Soichiro Honda, seorang pengusaha besar pemilik Honda Motor yang memulakan usahanya di garaj sebuah rumah, jatuh bangun dan hampir bankrap kerana Perang Dunia Kedua, tetapi akhirnya berjaya membangunkan sebuah industri automotif yang sangat berjaya hingga abad ke-20 ini, dahulu pernah berkomentar mengenai sekolah.
Mari kita semak komentar Soichiro Honda mengenai sekolah.
Sekolah terlalu banyak memberi apa yang saya tidak ingin ketahui, tapi sangat sedikit memberikan apa yang sungguh-sungguh saya ingin ketahui. Oleh kerana itu, saya hanya akan pergi ke sekolah jika berasa ingin mengetahui sesuatu yang tidak saya temukan di luar sekolah.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sungguh menyedihkan jika sekolah yang ada ketika ini pun masih seperti sekolah pada zaman Perang Dunia Kedua sewaktu Soichiro Honda bersekolah.
Ya, sekolah terlalu banyak memberi pelajaran yang tidak diperlukan dan tidak ingin di ketahui oleh anak-anak. Namun, sangat sedikit memberikan pelajaran-pelajaran yang sungguh-sungguh diperlukan dan ingin diketahui oleh anak-anak kita dalam usaha meraih kejayaan.
Saya pernah bertanya kepada seorang guru sekolah menengah, Cikgu, mengapa anak-anak sekolah perlu mempelajari sinus, cosinus, tangen, integral partial, dan sebagainya
Ya biar mereka mengetahuinya sejak awal, jawabnya.
Lantas untuk apa, cikgu Apakah mereka akan menggunakannya kelak Mengapa tidak sahaja diajar pada institusi tinggi sesuai dengan bidang pengajian Matematik, misalnya. Itu lebih masuk akal kerana mungkin mereka akan menggunakan dalam pekerjaannya. Itu pun dengan catatan kalau dia tidak berpindah kerjaya. Cikgu tadi terdiam, merenungi pertanyaan saya.
Kemudian saya bertanya lagi, Nah, apakah cikgu tahu bahawa banyak di antara murid-murid cikgu yang terseksa dengan pelajaran ini Guru itu masih tetap diam dan merenung. Sementara pelajaran-pelajaran lain, seperti bahaya merokok, bahaya ecstacy, akibat pergaulan bebas, atau apa sahaja yang terus mengancam kehidupan remaja usia persekolahan malah tidak pernah dibahas dan diberikan kepada anak-anak kita. Wal hal, di luar sana mereka berhadapan langsung dengan bahaya tersebut. Oh iya, kalau boleh tanya, apakah dulu cikgu juga menyukai pelajaran seperti sinus, cosinus, tangen, atau integral partial dan yang serupa dengannya
Akhirnya si guru pun mula berbicara, Iya, ya Pak. Betul juga. Kenapa ya, anak-anak itu belajar pelajaran seperti itu. Padahal kita belum tahu mereka akan mengambil jurusan apa kelak. Saya dahulu waktu jadi murid, juga tertekan sebenarnya kalau belajar tentang
itu.
Alhamdullilah, saya katakan. Akhirnya cikgu memahami juga maksud pertanyaan saya.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, itulah yang terjadi di sekolah-sekolah tempat anak kita belajar. Mereka banyak sekali dibebankan berbagai mata pelajaran yang tidak mereka perlukan dan tidak ingin mereka ketahui. Ironinya, pihak-pihak yang membebaninya jika ditanya tidak mengetahui mengapa hal ini mesti dilakukan dan terus sahaja mengajar dari tahun ke tahun.
Proses belajar tidak lagi menjadi proses yang menyenangkan, melainkan menjadi amat membosankan dan menekan jiwa mereka. Tidak ada lagi yang menarik dari sekolah. Bukan kerana tempatnya, bukan gurunya, dan bukan juga cara belajarnya. Hanya yang tinggal kebersamaan senasib dan sependeritaan bersama teman-temanlah yang masih boleh membuatkan anak kita bertahan di sekolah.
Jangan hairan jika anak-anak kita mulai tidak suka sekolah. Mari kita jadikan sekolah sebagai tempat yang menarik, menyenangkan, sekaligus mencabar bagi anak-anak kita agar mereka selalu jatuh cinta dengan sekolah.
Kalau bukan kita para guru dan pimpinan sekolah lantas siapa lagi Kalau bukan sekarang bila lagi
Sekolah sangat sedikit memberikan pelajaran yang sesungguhnya diperlukan dan ingin diketahui oleh anak-anak kita dalam usaha meraih kejayaan kelak.