KEHADIRAN gerombolan media ke tapak perkhemahan menambah taru siang itu. Arahan Menteri Pelajaran supaya setiap wakil media berkumpul di satu tempat tidak dipedulikan. Menteri tersebut khuatir ada pihak sanggup mengeluarkan kenyataan palsu dan membuat spekulasi tentang kehilangan dua orang pelajar di hutan itu. Malangnya, arahan yang dikeluarkan tenggelam begitu sahaja akibat kegagalan pasukan keselamatan mengawal keadaan.
Mengapa Datuk tak mahu Cikgu Isa tahu tentang perkara ini tanya Cikgu Omar kepada Datuk Murad.
Belum masanya lagi. Ringkas jawapan Ketua Pengarah Pelajaran itu.
Mengapa Saya kurang faham. Berkerut dahi Cikgu Omar mentafsirkan jawapan Datuk Murad.
Kebetulan malam tadi saya ada di rumahnya. Dia ada urusan yang lebih penting
untuk diselesaikan. Saya tak mahu dia berasa tertekan, ujar Datuk Murad berterus terang.
Hah Macam mana pula Datuk boleh berada di sana
Nanti saya akan ceritakan. Yang penting sekarang ini kita perlu berusaha mencari mereka berdua, jawab Datuk Murad.
Cikgu Omar membelai-belai kumisnya. Sebenarnya dia kurang berpuas hati kerana soalannya tidak berbalas. Mahu juga dia tahu mengapa Datuk Murad boleh berada di rumah Cikgu Isa malam tadi.
Usah khuatir, Datuk. Saya yakin anak Datuk dan budak bernama itu Ajai akan selamat. Lagi pula pasukan keselamatan sudah memberi jaminan. Kata mereka hutan di Hulu Langat ini tidak setebal mana. Kita berdoa saja kepada Allah agar mereka dapat menemui budak-budak itu. Cikgu Omar memberikan harapan.
Jauh di sudut hati, dia juga bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk. Tanggungjawab dan tekanan ini terletak di pundaknya. Dia yang membangkitkan cadangan untuk mengadakan program perkhemahan motivasi di sini. Maka, dia perlu menjernihkan kekeruhan ini.
Sementara itu, di dataran berkumpul, Menteri Pelajaran masih sibuk melayan soalansoalan wartawan. Cikgu Omar serba salah melihat keadaan itu. Dia sedar ini adalah
pengalaman terburuk sepanjang kariernya sebagai seorang guru. Dia juga gerun dengan desakan pihak luar yang menghimpit sehingga boleh mempertaruhkan nama sekolah. Besok akhbar-akhbar arus perdana akan menjajakan nama sekolahnya. Atau mungkin malam nanti wajahnya akan tersiar di kaca televisyen seluruh negeri. Lebih teruk lagi, dia yakin berita kehilangan dua orang pelajar sekolahnya itu sudah pun dimuatnaik ke internet.
Kedatangan mengejut para wartawan dan jurugambar amat merimaskannya sekarang. Berbeza dengan suatu masa dahulu dia pernah mendapat perhatian wartawan yang membawa cerita kegemilangan sekolahnya sebagai sekolah berprestasi tinggi yang melingkungi aspek akademik dan kokurikulum. Tambahan pula sekolah itu menempatkan ramai anak golongan bangsawan. Bertambah-tambahlah popularitinya ketika itu. Namun kini sebaliknya. Maruah sekolah elit itu akan tercalar dan kesan calarnya akan kekal terpalit jika Kameena dan Ajai gagal diselamatkan.
AJAI, kau yakinkah ini jalannya soal Kameena tersekat-sekat.
Nafas Kameena semakin kuat ketika meneruni cerun itu. Ajai pula dilihat tertolehtoleh kepalanya. Seperti mahu mencari sesuatu.
Insya-Allah, boleh diyakini. Kita semakin menurun. Mungkin inilah jalannya. Lagipun kita sedang melalui denai. Denai ini orang kampung buat untuk orang ramai. Berbeza dengan malam tadi, kiri kanan kita hanya pokok semata-mata. Ajai menyerlahkan kepakarannya berkelana di dalam hutan.
Baguslah. Aku rindu papa aku, ucap Kameena. Riak wajahnya berubah gembira. Senyumnya juga melebar tidak putus-putus.
Tengok! Sekeliling kita dah cerah. Kita hampir keluar! Ajai separuh menjerit. Pokokpokok semakin tidak kelihatan, sebaliknya daundaun renek serta rumput pula mempertontonkan rupa masing-masing.
Ya, ayuh! sahut Kameena riang.
Ajai melajukan langkahannya. Kameena pula berlari-lari anak merapati Ajai yang memunggunginya. Mereka berdua seperti sedang mengejar mentari yang mencarak di celahan gumpalan awan jelah. Di udara, burung-burung pun berkicauan bersahut-sahutan meraikan kejayaan mereka keluar dari hutan itu.
Mereka mungkin sedang menunggu kita, kata Ajai sambil mengunjurkan jari telunjuknya ke arah tapak perkhemahan.
Seruan Ajai tidak disambut Kameena. Sebaliknya dia hanya mengangguk seraya mengetapkan bibirnya menahan sebak. Lantas kedua-dua belah tangannya dicuarkan ke atas
dan menakung udara lalu mengucapkan syukur semahunya.
Alhamdulillah. Wah, ramainya orang! Aku nampak Cikgu Omar dan papa kau di bawah! Seru Ajai menambah hiba temannya itu.
DI tapak perkhemahan, Datuk Murad masih berbincang sesuatu bersama Cikgu Omar. Orang ramai semakin bertambah menjelang tengah hari ini. Penduduk sekitar di perkampungan Hulu Langat juga tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri kekecohan di situ. Begitu juga beberapa orang pemuda Orang Asli yang sudah bersiap siaga untuk memasuki hutan.
Papa!
Teriakan Kameena menggamit suasana. Kesemua pasang mata tertumpu kepada susuk Kameena dan Ajai yang semakin gesit berlari ke arah mereka.
Kameena! Datuk Murad menyahut sambil langkahannya dibuka besar. Lalu dia menuju mendapatkan anak tunggalnya itu.
Pihak media mula berpusu-pusu mendapatkan Kameena dan Ajai, tetapi sempat dihalang oleh pasukan keselamatan. Menteri Pelajaran mengarahkan supaya mereka bersabar sementara menanti kedua-dua pelajar terbabit menerima rawatan daripada pasukan penyelamat.
Kamu tak apa-apa soal Datuk Murad bimbang.
Alhamdulillah, papa. Orang okey. Ajai pun sama juga, balas Kameena terharu.
Ajai yang turut berada di sisinya menunduk hormat. Tangannya dilapkan di sisi seluar. Kemudian dihulurkan tangan kanannya kepada Datuk Murad. Tangannya bersambut dengan penuh besar hati.
Papa perlu berterima kasih dekat Ajai. Dia yang jadi hero selamatkan orang, ucap Kameena.
Ajai tersipu malu lalu tersenyum. Sedikit menampakkan barisan gigi putihnya yang rapi tersusun.
Terima kasih, Ajai. Tentu kamu sudah biasa di dalam hutan. Kamu nak apa Pak cik boleh hadiahkan, Datuk Murad menawarkan ganjaran kepada Ajai. Dia tahu pelajar itu berhak menerimanya. Bukan sesuatu yang mudah menyelamatkan nyawa seseorang.
Tak mengapalah, Datuk. Saya tak mahu apa-apa, balas Ajai segan silu.
Yalah tu tak mahu apa-apa, usik Kameena dengan riang.
Ajai membatu. Sebenarnya dia sedikit menyesal dengan jawapannya tadi. Benar, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meminta apa-apa ganjaran. Tetapi, dari sudut yang
lain ganjaran itu juga sangat diperlukannya. Tambahan pula, malam tadi Kameena ada menceritakan serba sedikit tentang pengaruh bapanya. Mungkin itu dapat membantu meneruskan perjuangannya.
Tak apa. Mungkin kamu malu nak beritahu sekarang. Soal ganjarannya, nanti kita bincangkan. Sekarang kamu berdua pergi dapatkan rawatan dahulu. Selepas itu pihak media akan menemu ramah. Menteri Pelajaran pun ada sama. Cepat ke pondok tu. Datuk Murad memuncungkan mulutnya ke arah pondok wakaf di hujung dataran.
Baiklah.
Tiba-tiba Cikgu Omar kelam-kabut datang dalam keadaan tercungap-cungap. Pengetua itu mencuri-curi nafas di celah-celah kelelahannya. Desahannya jelas kedengaran.
Ada apa, cikgu Cuba bertenang. Mengucap. Datuk Murad menggosok-gosok bahu Cikgu Omar yang sedang terbongkok di hadapannya.
Cikgu Isa Cikgu Isa kemalangan. Apa Suara-suara bergema di udara.