BLACK WIDOW - 32
SEGALA-GALANYA selesai, tetapi masih ada yang belum rupa-rupanya. Jalil ingat lagi ketegangan sebelum ibu dan bapanya bersetuju. Pertelingkahan antara dirinya dan Anisah. Hairan, sungguh pening apabila mengenangkan sikap Anisah yang tidak mahu menerima Ayu sebagai kakak ipamya.

Setelah ibu dan bapanya mengalah - diyakinkan tentang diri sebenar Ayu - gadis itu sendiri yang me-nimbulkan masalah. Tiba-tiba saja Ayu menyuruh dirinya berfikir dua kali sebelum mengahwininya.

No, Jalil... bukan I tak suka, I suka... tetapi ada sesuatu yang I harus beritahu you sebelum you mem-buat keputusan final!

What do you mean, I dont understand!

Never mind... I think we have to see my mum dulu... and we just let her explain to you everything!"

Tapi... kan dah jumpa dulu!

One more time... and this will be the final! 219

Air jernih jatuh ke pipi. Dia berasa amat sayu. Setiap sudut dan pelosok membawa luka. Surat Imran, rindu yang berputik, gelagat Anisah yang membawa riak benci, keadaan dirinya yang tidak suci, dan banyak lagi perkara yang hanya meng- humban dirinya ke jurang derita.

Sudahlah Ayu... I setuju, bila kita nak pergi!

Sekarang!

Jalil mengangguk.

Kesepian membuai - mengisi detik perjalanan. Sekali-sekala Jalil menoleh tetapi wajah Ayu tetap su ram dan muram. Jalil cuba menarik bualan, tetapi Ayu hanya menunduk sepi. Dicubanya bergurau senda tetapi Ayu hanya senyum hambar.

Akhirnya Jalil mengalah, terasa usahanya sia- sia. Dia mematikan diri, menumpukan perhatian ke jalan raya. Kilometer demi kilometer dilepasi sehingga simpang masuk ke Kampung Sri Dang Wangi yang terbentang bagaikan menyambut kepulangan Ayu.

Ada ceria yang terbit di mata Ayu. Apabila melalui kawasan yang terpacak rangka bangunan klinik, Ayu senyum sendirian. Hatinya riang, segera wajah Ahmad terbayang. Dinding dan alang untuk bumbung sudah sedia terpasang dan secara kasar hampir 70 peratus telah siap.

Klinik Jalil senyum.

Ayu angguk dan senyum. Untuk orang kampung I!

Kereta sudah pun memasuki laman dan yang pertama sekali menjerat mata Ayu ialah sepohon

manggis yang sudah tua. Ayu turun pantas, men- dongak ke langit yang dijunjung setelah berpijak di bumi yang melahirkannya. Di sinilah... segala- galanya bermula.220

Ayu! Aton tersenyum di muka pintu. Oh... Jalil pun ada!

Mereka naik ke rumah selepas bersalam-salam- an. Ayu terus menarik Aton ke dapur. Ibunya agak terkejut. Lebih-lebih lagi apabila Ayu membisikkan sesuatu.

Sungguh ke

Betul mak... Ayu terpaksa dan Ayu mahu mak berterus-terang. Ceritakan segala-galanya, demi masa depan Ayu!

Aton ketar di dapur, tidak disangka Ayu beriya-iya ingin memecahkan benteng rahsia yang sekian lama disimpan. Sanggupkah dia berterus- terang mengenai keturunan Ayu Ya, walaupun berat, segala ini adalah kewajipan. Aton sedar, dia perlu berterus-terang kerana semua ini tuntutan Islam.

Aton keluar ke serambi, merenung Jalil yang duduk tenang sambil menebar pandang.

Jalil!

Anak muda itu berpaling, membuah senyum sambil mengangguk kepala tanda hormat.

Mak cik ada sesuatu yang perlu diberitahu! Ada duka di mata Aton.

Jalil turut berdebar kerana riak wajah Aton menggambarkan berita duka.

Jalil... betulkah kamu ingin mengahwini Ayu

Jalil terkedu namun dia cepat-cepat mengangguk. Dia memang benar-benar ingin mengahwini Ayu.

Betul mak cik!

Baiklah... kalau kau setuju... kau perlu tahu kisah sebenarnya mengenai Ayu!

Jalil menarik nafas menahan debar.

Mak cik setuju dengan tindakan engkau untuk berkahwin dengan Ayu, mak ciktak melarang. Teta-221

pi... engkau berhak tahu keturunan Ayu....

Keturunan Jalil menelan liur. Saya tak mengerti!

Ayu sebenarnya anak Agus... bukan anak Abdullah Bashah seperti yang tercatat di dalam kad pengenalannya!

Agus Jalil membulat mata. Saya tak mengerti!

Aton tunduk. Hari ini dia terpaksa menceritakan segala-galanya demi Ayu. Ya, hari ini dia terpaksa membuka pekung di dada demi menyelamatkan perkahwinan Ayu. Sama ada Jalil dapat menerimanya atau tidak, terpulang kepada anak muda itu.

Maka... sebagai mukadimah... air mata Aton jatuh ke pipi. Dia tidak sanggup sebenarnya tetapi apakan daya demi kebahagiaan anaknya. Setiap detik sejarah berulang lagi... kali ini diceritakan secara lisan dan Jalil menjadi pendengamya.

Jalil tertunduk dan secara tidak langsung dia menghormati keberanian Aton dan Ayu.

Saya faham makcik. Alhamdulillah saya mengerti dan saya tetap dengan keputusan saya untuk mengahwini Ayu. Bagi saya perkara ini terlalu kecil!

Tidak Jalil... mungkin kecil bagi kau, tetapi tidak pada kedua orang tua kau! Aton mengesat kelopak matanya.

Jangan khuatir... saya akan menceritakan pada kedua ibu bapa saya tentang hal ini dan saya yakin mereka dapat menerima hakikat ini!

Aton angguk dan dia menarik nafas. Hatinya te rasa lega kerana dia sudah pun menjalankan tugasnya.222