Sampai hati Ryan! Kerana hal itu, lelaki itu menjauhkan diri daripadanya. Lelaki tu tiba-tiba lenyap. Kerja pun tak datang. Mungkinkah lelaki itu ingin menghindar darinya. Mungkin kerana dia masih berada di bawah bumbung syarikat yang sama, jadi Ryan tidak hadir ke pejabat.
Dia tahu Ryan bukan orang yang sesuka hati bercuti. Syarikat ini adalah sesuatu yang penting buat Ryan. Dia tak akan ambil cuti sekiranya tiada hal kecemasan. Dalam setahun mungkin hanya sehari dua saja lelaki itu bercuti. Itupun untuk hal yang betul-betul penting. Tapi, sekarang Ryan tidak hadir, mungkinkah lelaki itu benar-benar tekad untuk tidak mahu melihatnya lagi
Air matanya kembali menitis. Hancurnya jiwa bila terfikirkan hal itu. Jika itu kebenarannya, dia rela undur diri. Kalau Ryan bencikan dia sebab hal itu, dia boleh pergi! Dia boleh menghindar dari hidup Ryan! Hani...
Pantas Hani mengelap air matanya. Tersenyum hambar pada Leez, setiausaha Ryan.
Awak buat apa dekat sini. Tuan Ryan tak datang kerja hari ni, kan tanya Leez pelik. Ya la, Ryan tak datang, kenapa Hani kesini
Hani mengeluh memandang Leez, Saya nak jumpa awak.
Saya
Hani mengangguk perlahan. Dia pandang wajah Leez yang nampak terkejut. Terkejut isteri bos nak jumpa. Ada apa-apa tak kena ke
Sebenarnya saya datang sebab nak tanya pasal Ryan.
Tuan Ryan Kenapa dengan Tuan Ryan
Tak ada apa-apa cuma... berat hati Hani untuk bertanya. Kalau dia bertanya mesti Leez jadi sepelik-pelik alam. Kenapa Ryan tak datang kerja
Macam yang dijangka, Leez terkejut beruk. Matanya sedikit membutang. Biar betul Hani ni Suami sendiri tak datang, tapi dia tak tahu kenapa Bukan ke Ryan dan Hani satu rumah
Hani tertunduk resah. Sedihnya hati bila mengenangkan betapa teruknya dia sekarang. Dia memang isteri yang teruk. Mesti Leez binggung.
Er... apa kata kita duduk dulu. Leez menarik tangan Hani bila muka Hani nampak betul-betul keruh. Mesti ada masalah suami isteri ni.
Hani ikut. Bila Leez melabuhkan punggung, dia perlahan-lahan jatuhkan punggungnya atas sofa berhampiran bilk Ryan.
Sebenarnya saya sendiri tak tahu kenapa Tuan Ryan tak masuk, tapi tadi dia ada call. Dia ambil cuti beberapa hari. beritahu Leez walaupun kepalanya penuh tanda tanya.
Hani... awak ada masalah dengan Tuan Ryan ke perlahan, tapi pertanyaan Leez begitu menusuk hati Hani.
Hani angkat mukanya yang semakin keruh itu. Dia tak tahu macam mana nak menjawab soalan Leez. Memang dari dulu lagi, masalahnya dengan Ryan tak pernah habis.
Leez, boleh saya minta tolong awak pinta Hani tiba-tiba. Membiarkan soalan Leez tadi tak berjawab.
Tolong apa
Bagi ni pada Ryan. Sampul putih di tangannya disua pada Leez.
Tercengang Leez dibuatnya namun tangannya cekap menyambut pemberian Hani. Dia memandang wajah isteri bosnya dengan suara hati yang asyik bertanya, surat apa ni
Tu surat perletakkan jawatan saya. seakan tahu apa yang bermain di kepala Leez, Hani memberitahu isi surat itu. Apa
Saya tahu awak mesti terkejut, tapi boleh awak tolong saya
Berkeriuk kening Leez dibuatnya. Dalam terkejutnya, mulutnya terkumat-kamit seakan ingin bertanya.
Tolong jangan tanya saya apa-apa. Beri surat ni pada Ryan dan tolong rahsiakan hal ni dari orang lain. Saya percayakan awak. tangan Leez disentuh dengan penuh harapan.
Terbias wajah keliru di wajah setiausaha itu, tapi akhirnya dia mengangguk juga. Melihat wajah sedih Hani, dia rasa dia tak patut bertanya apaapa saat ini. Hani tak menunggu lama, lantas dia bangun. Melihat sekilas pada tangan Leez yang masih memegang surat bersampul putih, sebelum dia berpaling dan melangkah meninggalkan Leez yang terkebil-kebil bersendirian.
Seiring dengan kakinya yang mula melangkah, air mata yang bergenang di tubir mata, akhirnya jatuh menodai pipinya. Setitis, dan lama-lama menjadi titisan yang tak dapat di hentikan. Esakan sayunya mula kedengaran. Hatinya betul-betul pedih. Meletak jawatan bermakna meninggalkan syarikat ini. Meninggalkan syarikat ini bermakna dia tak akan bersua dengan Ryan lagi. Mungkin ini yang Ryan harapkan dan ini jalan yang terbaik.
Aku tak perlukan jawapan kau lagi. ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
Tak perlukan jawapan bermakna tak perlukan dia lagi... buat sekian kalinya, air mata pilu terus merembes bersama hati yang terasa hancur tibatiba.
SESEKALI air matanya dikelap dengan hujung lengan bajunya. Sebelah tangan lagi cekap memegang streng kereta. Bukan niat dia nak menangis saat ni, tapi air mata ni tak faham bahasa. Orang suruh berhenti, degil nak keluar!
Entah kenapa, pandangan tajam dan suara Ryan kali terakhir asyik terbayang di ruang mata. Semua itu buat hatinya hancur lebur. Dadanya rasa seperti capati basi. Resah dan gelisah terus bersatu menganggu akalnya yang waras.
Ryan... kenapa awak buat macam ni hah Saya tak faham lelaki dan sekarang saya lagi tak faham lelaki macam awak. Satu kesalahan besar ke kalau saya saksi utama dalam kes langgar lari kekasih awak tu Semua tu salah saya ke Kenapa awak menghindar dari saya Awak cakap awak cinta lepas tu awak buat macam saya ni bukan siapa-siapa. luahnya sendiri penuh rasa sendu.
Ikutkan hati, nak saja dia benci lelaki macam Ryan tu. Ego tak bertempat! Semua nak ikut cakap dia je. Dia ingat apa Dia tu raja segala rimba dan semua orang nak kena ikut cakap dia Hempeh punya laki!
Tapi, tak kira macam mana dia jahat atau gedik sekali pun, aku suka dia. suka...suka dan suka! Kenapa perasaan ni perlu ada Ya Allah Adakah aku jodohnya hingga ke Jannah atau aku hanya jodoh sementara buatnya
Hani meraupkan wajah bila terasa mindanya terlalu banyak berfikir. Perlahan-lahan dia beristighfar berkali-kali. Bila dalam keadaan marah dan sedih begini, dia tahu ada bisikanbisikan yang akan membuat dia lalai dan alpa.
Ya Allah, apa benda yang aku tengah fikirkan ni. adunya saat terasa diri begitu alpa. Teringat pesan Puan Maizurah. Saat di saat kemarahan mengusai diri, ingatlah Allah supaya tak termakan dengan bisikan-bisikan yang hanya ingin menggoda nafsu manusia. Saat berada di dalam kesedihan, ingatlah perkara-perkara manis yang pernah diberikan oleh-Nya kepada kita. Bersyukurlah dan anggap kesedihan itu sebagai satu ujian.
Ujian Patutkah dia anggap Ryan sebagai satu ujian. Andai Ryan hanya satu ujian, suatu hari ujian itu akan pergi. Mampukah dia berdepan saat Ryan pergi dari hidupnya
Saat asyik terfikir ke mana arah tujuan perhubungannya dengan Ryan, matanya secara tak sengaja terpandangkan cermin sisi. Dahinya berkerut seribu.
Kereta tu lagi
Sejujurnya semenjak dia keluar dari Syarikat tadi, dia perasan ada kereta waja memngekori keretanya. Dia tak syak apa-apa, tapi sampai sekarang kereta itu masih berada di belakangnya. Serta-merta bulu romanya menegang.
Dia orang tak ikut aku kan tanyanya sendiri dengan hati mula tak sedap.
Hilang terus perasaan sedihnya, diganti dengan rasa takut tiba-tiba. Tak ada yang lain dia fikirkan saat ini kecuali telefon. Pantas telefon bimbitnya dia atas seat sebelah pemandu dicapai.
Mencari nama Puan Maizurah di dalam senarai kenalannya.
Hampir lima belas saat talian tak bersambut. Hani mula kecut perut. Siapa lagi dia nak telefon selain ibunya Kak long Kak long dah bertolak ke seminar pagi tadi. Perutnya kembang-kempis menahan rasa cuak yang datang. Semakin ligat matanya memerhati kereta yang semakin mendekati buntut keretanya.
Mereka tahu ke dia sudah perasan Terketarketar kaki yang menekan pedal minyak. Saat dadanya terasa genting itu, dia pantas mencari satu dalam senarai kenalannya.
Rumah! Ya! Kalau Puan Maizurah tak menjawab telefon, mungkin ibunya akan jawab panggilan telefon rumah. Dengan tangan kalam-kelibut, butang telefon bewarna hijau terus ditekan. Doanya hanya satu, moga-moga panggilannya berjawab kali ini.
Ternyata Allah Maha Berkuasa memakbulkan doanya. Talian bersambut. Belum sempat orang di sana membuka suara, dia dahulu membuka suara.
Mama ada dekat mana Hani telefon bimbit mama tadi, tapi mama tak jawab. Tolong ma, Hani rasa ada orang ikut Hani ni. Dari keluar syarikat lagi dia orang follow. Mama, Hani...
Kau dekat mana sekarang!
Hani terdiam. Matanya sedikit terbuka luas. Suara garau yang baru menerjah lubang telinganya tak lain tak bukan adalah... Ryan
Pantas dia melihat skrin telefon bimbitnya dan matanya membutang. Dia tersalah tekan.
Sepatutnya rumah bukan Ryan
Kau ada dekat mana sekarang ni!!! kuat suara itu walaupun skrin telefon dan telinga agak jauh.
Dengan tangan terketar-ketar, telefon itu dilekapkan kembali ke telinganya.
Aku tanya kau dekat mana sekarang! Jawablah! Kau dekat mana!!! Ryan menjerkah kuat hingga hati Hani tersentap sendiri.
Ikutkan hati nak saja dia tamatkan panggilan, tapi mengenangkan kereta waja itu masih terus mengekorinya, mulutnya terbuka juga.
Jalan menghala rumah Mama saya. Awak tolong saya. Saya takut ni. Saya tak tahu nak buat apa dah ni. ketar suaranya seakan mahu menangis. Dah la takut, dijerkah oleh Ryan pula tu, memang dia menangis la jawabnya.
Klik! Bunyi telefon diletak buat Hani tergamam. Ryan tak membalas walau sepatah pun saat dia meminta tolong. Hiba menerjah ruang hatinya. Sampai hati Ryan. Dia susah macam ni pun lelaki tu buat tak tahu. Tanpa sedar air mata merembes laju melewati pipinya.
Saat sampai di persimpangan menuju ke rumahnya, Hani mula tak tentu arah. Patutkah dia terus ke rumah atau memilih jalan lain Kalau dia memilih jalan ke rumah, dan mereka yang mengekorinya tahu alamatnya, pasti nyawa mereka sekeluarga dalam bahaya. Dia tak tahu siapa dan apa yang mereka itu nak, tapi dia yakin, pemilik kereta waja tu ada niat tak baik. Tanpa berfikir panjang, stereng dipulas ke arah kiri.
Bertentangan dengan jalan masuk ke rumahnya.
Hampir sepuluh minit memandu, Hani mula gelisah. Dia tak tahu nak berpusing ke mana
Polis
Ya Allah, dia baru teringatkan sesuatu. Kenapa dia boleh terlupa polis saat genting ni Dia memang bodoh! Sebab takut habis sel-sel otak tak berjalan. Sekali lagi telefon bimbitnya dicapai. Belum sempat dia mendail 999 ada bunyi bingit dari arah belakang.
Pin...Pin..pin!!!
Hani pandang cermin sisinya. Jelas dimatanya ada sebuah kereta BMW bewarna putih cuba memotong kereta waja itu. Bunyi hon yang ditekan oleh pemandu kereta itu, buat kereta waja itu seperti tak terkawal. Kelopak matanya terasa pedih tiba-tiba.
Ryan datang! Lelaki tu datang. Terus tangisan dihamburkan dengan rasa lega teramat sangat. Cara Ryan memandu seakan mencabar kereta Waja itu. Risau juga hati Hani, tapi bila melihat kereta Waja itu melajukan keretanya dan terus memotongnya, hatinya yang berdebar mula surut. Akhirnya mereka pergi juga.
Saat lega merajai hati, bunyi hon dari kereta Ryan buat dia tersedar. Pantas stereng dibawa ke bahu jalan. Menghentikan keretanya dengan wajah tergamam. Dia nampak Ryan turut memberhentikan keretanya sebelum keluar dengan tergesa-gesa.
Buka pintu ni! kuat suara Ryan buat Hani pantas membuka lock pintunya. Tak sampai sesaat, pintu keretanya dibuka luas. Terpampang wajah tegang Ryan di situ.
Saya...saya... tergagap suaranya saat merenung wajah Ryan yang memandangnya dengan renungan yang tajam.
Sekali lagi dia cuba membuka mulut, tapi kali ni bibirnya terasa lumpuh. Sedar tak sedar, tubuhnya terasa ditarik dan bersatu dengan tubuh jejaka berbaju oren. Cukup pantas sampai bibir Hani terbuka sendiri.
Thanks god... You are safe. terlepas nada syukur dari bibir Ryan. Kali ni suara itu seakan lega. Rangkulannya terus dieratkan.
Hani tersedar saat terasa tubuhnya disaluti haba panas dari badan Ryan. Namun tidak pula tangannya menolak tubuh itu sebaliknya dia rasa tenang. Air matanya menitis tanpa kata.
Agak lama mereka berpelukan sebelum Ryan meleraikan tangannya dipinggang gadis itu. Wajah Hani yang sembab direnungnya. Jelas titisan air mata di bawah bibir itu. Serta-merta rasa bersalah menyelubungi dirinya.
Jangan menangis. Aku ada dekat sini. pujuk Ryan dengan harapan air mata itu akan terhapus.
Tapi, dia silap perkiraan. Semakin laju air mata isterinya keluar. Rasa bersalah menikam kejam jiwanya. Ini semua salahnya. Dia tak pandai jaga Hani sampai Hani hampir saja berada dalam bahaya. Melihat betapa takutnya wajah itu, dia menyumpah dirinya sendiri. Dia memang suami tak guna!
Hani... Please.. rayu Ryan.
Tapi... tapi tadi awak tak ada. Saya ingat awak akan biarkan saya. Saya... saya...
Apa kau cakap ni Aku nak biarkan kau Kau dah gila ke! suara Ryan naik seoktaf bila egonya terasa tercabar dengan bicara Hani. Apa Hani fikir dia jahat sangat ke sanggup biarkan wanita yang dia cintai kesusahan
Habis tu apa yang patut saya fikir Awak letak telefon macam tu aje. Dah tu..awak...awak... Hani kelap air matanya sebelum menyambung kata. Awak cakap awak tak perlukan jawapan saya hari tu. Itu bermakna awak tak perlukan saya. Awak benci saya sebab saya ni ada kaitan dengan kematian arwah kekasih awak. Kenapa awak masih datang sini Kenapa
Perlahan-lahan Ryan meraup wajahnya bila luahan jujur itu meniti pada pendengarannya. Dia pandang mata Hani yang sedikit sembab. Mesti Hani banyak menangis dan itu pun disebabkan dia.
Sorry.
Hani terkesima. Laju kepalanya diangkat.
Ryan pandang ke arah lain bila mata sayu itu cuba menikam matanya. Sesungguhnya dia tak mampu melihat Hani dalam kesedihan seperti itu. Melihat Ryan seakan tak mahu menjamah wajahnya, Hani ingin menundukkan kepalanya kembali namun dia tercengang saat tubuhnya sekali lagi tertarik ke arah tubuh lelaki itu.
Aku minta maaf. Im so sorry. ujar Ryan dengan tangan tepat dibelakang leher Hani yang berbalut dengan tudung.
Aku tahu aku salah, tapi aku tak berniat nak suruh kau pergi. Aku keliru. Aku perlukan masa untuk berfikir, tapi... aku perlukan kau. Aku perlukan kau Hani. ungkap Ryan sebelum meleraikan pelukan antara mereka.
Dagu Hani didonggakkan dan kali ni dia cuba mengumpul kekuatan. Dia tak mahu berselindung lagi. Dia tak mahu mengikut ego lagi. Dia tak mahu terlepas segala-galanya hanya kerana menjulang tinggi sikap egoisnya sebagai seorang lelaki.
Jangan cakap yang aku tak perlukan kau. Aku... aku perlukan kau sama seperti aku perlukan jawapan kau. bisik Ryan penuh emosi.
Meliar anak mata Hani meratah wajah kacak di depannya. Mecari keikhlasan pada lelaki yang selalu berhambakan ego semata-mata itu.
Nur Hani Abdullah, mungkin perkahwinan kita ni hanya kerana dendam aku semata-mata. Mungkin perkenalan kita tak seindah orang lain, dan mungkin juga aku bukan lelaki yang tepat buat kau. Tapi, kau adalah perempuan yang aku perlukan dalam hidup ini. Sekali lagi aku bertanya, sudi tak kau terus jadi isteri aku Bukan rakan sepasukan, tapi isteri yang sebenarnya isteri. Will you Ada getaran dalam suara Ryan yang sedikit serak. Hani dapat rasakan getaran jantung Ryan semakin berdegup kencang. Mimik lelaki itu tampak resah. Tak pernah dia melihat Ryan resah begini.
Perlahan-lahan air mata Hani jatuh bersama senyuman yang mula berbunga. Sebagaimana perlahannya air mata gembiranya jatuh, begitu juga kepalanya diangguk. Dia tak mungkin mengatakan tidak pada lelaki yang selama ini ego, tapi sekarang menurunkan egonya demi memiliki dirinya. Dia tahu, di sebalik kekasaran Ryan selama ni, tersembunyi seorang lelaki yang baik dan penuh keikhlasan.
Lega hati Ryan melihat anggukan Hani. Terasa warna cinta memenuhi dirinya. Sekilas wajah arwah Riana terbayang. Dia seakan nampak gadis itu tersenyum pada dirinya. Ya! Riana cinta pertamanya, tapi dia harapkan Hani menjadi cinta terakhirnya. Kerana gembira, tangannya naik mengusap perlahan pipi Hani. Benda yang selalu dia ingin lakukan kepada Hani.
Tapi, saya masih ada sesuatu yang saya belum beritahu awak. ujar Hani tiba-tiba hingga tangan Ryan jatuh sendiri.
Rahsia Sekali lagi
Ni bukan rahsia cuma... cuma sesuatu yang saya rasa awak patut tahu. sambung Hani bila wajah Ryan berubah warna. Jangan lah Ryan pergi sekali lagi.
Apa dia tanya Ryan penuh debaran. Dia harap Hani tak bagi dia kejutan lagi. Sebolehnya dia tak mahu tahu apa rahsia itu sebab takkala ini dia cuma mahukan Hani!
Hmm... saya akan cakap, tapi bukan dekat sini.
Habis tu dekat mana
Hani kelap air matanya yang melekit sebelum tersenyum penuh makna.