Dan sudah berminggu-minggu juga dia tidak melihat wajah itu. Sejurus kepergian Keris, Hasya nekad melupakan segala kenangan bersama Keris dengan menutup dirinya mengelak daripada terjebak lagi dengan apa jua situasi yang bisa memagut kembali ingatannya pada harimau itu. Dia seolah berada dalam lingkungan dunianya yang tersendiri. Itu juga yang dilakukannya bagi melupakan rasa sayu dan rindu, serta rasa bersalah yang mencengkam diri terhadap ibunya:
Mentally shut down and get over it!
Hasya, suara itu menyapa lagi.
Hasya memandang Bahrain dengan wajah kosong. Bahrain ingin tahu jika ada yang tidak kena sebelum melabuhkan punggung pada kerusi di sebelahnya. Hasya menggelengkan kepala. I need to go, kata Hasya sebelum berlalu pergi.
Bahrain mengekori. Tiba di tempat letak kereta di
tingkat bawah tanah kelab mewah itu yang agak jauh dan tersorok dengan lampu yang agak suram, Hasya terus melangkah masuk ke dalam jip miliknya yang bercermin gelap. Tatakala cuba menghidupkan enjin, Bahrain menahan, You cant leave until you tell me what happened.
Tidak mempedulikan kata Bahrain, Hasya tetap menghidupkan enjin jip usang yang kedengaran kasar bunyinya itu. Bahrain dengan laju bergerak ke arah pintu di sebelah, dibuka dan langsung terus duduk di kerusi sebelah pemandu itu, Now you tell me whats wrong.
Hasya yang mula sebak, berpaling kepada Bahrain seraya berkata, I dont feel good.
Bahrain yang ketika itu masih dalam pakaian sukan selepas bermain squash, meletakkan raket di ruangan kakinya; memerhati Hasya dengan pandangan penuh keliru. Nafas Hasya dapat dirasakan Bahrain semakin kencang turun-naiknya. Tanpa sebab yang dia ketahui, Hasya mula menangis tersesak-esak, I really dont feel good right now.
Bahrain hanya diam memerhati. Make me feel good, rayunya yang kini mengensot dari tempatnya ke posisi Bahrain pula; mengadapnya hampir melekap jasadnya ke wajah dan tubuh lelaki yang masih berkira-kira dan tertanya-tanya apa sebenarnya itu
Make me feel good, rayu dan rayunya lagi.
Leher Bahrain dirangkul Hasya seeratnya dengan mata yang terpejam dan saat dadanya merapati Bahrain, seluruh wajah putih kemerahan lelaki kacukan Cina dan Melayu itu dikucupnya bertalu-talu berselang-seli dengan pipi, dahi, bibirnya telinganya...
You love me and it doesnt take a rocket scientist to figure it out, itu yang dibisikkan Hasya di telinga Bahrain.
Bahrain yang merenung Hasya tanpa berkelip mata; Hasya benar-benar membuatnya alpa, tidak juga mampu menutur sepatah jua kata, jauh sekali menghalangnya tanpa sedar, kedua tangannya merangkul pinggang Hasya yang berada di ribaannya. Oh you are so young and beautiful, kata-kata Bahrain yang tidak terlafaz di bibir
Kerusi jip yang saat itu menjadi gelanggang Bahrain setelah puas bertarung di gelanggang squash sebentar tadi; walau sudah tiada empuknya lagi dek absorber yang lama tidak berganti, tidak dipeduli! Handbrake sudah ditarik habis, penyaman udara sedia terpasang tidak cukup dingin rasanya bagi menghentikan peluh di dahi Bahrain daripada terus merembes Seolah memegang bara yang kian membahang, kepala Hasya dipegang Bahrain kuat sehingga bergetar seluruh anggota tubuhnya sendiri bermula dengan kucupan di dahi, singgah pula ke kiri kanan pipi dan suatu yang sangat didambakan Hasya akhirnya dituruti. Persoalan Why dont you kiss me on the lips pasti tidak akan berbangkit lagi selepas ini and the rest is history.
Oh your luscious lips
Luahan Bahrain yang didengari Hasya saat matanya terpejam. Tewas juga akhirnya lelaki ini dalam percaturan antara fikiran dan perasaan. yang sekian lama cuba dipertahankan.