Namun, memakai mekap perlulah seadanya. Jangan keterlaluan dan jangan terlalu kurang sehingga wajah kamu kelihatan tidak ceria.
Seperti pada langkah sebelum ini, ada diterangkan juga berkenaan solekan pada wajah. Dalam langkah ini, kamu perlu tahu, mengapa tidak semua lelaki menyukai solekan yang berlebihan pada wajah si gadis.
Tentu kamu pernah dengar mengenai natural beauty, bukan Ia membawa makna, wajah asli kamu sudah mempunyai kecantikan dan daya menarik yang tersendiri. Tidak memerlukan solekan yang tebal dan terang, ia sudah cukup membuatkan si dia tertarik denganmu.
Dalam penjagaan kulit wajah, kamu harus memastikan tiada jerawat, jeragat atau apa-apa sahaja yang jelas dapat dilihat dengan mata kasar. Lelaki mudah melihat pada bahagian tertentu wajah kamu yang cuba kamu sembunyikan. Seperti jerawat yang tumbuh di tepi hidung kamu.
Keraplah mencuci dengan pencuci muka yang ada di pasaran. Namun kamu harus berhati-hati memilih produk yang sesuai supaya ia tidak akan merosakkan kulit wajah kamu nanti.
Kerap mencuci dengan air bersih atau setiap kali kamu berwuduk. Pastikan juga solekan yang kamu kenakan pada wajah dicuci setiap hari. Atau jika perlu, setiap kali kamu berwuduk. Ia bagi memastikan kulit wajah kamu tidak terdedah terlalu lama dengan bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan.
Sekali-sekala, kamu boleh mendapatkan rawatan penjagaan kulit wajah di spa. Terdapat banyak spa yang boleh kamu pilih. Hanya perlu disediakan wang yang mencukupi sahaja.
Gadisku, lelaki sukakan wanita yang menampakkan keaslian wajahnya. Walau ada antara mereka yang tidak dapat membezakan wajah asli dan yang sudah dikenakan bedak atau mekap, mereka masih mahukan wanita yang cantik wajahnya.
Cinta mereka datang dari mata, kemudian ia turun ke hati, lalu berputiklah bunga-bunga cinta yang akan mekar mengharum.
Lelaki memandang wajah si gadis yang akan menjadi pasangannya. Walaupun lidah mereka berkata, saya tidak kisah sangat pasal kecantikan. Hakikatnya, mereka masih mementingkan wajah si gadis supaya cantik dan dapat menawan hati mereka.
Inilah realitinya dunia sekarang. Kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada perasaan cinta seorang lelaki kepada wanita. Begitu juga pada dirimu, wahai gadis. Kamu juga pastinya tergoda dengan ketampanan dan senyum manis si dia, bukan Nafsu ini tidak dapat dinafikan. Ia ada dalam hati setiap insan.