Lisa meluahkan kegusaran hatinya. Dalam masa yang sama Lisa cuba untuk berlapik kata supaya maruah Elzaara tidak tercemar di hadapan uncle Will dan juga aunty Faridah.
Yamin dah ceritakan semuanya pada uncle dan aunty. Tak ada satu pun yang tercicir. Daripada apa yang aunty dengar cerita daripada Yamin, aunty tau berat untuk Elzaara terima semua tu. Aunty faham dengan keadaan dia. Memang ambil masa sikit, tapi kalau kita selalu bagi galakan, dorongan dekat dia... Insya-Allah dia akan pulih. Aunty yakin semua ni ada hikmahnya, ulas aunty Faridah panjang lebar.
Uncle dengan aunty memang nak jadikan dia menantu kami sebab uncle sendiri terpaut dengan dia. Uncle sendiri dah pun selidik latar belakang sepupu kamu tu dan uncle memang berpuas hati dengan pilihan Rian. Dia memang calon isteri yang sempurna buat Rian. Tak salah lagi kalau kami nak masuk meminang budak tu. Uncle harap keluarga Lisa takkan menolaklah hajat uncle sekeluarga ni, sahut uncle Will.
Aunty Faridah mengangguk mengiakan kata-kata suaminya. Manakala Brian hanya mendengar sahaja perbualan mereka sambil melayan Haziq yang tidak tahu duduk diam.
Lisa okey je aunty, uncle. Kalau aunty dan uncle dah cakap macam tu okeylah, Lisa ikut je. Lagipun ini perkara baik. Lisa pun ada nampak kesungguhan pada Brian. Nanti Lisa akan bincangkan dengan Pak Long dan Mak Long pasal hal ni. Uncle dengan aunty ada dekat Malaysia ni sampai bila
Uncle dan aunty balik bercuti untuk tiga bulan. Sesekali balik Malaysia mesti nak duduk lama. Tapi, mungkin nanti aunty dengan uncle nak balik ke Perak sekejap cuma tak tahu lagi bila. Rasa macam dah seronok pula bila uncle dengan aunty ambil keputusan untuk balik sini, Yamin pula cakap dia nak kahwin, sahut uncle Will
Nanti kalau dah jadi, bolehlah buat majlis meminang tu sekali dengan bertunang. Buat simple pun tak apa sebab aunty takut tak cukup masa je kalau nak buat majlis asing-asing. Masa nak kahwin nanti barulah kita buat majlis besar-besaran. aunty Faridah mula mengaturkan rancangan perkahwinan dan mengharapkan supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Haziq, Haziq suka tak kalau uncle Brian jadi papa Haziq Lisa tiba-tiba melayangkan soalan cepu emas kepada Haziq di hadapan semua orang.
Brian tersentak mendengarkan soalan daripada Lisa terus sahaja memandang ke wajah Haziq sambil menantikan jawapan yang bakal dijawab oleh Haziq.
Uncle nak jadi papa Haziq Serius ke Yeaahh!! Seronoknya. Haziq suka kalau uncle jadi papa Haziq sebab papa Haziq tak ada. Bestnya lepas ni Haziq ada papa baru.
Keriangan dan jawapan yang dituturkan oleh Haziq memberikan kelegaan dan kegembiraan pada Brian. Mereka berdua kelihatan terlalu seronok dan yang lain hanya tersenyum melihat gelagat Brian dan Haziq. Haziq segera memeluk batang leher Brian dan Brian juga memeluk tubuh kecil Haziq seerat-eratnya.
So, lepas ni bolehlah Haziq panggil uncle papa!
Yeahhh!!
Meen ada datang jumpa atau ganggu uncle dengan aunty lagi ke Secara tiba-tiba nama Jasmeen Kyla dibangkitkan oleh Lisa di tengah-tengah keriuhan.
Kedengaran dengusan keluar dari mulut Brian, tetapi dia tidak mengendahkan pertanyaan itu Fokusnya hanyalah kepada Haziq. Lisa menoleh ke arah aunty Faridah dan raut wajah aunty Faridah bertukar menjadi keruh.
Lepas Yamin balik ke Malaysia dua tahun lepas dia tak ada datang dah. Mungkin dia takut kot lepas kena halau tu. Tapi, baru-baru ni dia ada datang ke rumah bertanyakan pasal Yamin. Dia cakap dia nak minta maaf dekat Yamin atas apa yang dia dah buat sebelum ni. Dia kata dia nak bertaubat. Aunty cakaplah nanti bila Yamin balik aunty akan sampaikan permohonan maaf dia. Tapi, dia berdegil juga. Dia mendesak juga aunty untuk bagi tahu mana Yamin pergi.
Daddy dengan Mummy tak ada bagi tahu yang Yamin dah balik Malaysia, kan Kalau boleh Yamin tak nak jumpa dia dan takkan jumpa dia walau apa pun yang terjadi! putus Brian tegas!
Uncle Will hanya menggeleng menjawab pertanyaan Brian.
Brian melepaskan nafas lega. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan, Alhamdulillah!
Daddy dengan Mummy memang takkan bagi tahu dekat dia. Masa dia tengah merayu dan mendesak Mummy, time itulah juga Daddy sampai bersama sekuriti untuk heret dia keluar daripada rumah. Lemas Mummy dengan perangai gedik dia tu. Tak berubahubah langsung. aunty Faridah menyambung cerita yang terhenti sebentar tadi.
Brian mencebik! Baguslah kalau dia tak tahu. Yamin dah bahagia dan aman sekarang. Jangan tibatiba dia balik ke Malaysia dan menganggu-gugat hidup Yamin lagi. Stress Yamin kalau dia muncul balik. Kalau boleh sekarang juga Yamin nak kahwin dengan Elzaara supaya tak ada yang boleh pisahkan kami bertiga. Manalah tahu kalau-kalau dia tahu hal ni, nanti dia ada niat nak hancurkan hidup kami pula. Panjang Brian membebel.
Dia sudah mengagak bahawa gadis liar dan culture shock seperti Jasmeen Kyla itu tidak akan berubah sama sekali. Kini dia harus lebih berhati-hati mengatur perjalanan hidupnya kerana dia tidak mahu Jasmeen Kyla mengetahui dan seterusnya mengganggu perancangan hidupnya bersama Elzaara.
Hari sudah menginjak ke petang dan mereka tidak menyedari bahawa masa berlalu terlalu pantas. Haziq yang sudah keletihan juga sudah lama tertidur di dalam bilik Brian. Pelbagai cerita yang dikongsikan bersama di antara mereka. Dari satu topik ke satu topik, bicara mereka seperti tiada kesudahannya, tiada penghujungnya. Gelak tawa mereka tetap setia menemani bicara mereka. Maklumlah sudah lama mereka tidak berjumpa.
Uncle, aunty, Lisa ingat nak balik dululah kot. Dah petang sangat ni. Nanti risau pula si Elzaara tu sebab Lisa dah culik anak dia ni. Nanti Lisa datang sini lagi. Insya-Allah pasal rancangan uncle dan aunty tu Lisa akan bincang dengan keluarga Lisa. Apa-apa nanti Lisa akan bagi tahu Brian.
Ha yelah. Nanti balik kirim salam dengan keluarga Lisa ya Nanti senang-senang datanglah lagi.
Bawa Haziq dengan Elzaara sekali, pelawa uncle Will.
Insya-Allah uncle.
Kejap I pergi kejutkan Haziq.
Brian bergegas menuju ke dalam biliknya yang menjadi tempat Haziq untuk tidur setelah puas bermain bersama Brian seharian. Brian mengejutkan Haziq dengan perlahan supaya Haziq tidak terlalu terkejut. Brian mendukung Haziq dan menuju ke ruang tamu. Lisa menggerakkan Haziq yang masih lagi mamai dan menyuruhnya untuk bersalam dengan aunty Faridah dan uncle Will.
I wish Haziq tidur dekat sini je, bisik Brian kepada Lisa.
Lisa membulatkan matanya terhadap Brian, Tunggulah you dah kahwin dengan El nanti pandaipandailah you handle both of them. Agak-agaknya mahu tiga orang sekali tidur atas satu katil. Sahut Lisa sambil tergelak-gelak.
Brian sudah mengangkat tangan seperti mahu menumbuk bahu Lisa tetapi dengan cepat Lisa meloloskan dirinya ke dalam kereta.
Pandai ya mengelak!
Mestilah. Aunty, uncle, nanti jemputlah datang rumah ya Lisa balik dulu.
Hon kereta dibunyikan serentak dengan itu tayar kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.