Pada hari berikutnya, kami berlepas ke Limbang. Langit ber tukar menjadi gelap. Hujan akan turun tidak lama lagi. Tetapi cuaca tidak menghalang perjalanan kami.
Sebaik sahaja kami sampai ke bandar yang terletak di sempadan negara brunei Darussalam itu, kami pergi ke hot el kecil dan menginap di sana. Perut aku pula merag am. Shariman mengajak aku makan malam bersamanya te tapi aku terpaksa menolak.
Selama dua hari aku menderita kesakitan.aku sudah tidak kuasa lagi hendak bertengkar de ngannya. Tetapi aku sendiri tidak dapat mengelakkannya. Dia terlalu kerap menggoda aku. aku juga ada nafsu tetapi ada sesuatu yang menghalang daripada aku menurut bisikan iblis.
Dan akhirnya setelah tidak mampu menolak kehendaknya secara baik, aku memutuskan untuk berterusterang dengannya. Mungkin itu sahajalah satusatunya jalan yang ada untuk menyedarkan Shariman.
Kau jangan jadi bodoh, Shariman. Kau tahu tak, per ka ra paling kotor yang pernah kita lakukan ialah ber zina!!
Dia ingin memperkatakan sesuatu. aku tahu dia tidak ber setuju dengan katakata aku tadi. Malah aku juga seper ti menyesal kerana menghamburkan katakata itu kepa danya. aku cuba membayangkan diri aku sendiri. aku telah banyak melakukan dosa besar. bersamasama Shariman, mungkin itu bukanlah dosa besar yang mengu sutkan fikiran... tetapi dengan Kapten Shreeves... bagaimana aku boleh melakukannya
ah! aku tidak ubah seperti binatang yang tidak ber akal!
Wajahnya kelihatan gementar seperti seorang anak kecil yang dimarahi ibu.
Kau dah makan tengah hari ni Shariman cuba meng alihkan persoalan.
Tak... sarapan sahaja. Kau tak nak makan aku menggeleng. Perut aku masih sakit.
Salimah. Dia memandang aku dan menunggu masa untuk meneruskan katakatanya. Kenapa kau tak mahu beritahu aku apa yang dah berlaku
Tak ada apa yang berlaku.
Kau tersinggung kerana dua orang lesbian tu
aku tak suka diperintah.
Tapi ini untuk kebaikan kau juga. buat pertama kali, aku merenung tepat ke wajahnya.
aku akan lebih berhatihati kalau aku jadi kau.
Tapi...
aku tahu apa yang buruk dan elok untuk aku sendiri.
Oh! Maafkan aku kalau itu yang kau mahu. aku janji perkara tu takkan berlaku lagi. aku sangat cintakan kau dan aku tak akan berhenti mengucapkannya.
Hubungan kita takkan sejauh ini kalau aku tahu sikap kau sejak awal lagi.
Maksud kau
Kenapa kau boleh bermesra dengan orang lain, mak sud aku Jebah... sedangkan aku tak boleh
aku... Dia merenung wajah aku. Dia mula sedar yang aku telah mengetahui rahsianya. aku tak fikir... yang itu... aku sangka...
aku masih tak tahu sama ada aku cintakan kau atau tidak. Tapi kalau apaapa yang berlaku antara kita, itu se mua hanyalah kebetulan saja.
Shariman bangun. Dia tertawa. aku kebingungan de ngan perubahan sikapnya yang begitu ketara.
Salimah, kita sebenarnya adalah pasangan yang sepa dan. Keras hati dan degil. Kita dah dijadikan untuk ber sama, Salimah. aku merenungnya. Senyumannya begitu manis. Dia juga sudah tidur dengan seorang lelaki tetapi mengaku mencin tai aku. Dia mungkin juga telah membunuh kawankawan aku. Tetapi wajahnya seperti orang yang tidak bersalah.
Salimah! aku cintakan kau. Sama ada kau mahu atau tidak. atau aku suka atau tidak... aku cintakan kau. aku tahu, kau juga cintakan aku.
apa maksud kau, suka atau tidak
Kau terlalu impossible. itu yang aku maksudkan.
Dan kerana itu kau kata, kita adalah pasangan yang sepadan
Kami ketawa.
Kami semakin menghampiri laut. Dari jendela yang terbuka, udara lembab menghembus masuk. aku masih ter baring di katil manakala Shariman sedang menukar pakaian.
Tubuhnya... ah! Pandanganku tidak dapat lari dari pada merenung tubuhnya yang kekar. aku teringatkan sesuatu.
Mungkin kau terlalu bodoh, Salimah. Mungkin inilah yang dikatakan cinta. Lebih baik kau terima saja dan ber henti daripada terus bersoal jawab. Shariman masih tidak memakai baju.
Kristal yang kita jumpa tu masih ada dalam beg aku. Kenapa kau tak ambil dan simpan saja dalam beg yang berisi Kristal berdarah yang encik Rosli berikan pada kita.
apa kata encik Rosli dalam suratnya
Uh, sesuatu yang kau tak jangkakan. Dia suka dengan kerja kita. Dia juga harap kita akan lebih berjaya.
Takkan itu saja
err... dia tanya, kita dah kahwin ke belum aku mengeluh. Orang selalu kata, cinta buat mata jadi buta. Tapi sebenarnya peribahasa tu salah. Yang sebe nar nya, perkahwinan.
bukankah sama saja tu
Jangan menipu diri sendiri, Shariman.
Salimah! Kau ni siapa sebenarnya
Shariman menarik nafas panjang. aku terdiam. Tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Shariman dan apa jawapan yang patut aku berikan.
adakah kau...
Wajahnya kurenung tajam.
aku bercakap tentang Maznah dan Suzanne. aku tak mahu perkara tu berlaku pula kat kau.
Katakata Shariman membuatkan aku terpaku. aku tak sangka Shariman berprasangka begitu terhadap aku.
aku tak faham apa yang kau maksudkan.
Dia duduk di sebelah aku. Tangannya yang hangat dile takkan ke belakang aku. aku beralih... tidak senang.
Selama dua setengah tahun, aku sangka kau dan
Manisah...
apa yang kau sangka
Kau berdua sering kerja bersama, selalu berkongsi cerita. Dan selalu juga ketawakan aku.
Tak semestinya kami bercinta. Manisah dan aku hanya berkawan. Tak lebih dari tu.
Kau selalu ketawakan aku kerana sebab yang kecil. aku tersenyum. Seperti yang sering aku lakukan
di dalam studio. Mungkin. contohnya
Kau bersama Maznah dan Suzanne.
Ya dan kau juga tidur dengan Jebah.
Dia kelihatan serbasalah. aku sangkakan kau cinta kan aku. aku mengelus rambutnya.
Kau patut bersyukur... kristal tu dah menyatukan kita berdua.
Salimah! apa pula kena mengena dengan kristal tu
Kau tersinggung
Usikan kau tu dah berlebih sangat.
Sorry... tapi kau tentu tahu, usikan sering membuat kan ikatan kasih sayang semakin erat.
Dia merenung aku. Kami samasama tersenyum.
Pulau Palawan... buat pertama kali dalam hidup, kami menjejakkan kaki dalam sebuah wilayah di mana kami tidak mengerti langsung bahasa pertuturan penduduknya. Malah mereka juga tidak faham dengan bahasa pertuturan kami. Orang ramai mengerumuni kami di pelabuhan di mana satusatunya jalan perhubungan dunia luar dengan kepulauan itu.
Selamat pagi. Seorang lelaki kurus di dalam usia per tengahan, bercermin mata dan berbaju Melayu putih, me nyambut kedatangan kami.
Saya Mohd amin.
Kami memperkenalkan diri. Tentu encik Rosli dah beritahu awak tentang kedatangan kami.
Ya, katanya sambil mengangguk dan mengukirkan senyuman buat kami.
Kami berjabat tangan.
Saya dah sediakan sebuah suite room untuk awak berdua di Hotel Palibang. biliknya menghadap ke laut.
bagus juga tu.
ada apa lagi yang boleh saya tolong
Kami ingat nak melawat sekitar tempat ni tapi tujuan kami ialah ke Gunung nipatis.
Gunung nipatis Dia menggaru kepala. ah! Gunung noputu sekarang ini.
Di mana tu, amin
Di sini, katanya sambil menunjuk sebuah peta yang ada di atas mejanya. Dulunya ia berhampiran laut. Kea daan nya tak sesuai untuk didiami. Kita akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sana.
Tapi awak boleh menghantar kami ke sana, kan tanya Shariman sambil berjalan ke peta itu dan meme rik sanya. aku sempat memerhatikan anak rambutnya terjuntai di dahi. Dan hidungnya....
Kami sedang mengumpul artifek untuk encik Rosli, aku menambah. aku cuba membuang pelbagai bayangan yang sedang bermainmain dalam fikiran saat itu.
Mohd amin menyandar ke kerusi buat seketika. Dia terus merenung kami dengan tajam dan sinis. Sebenarnya, untuk apa kita ke sana
ada sebuah kristal lama yang menarik minat encik Rosli.
Kristal lama
Ya, awak tak pernah dengar tentang kristal lama tu aku cuba bertanya.
awak berdua benarbenar nak ke tempat tu Mohd amin tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya membi ngung kan kami dengan katakatanya.
Di dalam bilik, aku dan Shariman berbincang.
aku masih memikirkan tentang kristal merah tu. aku masih raguragu apakah ia gelas atau apa.aku terdiam.
aku tak faham, bagaimana mereka membuatnya.
Dan dari mana mereka mendapatkannya. aku tidak dapat memberikan jawapannya. aku tidak da pat membaca apa yang sedang bermain di fikiran Shariman.
Daripada apa yang aku baca masa kita jumpa Syeikh Hamdan dulu, seseorang dah mengumpulkan darah seo rang pengikut syaitan. Darah itu dikumpulkan dengan cara tertentu sebelum ditukarkan menjadi kristal dan... dan... aku cuba memberi penjelasan sekalipun aku raguragu. Tak masuk akal, kan
Mungkin.
barangkali, benda tu tak seperti yang kita sangkakan. Pembuat kristal dan kaca sangka... mungkin... Shariman mengangkat bahu.
Tapi kita dah tengok yang ia tak melukakan.
Tapi luka Shreeves parah, kan
Ya.
Lama kami terdiam tanpa sebarang katakata.
Kalaulah aku mati, mahukah kau buat kristal dari da rah aku aku bersuara setelah sekian lama kami mendiamkan diri.
aku tak rasa tu satu kerja yang menguntungkan. aku rasa banyak kerja lain yang lebih berfaedah. Salimah... kau biarkan perasaan kau menguasai diri.
aku tak dapat mengelak, Shariman. Kristal itu adalah Kristal berdarah. atau boleh jadi ada lagi yang kita ma sih tak tahu. atau... Tuhan! aku berhenti sejenak untuk menelan air liur yang terasa pahit. aku tak tahu Shariman. aku terlalu takut apabila kita memilikinya. aku takut tentang... kita. aku fikir ia hanya menunggu masa saja. Kita sepatutnya hantar semua kristal itu kepada encik Rosli.
Kalau hilang dan musnah
Lagi bagus.
Tidak Salimah. Kita dah janji akan mencarinya ber samasama dan encik Rosli juga mengharapkan
kita akan meneruskan pencarian ini. aku memandang ke arahnya.
Shariman... aku cintakan kau. itulah ucapan kali per tama aku kepadanya. Ucapan yang benarbenar tulus. Ucapan yang benarbenar ikhlas.
Shariman berpaling dengan wajah berkerut mungkin terkejut. Seketika kemudian dia tersenyum lebar. aku tahu dia gembira kerana akhirnya aku mengucapkan ayat keramat itu.
Shariman...
apa sayang
Kau tahu tak... Gunung nipatis adalah satu kawasan pemujaan syaitan suatu masa dahulu
Pada suatu pagi, Shariman berdiri di hadapan aku sambil merenung lautan luas yang tiada bertepi di hadapan hotel kecil yang kami inap.
aku tak tahu macam mana kita harus mencari kristal tu. Maksud aku, kita dah terlalu jauh dari tempat asal kita. aku seperti sudah putus harap.
Tentu encik Rosli akan membayar upah kita dengan harga yang cukup mahal. aku yakin.
Macam mana kalau orang di sana tak mahu menjual kristal tu
Kita curi.
curi!!
Ya! Untuk encik Rosli.
Takkan dia mahu
Kan kerana kristal itulah kita berada di sini. Sekaligus membuatkan kau mengucapkan ayat yang sememangnya aku tunggutunggu. Shariman cuba bergurau sekalipun gurauannya langsung tidak menghiburkan hati aku. Tak melucukan! Dia ketawa.
Kemudian kami samasama terdiam. aku sebenarnya ingin mengutarakan beberapa pandangan. Tetapi ada ses uatu yang menyekat tekak aku. aku tidak takut. ikhlas! Yang aku takut ialah dirinya. Dan diri aku juga. aku tak tahu mengapa.
Hari ketiga kami di situ... kami mula melangkah ke utara.
amin! itu apa
apa Tu...
itu Tasik Wagas.
cantiknya. boleh kita berenang di sana
Tasik itu berair masin.
berair masin aku berasa hairan.
Ya, tasik itu berair masin. amin menegaskan katakatanya tadi.
Macam mana pula, sebuah tasik yang terletak di tengahtengah pulau boleh berair masin Shariman ruparupanya turut berminat tentang hal itu.
Mohd amin tersengih sambil mengangkat bahu. ba rang kali suatu masa dahulu, ada orang yang telah me nuang garam ke dalam tasik itu dan semenjak itu, airnya berasa masin.
Mungkin dia menyangka katakatanya itu adalah sebuah lelucon yang perlu diketawakan tetapi aku lang sung tidak berniat hendak ketawa. bahkan aku merasakan Mohd amin hanya memperbodohbodohkan aku dan Shariman. aku tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Shariman pada waktu itu. namun daripada pemerhatian ku, Shariman kelihatan begitu selamba seolaholah apa sahaja katakata yang keluar dari mulut Mohd amin akan ditelannya bulatbulat.
Kalau aku ikutikutkan hati, mahu sahaja aku membe ritahu Shariman supaya dia menggunakan otak dan akalnya. Shariman tidak perlu terlalu banyak mengambil hati Mohd amin dengan ketawa pada setiap kali Mohd amin membuat lelucon. namun segala keinginanku itu se kadar berlegarlegar dalam fikiran dan hati tanpa mamp u kuluahkan kepada Shariman.
Tengah hari... kami tiba di sebuah perkampungan di ping gir tasik itu. Kebanyakan rumahnya dibina atas lum pur. ini adalah destinasi kami yang terakhir pada hari itu. Mohd amin mencarikan kami sebuah rumah kecil. Udara di situ berlegar sejuk. air tasik berombak kebiruan.
Gununggunung yang berwarna biru gelap me ngelilingi perkampungan dan tanah datar di situ, terutama di sekitar tasik membuatkan pemandangannya sungguh menakjubkan. Mengkagumkan sekaligus menggerun kan. Dan puncak yang paling tinggi serta dapat dilihat dengan jelas antara gununggunung di situ adalah Gunung nipatis atau noputu.
Pagi esoknya, kami menyewa empat ekor kuda padi untuk tunggangan dan mengangkut barangan kami. Kami menunggang ke arah tenggara. Kami bertolak pada awal pagi.
Udara terasa sejuk. bayu pagi berpuput dari arah tasik ber air masin di sebelah kami. Kabus menyelimuti seluruh ruang pergunungan. Kami tidak dapat melihat Gu nu ng nipatis dan puncaknya yang menjulang mencecah awan. amin mendahului kami di hadapan. Kami tidak meli hat pergerakan makhluk hidup kecuali kami dan kudakuda yang kami tunggang sahaja.
apabila malam menjelang, kami tidur di dalam khe mah. Kami turut membuat unggun api untuk menakutkan binatang buas dan binatang merbahaya yang merayap. Tetapi yang penting ialah untuk menghilangkan kesejukan yang menjerut tubuh.
Tidak lama kemudian langit kembali bersih. bintangbintang mula muncul di dada langit dan purnama menja lan kan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan bersinar cemerlang. Hanya sesekali cahayanya kabur apabila awan nipis menutup permukaannya bulatnya.
Tidur kami begitu nyenyak. Keletihan pada sebelah siang membuatkan malam kami begitu terhad. aku dan Shariman lebih banyak menghabiskan masa di dalam khemah. Malah kami juga tidak berbual panjang. aku langsung tidak menyedari bilakah masanya aku tertidur.
aku cuma terjaga apabila amin mengejutkan kami. Pada waktu itu, keadaan di luar khemah masih gelap. Den gan kata lain, subuh masih belum menghilang sepe nuh nya.
Masa untuk bersarapan. Kita mesti bergerak sekarang kalau nak sampai di sana sebelum gelap.
Kita kena berkhemah di sana juga, ke
Tak! Saya dah beritahu salah seorang daripada pendu duk di situ tentang kehadiran kita. Dia dah bersetuju untuk menyediakan sebuah tempat tinggal kita bertiga. aku memandang amin dengan hairan.
Kau kata tak ada orang di sana Macam mana pula mereka tinggal di situ
Tiada sebarang tandatanda yang amin ingin menja wab pertanyaan aku.
Kami meneruskan perjalanan dengan segala susahpayah. Kami sampai lebih cepat daripada jangkaan. aku telah melihat sebuah bangunan yang agak besar di kaki Gunung noputu. bangunan itu agak tinggi, besar dan ter sergam megah. Semuanya kelihatan hitam seperti malam.
aku terfikir sesuatu. aku membayangkan ada sekum pulan manusia yang bakal aku rompak malam nanti.
Hari telah beransur petang ketika kami sampai ke tem pat yang kami tujui. nipatis atau nipotu tersergam megah di hadapan kami. Perkampungan itu tidaklah seperti se buah perkamp ungan yang pernah aku kunjungi. Rumahrumah di situ diperbuat daripada batubatu gunung yang kasar. Di sekelilingnya ditanami pokokpokok popi.
Kebanyakan penduduk masih lagi di ladang popi mereka. aku melihat mereka sedang menuai hasil popi yang akan membunuh jutaan nyawa daripada tulangtulang yang semakin rapuh. aku cuba membandingkan mereka dengan kristal milik encik Rosli.
Kenapa mereka harus mengazabkan diri di sini hanya sematamata kerana bunga ini
ini bukan hanya sekadar bunga. amin turun dari kuda tunggangannya. Tapi ini adalah tanaman kontan pada akhir musim padi.
Shariman merenung ladang tersebut. Merenung kuncupkuncup bunga merah di bawah lembayung senja.
Kenapa orangorang di biara itu membiarkan saja, kemusnahan di bawah kaki mereka bermaharajalela amin tidak menjawab pertanyaan Shariman. Dia menolong aku turun dari kuda. Kemudian menurunkan barangbarang daripada kuda yang seekor lagi.
Seseorang menjerit kepada kami dalam bahasa Tagalog. Kami memandang sekeliling. Seorang lelaki bertubuh gempal, memakai sehelai baju sutera merah seperti bunga popi, berlari mendapatkan kami. Dia melambaikan ta ngan nya yang dempak. Misainya agak tebal dan melin tangi di atas bibirnya.
Kenapa, amin
Dialah orang yang aku sebutkan sebelum kita ke sini. Mujurlah dia datang. Kalau tak, teruk juga nak cari dia.
baguslah kalau macam tu.
Penginapan kami terletak setengah batu dari kawasan per kampungan itu. ia berhadapan dengan gunung dan ladangladang popi. ada sebuah bangsal berhampiran de ngan tempat yang dikenali sebagai kawasan keagamaan. berhampiran dengan tempat kami menginap, ada sebuah bangsal yang diperbuat daripada batu berwarna hitam.
Kuda kami ditambatkan ke situ. Seorang remaja lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 19 tahun, menyambut ketibaan kami dengan sebuah senyuman dan lirik an mata kepadaku. Dia mengangkat barangbarang kami.
budak tu, handsome juga, kan Man aku sengaja membiarkan Shariman cemburu.
Yang gemuk tu, namanya Jose. budak tadi tu,
Rizal. Jose tanya berapa banyak candu yang kita nak.
beritahu dia, kita tak mahu walaupun setahil.
Tapi dia terus mendesak. Takkan nak dibiarkan saja. Selagi dia tak dapat apa yang dia mahu, dia akan terus mendesak, ujar amin.
beritahu dia, kami tak mahu walaupun secubit! jerkah Shariman, meradang.
baiklah, jawab amin sambil tersenyum. Dia berkata sesuatu kepada Jose dan Jose menyambutnya dengan senyuman lebar.
Malam tiba. Jose menawarkan bilik berasingan untuk kami berdua, aku dan Shariman. Mungkin aku rasa, dia hendak mengenakan bayaran yang tinggi kepada kami. Kami masuk ke bilik masingmasing untuk melepaskan penat yang dialami sepanjang hari.
Sesuatu mengejutkan aku dari tidur di tengah malam. ada sesuatu yang sedang bergerak... seseorang. aku menyalakan lilin di sebelah katilku. aku terpandang Jose sedang berdiri di hujung katilku. Dia tidak berbaju dan sedang tersenyum. aku dapat men jangkakan apa yang cuba dilakukan oleh Jose.
badannya boyak. Kulitnya menggelambir seperti se ekor lembu yang dihinggapi kurap. bulubulu hitam yang tum buh pada badannya tidak ubah seperti bulubulu orangutan. Dan yang pastinya aku tak mungkin menyen tuhnya.
Jangan! aku berkata perlahan agar dia memahami apa yang aku maksudkan.
Dia berjalan selangkah ke arahku.
Jangan!
Dia mara setapak lagi. Dia tesenyum, cuba menarik per ha tian aku. Mengeluarkan sebatang paip tembakau yang dipenuhi candu. Shariman! amin!
aku mendengar pergerakan yang tergesagesa ke bilik aku. Tidak lama kemudian amin muncul. Kemudian Shariman dan Rizal yang kelihatan berpeluh. Mereka mul ai sedar apa yang berlaku di bilik aku.
amin masuk lalu berkata sesuatu kepada Jose. Shariman pula bersedia untuk membelasah lelaki berbadan boyak itu. Jose bergerak ke pintu dengan wajah selamba. Seolaholah tiada apa yang berlaku.
Jangan takut. Semuanya dah selamat sekarang. Dia cuma kata awak seorang wanita yang cantik. Lagipun dia dah lama tak bersama isterinya. amin memandang Rizal. Katanya lagi, kalau awak hisap paip tu, awak akan meras a kan dia adalah seorang lelaki yang cukup menarik.
Tak mungkin! ada tak caranya untuk aku kunci bilik ni
Tak tahulah. Semuanya bergantung pada budi bicara Jose.
Sial!
aku boleh bermalam dengan kau. Shariman mena warkan diri. aku tersenyum. Shariman juga tersenyum. amin kem bali semula ke biliknya dan Rizal... hilang entah ke mana. aku tidak mahu ambil tahu. Yang penting, Shariman bera da di sebelah aku malam itu.
Keesokan paginya, hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa meneruskan perjalanan sekalipun dengan barangbarang yang basah. angin lembab yang bertiup dan kabus tebal, menyukarkan pandangan kami.
amin menjadi kepala jalan.
awak tahu tak, Jose dan Rizal tak bagi kita ke tempat tu
Sebabnya
Kata mereka, orangorang di biara tu penyembah syai tan.
Ha... tak kuranglah dengan Jose sendiri.
Dua jam di dalam perjalanan, akhirnya kami sampai ke pintu bangunan itu. Pintu tersebut diperbuat daripada besi dan tembaga kuning. Tempat pengetuknya diperbuat daripada emas jikalau dilihat daripada kuning dan kilatnya melekat di pintu tersebut. bangunan itu diperbuat daripada batu hitam yang be sar berbentuk empat segi. aku dapat merasakan permu kaan nya yang lebih sejuk dan dingin daripada udara di per gunungan ini.
Kalaulah ini yang dikatakan pintu neraka, tentulah tak sesejuk ini. amin mengetuk pintu itu. Kami menunggu. beberapa detik kemudian, pintu itu mula renggang perlahanlahan. Seorang lelaki berjubah serba hitam merenung kami de ngan pandangan curiga. Dia berjanggut dan berjambang tebal. Rambutnya berkelok hingga ke paras bahu. Dia ber cakap sebentar dengan amin kemudian tersenyum.
Kami dipersilakan masuk. aku berasa cuak. Tetapi tetap memilih untuk membuntutinya, sama seperti yang di la kukan oleh Shariman dan amin. Kami berjalan seh ingga sampai ke satu koridor yang panjang dan cerah. Kami masuk ke dalam sebuah bilik yang dicat putih.
Tiada sebarang perabot pun di bilik tersebut. Yang ada hanyalah sebuah kerusi panjang. aku rasa bilik ini di gunakan untuk para pengunjung.
Lelaki tadi telah meninggalkan kami bertiga. amin me renung dinding yang kosong mungkin satu cara un tuk menghilangkan bosan menunggu. Tidak lama kemu dian seorang lelaki lain, juga berjanggut dan berjambang tebal, muncul dan menyapa kami. Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya... tidak seperti lelaki pertama tadi.
apa tujuan anda semua ke sini
Kami sedang mencari... Shariman memulakan percakapan. aku segera memotong. Kami sedang buat kajian. Oh begitu! Jadi, anda semua sedang mencari...
Kami telah terbaca artikel mengenai darah Syeikh arbah, pendita tua yang mengamalkan ilmu kebatinan yang tinggi. Khabarnya dia pernah ke mari.
Kalau macam tu, mari saya tunjukkan bilik anda se mua. anda boleh berehat dan bersalin pakaian di sana. Ke mu dian kalau anda suka, saya boleh temankan untuk me lihat sekitar tempat ini. Mungkin juga anda akan me nemukan apa yang sedang dicari.
Terima kasih, tuan.
Kami mengekorinya. Kami melihat bilik para penuntut di situ, melihat bilik belajar yang keseluruhannya bercat putih. Kami juga turut melewati sebuah khutub khanah. Tetapi kami tidak singgah untuk melihat isi di dalamnya.
Keletihan sudah menghambat tubuh kami.
Shariman su dah menguap beberapa kali. Dia berusaha untuk me lin dungkan kuapannya daripada dilihat oleh lelaki ber jang gut dan berjambang lebat itu dengan cara menekup mu lut.
bolehkah kami berehat sekejap sebelum makan ma lam tanya Shariman. Matanya sudah berair. aku tahu, dia memerlukan tidur.
Lelaki itu berpaling dan mengangguk. Senyuman ma sih lagi menghiasi bibirnya.
Manusia yang kami tidak tahu namanya itu, membawa kami ke sebuah bilik tidur yang telah disiapkan. Shariman dan amin tidur sekatil. Dalam masa yang singkat sahaja, mereka sudah berdengkur. Sedangkan aku tidak dapat me le lapkan mata kerana terlalu seronok.
aku pergi ke khutub khanah yang kami lewati sebentar tadi. Membelek bukubuku dan kitabkitab tua yang ke ba nyakannya sudah lusuh. Penjelasan lelaki berjambang tadi membuatkan aku memeriksa segalanya dengan teliti. beberapa orang penuntut sedang mentelaah. Mereka tidak mengendahkan kehadiran aku.
Di dalam hati, aku bertanyakan fungsi sebenar tempat ini. Jikalau hendak dikatakan biara, aku tidak mendengar bunyi ngauman atau dengungan seperti yang pernah aku dengar di kuil di Thailand. Jikalau hendak me ngatakan tem pat ini adalah pusat pengajian tinggi, masakan terlalu sukar hendak ke mari.
namun aku tidak mempunyai masa yang panjang un tuk memikirkan perkara tersebut. ada sesuatu yang lebih penting, yang perlu aku selesaikan.
Ketelitian aku membuahkan hasil. aku menemui se suatu yang sangat berharga di situ. Di bangunan hitam misteri di kaki Gunung nipatis atau noputu; kristal Syeikh arbah!
aku membaca berulangkali buku yang aku pegang. Segalagalanya yang aku perlukan ada di dalam buku tua itu.
Tanpa berlengah aku berlari ke bilik dan mengejutkan amin.
amin! amin! bangun!
Hmmm Dia membukakan matanya. Merenung tepat ke arah aku kemudian menguap lebar. Hawa busuk mul ut nya meruap ke hidung aku. ada apa
amin, kau tahu di mana letaknya Gunung
Kemu ning amin menguap lagi. apa
Gunung Kemuning. Kau tahu tempatnya
Hanya kau Dia bangun, memerhati sebentar ke arah Shariman yang berdengkur di sebelahnya. aku dan Shariman. Kau tahu tempatnya
Salimah! apa dah jadi dengan kau ni
benda yang kita cari ada di sana. ada sebuah bangu nan peninggalan Raja brooke dan di situlah sebenarnya terletak kristal darah Syeikh arbah.
Dia berdiri, bergerak sebentar ke jendela yang kabur cer min nya. Dia menggosok wap air yang terlekat di cerm in jendela, mendekatkan matanya memerhati keluar, kemudian merenung aku.
Gunung itu terletak antara sempadan Sabah dan Sarawak. aku pernah ke sana tetapi bahasa orang ulu aku taklah terlalu bagus.
Kita mesti ke sana. aku mahukan kristal itu.
Ruang itu dipenuhi asap yang baunya melekat kuat. asap candu! Sedikit demi sedikit khayalan menguasai ruang kepalaku.
cahaya datang lagi. aku seakanakan buta. aku cuba mem buka mata perlahanlahan. Tetapi kelopak mataku terasa sakit dan melekat. aku mendongak. Semua yang ada di bilik itu telah tertidur kecuali aku. aku dapat men dengar sesuatu yang bergerak di sebelah aku. Mungkin ada lagi penuntut yang sedang menyalakan api lilin. aku memandang tetapi tidak melihat sesiapa pun. aku tidak berpuas hati. aku berjalan perlahan di se kitar tempat itu. cuba melihat sekeliling, ingin memas tikan tiada seorang pun yang melihat aku. aku melutut perlahan dan mengucup bibir Shariman yang sedang tidur.
Lebih banyak asap yang berlegar. bukan di udara tetapi di dalam kepala aku. aku berbaring di sebelahnya, meme luknya dan tertidur.
Kemudian aku terjaga. aku tak tahu mengapa. bebe rapa batang lilin sudah hampir habis terbakar. Suasana agak malap di dalam bilik itu. Tiada siapa pun yang ber gerak. aku tahu inilah masanya untuk aku melakukannya. Melakukan satu pekerjaan yang agak mudah dan indah! aku mengambil sebatang lilin lain dan berjalan ke bilik itu. aku mengambil masa untuk mendengar sebarang pergerakan yang tidak kelihatan. Kemudian mengatur langkah pantas ke khutub khanah yang menjadi sumber ilmu di pusat pengajian kebatinan itu. bilik yang telah aku lawati siang tadi.
Kristal berdarah bersinar indah. aku membukakan pintu kaca dan menarik keluar serpihan yang aku cari itu. aku menekan sekuatkuat hati ke kulit tangan aku. Darah mengalir perlahan. aku menjilatnya. Tetapi rasa nya darah itu seperti disedut sesuatu.
aku kembali semula ke bilik sambil menekup darah yang tidak henti mengalir. Kristal berdarah tersimpan se la mat di dalam beg aku.
Hari telah hampir petang ketika kami tiba di penginapan Jose. Jose dan Rizal sedang menunggu ketibaan ka mi. Hidangan makan malam sudah tersedia untuk dij amah. Jose tidak hentihenti bercakap di meja makan. Shariman seperti sakit hati dengan gelagat Jose.
Kali ketiga Jose bertanya tentang pemergian kami ke tem pat yang digelarkannya pintu neraka, Shariman men jerit, Katakan saja, kita dah jumpa! aku hanya tersenyum melihat gelagat Shariman. aku tahu dia letih. begitu juga aku. Tetapi aku sedar, Shariman sebe narnya dikuasai perasaan cemburu.
Shariman... aku sayangkan kau. Tak mungkin aku akan cari lelaki lain selagi kau ada. Tetapi katakata itu hanya bermain di hati aku.
Selepas makan malam, aku dan Shariman mengambil angin di persekitaran tempat itu. Orang di situ nampaknya pe ramah tetapi malangnya kami langsung tidak mema hami pertanyaan dan sapaan mereka. apa yang dapat kami lakukan hanyalah tersenyum.
Dan pada masa yang sama, hati aku berdebardebar. aku tahu, tidak lama keadaan tempat itu akan menjadi ke coh. Penghunipenghuni bangunan hitam itu pasti me nyedari kecurian kristal darah Syeikh arbah. Mereka pasti tahu aku yang melakukannya!
aku cuba menghisap candu seperti apa yang dilakukan oleh Jose dan semua yang ada di penginapan itu. asap candu mula mengkhayalkan aku. aku sedar, aku terlalu mem berikan perhatian kepada Rizal.
Shariman terpandang gelagat aku. ah! Jikalau Shariman boleh, mengapa aku tidak
Jose membisikkan sesuatu kepada aku. Rasanya aku fa ham maksudnya. asap candu masih lagi berlegar di se genap ruang udara malam. aku merenungnya ke atas dan ke bawah. Mungkin... mungkin... ah! Tak mungkin! Tetapi tidak mustahil. bukan dengannya, tetapi dengan Rizal... bilik itu bising lagi. ada bunyi yang menggegarkan dan menakutkan. aku bangun dan mengambil masa untuk berjalanjalan di lantai bilik yang sejuk. Suara... kudakuda itu... ada sesuatu yang mengganggu mereka. aku terus berjalan; masih dengan pakaian tidur aku.
Tiada sesiapa pun yang berada di luar.
Jose! Rizal! Tiada jawapan. aku berjalan ke bilik Shariman. Menjenguk. Dia begitu nyenyak. berdengkur ha lus dan bertelanjang bulat sekalipun udara di luar sejuk me nyengat.
aku berjalan ke pintu hadapan dan membukanya. angin malam menerpa masuk. Di timur, langit semakin ce rah. aku berdiri di luar, memerhatikan suasana sekel i ling. Kudakuda itu masih meringkik dan berbunyi bising. aku cuba menenangkan mereka tetapi kebisingan tetap juga berlaku. Kudakuda itu seperti ingin meminta untuk dilepaskan.
aku berjalan masuk setelah kecewa dengan keadaan di luar. Di ruang itu terbujur dua tubuh manusia. Rizal yang kacak dan Jose yang boyak. biji mata mereka sudah tiada. Wajah mereka juga tiada. Kepala mereka hampir ber cerai dari tubuh masingmasing.
Darah kelihatan membuak dari luka di leher Rizal yang menganga. Lantai ruang tamu itu kelihatan memekat dengan warna darah yang hanyir dan berlinang. aku menggigil, menjerit dan hampir histeria!
Shariman!
Hanya Shariman yang tidak menghisap candu. Mung kin dia sahaja yang terbangun dan berjaga.
Shariman!
aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. aku tidak dapat mengawal diri aku daripada terus menjerit.
amin! aku mengejutkannya. cuba membangunkannya. amin tersedar. Terpisatpisat mengesat kelopak
mata nya dengan belakang tangannya.
ada apa Shariman sedang berdiri di hadapan pintu di belakang aku. Mungkin dia baru keluar dari bilik air untuk...
Kenapa ni
aku... aku... aku menangis. Tiada perkataan yang mampu aku lafazkan.
Shariman mendapatkan aku. Dia memelukku dengan erat. aku membiarkan tindakannya itu. namun jauh di da lam hati, aku tahu, Shariman adalah seorang pembu nuh. Pun begitu, sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa lelaki yang kini bertakhta di hatiku itu adalah seorang penjenayah. Kepala aku terlentok di dada nya.
Shariman.
amin masih lagi terkebilkebil. barangkali tidak tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. atau barangkali juga masih terpingapinga kerana tidurnya dikejutkan.
Shariman mencium ubunubunku. aku mendongak meman dang wajahnya.
Shariman, aku cintakan kau. aku juga. Kenapa ni
aku membawanya ke ruang tamu. Menunjukkan keja dian ngeri di ruang tersebut. Dia memandang tanpa berka ta apaapa. Malah lebih memeranjatkan, dia kelihatan begitu selamba seperti tiada sebarang kejadian mengeri kan di hadapannya.
Kami mendapatkan amin. amin pucat. Dia kaku. Ha nya pandangannya sahaja yang menghala ke arah dua mayat di lantai ruang tamu penginapan kami itu.
Kita mesti cabut cepat. Orang di sini pasti akan tuduh kita yang lakukan jenayah tu.
Kami menyiapkan barangbarang dan kuda kami se ce pat mungkin. Kami berangkat sebelum langit cerah. aku tidak fikir amin mengesyaki kami aku dan Shariman yang melakukan pembunuhan itu.
Shariman! aku tidak dapat membayangkan, Shariman yang me la ku kan semua ini. bermula dengan Zulaikha... gadis gila di Lembah Ruala, Maznah dan Suzanne di bintulu dan sekarang.... Hatiku berat mengatakan Shariman adalah pembunuh. Shariman membunuh kerana cintanya. Shariman melakukan jenayah kerana marah dan cemburu.
Sesiapa pun tidak akan menyangka, bahkan aku juga bahawa hanya sematamata kerana cinta, dia sanggup menj adi seorang pembunuh.
aku masih menunggang kuda di sebelahnya. Tangan nya aku sentuh. Tangannya aku genggam. Dia kelihatan tenang. Tiada sebarang reaksi ketakutan pada wajah dan tindakannya. Malah dia langsung tidak memperlihatkan riak bersalahnya.
Shariman...
Hmmm...
Kita kahwin.
Dia merenungku sebentar. aku menjangkakan, dia ter kejut dengan tawaran aku itu. Sesuatu yang telah lama di tung gunya.
Salimah... apakah kau... tak mainmain aku menganggukangguk, perlahan. Tanpa rasa
segan dan ma lu terhadap amin, kami berciuman.
apabila kami tiba di bandar yang kami singgahi dahu lu, kami bernikah di sebuah masjid kecil dan amin men jadi salah seorang daripada saksi yang diperlukan.