Walau jerat bukan benda hidup; jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jerat akan datang, atau pelanduk akan terus melupakan. Kontinuum ini tidak akan berhenti walau sehingga ke akhir zaman nanti.
Sudah namanya pun kontinuum!
Musuh lama akan datang; bersalaman sebagai sahabat atau bergocohan seperti lawan. Baik apa pun, musuh lama akan datang; kerana sejarah itu berulang-ulang. Kita berada dalam satu kitar yang berulang-ulang, kerana kita telah menjadi pelanduk dalam kehidupan. Dan pelanduk selalu lupa dan melupakan jerat. Sehingga musuh lama datang bertandang. Nanti, mungkin pelanduk akan mencari jalan pulang. Atau mati di tengah jalan, tak terselamatkan.
Gegaran kecil itu turut dirasai oleh manusia-
manusia yang berada di dalam pencakar langit Inter-Global. Gegaran itu hanya sekadar gegaran kecil; barangkali alam ingin bersahabat dan cuba bersalaman.
Ah! Serangan Jaafar! Razief mula mengikut pujangga yang melorongkan mereka ke tingkat terakhir bangunan pencakar langit itu. Sebatian Tinta yang diteguk sebentar tadi benar-benar berkesan; Srikandi tua itu melangkah ke tingkat teratas sebelum mengerahkan angkatan tentera yang masih berbaki untuk mengikut serta.
Ayuh semua, ikut aku. Ini misi terkahir!
Jerat tidak pernah melupakan pelanduk.
Mereka akhirnya tiba di sebuah bilik bahagian atas pencakar langit Inter-Global Corporation; dari atas mereka mampu melihat hampir keseluruhan megalopolis neo-Kuala Lumpur yang sunyi sejak arahan darurat dikeluarkan.
Cincin Munsyi berkelip-kelip sedari tadi.
Pujangga Razief kelihatan takut. Barangkali gementar akan apa yang bakal terjadi.
Razief, keluarkan cakera Prometheus kepunyaanmu..
Lalu
Keluarkan dahulu cakera itu, Razief...
Bongkah besi itu dikeluarkan; digenggam Razief seeratnya.
Lalu, kamu letakkan cincin itu pada tombol cakera.
Razief menurut perintah.
Srikandi.... apa... apakah yang akan terjadi
Pujangga diam. Dia memandang ke langit tinggi. Menunggu wahyu atau mukjizat barangkali.
***
Jadi...jadi... selama ini
Iya, selama ini! Hahaha ...
Mereka bertiga berjalan menuju ke arah balkoni. Gegaran sedari tadi mula berhenti, namun Cincip masih lagi mendapatkan data-data paras air yang kian meningkat. Dia menghidangkan kopi panas untuk mereka berdua.
Minumlah dahulu. Sedikit manis kopinya.
Dia cuba menghubungi Kesatuan Amerika namun gagal; barangkali semua jajahan di dalam dunia ini sibuk bergocoh dengan alam. Maharani Matsui yang menghubungi Judas sebentar tadi melampir bersama datadata kenaikan paras air laut disebabkan oleh lohong ozon yang semakin terbuka, serta pemanasan global yang akan mula mendidihkan sebarang ketulan salju yang ada dunia.
Mendidihkan salju.
Jadi.... ini semua... placebo!
Iya, placebo!
Fahamkan aku Cincip! Julius berjalan mendekati saintis wanita itu.
Mendidihkan salju.
Aku telah memasukkan Sebatian Oedipus ke dalam semua bekalan air neo-Kuala Lumpur sehingga ke Dataran Pembebasan. Lalu aku biarkan ia bertakungan sebelum dibekalkan.
Sebatian Oedipus Judas mula berminat.
Iya, sebatian Oedipus.
Julius dan Judas tekun mendengar rahsia demi rahsia yang dibogelkan oleh Cincip.
Setelah aku menjadi bidan kepada Juwita lebih kurang dua puluh tahun yang lalu, aku membawa Razief yang masih kecil untuk melakukan implan neo-Human seperti kebiasaannya. Dendamku pada Juwita yang terlalu menyayangi anak kandungnya terlunas saat aku memprogramkan jujukan
mimpi mengenai Tuhan, supaya Razief dan Juwita menganggap itu hanyalah sekadar mimpi! Aku mahu keluarga mereka dikatakan gila! Hahaha!!!
Mereka terlopong. Cincip menyambung.
Aku mahu jadikan anak emas Juwita itu gila, dan aku pasti mereka akan ke Dataran Pembebasan kerana aku tahu Pujangga pernah menjalinkan hubungan di zaman kuno dengan seorang pemimpin di sana. Maka aku teruskan lakonan ku menjadi seorang hamba yang patuh kepada Srikandi, sedang aku telah lama meracuni anaknya dengan program mimpi-mimpi palsu mengenai Tuhan sambil meracun semua bekalan air yang ada dengan Sebatian Oedipus!
Sebatian Oedipus. Judas dan Julis saling berpandangan.
Apakah Jaafar... Jaafar juga turut tercemar dengan Sebation Oedipus
Iya, semua manusia di neo-Kuala Lumpur dan Dataran Pembebasan telah aku cemari dengan sebatian ini. Malah aku telah tambahkan dos Sebatian Oedipus kepada Jaafar ketika pemberontakan ini berlaku, agar dia gila jadinya!
Cincip ketawa. Julius masih mahu bertanya.
Khabarkan aku fungsi sebatian ini sekali lagi.
Judas, adapun semua manusia neo dan proto yang meminum sebatian ini, akan berhalusinasi!
Berhalusinas
Iya, berhalusinansi bahawa Tuan Pemerintah itu benar-benar wujud!
Suasana sunyi. Sunyi, sungguh sunyi. Judas dan Julius membudarkan matanya.
Tu.. Tuan... Tuan... Pe...Pemerintah itu...itu...
Benar Julius, Tuan Pemerintah itu tidak pernah wujud! Ini semua kerana sebatian Oedipus ciptaanku! Hahaha!
Judas dan Julius masih trauma dan tidak percaya. Mereka menghirup kopi panas yang dihidangkan oleh Cincip sebentar tadi.
Jadi... selama ini... kami... kami... kita semua
Iya, semua ini, tidak wujud! Aku aktres terhandal seawal dari bab pertama lagi!
Judas sudah tidak percaya akan apa yang telah didengarnya. Julius seakan marah kepada Cincip kerana rasa tertipu dan dipersenda.
Tergamak kamu menipu kami semua, Cincip!!!
Bertenanglah Julius! Bagaimana dengan kopi
panas tadi. Adakah terlalu manis
Kopi Kopi panas yang dihirup; manis
Bertenanglah Judas, Julius. Bagaimana dengan kopi panas yang aku hidang tadi Adakah terlalu manis
Judas dan Julius sudah berbuih mulutnya, keras mereka diracun Cincip dengan secawan kopi panas yang manis!
Sialan!
***
Jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Malah jerat akan bawa kawan-kawan bersama.
Suatu masa dahulu, Malaysia pernah menerima tetamu. Pada hari ini, tetamu berkunjung lagi ke dataran neo-Kuala Lumpur. Khabarnya tetamu ini akan melakukan siri jelajah di seluruh dunia.
Seperti artis. Seperti penglipurlara!
Bahang pemanasan global memuncak hari ini.
Kawasan gurun Dataran Pembebasan seolah sudah terdidih dengan haba, habis rentung mayat-mayat bergelimpangan yang diserang musnah beberapa hari yang lalu
Khabarnya ais mencair.
Dua kutub utama bumi mengalami pemanasan berganda. Sahabat pertama, Pencairan Perdana mula bersalaman. Pencairan Perdana telah mencairkan kutubkutub ais di utara dan selatan, meningkatkan paras air laut sedikit demi sedikit.
Khabarnya bukan sahaja ais yang mencair!
Sahabat alam yang kedua bernama Rumah Hijau Celaka. Tugasnya adalah mengumpulkan sisa Karbon Dioksida dan pelbagai gas rumah hijau yang lain, terus menerus memerangkap haba dari sistem solar galaksi yang entahkan berpencipta ini. Pencairan Perdana dan Rumah Hujau Celaka mula bergandingan untuk bersalam dengan tamadun manusia. Apakah banjir besar akan melanda
Di manakah bahteranya!
Debu-debu berhamburan membentuk satu tarian; aduh debu pun sudah pandai mengorak tari kini! Kepanasan itu membahang-bahang, mula menikam-nikam jasad manusia dan alam. Rumah Hijau Celaka sudah tidak mahu berkompromi dengan perikemanusiaan. Pencairan Perdana sedari tadi telah meningkatkan paras air laut secara mendadak, dikhabarkan bahawa dataran California dan Jepun Timur telah tenggelam sekali lagi!
Ombak sudah sedia untuk menari. Hanya menunggu angka giliran.
Debu-debu yang berhamburan mula dijamah oleh titisan-titisan air. Titisan itu tidak lain dan tidak bukan datang daripada lautan yang semakin meningkat parasnya. Barangkali manusia dari kesatuan asing sudah panik, sepanik manusia di dataran neo-Kuala Lumpur ini.
Arahan darurat sudah tidak lagi menjadi kekangan kepada mereka; mereka bertempik lolong sebagaimana tahun 2060 masihi yang lalu. Mereka bertempik lolong sebagaimana demonstrasi tahun 2016 yang lalu. Mereka akan terus dikitar semula, menjadi alpa dan bertempik lolong di akhirnya.
Sejarah akan terus berulang-ulang. Tidak berpenghujung, tidak ada permulaan.
Barangkali Pencairan Perdana dan Rumah Hijau Celaka menunggu sahabat lama mereka, gabungan duo yang maha memusnah. Pasir-pasir yang berkocak menari disusuli dengan gegaran kecil yang menjadi kuat menandakan kedatangan musuh lama; jerat lama, yang ingin kembali memusnahkan.
Gendang kedengaran.
Gendang itu diperbuat daripaya bunyi daging-
daging neo-Human yang terpercik dan tersisa saat terbunuh dihempap pencakar langit satu persatu! Jalan-jalan mula terangkat dan terpisah, tanda sahabat lama yang pertama sudah tiba.
Selamat datang, Gempa Mega!
Selamat datang anarki, walau tiada sesiapa yang merindui dan menginginkanmu untuk kembali lagi. Gempa Mega barangkali sudah mengenal pasti bentuk sasarannya, habis terlohong dataran demi dataran yang berada di neoKuala Lumpur. Gempa Mega menggoyangkan segala bentuk jirim yang ada, sampai tertimbus manusia, menjadi sesak seperti hari perhimpunan percubaan di Mahsyar.
Selamat datang, Gempa Mega!
Sahabat pertama yang datang memusnahkan segalanya; sungai-sungai darah dan resah mengalir dari celah kaki dan celah peha neo-Human yang tertimbus mahupun terbunuh sia-sia. Kesan darah itu perlu dipadam segera, kerana alam ini tidak mahu dinodai oleh hanyir lendir manusia. Alam itu anarki yang bijaksana. Sungaisungai darah dan cebisan daging manusia hina perlu segera di basuh; mencuci dataran ini sekali lagi dari dosa yang tak berkesudahan.
Selamat datang pula, Tsunami Raya.
Tsunami Raya selalu sahaja tiba lewat daripada Gempa Mega. Namun Tsunami Raya tidak mahu dipandang enteng; dia juga berkuasa. Dia pendendam! Dia juga pembersih. Dia pengagung keadilan. Dari dasar laut dalam terpendam simpan, gulungan ombak mula menjulang tinggi, lalu hempasan pertama mula dipersembah sebagai peringatan kepada neo-Human yang selalu lupa siapakah yang lebih berkuasa.
Selamat datang, Gempa Mega dan Tsunami Raya. Selamat datang!