CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 32
AFI LUKMAN menjeling tajam pada Ika yang duduk di kerusi. Adiknya cuma menadah telinga mendengar setiap leterannya.

Ika memang sengaja cari masalah! Tengkingnya lagi. Entah berapa kali Ika terpaksa menelan kata-kata bangkangannya.

Mak Wan dan Ayah Wan hanya menggeleng melihat kemarahan Afi Lukman yang agak keterlaluan.

Sudahlah tu, Afi. Ayah dan mak dah terima pun pinangan tu, kata Ayah Wan. Mengharap kemarahan anak lelakinya reda.

Tapi, kenapa mak dan ayah tak bincang dulu dengan saya Saya siapa dalam keluarga ni Afi Lukman tunduk dengan rasa kesal. Terasa dirinya diketepikan keluarga sendiri.

Kami tak nak bincang dengan kamu sebab dah tahu kamu takkan setuju, sampuk Mak Wan pula.

Kalau saya tak setuju, tentu ada sebab. Takkan suka-suka saya nak kata tak setuju, balas Afi Lukman.

Cuba menangkan diri.

Penentangannya bukan berniat untuk memporakperandakan kehidupan adik sendiri. Dia tak setuju apabila memikirkan kebahagiaan Ika saja. Sungguh!

Dia langsung tak ada niat lain.

Abang Afi...

Diam, Ika. Abang Afi tak nak dengar satu patah perkataan pun keluar dari mulut Ika, tegas dia bersuara. Bengang dengan adiknya yang tak fikir panjang sebelum buat keputusan. Dia yang runsing memikirkan adakah adiknya itu bahagia jika hidup bermadu

Ika sebak. Penerimaan Afi Lukman amat mendukacitakan. Sepatutnya, Afi Lukman memberi sokongan. Bukan marah-marah begini.

Melihat adiknya tak mampu berkata apa-apa, Afi Lukman mendengus kasar, Baiklah. Ika nak kahwin sangat dengan Idlan tu, kan Okey... kahwinlah. Abang Afi nak tengok, sejauh mana Idlan mampu bahagiakan

Ika. Kalau dia gagal, dia akan tahu apa nasibnya nanti!

Afi Lukman menarik nafas. Ika tertunduk memandang lantai.

Kalau satu hari nanti dia buat Ika menangis, seumur hidup dia akan menyesal dapat abang ipar macam Abang Afi. Ika tengok sajalah nanti. Afi Lukman kacip gigi. Dia terus keluar dari rumah.

Ayah Wan merengus. Dia tergeleng-geleng. Keras hati betul anak lelaki awak tu.

Anak lelaki saya, anak awak juga, balas Mak Wan sambil menggosok belakang Ika.

Abang Afi marah sungguh pada Ika, Ika bersuara sejurus Afi Lukman berlalu.

Tak apalah. Buat masa ni memanglah dia marah. Tapi, ayah percaya satu hari nanti, dia boleh terima, Ayah Wan memujuk dan memberi keyakinan.

Terima kasih, ayah mak. Ika tak sangka mak dan ayah setuju.

Memang kami berat hati nak terima pinangan tu, tapi kami tak boleh buat apa kalau Ika sendiri yang nak. Mak Wan pula mencelah.

Pelik betul isteri Idlan. Boleh pula dia yang bersungguh. Ayah Wan menunjuk kemusykilan apabila melihat wajah gembira isteri Idlan dalam majlis peminangan ringkas yang baru selesai.

Mak Wan mencebik panjang sedepa, Perempuan tu bukan baik sangat. Tak payah abang nak hairan.

Ish, awak ni. Tak baik mengata orang.

Mak Wan mengeluh, Entahlah, abang. Naluri saya ni syak perempuan tu macam suka kalau Idlan kahwin lagi. Macam ada sesuatu pula yang dia sorok. Janganjangan dah ada lelaki lain tak

Mak, tak perlulah mak cakap sampai macam tu.

Kalau abang Idlan dengar ni, tentu dia kecil hati.

Dia takkan dengarlah. Bukan dia ada kat sini.

Walaupun dia tak ada kat sini, kan tak elok mak cakap macam tu. Kak Irdiana masih isteri dia. Takkan kak Irdiana sanggup curang belakang dia Ika membela Irdiana walau dia sendiri tak yakin dengan kata-katanya.

Erm. Yalah. Belum apa-apa dah pandai nak membela bakal madu tu, ya Jangan sampai satu hari nanti madu tu yang akan jadi racun.

Awak ni. Mulut tak reti nak jaga betullah. Cuba sebut benda baik-baik depan anak kita ni. Ayah Wan menggeleng apabila mendengar tuduhan isterinya.

Sementara itu di rumah Che Jah, Irdiana hanya tersenyum. Gembira nampaknya dengan pertunangan suami sendiri. Kalau orang melihat dirinya sekarang, tentu mereka fikir dia tak waras. Seorang isteri bersungguh-sungguh menyuruh suaminya kahwin lagi, memang nampak gila di mata semua orang.

Tapi, dia tak peduli. Terpulang orang nak kata apa.

Masing-masing ada hak bersuara. Apa dia nak, Idlan mesti ceraikan dia.

Tahniah, Lan. Tiga bulan dari sekarang, you akan kahwin dengan perempuan tu. Bakal menantu pilihan mak you.

Idlan merenung lembut wajah Irdiana. Ucapan tahniah dari isteri sendiri buat dia berasa ralat. Nak kata terima kasih, macam tak sesuai langsung, I tak tahu nak kata apa.

You tak gembira Soal Irdiana.

Berkerut wajah Idlan ketika soalan itu menjamah telinga. Memanglah dia gembira apabila Ayah Wan sekeluarga dapat terimanya semula. Lantaran itu, dapatlah dia tebus kesalahan masa lalu. Tapi, takkanlah dia nak tunjuk kegembiraan itu depan Irdiana.

I pelik tengok you. Kalau lelaki lain, gembira macam tak ingat dunia bila dapat tambah isteri. Tapi, you macam tak ada perasaan langsung, sambung Irdiana lagi apabila melihat Idlan berdiam diri.

Sekarang ni, I yang tak faham dengan you. Kenapa cakap macam ni dengan I Kenapa you beria-ia You tak kisah Idlan mendekati Irdiana dan meletak tangan pada kedua-dua bahu isterinya.

Irdiana segera berganjak ke tepi. Memang pun I tak kisah. Nak buat apa I ambil peduli kalau you nak kahwin tiga atau empat sekali pun.

Kenapa you jadi macam ni, Ir You tahu kan, I tengah usaha nak baiki hubungan kita.

Sudahlah, Lan. Tolong buka minda you. I dah tak cintakan you lagi. Lepas ni, please ceraikan I.

Idlan ternganga. Apa you cakap

Lepaskan I... Irdiana ulang semula permintaannya.

Idlan menggeleng. Bagaikan tak percaya dengan kehendak Irdiana, Betul ke itu yang you nak

Ya. Terimalah kenyataan hubungan kita tak ke mana. You sendiri tahu, macam mana cara I layan you sejak kebelakangan ni. Jadi berhentilah dari menipu diri sendiri. Terimalah hakikat I dah tak perlukan you lagi, kata Irdiana untuk menyedarkan Idlan.

Idlan terangguk-angguk. Mula faham sesuatu. I tahu apa yang ada dalam kepala you. Arash, kan So what Irdiana mengangkat kening.

Idlan pejam mata. Tak sangka telahannya tepat mengena sasaran. Dia menarik nafas sesaat dua. Dia tak ingin bertikam lidah dengan Irdiana kerana tak mahu ibu ayahnya mendengar. Lebih-lebih lagi ibunya yang baru keluar dari hospital beberapa hari lalu. Bimbang kalau Che Jah jatuh sakit lagi.

You ada hubungan sulit dengan Arash Soal Idlan sekadar ingin tahu kebenaran.

Irdiana diam.

Jawab pertanyaan I. Idlan mengepal tangan. Kebisuan Irdiana buatkan hatinya dijentik rasa marah.

Wajah Irdiana berubah. Nampak takut-takut nak jawab pertanyaan itu. Apatah lagi melihat perubahan sikap Idlan. Sekelip mata wajah itu bertukar bengis.

I... penjelasan Irdiana terhenti.

Jawab, Ir! Serta-merta suara Idlan meninggi. Hilang sabarnya melihat Irdiana teragak-agak.

Ya... I selalu keluar dengan dia tanpa pengetahuan you. I rasa, you boleh gunakan alasan tu untuk ceraikan I. Akhirnya, Irdiana terus-terang. Biar apa nak jadi, dia dah tak mahu ambil peduli.

Jadi itulah punca sebenarnya Soal Idlan lagi.

Pengakuan Irdiana bagaikan peluru yang tembus ke jantung hati. Sungguh dia tak menyangka selama ini Irdiana curang di belakangnya.

I nak kembali pada Arash. Dia dah janji akan bahagiakan I. Dia akan penuhi segala permintaan I.

You jangan mimpi nak balik semula pada lelaki tu.

Jangan sekali pun you terfikir untuk berpisah dengan I. You... I takkan ceraikan! Bentak Idlan. Jari telunjuk ditunding ke arah Irdiana.

Apa lagi you harapkan dari I Buat apa nak tunggu kalau I dah tak sayangkan you

I nak hubungan kita mesra macam dulu! Idlan berkeras lagi. Dalam saat-saat genting begitu, dia masih menaruh harapan.

Dahlah, Lan. Bukalah mata you. I dah tak nakkan you lagi. You terlalu banyak kekurangan kalau nak dibanding dengan Arash. I dah tak bahagia dengan you. Tapi, kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan tu. Sepatutnya, dari dulu lagi I fikirkan masak-masak untuk terima you sebagai suami. Keluarga you miskin. Ayah you cuma nelayan. Mak you hanya pembuat kuih. Walaupun you berpelajaran tinggi, tapi ingatlah you datang dari ceruk kampung mana Kalau tak papa yang kutip you kerja dalam syarikat dia, sampai sekarang you masih menganggur! Kata Irdiana tanpa peduli kalau ada orang lain mendengar. Tanpa menghiraukan kalau perasaan Idlan tercalar.

Stop it! Tengking Idlan.

Irdiana terpanar. Lantunan suara Idlan benarbenar memeranjatkan. Saat itu Che Jah dan Che Long muncul selepas mendengar bunyi bising dari arah ruang tamu.

Hinalah I sesuka hati you, Ir. Tapi, tolong jangan hina mak dan ayah I... Idlan tunduk merenung permukaan tikar.

Selepas beberapa saat, dia mengangkat muka.

You nak sangat, kan Baiklah. I boleh ceraikan you. Entah dari mana kekuatan itu datang, Idlan sendiri tak pasti. Mungkin Allah sedang membuka pintu hatinya untuk kembali sedar diri siapa dia di mata Irdiana selama ini.

Lan... Che Jah menggeleng. Seolah-olah tak membenarkan Idlan melafazkan talak.

Idlan tahan sebak. Sukar untuk dia berkata-kata. Dengan bibir bergetar, kelopak mata memberat dengan menampung air mata seorang lelaki, dengan rasa berat hati untuk melafaz permintaan Irdiana kerana hati masih sayang, dia terpaksa akur dengan kesudahan.

I ceraikan you, Irdiana. I ceraikan you dengan talak satu...

IDLAN masuk ke bilik pejabat Dato Arshad. Sekeping sampul putih berisi surat perletakan jawatan dibawa bersama. Kata-kata Irdiana tempohari buat dia rasa tercabar. Macam dia hadap sangat nak kerja di sini lagi. Rezeki ada di mana-mana. Dia percaya, dengan kelulusan yang ada, dia akan dapat pekerjaan di tempat lain.

Papa tahu apa tujuan kamu ke sini. Dato Arshad betulkan kaca mata.

Penceraian berlaku antara anak perempuannya dengan Idlan, menerbitkan sedikit rasa kecewa. Namun siapa dia nak melawan takdir Ilahi. Harus dia reda untuk lepaskan Idlan pergi. Tapi, dia tak mahu Idlan berhenti. Biarlah Idlan terus berkhidmat selagi syarikat itu masih gah di tempatnya.

Idlan hulurkan sampul itu pada Dato Arshad, tapi malangnya ia tak bersambut.

Kamu nak letak jawatan Soal Dato Arshad.

Badan ditegakkan memandang Idlan yang berdiri. Ya, Papa.

Dato Arshad merengus kecil. Kaca mata ditanggalkan. Dia berdiri dan berjalan lemah mendekati Idlan, Kenapa buat keputusan terburuburu Soal perceraian kamu, tak ada sangkut paut dengan kerjaya kamu di sini.

Idlan tunduk merenung lantai konkrit. Hanya pandangan kosong dilempar ke situ, Saya tahu, tapi saya rasa dah tak sesuai kerja kat sini lagi...

Kamu tak profesional.... Dato Arshad pantas memotong. Sebelah tangan diletak atas bahu Idlan. Kamu sepatutnya bincang dulu dengan Papa. Dato Arshad menarik nafas semput. Kesihatannya terjejas sedikit sejak tahu berita perceraian itu.

Papa tak marah kamu ceraikan Ir. Tapi, Papa kecewa dengan sikap kamu yang terburu-buru nak tinggalkan syarikat ni. Kamu tahu Papa tak ada orang lain boleh diharapkan. Papa tak ada anak lelaki. Papa cuma ada Ir saja. Itu pun... Dato Arshad pegang dada. Dia tak dapat meneruskan kata-kata kerana nafasnya tiba-tiba sesak. Mengingatkan anak perempuan yang satu itu, buat dia rasa sakit.

Belajar tinggi-tinggi, tapi satu apa pun tak tahu. Macam mana dia nak serahkan syarikat pada Irdiana untuk diuruskan kelak Sudahlah anak perempuannya terlalu boros berbelanja. Nanti tak fasal-fasal syarikat boleh jatuh bankrap!

Melihat Dato Arshad berwajah pucat, Idlan terus memapahnya menuju ke sofa. Papa tak sihat ni. Saya bawa Papa ke klinik.

Dato Arshad pegang kemas tangan Idlan. Tak apa. Papa okey.

Sure

Dato Arshad menggangguk lemah. Kamu janganlah berhenti. Papa dah tak kuat. Jangan tinggalkan Papa untuk uruskan syarikat ni seorang diri. Kamu teruslah kerja dengan Papa. Kamu tahu dari awal lagi Papa nak serahkan syarikat ni pada kamu. Nanti kamu pergi jumpa peguam Papa, Pakcik Shaari, ya Bersungguh-sungguh Dato Arshad menggenggam tangan Idlan. Besar harapannya moga Idlan menerima.

Idlan melopong. Sungguh dia tak percaya dengan kata-kata Dato Arshad. Apa ni Papa Takkan sampai macam ni sekali Papa letak kepercayaan pada saya Saya dah tak ada kena-mengena dengan Papa. Saya cuma bekas menantu aje. Cemas sungguh reaksi Idlan saat itu. Dia benar-benar tak menyangka Dato Arshad buat keputusan begini. Tentu semua orang akan terkejut. Lebih-lebih lagi Irdiana.

Papa merayu dengan kamu. Jangan berhenti dan terimalah amanah Papa ni. Anggap saja sebagai hadiah sebab kamu dah jaga Ir dengan baik selama ni.

Papa... Idlan kehilangan kata-kata. Dia tunduk dan akhirnya merebah kepala atas tangan Dato Arshad. Perasaannya sedih bercampur sayu dengan kebaikan dan keluhuran hati bekas mentua yang selama ini banyak berpihak padanya.

Idlan mengangkat muka. Memandang lama wajah Dato Arshad. Kalau Papa nak balas budi saya, bukan macam ni caranya. Saya dah tak ada sangkut paut dengan keluarga Papa lagi. Saya dah jadi orang luar.

Saya tak boleh terima, Pa. Saya betul-betul minta maaf.

Dato Arshad tunjuk wajah kecewa. Idlan benarbenar nekad tak nak terima pemberiannya yang bukan calang-calang. Sebuah syarikat besar dan maju jadi taruhan. Dia mengeluh hampa.

Izinkan saya pergi. Saya janji akan selalu ziarah Papa dan Mama walaupun kita dah tak ada apa-apa pertalian, kata Idlan sebelum bingkas dari sofa dan menuju ke pintu.

Dato Arshad mengeluh panjang. Terasa berat di bahu makin bertambah dengan ketiadaan Idlan. Apatah lagi dengan usia yang makin merangkak tua. Pada siapa lagi dia boleh harapkan Soalannya mati tiada jawapan.