Malam yang din gin membuat tubub ku menggeletar kini ku tak tabu dimanakab aku
dingin terasa melihat arahan di papan tanda tapi tak satu pun memberi pedoman
dalam hati ku banya tersimpan hasrat ingin pulang.. kerana ku tabu tiada jalan lain yang dapat ku temui banya naluri dan pedoman dari yang maba kuasa mem heri pedoman walau dim ana ku berada telah kujelajab semua benua setnua jalan berlikti
banya jalan sehala, .yang membaiva ku pulang ke rumab.. Lagu dan lirik oleb Kembara
Kumpulan Kembara, yang direrajui komposer kaya-raya, M. Nasir. Liriknya sangat bagus dan penuh dengan elemen kejujuran. Kalau tidak saiah, lirik tersebut dalam album Generasiku. Banyak lagu Kembara yang bagus seperti Lindungilah Kami, Kavvan. Sayang, M.Nasir bukan yang dulu lagi. Tidak mampu membuat lirik-lirik sebegini lagi. Hanya membuat lirik ketuhanan yang lebih mengagungkan diri yang kononnya Tuhan. Kandungan liriknya
betul. Macam bagus sebab ceritanya hebat. Tetapi praktikalnya aku nampak sangat tidak realistik. Apabila buka sahaja mata keluar duit. Apa warna material yang ini, apa warna material yang itu. Susah jadinya.
Kalau aku, aku lebih suka dia buat lirik yang macam ni.
Milah pujaan hatiku. Aku kaya, banyak harta. Nanti malam kita menari Rumba. Ianya lebih realistik untuk situasi sekarang ini. Kalau hendak buat lirik ketuhanan ni bukan susah. Bacalah buku Kahlil Gibran, Jalaluddin Rumi, Fariuddin Attar. Berlambak di pasaran.
Secara personal, aku memang mengenali M. Nasir. Dia seorang yang berpengetahuan. Aku berpengalaman membuat rakaman album perfama aku pada tahun 1995 di studionya. Ada masa, selalu juga aku berjumpa dengannya. Kami bersembang-sembang. Sebagai seorang manusia, dia hebat dan berkarisma. Tetapi sikap pentingkan diri sendirinya kuat. Mungkin sebab banyak harta. Jadi masih ada elemen takut akan kehilangan benda yang disayang sebenarnya.
Kadang-kadang dia merasakan dirinya cukup bagus. Tetapi sebenarnya tak ke mana-mana pun. Aku pun seperti itu juga. Tapi aku lagi teruk. Tak pernah kaya-kaya. Sekurang-kurangnya aku boleh ambil kesempatan sedikit. Malam nanti aku cuba untuk nak bertarikat dan bersuluk balik. Untung sabut, duit turun dari langit. Aku pasti peminat M.Nasir tidak bersetuju dan marah.
Itu yang membuatkan Iwan Fals berbeza dengan M.Nasir ini. Iwan Fals masih kuat dengan elemen kemanusiaan dalam lirik lagunya. Dia amat dekat dengan masyarakat dari segi progres dalam lagu-lagunya. M.Nasir banyak melakukan peningkatan terutama dalam album Phoenix Bangkitnya. Album Canggung Mendonannya pun tidak kurang hebat. 1'erbaru beliau dilantik untuk menjadi pengetua Akademi Fantasia (bekas dah). Aku doakan dia bahagia.