Darah ini darah perwira..!
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!
Mewarna persada ceria
Mencorak identiti bangsa.
Menongkah arus ternoda
Mencantas langkah nista
penuh bara.
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!
Tamadun kita pernah dirobek
Memaksa anak bangsa manyalurkan tabik.
Pada penjajah berjiwa lembik,
Mengaum disebalik agenda jelik.
Namun kami tetap perwira
mengubah tradisi yang terbina mencorak ketamadunan mulia di mata illahi dan insani.
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!
Dari mati bersimpuh kita rela mati merempuh.
Keperwiraan dan kejaguhan bukan cagaran,
Tinta emas termetri sejarah bukan sasaran.
Kompromi pada keamanan.. tiada harapan
Kerana darah ini darah perwira.
Dulu kita mudah ditertawa
Lantaran lemah di semua persada.
Kini kita dimahkota,
Kerana kita telah dewasa.
Dewasa mencorak halatuju bangsa.
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!
Kami jangan di dicoba
Kerana kami masih berjaga
Martabat bangsa di singgahsana
Terpagar perwira rakus memelihara.
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!
Dalam tidur ada jaga,
Perwira sentiasa siap sedia
Menanti saat dan ketika
Menyahut semboyan menuntut jasa
Kita sentiasa memperkasa diri
Mencorak paradigma warga ternama
Melakar di peta dunia
Inspirasi bangsa merdeka..
Hari ini dan selamanya.
Darah ini bukan darah biasa
Darah ini darah perwira..!