Terasa janggal pula untuk memikirkan yang dia akan berseorangan di sini tanpa Alana. Setelah begitu lama bersama, 6 bulan terasa begitu lama pula. Nadhirah sudah mula merasa sunyi.
Melepaskan pandangan ke tasik luas, dia terkenangkan pengakuan berani Tan Sri Malik beberapa hari sebelum kematiannya. Setiap yang terjadi dalam hidupnya mula berputar kembali. Kenangan pahit yang terhidang di ruang mata mula menimbulkan kesakitan yang tiada tara. Selama ini Nadhirah hanya membiarkan sahaja masa merawat luka dihatinya. Namun kini, dia enggan lagi melepaskan semuanya begitu sahaja.
Assalamualaikum.
Waalaikummussalam. Jawab Nadhirah sambil memalingkan wajah mencari gerangan orang yang menegurnya.
Lelaki itu tersenyum memandangnya.
Awak buat apa dekat sini Satu senyuman terukir sebaik sahaja dia memandang wajah lelaki yang berdiri dibelakangnya.
Bersenamlah. Takkanlah saya buat konsert solo kat sini pula.
Manalah saya tahu kut awak ikut saya sampai ke sini.
Awak ingat saya tak ada kerja lain nak buat ke Nah! Sebotol jus tomato yang dibawa Faliq disuakan kepada Nadhirah. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah kiri Nadhirah.
Muka saya ni nampak macam muka lapar ke Tanya Nadhirah ketika menyambut huluran Faliq. Kenapa cakap macam tu
Setiap kali kita jumpa atau setiap kali awak ada dengan saya, awak asyik bagi saya makan aja. Kerja kita berdua ni makan aja awak tahu tak
Awak tak suka ke
Bukan tak suka, tapi awak tak rasa membazir ke asyik belanja saya makan
Tak ada membazir. Lagipun saya memang suka bagi awak makan. Senang nak jaga awak sebenarnya, makan tak memilih, sayur semua telan, tak pernah awak makan tak habis, awak nampak sangat menikmati makanan yang saya bagi pada awak sebab itulah saya suka bagi awak makan. Puas hati saya tengok awak makan. Tapi, ada satu je masalah awak ni...
Apa
Awak suka sangat skip makan dan atas sebab itulah juga setiap kali kita jumpa saya rasa saya kena
bagi awak makan cukup-cukup.
Ada aje alasan awak, kan
Awak masih marahkan dengan saya ke Soal Faliq. Mereka belum sempat bertemu muka lagi sejak pulang daripada hospital tempoh hari.
Sorry, I lost my temper that day. Saya minta maaf. Nadhirah sememangnya kesal apabila dia memilih untuk melepaskan geram pada Faliq ketika Tan Sri Malik meninggal.
Jadi, sekarang awak dah okey
Saya okey cuma bertambah sibuk. Saya dah mula bekerja di Emerald Group.
Baguslah. Habis tu, kerja awak di Australia macam mana Awak berhenti
Tak berhenti cuma saya kena belajar bahagikan masa. Minggu lepas saya langsung tak jumpa awak. Awak ke mana
Risau juga awak dengan saya ya Saya ke Kanada. Abang Farhan masuk hospital sebab appendiks. Saya temankan dia di sana untuk beberapa hari. Semalam baru saya sampai sini.
Abang Farhan memang tinggal kat sana ke
Tak adalah. Firma luar negara kami berpusat di Kanada, selama ni abang Farhan yang selalu ke sana memantau urusan di sana. Sebulan sekali dia akan travel ke sana. Bila tiba-tiba dia ditahan di hospital di sana, sayalah yang kena bertapa dekat hospital dengan dia.
Patutlah saya langsung tak nampak awak. Saya ingatkan awak lari membawa diri sebab saya marahkan awak tempoh hari.
Awak ingat saya ni kanak-kanak Ribena ke nak merajuk sampai macam tu sekali.
Nadhirah ketawa senang, Abang Farhan dah sihat ke belum
Dah okey sikit dah. Kami balik sekali, semalam. Hmm, kenapa tak mesej aja tanya Awak ada nombor telefon saya, kan
Nombor awak Tak ada. Geleng Nadhirah.
Laaa.. kenapa tak simpan
Mana ada orang simpan nombor stranger dalam telefon dia orang.
Jadi, saya ni stranger pada awak Faliq membuat wajah serius. Jawapan Nadhirah sedikit menjentik tangkai hatinya.
Dulu. Sekarang dah tak stranger dah. Nadhirah menjawab sambil tangannya menyua telefon pintarnya kepada Faliq. Dia dapat mengesan perubahan wajah Faliq yang bertukar kelat mendengar jawapannya sebentar tadi.
Kali ni aje saya tolerate. Saya masukkan dalam phone awak ni. Tapi, kalau awak padam lagi sekali nombor saya, tahulah saya nak ajar awak macam mana. Usik Faliq sambil dia memasukkan nombornya ke dalam telefon Nadhirah.
Apa awak nak buat
Saya hantar rombongan meminang!
Merepeklah awak ni.
Saya dah setkan nombor saya dekat speed dial. Nanti kalau ada apa-apa boleh terus call saya.
Melampau tau. Saya minta nombor aja bukan suruh awak setkan speed dial.
Habis tu, tak ada satu nombor pun yang awak letak dalam speed dial tu. If something happen to you I want them to call me first.
Jawapan Faliq membuatkan Nadhirah tersenyum meleret. Hatinya berbunga-bunga. Sikap Faliq yang sedikit protective berjaya membuatkan hati Nadhirah berbunga-bunga bahagia.
Awak tak nak balik lagi ke Faliq bertanya.
Awak dah nak balik
Saya nak ke pejabat lepas ni. Ada kerja.
Awak tak cuti ke. Hari ni kan Ahad.
Sepatutnya cuti. Tapi, last week kan saya tak masuk kerja, jadi kerja yang melambak tu kenalah cover.
Awak baliklah dulu. Saya balik sekejap lagi.
Bahaya duduk seorang diri macam ni. Saya dengar hari tu, dekat kawasan ni ada orang gila yang suka menunjukkan aset dia pada semua orang especially to single lady. Bisik Faliq pada Nadhirah.
Aset Nadhirah memandang wajah Faliq yang kelihatan serius bercerita.
Ya, aset. Dia pakai kot labuh lepas tu tak pakai seluar. Awak duduklah sini lama-lama. Kang dia datang saya tak tahu.
Awak ni... Suka menakutkan orang tau! Getus Nadhirah sambil dia menjelingkan matanya.
Tahu pun takut. Jom balik. Arah Faliq yang tersenyum bangga. Memang itulah tujuannya. Takkanlah dia mahu meninggalkan Nadhirah sendirian di sini.