TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 32
Trauma terhadap tsunami amat tragik dan memikirkan ombak besar ini tidak pandai bertolak ansur dan menunggu kehadirannya. Tiada pesanan dan khabar. Ia datang dan singgah secara rakus dan menghempas dengan ganas objek yang di hancurkan digulung ke atas dan dihempas pada objek lain termasuk manusia.

Kubur besar di Aceh yang dulunya dipanggil serambi Mekah terpaksa di buat untuk menampung jumlah korban yang sangat banyak dan menyedihkan. Korbinasi gempa bumi dan ombak tsunami menukar Puket dari Syurga dunia kepada Neraka malapetaka. Sejak itu 1992 hingga 1996 sahaja sebanyak 17 tsunami telah dicatatkan di Lautan Pasifik yang mengakibatkan korban 1700 orang.

Al-Quran telah memberi amaran tentang Kuasa Allah untuk hantar angin ribut dan menghujaninya dengan batu ke bumi dan membinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi dan yang di timbus di bumi dan ada yang di tinggalkan ke laut. Ia memanglah bencana alam tetapi berlaku dengan kehendak Allah mesti ada sebab dan munasabah.

Fikiran:

Tidak ada sesuatu kesusuhan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan bala yang demikian adalah mudah bagi Allah (surah Al-Hadid: 22)

Apa juga kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpa mu maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami utuskan engkau (Nabi Muhamad) kepada seluruh umat manusia sebagai saorang Rasul (yang membawa Rahmat) cukuplah Allah menjadikan saksi (yang membuktikan kebesaran hakikat ini.

Amatlah penting kita hayati 2 ayat di atas sebagai ingatan untuk lebih waspada. Konflik di Aceh mengundang ketidak stabilan yang berpanjangan sehingga 30 tahun lamanya. Orang awam aceh yang tidak memihak pihak berkuasa akan di bunuh oleh pejuang GAM. Sebaliknya mereka yang tidak menyebelahi kerajaan akan menjadi mangsa tentera Indonesia. Dalima yang berpanjangan beberapa generasi itu menjadikan Aceh tidak ketentuan dari segi ekonomi, pentadbiran dan apa lagi dari aspek keselamatan.

Kejadian ombak tsunami pada 26 Dis 2004 merupakan titik tolak kepada perubahan pemikiran pemimpin GAM dan dan kerajaan Indonesia. Bantuan khusus presiden Susilo Bambang Widoyo merupakan satu perkembangan yang menarik.

Rundingan diadakan sebanyak 5 pusingan di Helsinki iaitu pada 28-29 Jan 05, 4-23 Feb 05, 12-16 Apr 05, 26-31 Mei 05 dan 12-17 Julai 05. Akhirnya kata putus dicapai di mana perjanjian bersejarah antara kerajaan dan GAM di metarai di Helsinki Findland. Menteri kehakiman Indonesia, Hamid Awaluddin, wakil GAM, Malik Mohmod serta bekas presiden Findland menandatangani perjanjian pada 15 Ogos 2005.

Kandungan perjanjian adalah seperti berikut:

a. Semua pertempuran mesti dihentikan selepas perjanjian.

b. Kerajaan undur tentera dan polis sebelum hujung Dis 2005.

c. GAM lucut senjata dan bubar 3000 pejuang.

d. Kerajaan Indonesia bantu tubuh parti politik di Aceh.

e. Pentadbiran Aceh mengikut undang-undang baru pada 31 Mac 05.

f. Pengampunan pada tahanan politik 2 minggu selepas perjanjian.

g. Mahkamah Hak Asasi manusia dan Suruhanjaya Perdamaian mencari kebenaran ditubuhkan.

h. Misi pertama Aceh ditubuhkan oleh kesatuan Eropah dan 5 Negara Aceh.

Penduduk Bumi Rencong telah terlalu lama dahaga pada keamanan. Mereka ditindas serta menjadi mangsa pada pihak yang ingin menjadi jaguh. Kehancuran akibat Tsunami juga membawa rahmat serta harapan ke arah masa depan Aceh baru yang gemilang. Nikmat kedamaian tidak boleh dijual beli tetapi harganya cukup tinggi. Satu dunia menangis meratapi tragedi tsunami. Kita tidak seharusnya bersedih di atas ke sengsaraan orang lain.

Bangkitlah semula dan teruskan perjuangan. Jika anda antara yang terlibat dan merasakan impaknya, ingat kecewa dan muram berterusan tidak akan meletakkan kita pada situasi yang baik.