CARTA HATI - 32
SYAKILA mendengus kecil. Ketika menjamu selera, sempat matanya menjeling ke sebelah. Dilihatnya Zairis asyik merenung wajahnya. Sudahlah sibuk benar mahu duduk di sebelahnya. Dan paling tak disangka, baju kurung yang dipakai sama warna dengan baju melayu lelaki itu.

Ehemm Syakila berdehem seketika. Seperti membersihkan tekak, walhal dirinya tidak selesa dengan lelaki itu yang masih merenungnya. Macam tak jumpa setahun!

Kenapa kau nak menjauhkan diri dari aku Kedengaran perlahan suara lelaki itu. Namun, cukup untuk membuatkan jiwa Syakila bergetar mendengarnya.

Soalan Zairis tidak dibalas. Malah, dia hanya menyambung menjamu selera. Baginya, dia tiada jawapan untuk soalan itu. Entahlah, perubahan ini terlalu mendadak. Dia juga tidak tahu kenapa dirinya berubah begini. Barangkali, dia baru mengetahui kedudukan dirinya, tidak sama taraf dengan lelaki itu.

Syak Panggilan itu begitu lembut kedengaran.

Syakila semakin tidak keruan. Dia tidak suka lelaki itu berlembut dengannya. Kalau boleh, dia mahu sikap lelaki itu seperti dulu. Yang selamba melayannya dan selalu saja kasar. Ingin diakui bahawa dia selesa seperti itu.

Syakila bangkit dari duduk. Usai menghabiskan makanan dan minuman, dia pantas sahaja mendapatkan kawan lamanya, Juliana yang sedang melayan para tetamu yang hadir.

Aku balik dululah. Ni Nura kirim pada aku untuk beri kat kau. Dia juga ucap tahniah buat kau orang berdua, kata Syakila bersama pamitan usai memberi dua keping sampul kepada Juliana.

Cepat-cepat dia mengatur langkah untuk berlalu dari situ. Janganlah mamat tu ikut dia!

UNGGU! Suara Zairis sayup-sayup

Tbergema. Langkah Syakila disaingi sebelum

dia menghalang laluan gadis itu dan menutup pintu teksi yang ditarik gadis itu.

Lepaslah Zairis. Aku nak balik!

Kenapa Kenapa kau tak jawab soalan aku Syakila membuang pandang ke arah lain.

Cik, Encik... pakcik ni cari makan. Kalau tak nak naik teksi ni, pakcik nak ambil penumpang lain... tegur pemandu teksi tersebut.

Maaf pakcik... saya nak cakap dengan kawan saya sekejap. Pakcik boleh ambil penumpang lain... Pantas tangan Syakila ditarik menjauhi teksi tersebut.

Zairis, kau tak ada hak...

Belum sempat Syakila menghabiskan ayatnya, Zairis cepat-cepat memotong kata-kata Syakila. Gadis itu pantas memeluk tubuh dengan muka tidak puas hati melihat teksi yang ditahannya berlalu pergi. Tolong cakap dengan aku, Syak. Kalau kau bencikan aku, kau takkan buat kenyataan yang kau akan bertunang dengan aku

Syakila melepaskan keluhan. Dia berjeda untuk beberapa saat sebelum membuka bicara, Aku sengaja buat kenyataan tu untuk bersihkan imej kau. Walhal, kenyataan tu tak betul pun pada hakikatnya.

Kata-kata yang terluah dari bibir Syakila secara tak langsung memberi perubahan pada wajah Zairis. Terbias riak sinis di wajahnya.

Kenyataan tu tak betul Huh, jangan mengarut! Kau tahu tak, dekat media sosial dah kecoh pasal ni Kau ada fikir tak sebelum membuat kenyataan macam tu Suara Zairis sudah naik satu oktaf.

Mujur perbualan mereka berada jauh dari majlis tersebut. Kalau tidak, sudah tentu mencuri tumpuan pada semua pengunjung.

Aku rasa kau tak perlu nak ambil pusing. Anggap aje kenyataan tu tak betul. Selesai, kan

Perkara ni takkan selesai kalau aku tak tahu kenapa kau buat kenyataan macam tu! Tegas Zairis tidak mahu mengalah.

Sudahlah, Ris. Aku rasa dah tak ada apa lagi nak cakap dengan kau. Aku dah cakap yang aku buat tu semuanya untuk bersihkan nama dan imej kau. Sekarang kau dah diterima semula oleh peminat kau, kan So... tugas aku untuk tolong kau dah selesai.

Tapi, aku ada banyak benda nak cakap pada kau. Boleh kau beri aku ruang, untuk aku bercakap sebentar

Tak apalah. Tu ada teksi lain dah, aku nak balik dulu. Assalamualaikum Syakila menyambung langkah kembali. Tetapi, langkahnya terhenti apabila suara Zairis kedengaran lagi.

Kau pengecut, Syak! Kau memang seorang yang pengecut!

Tersentap hati Syakila mendengarnya. Rahangnya bergerak-gerak, emosinya tiba-tiba turun dan naik mendadak. Mendengarkan kata-kata itu, hatinya mula berasa sedih. Namun dia tetap cuba untuk mengawal emosinya.

Apa niat kau sebenarnya, Syakila Aku tak tahu kenapa kau menjauhi aku. Dan aku juga tak tahu, apa motif kau lakukan semua ini. Bohonglah kalau kau cakap kau cuma nak bersihkan nama dan imej aku! Aku tak percaya, Syak!

Buat seketika, kaki Syakila bagai digam pada jalan raya tersebut. Sukar untuk dia meneruskan langkah. Kata-kata itu, bagaikan sedang menguasai dirinya sekarang ini. Seperti dia tidak boleh berbuat apa-apa. Mahu menoleh kepada Zairis pun, dia tidak mampu.

Aku akan tunggu penjelasan daripada kau, Syak! Tak kira lambat atau cepat. Kalau kau tak beritahu, kau memang seorang yang pengecut! Tidak berani menyatakan yang benar. Zairis begitu pantas mengeluarkan kata-kata. Hatinya berasa sakit melihat gadis itu yang hanya mendiamkan diri.

Melihat Syakila yang masih statik di tempatnya, membuatkan Zairis melangkah mendekati gadis itu.

Syak Zairis cuba pandang wajah Syakila, namun gadis itu pantas melarikan pandangannya ke arah lain.

Ris Perlahan-lahan, Syakila bersuara. Air mata yang ingin menitis, lekas diseka olehnya. Buat kesekian kali, terlihat sisinya yang tidak pernah kelihatan di mata lelaki itu.

Dunia aku dengan kau, berbeza. Aku tak layak berkawan dengan kau, jauh sekali untuk hubungan yang lain. Anggaplah selepas ini kita tidak mempunyai apa-apa hubungan. Selepas selesai berbicara, Syakila terus menuju ke teksi. Langsung dia tidak memandang ke belakang. Sehinggalah teksi tersebut membawa dirinya beredar dari kawasan itu.

Zairis terpinga-pinga dengan bicara Syakila. Apa maksud gadis itu Dia semakin tidak mengerti. Apa yang sudah berlaku sebenarnya