Buat phone call tak ada hasil, rasa down.
Nak secure appointment tak dapat, rasa down.
Lepas present tak dapat close, rasa down.
Buka cerita Takaful orang cebik muka, rasa down. Minta referral kawan tak bagi, rasa down.
Down adalah perasaan yang tak best. Tuhan turunkan rasa down dalam hati kita dengan sebab.
Antara yang kita boleh fikirkan:
Sebab mungkin ada cara yang salah, Tuhan suruh kita fikir dan betulkan.
Sebab mungkin kesabaran kita jarang teruji, Tuhan bagi kita ujian untuk hadapi.
Sebab mungkin skrip dan intonasi tak betul, Tuhan bagi kita peluang untuk semak dan betulkan.
Sebab mungkin kita tak cukup bersungguh, kita buat sebab kena suruh, lalu Tuhan bagi kita ketangguhan, untuk kita faham maksud percaya. Down adalah teguran Tuhan, supaya kita tidak tewas untuk terus berjalan ke hadapan.
Down adalah perlawanan yang kita mesti menang dan mengalahkan.
Down adalah titik mula kejayaan.
Lalu jalan terus wahai kawan.
Kerana tidak kita tahu, apa yang menanti di hadapan.