KAMU SANG PENCULIK - 32
SAYUP-SAYUP kedengaran salam diberi. Tudung yang sedia tersangkut di kerusi, aku capai.

Langsir kuselak sedikit dan kelihatan wajah anak jiranku di luar. Namanya aku lupa pula. Terus kunci kucapai dan grill kubuka.

Waalaikumussalam. Ada apa-apa boleh akak tolong Aku tersenyum manis ke arah budak lelaki lingkungan usia 8 atau 9 tahun ini.

Ini ada abang kereta merah suruh bagi pada akak, jawabnya sambil menghulurkan kotak kecil berwarna merah jambu.

Abang kereta merah Aku soal semula. Huluran kotak masih belum diambil. Jadi was-was pula hati ini.

Alah, abang yang makan buah mempelam dengan kita hari tu. Dekat pangkin depan tu.

Jawapannya spontan mengundang tawa kecilku. Hati ini tiba-tiba jadi riang-ria Ribena pula. Huluran kotak terus kuambil.

Terima kasih adik. Aku sempat mengusap kepalanya.

Sama-sama akak. Saya pergi dulu. Abang kereta merah dah tunggu dekat depan sana. Dia halakan jari telunjuknya ke luar pagar. Automatik leherku panjang menjengah ke arah yang ditunjukkan. Tak nampak dari sini akak, beritahunya sambil tergelak kecil.

Termalu sendiri aku dibuatnya. Hanya sengihan nipis yang kuberi sebelum dia berlari anak meninggalkanku.

Usai mengunci grill, aku terus melabuhkan punggung di sofa. Kotak merah jambu kutenung dahulu. Apalah isinya ya Apa yang pasti bukan cincin kerana saiz kotak ini agak besar untuk sebentuk cincin. Saiz kotak ini sedang elok untuk gelang atau jam tangan. Apa mimpi pula Niel ni bagi hadiah pada aku

Mataku membulat sebesar mungkin saat isinya terlihat di pandanganku. Mulut turut ternganga. Aku benar-benar terkejut dengan pemberian Niel ini. Hampir 10 saat aku terkejut. Setelah reda sedikit, terus kakiku laju berlari ke tingkat atas. Masuk ke bilik dan Galaxy A di atas katil kucapai.

Hello, hello... Tidak sabar-sabar suaraku saat panggilan diangkat.

Assalamualaikum. Niel memberi salam sambil tergelak kecil.

Waalaikumussalam. Iz, untuk apa bagi hadiah mahal-mahal macam ni Terus aku serang Niel dengan soalan. Punggung kuhenyakkan ke atas katil.

Sengaja. Nak tunggu birthday Liya lambat lagi. Takut tak berpeluang nak tunggu sampai tahun depan. Jawapan Niel bagai meresap terus ke jantungku.

Niatnya ikhlas, tapi aku yang terkejut sangat. Betul kata Niel. Hari lahirku jatuh pada bulan Mac dan sekarang baru masuk bulan Oktober. Lambat lagi hendak tunggu bulan Mac tahun hadapan.

Terima kasih dari saya untuk Iz. Kali ini aku tersenyum. Sudah malas hendak berbetah. Lebih baik aku hargai sahaja pemberian Niel ini.

Kasihmu diterima Liya. Macam ada ura-ura Niel hendak mengada pula.

Gelang di tangan aku tenung lagi. Pandora Bracelet Charms original! Siapa yang tidak terkejut mendapat hadiah seperti ini. Tengok sahaja pada bilangan charm pada gelang ini aku sudah dapat agak harganya mencecah dua ribu ringgit.

Ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh charms dekat sini. Aku mula mengira. Setiap satu bentuk berbeza. Macam ada maksud aje di setiap charms ni, sambungku lagi.

Pandai Liya teka. Memang ada cerita di sebalik setiap bentuk. Jumlahnya pun mewakili sesuatu. Katakata Niel menambahkan kebingunganku.

Tujuh mewakili apa ya Tapi, bentuk-bentuk ini ada yang dapat aku tafsirkan maksudnya.

Huruf A mewakili nama saya, daun mewakili kereta saya yang Iz panggil Daun Hijau, kereta mewakili Ferrari dan Iriz. Mungkin sebab kisah kita banyak kaitan dengan dua-dua kereta kita. Mangga dan kunci pula mungkin sebab kita dah berjaya buka mangga dalam hati kita. Entahlah macam merepek pula maksud yang saya bagi ni. Aku ketawa syok sendiri. Pandai-pandai pula mereka ayat.

Betullah semua tu. Lagi tiga tu, kek sebab pertemuan pertama kita Liya tenyeh muka saya dengan krim kek. Ingat tak Giliran Niel pula yang ketawa. Aku pula sambung ketawa lagi.

Okey, yang itu kelakar. Tolonglah tak boleh ingat muka Iz masa tu macam badut. Siapa suruh nakal sangat nak juga datang dekat dengan saya. Makin seronok aku ketawakan Niel.

Basikal pula ingat tak masa saya singgah makan mempelam epal tu. Kan saya naik basikal dengan anakanak jiran Liya masa nak pergi semula ke taman. Akhir sekali epal tu mewakili mempelam epallah. Kira acilah, kan sebab epal aje yang ada. Niel habiskan hujahnya. Menarik juga pilihan Niel. Semuanya terkandung kenangan kami.

Kenapa awak pilih seven charms Soalan lain terpacul dari bibirku.

Mewakili tujuh bulan kita kenal, jawab Niel dan aku terus tersentak. Sedar atau tidak, ternyata sudah agak lama tempoh perkenalan kami. Pantas benar masa berlalu.

Saya sangat menghargai hadiah Iz ni. Memang dah lama sangat berangan nak ada gelang Pandora sendiri. Tapi, tak perlulah Iz sampai bagi benda mahal macam ni. Kalau kita tak berakhir macam yang kita harapkan, saya tak sampai hati nak terus pakai nanti. Kusuarakan juga resah di hati.

Suka cakap benda macam tu. Kata-kata tu satu doa tahu. Lembut sahaja Niel membalas.

Dari berharap, lebih baik bersedia. Sudah kembali sifat tidak mahu mengalahku.

Okeylah, kalau betul-betul kita tak jadi Liya simpan ajelah Pandora tu. Tak nak pakai pun tak apa. Kalau nak simpan pun tak sanggup, jual aje dan duit tu sedekahkan pada yang berhak. Boleh macam tu

Tadi marah saya cakap macam tu, lepas tu Iz yang sampai bagi idea bagai tu, boleh pula Tiba-tiba aku jadi angin.

Okey, datang dah garang dia tu. Niel gelak sahaja.

Pintu bilikku tiba-tiba diketuk dari luar. Spontan renunganku dipanah ke pintu. Galaxy A aku turunkan dari telinga. Tidak sampai dua saat pintu bilik dikuak.

Kak Zila rupa-rupanya.

Akak baru sampai Soalku tersenyum lebar.

Aah. Akak mandi dulu ya. Nanti dah siap kita ke dapur sama-sama. Kak Zila terus beredar. Galaxy A aku halakan ke telinga semula.

Kak Zila dah balik dari date. Nanti kita cakap lagi ya. Kejap lagi nak prepare masak untuk malam ni. Terus aku maklumkan pada Niel.

Oh, patutlah tiba-tiba senyap aje. Okeylah, jaga diri baik-baik dan Insya-Allah bila tiba masa dan ketikanya, kita akan berbual atau jumpa lagi. Nasihat Niel yang biasa terluah sebagai tanda kami akan menjauh seketika.

Iz jaga diri baik-baik. Terima kasih sekali lagi untuk Pandora ni. Saya akan jaga dan guna sebaik mungkin. Assalamualaikum. Perbualan kami ditamatkan.

PINTU Iriz kubuka sedikit cukup-cukup untuk aku meloloskan diri. Namun, belum sempat kakiku masuk ke dalam Iriz, terasa pintu Iriz ditarik perlahan. Cepat-cepat aku menoleh dan kelihatan Fitri. Hesy, kenapalah dia ini suka benar muncul di tepi Irizku.

Apa hubungan awak dengan anak Datuk Darius

Menyirap darahku saat soalan itu terus memanahku. Bagaimana Fitri boleh tahu siapa ayah Niel Rasanya semasa majlis sanding Munirah, Fitri belum tahu lagi siapa Niel yang sebenarnya.

Kami tak ada apa-apa hubungan. Hanya itu yang kubalas. Malas hendak bertanya soalan-soalan yang mula meraja minda.

Kalau tak ada, kenapa awak boleh ada dengan dia Siap ketawa lagi. Nampak macam rapat sangat. Patutlah masa majlis sanding Munirah tu awak dengan dia macam ada sesuatu. Rupa-rupanya dah lama awak dengan dia rapat. Wajah Fitri mencerlung ke arahku.

Kenapa pula dengan mamat ini Tak faham sungguh aku bila dia tiba-tiba jadi terlebih emosi.

Saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan yang serius. Suaraku makin ditegaskan. Sempat aku kerling ke sekeliling kami. Sunyilah pula kerana sudah ramai staf yang telah pulang.

Kalau macam tu, betullah awak ada hubungan dengan dia. Serius atau tak, hakikatnya tetap sama. Awak ada hubungan dengan dia, Fitri kedengaran masih belum putus asa.

Saya rasa Encik Fitri dah melepasi sempadan urusan kerja kita. Ini hal peribadi saya, jadi saya mohon Encik Fitri jangan masuk campur. Makin angin aku dibuatnya.

Oh, maksud awak anak Datuk Darius tu salah satu urusan peribadi awak Dah sampai tahap mana Penuh sarkastik soalan itu Fitri ajukan.

Saya minta maaf, saya minta diri dulu. Malas aku hendak melayan.

Kaki kiri kuangkat untuk masuk ke dalam Iriz namun belum sempat aku loloskan diri ke dalam Iriz, terasa lenganku dipegang kemas. Tersentak aku dibuatnya dan dengan kasar aku rentap lenganku. Wajah Fitri kurenung tajam.

Saya dah pernah pesan, tolong hormat saya sebagai seorang perempuan. Selagi saya boleh cakap dengan penuh rasa hormat, saya minta Encik Fitri tolong tunaikan permintaan saya. Saya tak nak berkasar. Encik Fitri jangan buat perangai pelik dengan saya. Sebelum ni Encik Fitri okey aje. Jadi tolong kekalkan apa yang perlu dan jangan buat sesuatu yang boleh buatkan rasa hormat saya hilang. Nada suaraku jadi turun naik kerana terlalu geram. Fitri tergelak sinis.

Kenapa bila dengan saya, awak terlalu dingin

Dengan dia boleh pula awak makan semeja sambil berbual. Betullah cakap Nelly, awak ni hot among lelaki-lelaki kaya. Awak curi perhatian saya dan dalam masa yang sama awak curi perhatian lelaki lain. Hebat awak ni, Shaqina. Makin sarkastik kata-kata Fitri.

Kali ini terasa dadaku pula yang turun naik menahan geram.

Kalau tak tahu apa-apa jangan tuduh sembarangan. Bibir kuketap dan dengan pantas aku masuk ke dalam Iriz. Pintu terus aku kunci.

Fitri menepuk cermin tingkap beberapa kali namun aku biarkan sahaja. Aku hidupkan enjin kereta dan terus bergerak meninggalkannya.

Sepanjang perjalanan pulang, hatiku runsing dan gelisah. Pelbagai persoalan bermain di minda. Siapa agaknya yang jadi penyiasat untuk Fitri Tapi, tadi Fitri ada sebut nama Nelly. Mungkinkah ini rancangan adik sepupunya itu

Tak kusangka sikap Fitri yang selama ini tenang denganku boleh berubah sekelip mata hanya kerana Niel. Sungguh, aku tak suka lelaki yang menuduh tanpa usul periksa. Perasaan neutral pada Fitri selama ini seakan berubah menjadi berasid. Sakit betul hati aku sekarang.

GALAXY A aku lemparkan ke atas katil. Bukan marahkan telefon sendiri, tapi marahkan si penghantar SMS. Sudah empat kali SMS berupa maaf itu dihantar. Tapi, hatiku benar-benar kebal untuk lembut kali ini.

Anak bos besar atau bukan, itu lain cerita. Tindakan Fitri seminggu yang lepas benar-benar sukar untuk kuterima. Biarlah perasaan marah dan geramku surut dahulu. Senang buat salah, senang minta maaf.

Dalam marah-marah ini, fikiranku kembali pada setiap SMS yang dihantar Fitri dari mula dia sedar akan kesilapannya. SMS pertama dihantar pada malamnya. Maaf yang dipinta, namun makin panas hatiku dengan isi yang lain.

Fitri (12/9/2016 - 9.42 PM):

Saya betul-betul minta maaf tentang petang tadi. Saya terburu-buru sebab entahlah saya rasa marah bila tengok gambar awak dengan dia. Saya tak rasa dia sesuai untuk awak. Dia masih budak. Saya tak mahu awak dipermainkan.

Kemudian SMS yang seterusnya lebih kurang sahaja isinya.

Fitri (13/9/2016 - 2.30 PM):

Saya tak kisah awak nak marah saya tapi saya harap awak boleh bagi saya peluang untuk jelaskan. Sekali lagi saya minta maaf.

Fitri (16/9/2016 - 8.26 PM):

Kenapa tak angkat call saya Tolong bagi saya peluang untuk bercakap.

Fitri (19/9/2016 - 9.04 PM):

Assalam. Dah seminggu dan awak masih diam. Susah sangat awak nak maafkan saya Bagitahulah saya, apa yang perlu saya buat untuk tebus salah saya tempoh hari tu.

Semua SMS dari Fitri merimaskan aku. Dahulu Fitri bukan begini. Tak pernah pula dia memaksaku. Sekarang sudah gaya mendesak pula. Selagi aku mampu bertahan dengan perangai barunya yang pelik, aku akan terus berlagak biasa.

Kalau dah tak tahan sangat, ada juga notis berhenti kerja melayang di atas meja big boss tu nanti. Harapnya janganlah Fitri sampai ke tahap itu. Terlalu kebudakbudakan jika hal peribadi dicampur dengan hal kerja.

Sha... Panggilan Kak Zila menyentak aku dari fikiran yang sudah jauh menerawang.

Aku toleh ke pintu bilik yang sedia terbuka. Senyuman kupamer pada Kak Zila.

Ada tetamu datang nak jumpa Sha. Kak Zila halakan jari telunjuknya ke tingkat bawah.

Oh, siapa Kerutan mula terukir di dahiku.

Lebih baik Sha jumpa dia dulu. Akak pun tak kenal sangat. Tak perlu pakai tudung. Kata-kata Kak Zila secara tak langsung memaklumkan bahawa tetamu kami ialah seorang perempuan. Jadi tak perlulah aku tukar pakaian. Biarkan sahaja t-shirt dan seluar track yang sedia tersarung di badan.

Aku sempat betulkan ikatan rambut yang sudah longgar ketika mengekori Kak Zila turun. Mungkin Mak Cik Ruqayyah atau Inayah yang datang. Kak Zila belum pernah bertemu dengan mereka jadi haruslah Kak Zila tak kenal.

Sampai sahaja ke ruang tamu, dahiku berkerut seribu lagi. Masakan tidak, seorang perempuan cantik dan tinggi lampai sedang duduk di sofa. Memakai dress sendat warna merah menyala. Seperti pernah kulihat wajahnya. Ligat otakku berfikir hingga tidak sedar sahaja dia sudah berjalan menghampiriku.

Hai, saya Natasha. Ibu tiri Niel. Sungguh pengenalan dirinya itu buatkan graf jantungku jatuh merudum. Mataku tidak berkelip memandangnya. Hatiku bagai mengecut sekecil kacang tanah. Jantungku pula bagai sedang maraton di dalam. Sungguh aku takut untuk menerima apa yang bakal berlaku.