Sesampai aku di tempat member aku ini, kami pun terus berborak hal kerja. Kerana itulah matlamat aku datang berjumpa dia. Di sebelah kanan meja kerja member aku ini, ada seorang makwe melayu berambut blonde sedang mengadap komputer. Nampak sibuk juga situasinya sampaikan aku tiba di sebelah pun dia tak menoleh.
Sebelum aku meneruskan cerita, lebih baiklah aku beritahu nama member aku ni dulu. Susah gila aku nak menulis sambil merahsiakan nama. Asyik-asyik member aku. Asyik-asyik member aku. Macam gampang. Nama member aku ni Hasan. Tua dari aku setahun.
Aku dan Hasan pun berboraklah hal kerja. Dari masalah etika pemakaian pekerja perempuan hinggalah membawa kepada cara menangani masalah Facebook di tempat kerja. Sepanjang kami berborak tidak secebis pun perhatian yang diberikan oleh makwe melayu blonde itu kepada kami. Beliau hanya mengadap komputer sambil kadang-kala jari jemarinya rancak menaip status di Facebook.
Entah macam mana, Hasan yang seakan menyedari harapan aku sejak tadi, terus menyapa rakan sebelah mejanya itu.
Liz, kalau I beritahu you ni mesti you terkejut. Sapa Hasan membuka bicara.
Makwe melayu blonde yang namanya Liz itu menoleh ke arah kami. Satu tolehan yang gayanya macam terpaksa. Aku juga terkejut dengan tindakan Hasan yang menawarkan satu berita kepada Liz dengan tujuan jika Liz tahu berita yang dia nak beritahu ini, mestilah Liz terkejut. Kalau tak terkejut, aku fikir Hasan akan berasa malu. Confirm punya!
Liz memandang kami menanti sambungan Hasan.
Kawan I ni you tahu dia duduk mana Duduk di TanjUng Malim! Hari-hari berulang naik bas dah 6 tahun beb!
Liz membeliakkan sedikit matanya, Pandangannya terarah kepada aku.
Biar betul you ni Liz seakan menjerit. Terkejut betul bunyinya.
Nampaknya, berita mesti terkejut yang Hasan nak beritahu pada Liz memang berbaloi. Terkejut betul Liz ni.
Aku pula cuma tersengih-sengih.
Jauhhhnyaaaa! Sanggup ye you berulang. Tanjung Malim ni yang atas lagi dari Klang tu kan Liz menyambung lagi. Terkejutnya masih belum habis.
Hasan pura-pura angkat telefon. Manakala aku pula tak berhenti beristighfar menanggung terkejut yang maha besar ini. Power betul terkejut yang Liz bagi pada aku dan Hasan ni!