Abstrak Cinta Aku & Dia - 33
BAB 33

KERETA MyVi hitam diparkir di tepi jalan. Waktu yang terpamer pada jam menunjukkan lagi 15 minit ke lapan malam. Zack mencapai telefon bimbit lalu menaip mesej.

Zack dah sampai kat bawah.

Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Okay. Tunggu. Lagi 5 minit Izah turun.

Telefon bimbit disimpan dalam poket seluar. Sambil menunggu, penyaman udara dibiarkan terpasang. Walaupun malam hari, udara luar masih terasa panas berbahang. Kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia sedang mengalami cuaca panas ketika ini. Sudah berminggu hujan tak turun. Kalau mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, ini adalah perubahan cuaca yang biasa.

Lagu di radio dibiarkan berkumandang, Zack membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Kening Zack berkerut. Di bawah lampu jalan, seorang lelaki yang sedang bersandar di pintu sebuah kereta Mitsubishi Lancer sambil bermain dengan telefon bimbit menarik perhatiannya.

Macam pernah nampak sebelum ini. Jika tak salah, itu teman lelaki Amy yang dia terlupakan namanya. Peristiwa Amy dimarahi depan orang ramai timbul dalam benaknya. Maki bukan sebarang maki, sesiapa yang melihat peristiwa itu dulu pasti tahu, betapa mulut mamat psiko itu memang tak ada insuran.

Zack mematikan enjin kereta lalu keluar. Dia juga, turut sengaja bersandar di pintu kereta sambil pura-pura meneliti telefon bimbit. Sekali-sekala, mamat psiko itu diperhati. Takkanlah si Amy bercinta lagi dengan mamat psiko ni

Muncul rasa kurang senang. Mahu saja Zack menghalau lelaki itu pergi. Tapi, apakan dayatempat ini tempat awam. Bukan bapa dia punya

Ikutkan hati, ingin saja dia menelefon Amy lalu memberi sepatah dua kata. Apa Tak serik-serik bercinta dengan orang panas baran Nak tunggu muka berlebam biru baru nak sedar Amy pun satu. Yang pergi hadap sangat dengan mamat psiko tu, kenapa

Bukan mahu menyibuk hal Amy. Padanya, ramai lagi yang lebih sesuai untuk Amy jadikan teman lelaki, bukan seperti mamat psiko panas baran itu. Dia tak boleh menerima seandainya Amy dikasari lebih-lebih lagi dengan mamat psiko. Sungguhpun tak pernah berbaik, walau sering bergaduh, Amy tetap keluarganya. Tak mungkin dia tegar melihat mana-mana ahli keluarganya disakiti.

Hai Zack.

Satu suara manja menegur. Zack menoleh ke kanan. Terpana. Amy dan mamat psiko terbang dari fikiran. Farizah sudah hampir dengan jarak semeter, tersenyum padanya. Berjalan penuh gaya. Rambutnya teralun-alun mengikut rentak langkah. Bau wangian lembut yang dia tak tahu dari pewangi jenama apa, menerjah hidung membuatkan nafasnya sesak secara tiba-tiba.

Posisi bersandar dengan kaki bersilang, kekal. Farizah dipandang dari atas ke bawah.

Gaun sendat atas lutut terletak elok mengikut lekuk tubuh. Kardigan putih nipis dipakai buat menutupi apa yang terdedah di bahagian atas. Kasut tumit tinggi tiga inci mempamer ilusi tinggi lampai walaupun Farizah tidaklah begitu tinggi orangnya.

Solekannya nipis namun kejelitaannya masih terserlah.

Zack.

Namanya dipanggil lagi.

HaierrIzahZack menelan air liur. Bukanlah tak pernah tengok perempuan cantik. Tetapi dengan Farizah, gaya menggodanya lain macam. Seram.

Cantik-cantik ni, Izah nak pergi manaZack berseloroh sedikit. Dia hanya memakai jeans biru dengan T-Shirt putih berjenama Adidas serta kasut dari jenama sama. Ringkas. Manakala Farizah, bukan main lagi bergaya. Macam tak sesuai pula nak keluar berdua.

Farizah menjawab dengan senyum dan jeling manja bersahaja. Lama ke Zack tunggu Izah

Taklah.Zack bangkit dari sandaran. Satu senyum nipis dihadiahkan kepada Farizah. Sempat menjeling mamat psiko di seberang jalan.Jom.

Farizah mengangguk lalu beralih ke tempat duduk sebelah pemandu. Zack sudah pun masuk ke perut MyVinya.

Amy ada kat rumah keSaat enjin kereta dihidupkan, Zack bertanya. Mahu membuat sedikit soal-siasat.

Farizah senyum dan mengangguk.

Dia tak keluar

Amy jarang keluar. Sejak dia putus dengan Farid, lagilah jarang dia keluar

Oh. Mamat psiko tu nama Farid. Zack terangguk-angguk.

Amy dah putus dengan FaridJari Zack menekan lambat-lambat butang radio, mencari siaran yang sesuai.

Farizah mengangguk lagi.

Habis, apa mamat psiko tu buat kat sini Teka-teki bermain dalam kepala Zack.

Amy tahu ke kita keluar berduaZack melontar soalan lagi.

Tak.Farizah geleng dan senyum.

Zack angguk.

So, kita nak pergi mana ni

Tak tahu. Zack nak pergi mana

Lemah betul bila jawapan yang diberi adalah tak tahu. Zack angkat bahu tanda dia pun tak ada idea mahu ke mana. Kalau ikut padanya, kedai mamak pun tak ada hal. Tapi minah ni pakai macam nak pergi clubbing. Nak ke pergi mamak je Ah..nanti-nantilah bincang.

MyVi hitam mula bergerak meninggalkan kawasan itu.

JAUH kereta dipandu hingga ke Damansara. Dalam kereta, mereka lebih banyak berbalas senyum dari berbalas kata. Zack, ideanya mati untuk berbual panjang. Lebih kerap menjeling Farizah di sebelah dengan ekor mata. Farizah pula, memerhatikan pemandangan di luar tingkap, melayan rasa yang dia seorang saja tahu.

Malam minggu. Kawasan ini memang selalunya penuh dengan warga kota yang mahu menyenggang masa terluang. Kebanyakannya, muda-mudi. IKEA menjadi destinasi pilihan Zack. Sudah tak tahu mahu ke mana. Sesekali layan cuci mata di kedai perabot pun menarik juga.

Sebenarnya, IKEA adalah tempat Zack sering keluar berpacaran dengan Liana dulu. Hobi separa pelik Liana adalah cuci mata di IKEA. Kata Liana, kalau sudah ada rumah sendiri, dia berangan mahu ada dekorasi dalaman seperti di IKEA.

Satu masa dulu, Zack pernah memasang angan-angan untuk bersurikan Liana. Sesaat kenangan bersama Liana datang, secepat kilat juga ia hilang. Bukanlah tujuan dia datang ke sini untuk mengenang memori lama. Dia ke sini sebab memang tak tahu mahu ke mana lagi.

Selepas dua pusingan, tuah menjelang. Jumpa juga parkir kosong di sebelah sebuah Vios putih. Nama pun malam minggu. Tidak sah kalau pusat membeli-belah tak penuh. Lebih-lebih lagi di kawasan Damansara ini.

Jomlah.Zack keluar dari kereta dituruti Farizah di sebelah sana.

Sepanjang berjalan, Farizah tak lepas dari berpaut pada lengan Zack. Sesekali, kepalanya terlentok di bahu. Sesekali, perut Zack dicubit bila Zack berjenaka. Manja. Macam kucing Parsi. Dan malam ini, terlebih-lebih pula.

Pro dan kontra bermain dalam kepala Zack. Berjalan dengan Farizah, membuatkan egonya naik membukit. Bukan sedikit mata yang memandang ke arah mereka. Lebih tepat, ke arah Farizah. Yang memandang ke arahnya pula, ekspresi wajah mereka, pada perkiraannya memberi gambaran - Mamat ni, muka pecah rumah tapi awek cun gila.

Dan dia akan memandang kembali dengan ekspresi - 'Kau ada

Ya, tak dapat dia nafikan. Bila berjalan dengan awek cun gila, akan wujud rasa riak dan bangga.

Di satu sudut pula, dia kurang selesa. Wujudnya Farizah di dunia seperti memang mahu dijadikan ujian kepada imannya. Beberapa kali dia memberi isyarat supaya Farizah berjalan seperti biasa. Tak perlulah nak berpaut lengan. Sekejap-sekejap, dia pura-pura membelek telefon bimbit. Kadang-kadang, dia sengaja memegang perabot. Macam-macam cara dia buat supaya Farizah jalan macam biasa. Tetapi tetap Farizah tak memahami atau mungkin, buat-buat tak faham.

Hendak diberitahu terus-terang, bagai tak terucap pula di bibir. Iyalah, awek cun. Tak sampai hati rasanya. Cuba andaikan rupa Farizah seperti Maya Karin versi Pontianak - jangan kata nak paut lengan, ajak keluar pun belum tentu dia setuju.

Tipikal lelaki, biasalah. Harap akal saja ada sembilan

Izah, nak makan takZack bertanya. Di hadapan Foodcourt, langkah terhenti. Bebola daging IKEA seperti memangil-manggil.

Izah tak ada selera. Tapi kalau Zack nak makanIzah temankanSambil senyum, Farizah menjawab. Dia memang tak ada selera. Rasa mual yang datang dan pergi ditahan sedari tadi. Namun dia harus bertahan. Masa tidak banyak. Rancangan perlu diteruskan.

Zack angguk. Tak apalah kalau tak nak makan. Biar dia yang makan. Antara perut yang lapar dengan awek yang cun, perut yang lapar lagi penting.

Foodcourt IKEA adalah destinasi seterusnya.

Apa mimpi tiba-tiba ajak keluarSoal Zack. Bebola daging ketiga sudah selamat dikunyah.

Saja. Lama tak jumpa.Farizah bermain mata, menjeling manja.

Zack pandang ke arah lain. Dia buat lagi

Boyfriend Izah tak marah ke, Izah keluar dengan Zack ni

Kalau Izah ada boyfriend, Izah tak keluar dengan Zack Farizah beri jawapan berkias.

Zack terlepas tawa kecil. Iyalah tu. Pelik pula rasanya. Berwajah cantik tapi tak ada teman lelaki. Lelaki dalam Malaysia ni memang dah tak minat dengan awek cun kot

Zack sekarang ni dah lainlah. Tak macam masa kita sekolah dulu Farizah bersuara.

Hmm Zack angkat kening.

Dulu...masa sekolah. Zack macam kayu. Nak tegur pun, Izah takut.

Zack senyum, teringat alam persekolahan. Karektor yang dipegang ketika zaman sekolah dulu adalah Cool & Serious. Agak jual mahal namun tidaklah terlalu dingin. Tampak eksklusif. Baru awek pandang. Hahahahahaha

Apa yang orang lain tak tahu, setiap kali Farizah ada, hatinya terkinja-kinja. Farizah, gadis paling popular ketika itu. Hendak ditegur lebih ramah tapi malu. Dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima, dia sukakan Farizah dalam diam. Tapi itu dulu. Satu waktu yang dulu.

Izah pun dah banyak berubah. Zack berkata.

Berubah macam mana

Makin cantik.Ini jawapan jujur dari Zack.

Farizah senyum.

Mereka terus berbual. Dari satu perkara ke satu perkara. Namun, Zack perasan, yang Farizah bukan benar-benar menumpukan perhatian. Ada kalanya, fikiran Farizah seperti melayang.

Izah ada masalah keZack cuba menjadi pakar jiwa.

Tak adalah. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu

Zack diam. Mata manusia jarang menipu.

APABILA kembali ke Vista Tasik, waktu sudahpun menunjukkan hampir ke dua belas malam. Zack memakirkan keretanya di tepi jalan, bersama deretan kereta lain yang terbiar kaku. Mungkin milik penghuni Vista Tasik yang tidak mempunyai pas parkir di dalam kawasan apartment.

Thanks Zack, sebab sudi teman Izah keluar malam ni.Farizah senyum setelah berkata.

Alatak ada apalah.Balas Zack, turut tersenyum. Next time, kalau ada masa... boleh keluar lagi...

Farizah tetap senyum.

Err...kita kan...kawan-kawan kan...Zack menyambung kata. Entah kenapa, secara tiba-tiba hatinya berdebar memandang Farizah. Dia mati kata. Suasana sunyi. Sunyi di dalam, sunyi di luar.

Farizah kekal tersenyum. Mata Zack direnung lama. Rancangannya akan bermula darisekarang...

Zack.Farizah memecah sunyi. Tangannya diletakkan atas peha. Atas peha Zack.

Err...yaZack hanya memandang tangan Farizah tanpa berbuat apa-apa, jauh sekali untuk menepis. Tidak tahu nak buat apa kerana secara tiba-tiba tangannya bagai tidak berfungsi.

Izah ada benda nak tanya dengan Zack.

Err..tanyalah.

Betul ke dulu...Zack suka Izah

Kening Zack terangkat. Pelik dengan soalan yang tiba-tiba diajukan kepadanya. Segan terasa. Itu cerita lama. Cerita lebih kurang 12 tahun yang lalu. Kisah bermula di tingkatan tiga. Kisah di mana secara diam-diam, dia meminati teman baik si kakak tiri. Kisah di mana dia menyimpan rasa sehingga tamat alam persekolahan. Tak perlu rasanya nak diungkit sekarang.

Zackbetul ke, Zack suka IzahSuara Farizah semakin manja.

Zack terasa lemah segala sendinya.

Erriya.Zack mengurut tengkuk dan senyum sumbing.

Sekarang

Sekarang...err, kenapa

Zack tak suka Izah lagi

AhhmmTiada jawapan yang mampu diberi.

Kalau Izah cakap, Izah pun suka Zack

Ah...sudah. Zack merengsa.

ZackJemari Farizah makin nakal. Kalau tadi di peha, sekarang mula bermain di telinga.

Izaherr Zack terkelu lidah. Tak pasti apa yang perlu dia buat saat ini. Rasa meremang menyusup di tengkuk.

Zacksayang IzahSuara Farizah makin menggoda.

Walaupun saat ini, Zack terdiam kaku, itu cuma di luaran. Dalaman, hatinya menggelinjang tak tentu hala.

Farizah meningkatkan permainan. Secara perlahan, Zack dihampiri. Wajah Zack diusap dengan jari. Dapat dia lihat, Zack sedang menahan rasa.

ZackHal menggoda, dia memang pakar. Permainan harus diteruskan. Izah pun sebenarnya, dah lama suka pada Zack. Zack aje yang tak sedar

Izah...jangan...Zack menoleh, terus pegun.

Wajah Farizah hanya seinci darinya. Ayat terus mati. Seluruh wajah Farizah dijelajah dengan mata. Apa sebenarnya yang Farizah mahu Apa yang Farizah cuba buat Saat ini, persoalan itu terlalu sukar untuk dijawab. Akalnya semakin ligat berperang dengan hawa nafsu. Di sebelah kiri telinga, bisikan demi bisikan semakin galak mempengaruhi.

Zack..Jari Farizah menyentuh bibir.

Haruman yang dipakai Farizah memenuhi segenap rongga. Zack menelan liur.

IzahTerasa imannya kian cair.

Farizah semakin rapat. Izah betul-betul sukakan Zack

Zack menghela nafas. Mata bertentangan. Jari yang mengelus bibirnya digenggam. Izah

Satu saat, dua saat, tiga saat, empat saat, lima saat.

Aku...tak boleh.Jari Farizah dilepaskan. Dengan satu helaan nafas, Zack pantas keluar dari kereta.

ZACK bersandar di pintu pemandu. Farizah masih terdiam di dalam. Zack tak berani nak jengah. Biarlah. Berikan sedikit masa. Dia juga perlukan masa untuk menstabilkan kembali rentak jantung yang tergendala. Termenung jauh.

Dia tak boleh. Bukan kerana dia tidak bernafsu pada perempuan. Bukan kerana dia ada masalah dalaman. Seratus-peratus dia yakin, dia lelaki tulen tanpa masalah. Dia tak boleh kerana dia memang tak boleh!

Tolak tepi seketika soal dosa. Jika perbuatan ini tak berdosa sekalipun, dia tak akan melakukannya. Dia tak mahu. Dia tiada hati walaupun dia akui, nyaris tewas tadi.

Ada bisikan di telinga kiri memarahinya kerana menolak tuah. Segera bisikan celaka itu dipadamkan dengan menyebut nama Tuhan. Baru teringat nak beristighfar.

Zack menjeling jam tangan. Hampir ke satu pagi. Setengah jam yang lepas, diisi dengan termenung memikirkan perkara yang baru berlaku, hampir-hampir nak berlaku. Dia bangun dari sandaran dan beralih arah ke tempat duduk sebelah pemandu. Air liur diteguk. Jari mengetuk cermin kereta. Tiada balasan. Dia membuat keputusan untuk membuka saja pintu kereta. Lagipun, ini keretanya. Suka hati dialah nak buat apa. Berapa lama lagi nak melangut di sini

IzahSaat pintu kereta terbuka, Zack menyebut nama Farizah dengan perlahan.

Farizah tak menoleh. Pipinya basah dengan air mata.

IzahIzah okey

Masih tiada jawapan. Zack mengeluh perlahan. Timbul sedikit rasa amarah namun dipendam. Boleh saja dia memaki hamun dan mengeluarkan pelbagai kata kurang sopan. Tetapi, dia memilih untuk tidak berbuat begitu. Bukan kerana dia lelaki terlalu budiman. Jauh di sudut hati, dia dapat rasakan yang Farizah sedang mengalami luka jiwa. Luka kerana apa Dia sendiri tak pasti. Di saat ini, dia tidak mahu mengambil tahu. Cukuplah dengan perkara yang baru berlaku...dan hampir nak berlaku.

Zack menyentuh lengan Farizah. Baru Farizah mahu mengangkat muka. Mereka saling berpandangan dan Zack mengukir senyum tawar.

Jom. Zack hantar Izah naikLengan Farizah ditarik lembut. Tiada bantahan, Farizah keluar dari keretanya.

Sepanjang jalan, Zack mengekalkan jarak tiga langkah di belakang Farizah. Dia tak mampu berdepan dengan Farizah dan dia yakin, Farizah juga begitu.

Tiba di hadapan rumah, Farizah segera memutar kunci. Pintu terbuka. Tanpa bersuara, tanpa memandang, dia terus masuk. Pintu dikunci kembali. Terus hilang dari pandangan Zack.

Zack menghela nafas perlahan. Berpaling kembali dan terus berjalan. Soalan dalam kepala dibiarkan lupus. Tidak mahu memikirkannya lagi.

DI dalam bilik tidur, Farizah bermenungan. Rancangan ini sepatutnya mudah saja. Perangkap Zack dan paksa Zack untuk

bertanggungjawab. Kemudian, kahwin. Apa akan terjadi selepas itu, bakal difikirkan kemudian.

Kenapa Zack yang dipilih Sebab Zack tidak sama dengan lelaki di luar sana. Bukan seperti Aaron, bukan seperti Badli dan bukan seperti mana-mana lelaki yang pernah dia dampingi. Tapi, rancangannya gagal. Sebab Zack memang tak sama dengan lelaki di luar sana.

Bodoh!

Siapa

Aku.

Farizah menangis semahu-mahunya.