yang melancholic
didepan mataku jatuh kemesraan
bagai buah limaumanis
bergolek
tanpa kulit
kalangan nelayan pantaitimur
ribut disember laut china
disebut ribut maut
datang merenggut
datang menchabut
tiapkali disember tiba
rumah nipah gentar menatapnya
matahitam nelayan sangat kenal
bahasa ribut
bahasa maut
dari dadaku keluar perkataan
yang sympathetic
didalam mataku jatuh keharuan
bagai kali tehsusu
mengesot
keletihan
1969