Dia cepat-cepat memasukkan gear lalu menggerakkan keretanya ke hadapan. Sampai di bahu jalan, lelaki itu menghentikan keretanya. Najla terpinga-pinga.
Kenapa Aliff Tanya Najla bingung.
Namun Aliff tidak menjawab. Dia keluar dari perut kereta lalu menoleh ke arah kawasan lampu isyarat yang baru sahaja dilewatinya. Matanya mencari-cari sesuatu. Namun melihat betapa sesaknya kawasan pejalan kaki itu dipenuhi dengan manusia bertali arus, dia menarik nafas panjang.
Najla asyik merenung Aliff yang kelihatan tidak berselera menjamah makanan yang terhidang di hadapannya. Sebenarnya dari tadi dia sudah tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dicari lelaki itu di kawasan trafik berhampiran Central Market tadi. Tapi hendak bertanyakan lelaki itu, dia jadi ragu-ragu.
Aliff panggil Najla perlahan.
Aliff mengangkat mukanya. Raut wajah Najla ditatap sebentar. Namun Najla terus jadi gugup. Apa yang bermain di fikirannya sebentar tadi terus hilang begitu sahaja diamuk renungan Aliff. Lelaki itu tiba-tiba tersenyum.
Naj nak cakap apa Aliff menyoal lembut.
Najla terpegun. Suara Aliff menyakinkannya yang lelaki itu kini berada dalam keadaan tenang. Dia benar-benar risau jika Aliff berkelakuan aneh.
Err..Naj..Naj cuma nak tahu Aliff cari apa tadi Soal Najla tergagap-gagap.
Aliff terdiam. Matanya menatap Najla tidak berkelip. Kata-kata gadis itu mengingatkannya kembali kepada seraut wajah yang melintas di hadapan keretanya di kawasan Central Market sebentar tadi. Wajah yang dicari tanpa dia tahu apa sebabnya. Yang nyata dia tidak kenal siapa gadis itu serta apa kaitan gadis itu dengannya. Tapi hati kecilnya seolah-olah mengkehendaki dia mencari wajah itu. Wajah yang persis dengan gadis di dalam mimpinya!
Kalau Aliff tak nak cerita, tak apalah. Naj tak paksa. Ujar Najla apabila dilihatnya Aliff seolah-olah tidak berminat mahu menjawab pertanyaannya.
Naj bimbangkan Aliff, itu saja. Sambung Najla pantas. Dia tidak mahu Aliff tersinggung dengan perhatian berlebihan yang diberikannya terhadap lelaki itu. Lagipun dia tahu, Aliff semakin sembuh dengan adanya terapi yang sering diikutinya bersama Doktor Hisyam.
Aliff sihat Naj, kalau itu yang Naj bimbangkan. Tukas Aliff sambil tersenyum tenang.
Najla terdiam. Dia tidak berani membuka pertanyaan lagi. Lagipun lelaki itu baru balik dari London. Dia tidak ingin, pelbagai pertanyaan yang terhambur dari bibirnya akan menyebabkan Aliff bersedih Dia tidak suka lelaki itu bersedih. Dia hanya mahu melihat lelaki itu ketawa sama seperti dulu.
Aliff tersenyum memandang Najla yang kelihatan gelisah. Dia memahami, hati Najla sedang berkecamuk. Risau tentang dirinya!
MATANYA leka memerhatikan susun atur rumahnya yang sedikit berlainan berbanding dua tahun yang lalu ketika dia pulang bercuti.. Hiasan bunga di anjung tangga sudah berganti dengan ukiran kayu. Beberapa bingkai gambar yang tak pernah dilihatnya selama ini bertambah dan tersusun sebaris di atas pelantar almari panjang di ruang tamu.
Mata Aliff berhenti pada bingkai yang memaparkan wajah Melia yang sedang tersenyum riang sambil memakai topi kecil. Cute! Aliff tersenyum.
Gambar ni abang Filman ambil masa kita orang pergi berkelah kat Port Dickson dua bulan lepas kalau tak silap. Komen Najla ketika menjengah sama bingkai gambar yang dipegang Aliff.
Dah besar ya Melly ni. Sekejap saja. Balas Aliff. Gambar Melia diletakkan kembali ke tempatnya. Dia memandang pula wajah-wajah ahli keluarga mereka yang diambil pada hari raya dua tahun yang lepas. Dia dan Filman berdiri di belakang Tengku Amar dan Tengku Saida yang duduk di atas kerusi sambil meriba Melia yang masih kecil. Najla ketika itu duduk bertimpuh di hadapan ibunya. Antara banyak-banyak gambar, inilah potret keluarga yang paling digemarinya.
Kenapa asyik tengok gambar tu Hah Naj tahu, Aliff mesti rindukan kami semua kan Teka Najla. Aliff hanya tersenyum.
Takkan tak rindu. Ini kan keluarga Aliff. Jawab lelaki itu.
Naj macamana Aliff tak rindukan Naj Soalan itu terpacul dari bibir Najla tanpa disedari. Wajah Najla sedikit merah. Namun apakan daya, ia terkeluar di luar kawalannya.
Aliff tidak terus menjawab. Dia merenung wajah itu dalam-dalam. Apa yang terkandung dalam hati gadis itu sudah lama difahaminya. Cuma selama ini, dia sengaja tidak mahu melayan perasaan Najla yang adakala sengaja mahu menduganya.
Aliff rindukan semua orang Naj. Jawabnya tenang.
Najla terkedu. Dia tidak mahu Aliff terus-terusan menyebut begitu setiap kali dia bertanya. Dia hanya mahu Aliff mengaku bahawa lelaki itu rindu dan sayangkannya. Tapi sikap Aliff sejak dulu sehingga kini sentiasa berteka-teki dengannya. Sukar benar dia mahu menyelami hati lelaki itu.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapakah Aliff tidak mahu melayan perasaan Najla terhadapnya