengubah diri ke arah yang lebih baik.
JS > Terima kasih awak.
Mawar Putih > Saya juga sebenarnya tujukan pada diri saya sendiri. Apa yang terjadi dan apa yang kita rasa mestilah berpaksikan kepada Allah semata.
JS > Tak sabar saya nak jumpa awak. Kalau saya tahu di mana awak tinggal, sudah lama saya hantar rombongan meminang.
Anis tergamam.
Mawar Putih > Awak..ramai lagi gadis di luar sana yang lebih baik . Saya sekadar memberi pendapat berpandukan apa yang saya tahu dan apa yang saya belajar.
JS > Maafkan saya..terlalu berterus terang.
Mawar Putih > Awak juga yang kata awak sudah ada dia
JS > Ya..tapi saya harap awaklah teman hidup saya.
Mawar Putih > Apa yang saya boleh katakan..awak cuba ambil hati dia. Kenal dulu siapa dia. Kalau tak boleh, awak berterus terang saja dengan dia. Walaupun saya sendiri ingin awak jadi penyelamat saya. Kita sama-sama hadapi masalah yang datang dengan hati terbuka. Cuba cari penyelesaian yang terbaik. Kalau masih tidak berjaya juga, baru kita fikir cara lain.
JS > Hubungan kami tidak dirancang.
Mawar Putih > Tapi Allah lebih mengetahui. Baru sekejap tadi kita bincang ayat 216, surah al Baqarah.
JS > Hmm..saya akan cuba tapi saya berharap one fine dayyou will be my wife.
Anis terkedu. Jay masih mengharapkan kasih dan cintanya dibalas. Kasih dan cinta yang tak pernah terluah dan tidak pernah dirasa sedangkan saat ini dia dibelenggu dengan masalahnya sendiri.
Mawar Putih > Awak sambunglah kerja awak tu. Saya pun dah mengantuk ni. Selamat malam.
Anis cepat-cepat tutup komputer. Entah kenapa perasaan berdebar mula menular di lubuk hati. Kata-kata Jay cukup terkesan di hati. Kini, dia mula rasa serba salah. Mungkinkah Jay yang tidak dikenali adalah jodohnya atau Imran yang sentiasa di depan mata Bingung!