KERAS Felisha menghempaskan tubuhnya di sofa. Tak sangka, Tajdid ada sikap cemburu buta! Bukan nak tanya elok-elok. Kalau dia curiga kat aku, aku pun boleh curiga kat dia.
Ingat aku tak nampak ke tadi Dia berdua dengan perempuan masuk ke dalam restoran tu. Felisha mengetap bibir. Geram! Membebel sendiri.
Sha..apa hal ni
Felisha berpaling. Najwa sudah tercegat di muka pintu.
Kau tak kerja ke Felisha jeling jam. Satu setengah tengahari.
Aku singgah rumah kejap. Aku ada kerja luar tadi. Najwa sengih. Dia duduk di sebelah Felisha.
Felisha mengangguk-angguk.
Eh, kau kenapa ni Sha Tangan kau ni berdarah! Najwa pegang lengan Felisha yang sudah berbalut.
Tadi..ada orang nak langgar aku. Ada pulak mamat mana entah, nak selamatkan aku. Tergolek aku jatuh kat atas jalan tar tu. Apa lagi, cium siku aku la! Felisha meniup tempat luka. Masih rasa sakit dan pedih.
Nak langgar kau Siapa Najwa berkerut kening.
Entah! Lelaki tu yang nampak. Dia yang jerit masa aku tengah cari kunci dalam beg tangan. Ada kereta melulu nak merempuh aku. Felisha putar semula cerita dia hampir kena langgar.
Nasib baik kau tak apa-apa. Siapa yang hantar kau ke klinik Najwa pandang lagi luka di siku Felisha.
Aku pergi sendiri.. Felisha menjawab malas. Kerana lelaki tulah juga Tajdid jadi cemburu buta. Aku dah la tak suka lelaki cemburu ni.
Ohkau kena berterima kasih pada lelaki tu. Kau kenal dia Soal Najwa lagi.
Dia pernah datang kedai bunga aku dulu..namanya Badrul. Bersahaja Felisha menjawab pertanyaan Najwa.
Najwa menelan liur. Badrul
ErrBadrul mana pula ni Tentu handsome kan Najwa cuba mencari jawapan yang lebih tepat.
Kau ni! Tang handsome je kau nak tanya! Aku mana ada masa nak tilik muka mamat tu handsome ke tak! Felisha jeling teman serumahnya yang dah tersengih di sebelah.
Tak ada la..aku tanya je. Aku kan tengah cari calon jugak. Najwa sandar di sofa. Tudung di kepalanya diletakkan atas sofa. Rambutnya dilepas bebas.
Aik! Habis boyfriend kau tu Peninglah aku ni dengan Najwa. Dulu bukan main nak ambil hati mamat tu.
Entahlah..dia tu macam tak nak serius je dengan aku. Aku ni dah boleh dikira SS! Najwa muncung mulut.
SS Felisha tak faham.
Syok sendiri!
Felisha gelak.
Apasal kau gelak
Kau pun satu lacuba kau tanya dia betul-betul. Kalau betul dia tak sukakan kau, takkan sampai sekarang dia tak kahwin Felisha betulkan lengan kirinya yang dah kebas.
Mana tahu dia pun sedang cari calon yang sesuai Najwa tunduk. Nada suaranya lemah.
Aku kenal ke boyfriend kau tu Felisha senyum.
Kenapa
Biar aku je yang jadi posmen kau. Hantar rasa cinta kau tu pada dia. Macam mana Felisha kenyit mata.
Hish! Malu la aku beb! Najwa merengus. Merajuk.
Habis tukalau kau diam macam ni, sampai bila pun takkan pernah tamat kisah cinta kau ni. At least kalau kau luahkan, beban kau dah tak ada. Lepas tu, dengar je dia cakap apa. Terima ke tolak.
Najwa jeling Felisha. Ek eleh minah ni. Ingat senang ke nak mengaku cinta depan lelaki. Dah tu, kena tunggu pulak respon lelaki tu. Memang tak akan la!
Kenapa kau diam Aku dah offer ni! Felisha senyum lagi.
Alah..masalah kau pun tak beres lagi, nak selesaikan masalah aku..pii daaaa.. Najwa sengih.
Sekurangnya aku dah bertunang. Aku dan Fariz pun mana ada apa-apa. Masalah apanya
Kau dah lupa pasal orang gila yang ikut kau tu Surat ugutan tu Dan sekarang ni..kes langgar lari tadi. Najwa ingatkan Felisha.
Felisha terdiam. Ya tak ya juga.
Sebut pasal tu kan, aku dah beritahu kawan baik aku. Dia akan tolong aku. Felisha teringat Jazman yang mula menyiasat kes tu.
Siapa Najwa teruja.
Dia kawan sekolah aku dulu.
Ya la! Siapa Najwa dah tak sabar.
Kau bukan kenal pun. Dahlah, aku nak masuk bilik. Rehat. Hari ni aku bengang dengan tunang aku! Felisha bingkas bangun. Dia menapak malas ke tingkat atas.
Najwa hanya memerhati Felisha masuk ke bilik. Bengang dengan tunang Kes apa pulak minah ni Haih! Aku yang solo lagi ni pun dah bengang, esok-esok dah bertunang agaknya lagi bengang! Adoiyaaa!!
FELISHA segera menunaikan solat zuhur. Usai solat, dia ke dapur semula. Terasa lapar. Balik dari kedai tadi, dia terus pulang ke rumah. Ingatkan nak makan tengah hari bersama tunang,. Entah angin mana datang, Tajdid tiba-tiba tuduh aku peluk lelaki! Erghhh!!
Wa dah masuk kerja la tu.. Felisha jenguk ke ruang tamu. Najwa sudah tak ada di situ. Kereta Najwa pun tak ada di laman.
Dia segera ke dapur. Peti sejuk dibuka. Mencari bahan yang boleh dimasak. Kosong!
Apa aku nak makan ni Felisha garu kepala.
Dia buka pula kabinet atas. Ada sebungkus mi segera.
Mi segera pun jadilah..
Felisha mula memasak. Sebiji telur dimasukkan ke dalam kuah mi segera. Habis satu mangkuk dimakan.
Ahlega sikit. Boleh tidur. Felisha senyum. Dia menapak ke ruang tamu.
Bunyi kuat deringan telefon bimbitnya dari atas sofa mengejutkan dari lenanya. Teraba-raba tangannya mencari telefon.
Aladia ni ke Felisha bangun malas. Panggilan telefon dari Tajdid dijawab malas.
Ya Awak nak apaTak perlu minta maaf. Lain kali awak jangan nak cemburu buta. Okeylah awak, saya penat ni. Nak tidur. Felisha matikan talian. Dia baring semula.
FELISHA tersedar. Dia bingkas bangun. Cepat matanya menala ke arah jam di dinding.
Alamak! Dah asar ke
Bergegas Felisha melangkah ke bilik semula. Dia segera membersihkan diri. Usai solat asar, dia cepat-cepat mengenakan skirt labuh dan blaus longgar berona biru laut.
Aku dah lambat ni!
Kunci kereta dicapai dari atas meja bersama beg tangannya. Luka di siku sudah agak kering. Keretanya dipandu laju menuju ke arah Taman Tasik Jaya.
Jam la pulak! Felisha jeling jam di dashboard. Setengah jam lagi dia perlu sampai.
Apa Alia nak beritahu agaknya Sempat berfikir sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Malam tadi, Alia menangis dalam telefon.
Tiba di susur keluar ke arah Tasik Taman Jaya, kereta Felisha membelok ke arah kiri.
Mana Alia ni Kata nak jumpa kat sini. Felisha menjenguk ke arah tasik. Kelihatan beberapa orang yang agak berumur sedang berjoging di sekeliling tasik.
Felisha menyusun langkah perlahan mendekati sebuah bangku. Dari tempat letak kereta tadi, dia ternampak seorang gadis sedang membelakanginya duduk bersandar di situ. Mungkin itu Alia.
Assalamualaikum..
Alia berpaling. Dia segera peluk Felisha.
Kenapa ni Felisha tatap mata Alia yang agak merah.
Kak Shaabang.. Suara Alia sudah serak.
Kenapa dengan dia Felisha sedikit panik.
Abangdia nak bawa diri ke Holland. Ni.. Alia hulur sekeping surat kepada Felisha.
Felisha membaca isi kandungan surat itu. Apa hal mamat ni nak bawa diri sampai ke Holland Kecewa ke apa
Tak logik la kalau kecewa dengan aku. Dia memang tak ada perasaan kat aku pun.
Dia pergi atas urusan kerja kut.. Felisha tenangkan hati Alia.
Abang tak macam ni. Malam tadi dia cakap, dia nak pergi Holland... Alia mengesat air mata.
Laa..okey la tu! Felisha senyum. Budak ni! Mati-mati aku ingat Fariz tu sakit ke apa ke. Kalau terjun lombong ke, terjun dari bangunan KLCC ke..ni Nak ke Holland je pun!
Tapi Alia tahu..dia kecewa dengan kak Sha.
Felisha duduk di bangku. Alia turut mengikut Felisha duduk semula di situ.
Alia..akak dengan Fariz tu tak ada apa-apa pun. Kami kenal pun secara kebetulan saja. Felisha gosok bahu Alia yang masih sugul.
Ni.. Alia tunjuk mesej di telefon bimbitnya kepada Felisha.
Apa ni
Baca la
Felisha baca mesej di skrin telefon Alia. Dia berkerut kening.
Err..mesej siapa ni
Mesej ni Alia ambik dari telefon abang. Alia fowardkan ke telefon Alia. Untuk pengetahuan akak, mesej ni bukan Alia yang tulis, macam dulu tu. Mesej ni abang sendiri yang tulis. Alia berterus terang. Masih mengharapkan Felisha percaya kata-katanya.
Jadi
Sebenarnya mesej tu dia hantar ke nombor telefon akak. Alia rasa akak pun ada terima kan Bermakna dia memang cintakan akak.. Alia tunduk.
Felisha diam. Jadi mesej terakhir dari Fariz tu..Fariz yang tulis sendiri Sikap Fariz tidak menunjukkan yang dia sukakan aku. Dia buat dek ada la!
Aliadia bergurau je tu. Bukan Alia tak tahu, selama ni dia selalu cakap kasar dengan akak. Jadi tak mustahil mesej dia pun berbaur macam tu. Felisha cuba betulkan keadaan. Kalau benar sekalipun, aku dah sah jadi tunang Tajdid. Tiada apa yang boleh mengubah keadaan kecuali atas kehendak Allah.
Alia kenal abang tu. Dia memang susah nak luahkan perasaan dia. Alia masih tak putus asa.
Felisha diam. Aduh! Aku dah la bengang dengan Tajdid, Alia pulak sibuk nak aku rujuk balik dengan Fariz tu. Dah pening!
Alia..biarlah dia pergi Holland. Mungkin dia boleh tenangkan diri atau jumpa orang yang dia suka di sana. Mana tahu dia jumpa gadis yang lebih baik dan cantik. Akak ni apa yang ada Lagipun..akak kan dah bertunang. Felisha pujuk lagi Alia.
Kak..mama masih harap yang akak jadi menantunya. Semalam, mama asyik belek album masa kita bercuti di kampung dulu tu. Kesian Alia tengok mama. Abang pulak, dah tak banyak cakap. Pagi pergi kerja, malam baru balik. Alia semakin hilang semangat.
Dah..tak elok sedih-sedih. Apa kata kita pergi makan. Akak lapar ni. Felisha mula ubah tajuk perbualan. Nak bincang benda macam ni, takkan pernah habis.
Alia hanya mengangguk. Mereka berdua beriringan menuju ke kereta semula. Kereta diparkir di tempat letak kereta di depan pusat beli-belah Amcorp Mall.
Alia nak makan apa
Hmm..apa-apa lah. Alia masih sugul.
Cerialah sikit. Masam macam tu, nanti akak kena tambah gula pulak. Dahla harga gula dah naik sekarang ni. Usik Felisha. Dia jeling Alia yang sudah tersengih.
Akak ni pandai jugak hiburkan hati Alia kan Kalaulah kita macam dulu Alia peluk Felisha.
Felisha dah rasa serba salah.
Jom kita makan dulu. Felisha ajak Alia menuju ke sebuah restoran di tingkat satu.
Mereka berdua mula menikmati makanan yang dipesan. Lauk ikan siakap kukus halia, pak choi masak cendawan tiram dan udang goreng mentega cukup membangkitkan selera.
Eh..tu macam perempuan yang bersama Tajdid hari tu..kenapa dia jumpa Kamalia Felisha jenguk ke arah sudut meja makan yang terletak di penjuru dinding.
Akak tengok apa Alia mendongak.
Err..tak..tak ada apa..Felisha habiskan cepat-cepat nasi dalam pinggan. Sesekali matanya menala ke arah dua gadis yang serius bersembang di situ.
Mereka berdua mula beredar dari situ.
KERETA diparkir di laman. Felisha lihat sekitar laman rumahnya. Kereta Najwa masih tidak ada di situ. Kereta MyVi Hanim juga masih tak nampak.
Belum balik lagi la tu.. Felisha melangkah ke ruang tamu. Dia rebahkan diri di sofa. Setengah jam lagi, waktu maghrib akan masuk.
Teks mesej yang masuk ke telefon bimbitnya dibaca seketika.
Nak apa lagi dia ni Aku dah maafkan pun. Rimasnya macam ni! Felisha masukkan semula telefon bimbitnya dalam beg tangan. Dia menapak malas ke bilik.
Usai solat maghrib, Felisha menyambung semula membaca al Quran yang hampir seminggu tidak disentuh.
Alamak! Blackout lagi ke Felisha letak Quran atas katil. Dia menapak perlahan ke arah meja belajar. Lampu suluh dicapai dari situ. Sempat suluh jam di dinding. Sudah pukul lapan lebih.
Mana Najwa dan Hanim ni Takkan masa ni tak balik lagi. Selalunya mereka yang balik awal. Felisha mula melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Suis utama perlu diperiksa. Telekung masih tersarung di tubuhnya.
Mana pulak suis ni Hari tu Alia yang tekan suis tu..haish.. Felisha meraba-raba mencari.
Takkanlah..aku dah tekan suis tu.. Felisha garu kepala. Keadaan masih gelap. Dia tekan sekali lagi. Masih gelap.
Felisha segera kunci pintu rumah. Tak nak kejadian dulu berulang lagi. Seram! Dia berlari ke bilik semula. Pintu bilik pula dikunci. Dia duduk diam di atas katil. Telefon bimbitnya digenggam di tangan. Masih fobia dengan kejadian dulu.
Felisha terkejut bila telefon bimbitnya berdering kuat. Melalak lagu Afgan. Siapa call aku ni
Hello..Wa! Kau kat mana Hah Tak balik Kau tahu rumah ni blackout! Aku sorang-sorang kat rumah ni! Balik la Wa! Felisha dah takut.
Najwa pulak ada hal kat luar. Nak bermalam di rumah makciknya di Selayang. Adoih!!
Haish..Wa pulak tidur rumah mak sedara dia. Hanim pun tak balik lagi Felisha sudah risau. Sekali lagi telefonnya berdering kuat.
Beb! Kau kat mana Hah Langkawi Err..ya la.. Felisha muncung. Hanim pun dah ke Langkawi. Memang minggu lepas, Hanim ada beritahunya pasal hal tu. Dia terlupa.
Nak tak nak, terpaksa Felisha tidur seorang diri.
Kalau apa-apa jadi, aku call abang. Felisha sudah standby dengan nombor telefon Fakrul.
Felisha masih duduk atas katil. Lampu suluh turut diletakkan dekat dengannya.
Sekali lagi telefonnya berdering kuat. Alia
Ya Alia! Ada apa Mama nak jumpa Bila Esok Baiklah..esok tengah hari akak pergi sana. Akak.. Felisha terhenti. Bunyi derapan tapak kaki melangkah jelas di telinganya.
Felisha menelan liur. Ya Allah..janganlah berlaku lagi perkara dulu. Dia ambil bantal dan didakap erat. Mukanya ditekup ke bantal. Suara Alia memanggilnya masih kedengaran di hujung talian. Bunyi derapan kaki semakin dekat.
Ya Allah..selamatkan aku.. Felisha semakin takut. Dia meraba telefon bimbitnya. Mana pulak telefon ni Dia semakin cemas. Panik.
Dummmm!!
Felisha terbeliak. Pintu biliknya ditendang kuat. Pantas Felisha lompat dari katil. Dia menyorok bawah katil. Jelas dia melihat kaki seseorang menapak masuk ke biliknya. Berjalan mencari sesuatu. Lelaki yang memakai kasut bertali menghampiri katilnya. Tidak semena-mena lelaki itu tunduk.
Felisha menelan liur. Jantungnya berdegup kencang. Sekali lagi lelaki itu tunduk.
Felisha menjerit ketakutan. Tangannya ditarik kuat oleh lelaki tadi. Sempat Felisha menoleh. Lelaki itu bertopeng.
Kau nak apa hah Apa salah aku Felisha meronta.
Kau diam! Aku hanya ikut arahan. Lelaki itu tolak tubuh Felisha ke atas katil.
Felisha menjerit kuat. Walau apa terjadi, dia tak akan biarkan lelaki itu menyentuh tubuhnya. Tidak!
Felisha masih meronta ingin lepaskan diri. Dia tendang lelaki tadi dan berlari sekuat hati keluar dari bilik tapi sempat dipeluk semula lelaki tadi.
Tolonglahjangan apa-apakan aku. Apa salah aku Felisha mula merayu.
Hahahaha!!Lelaki bertopeng itu ketawa terbahak-bahak.
Felisha gigit tangan lelaki itu dan terus berlari ke ruang tamu. Tak nampak dalam keadaan gelap begitu, Felisha sudah tergolek jatuh dari anak tangga atas.
Aduh Cepat-cepat dia bingkas bangun dan berlari ke dapur. Sempat sambar batang penyapu dan alu lesung.
Badannya sudah dibasahi peluh. Dia mendiamkan diri di sebalik pintu. Jelas derapan tapak kaki lelaki tadi menghala ke dapur.
Kau datang..aku ketuk kau dengan alu lesung sampai pengsan! Felisha tekad.
Derapan kaki makin jelas di cuping telinga. Daun pintu dikuak kuat. Felisha pantas mengangkat penyapu. Lelaki tadi sempat halang dari dipukul. Felisha tersungkur jatuh atas lantai. Lelaki tadi terus menghempap tubuhnya. Sekali lagi Felisha menjerit kuat.
Hoi!!
Sebiji penumbuk singgah di muka lelaki tadi. Lelaki itu ditumbuk sekali lagi sampai terduduk di tepi pintu.
Berani kau ya!
Kak Sha!! Alia segera dapatkan Felisha yang sudah menangis tersedu-sedu.
Bertubi-tubi Fariz memukul lelaki tadi yang sudah tersembam atas lantai. Dia terus mengikat kedua tangan dan kaki lelaki itu yang telah pengsan.
Alia, jaga Felisha. Abang nak buka suis lampu. Fariz bergegas ke luar rumah. Mencari kotak suis di situ. Memang betul apa yang dia syak, suis utama rumah itu sengaja ditutup.
Dia kembali ke dapur. Keadaan dalam rumah sudah kembali terang. Lelaki tadi masih terikat di tepi dinding.
Aliaterima kasih. Felisha mendakap erat tubuh kecil Alia. Dia menangis semahunya di bahu Alia. Telekung yang masih tersarung di tubuhnya dibetulkan. Sempat jeling Fariz yang dah bercekak pinggang sebelah lelaki gila tadi. Lega.
Akak..dah la. Akak dah selamat. Alia turut menangis.
Sekarang ni nak buat apa dengan dia ni Fariz duduk mencangkung sebelah lelaki tadi. Topeng lelaki itu masih melekat di muka.
Abangtelefon polis. Serahkan dia pada polis! Alia geram. Dia sepak kaki lelaki yang pengsan tadi.
Fariz bingkas bangun dan menelefon seseorang. Dia kemudian pandang ke arah Felisha yang sudah koyak rabak baju tidur yang dipakai. Nasib baik Alia sudah tutup dengan selimut. Dia sekali lagi mendekati lelaki bertopeng dan cuba mencabut topeng.
Jangan! Felisha menghalang.
Eh, kalau tak buka, macam mana nak cam muka penyangak ni! Fariz geram.
Saya sendiri yang buka! Felisha bangun perlahan. Dia mendekati lelaki tadi yang masih pengsan. Perlahan dia tarik topeng yang menutupi muka lelaki tu.
Hah Felisha menelan liur.
Awak kenal dia niFariz pandang Felisha tak berkelip.
Dia nilah yang cuba perkosa saya dulu masa saya nak jumpa awak di tasik dulu.Felisha mengetap bibir.
Apa Jadi sebab tulah awak peluk saya Fariz putar kembali kejadian di tasik di benaknya.
Felisha angguk.
Kenapa tak panggil saya Fariz dah menyinga. Geram dengan tindakan Felisha.
Dah sakit anak tekak saya panggil awak minta tolong. Awak asyik pandang tasik tu! Lepas tu mamat gila tu pulak tekup mulut saya! Felisha turut mengetap bibir.
Hmmawak pasti dia ni orang yang sama
Sekali lagi Felisha angguk.
Mungkin dia ni jugak yang ceroboh rumah saya dulu. Masa hujan lebat. Felisha teringat kejadian dulu.
Serahkan saja kat polis abang! Alia sekali lagi tendang kaki lelaki tu.
Sha!! Sha okey Fakrul muncul di muka pintu bersama Arini dan orang tua Felisha.
Abang! Felisha segera peluk abangnya.
Sha! Kenapa ni Siapa dia ni Kenapa dia nak rogol Sha Bertubi soalan Puan Bainun.
Entahlah mama..Sha tak tahu. Masuk ni, dah tiga kali dia cuba rogol Sha.. Felisha menangis pula di bahu ibunya.
Ipo..terima kasih kerana tolong Sha. Aku tak tahulah apa akan jadi kalau kau lambat sampai tadi. Mungkin Sha dah jadi mangsa mamat ni! Fakrul turut tendang tubuh lelaki itu.
Dah la tu Fakrul. Semua tu atas izin Allah. Sekejap lagi polis datang. Yang penting sekarang ni, Sha selamat. Encik Zainuddin mencelah. Dia mendakap lembut anak gadisnya yang masih menangis.
Sha! Awak okey Tajdid pula muncul. Dia segera mendekati Felisha yang berdiri sebelah Encik Zainuddin.
Felisha mengangguk lemah.
Kenapa awak tak call saya Kenapa call Fariz Tajdid mula merengus. Dai jeling sepupunya.
Taj..aku pun tahu dari Alia. Sebelum kejadian ni, Alia ada call Felisha. Lepas tu, dia dengar Felisha menjerit minta tolong. Alia beritahu aku. Aku cepat-cepat datang ke sini dengan Alia. Fariz cepat-cepat menerangkan keadaan sebenar sebelum dia disalah sangka.
Tajdid diam. Otaknya masih berfikir. Macam mana Alia boleh rapat dengan Felisha Dia orang ni dah lama kenal ke
Sudahlah. Polis pun dah sampai. Lepas ni kita akan tahu siapa dalang semua ni. Encik Zainuddin jenguk melalui tingkap. Sebuah kereta peronda polis telah sampai di laman.
Sha, mulai hari ni, papa tak benarkan Sha tinggal lagi di sini. Encik Zainuddin