HARI-HARI dalam hidup Anis dilalui dengan penuh hati-hati. Apa yang berlaku di pejabat, seboleh mungkin dia cuba elak dari didekati oleh Imran. Dia perlu berhati-hati. Imran juga perasan dengan sikapnya yang mula dingin. Mungkin Imran juga turut merasa kesan dari tindakan bodohnya tempohari.
Perniagaan somtamnya juga masih seperti biasa. Setiap kali Izara mengajak untuk makan malam di rumah mewah itu, dia akan menolak dengan baik. Dia perlu bersendirian. Alhamdulillah, Izara faham dengan keadaannya tika ini.
Hmmcepatnya masa berlalu. Anis belek kalendar.
Telefonnya mula berdering. Anis pandang skrin telefon.
Assalamulaikum mak. Balik Bila Hmm..yalah.. Lemah suara Anis.
Panggilan dari ibunya tadi cukup mencarikkan jantungnya. Minggu depan keluarga Imran datang meminang. Semuanya dirasakan bagai mimpi.
Kenapa dia tak membantah Anis pening memikirkan Imran yang hanya menurut saja kehendak Puan Zaharah.
Anis, boleh aku masuk
Sarah melangkah ke arah Anis yang termenung di atas katil.
Kenapa dengan kau ni Sarah melabuhkan punggung di sebelah Anis.
Tak ada apaminggu depan aku kena balik kampung. Anis tunduk. Air mata yang bertakung cuba ditahan.
Ada apa kau kena balik kampung Mak kau sakit ke
Anis geleng.
Habis tu Ada..orang masuk meminang eh Sarah mula usik Anis.
Anis mendongak. Nak saja dia luahkan apa yang terbuku di hati kepada teman serumahnya yang banyak membantunya selama ini. Tapi itu semua tidak membantunya mengatasi masalah yang dihadapi.
Mana ada..ni hal keluarga.. Anis terpaksa berbohong.
Ohmana tahu. Kalau ada masalah, jangan segan beritahu aku. Aku nak tidur dulu. Sarah menghulurkan beberapa keping surat.
Apa ni
Surat kaulah! Penuh dalam letter box tu! Sarah senyum.
Hmm..terima kasih.. Surat diletak atas meja belajar.
Kau ni kenapa Lain macam je aku tengok akhir-akhir ni. Kau demam ke Sarah letak tapak tangannya ke atas dahi Anis.
Aku okey la..Anis tepis tangan Sarah.
Hmm..aku nak mandi dulu. Sarah mula berlalu pergi.
Anis senyum hambar. Perkenalannya dengan Jay yang diharap boleh membawanya ke jalan syurga turut terkubur gara-gara pernikahan yang telah dipersetujui oleh mak dan Puan Zaharah tanpa ada bantahan dari Imran.
Laman facebook dibuka lagi. Mengharapkan Jay sudi mendengar luahan hatinya. Tiada jawapan dari jejaka itu. Hampa.
Fikirannya mula berserabut. Keliru dengan apa yang berlaku. Entah macam mana dia nak berdepan dengan Imran di pejabat nanti. Ah! Aku perlu cari kepastian!
JAM sembilan Anis sudah berada di pejabat. Bilik Imran masih gelap. Dia menyusun surat-surat yang diambil dari kaunter penyambut tetamu. Jadual Imran juga turut dikemaskini. Dia perlu bereskan semua kerja sebelum bercuti. Berat hati bila teringat semua itu.
Assalamualaikum!
Anis mendongak. Imran sudah tersenyum lebar memandang ke arahnya. Salam diberi dijawab acuh tak acuh. Dengar tak dengar.
Ada surat untuk saya
Anis segera mengambil surat yang diletak di dalam tray. Tiada sepatah kata pun keluar dari bibirnya. Surat itu dihulur kepada Imran yang masih tercegat di tepi mejanya.
Terima kasih. Lepas ni boleh buat air kopi untuk saya Imran masih senyum. Dia mula berlalu pergi.
Anis hanya memerhati Imran masuk ke biliknya. Lain macam sikap Imran kali ni. Sejak kejadian yang memalukan dulu, seolah tiada apa yang pelik berlaku. Semuanya seperti sedia kala. Dia bangun malas menuju ke pantri untuk membancuh air.
Ni kopi tuan. Anis meletakkan mug kopi di atas meja Imran. Dia melangkah ke arah pintu semula bila tiada arahan dari Imran.
Tunggu!
Anis kembali menoleh. Langkahnya terhenti.
Awak tahukan, minggu depan mama saya nak buat apa Imran sengih. Kopi diteguk perlahan.
Anis mengangguk lemah.
Jadi, saya harap awak tahu apa yang sepatutnya awak buat. Awak tahu yang saya tak pernah sukakan awak. Imran mula bersandar pada kerusi empuknya.
Anis beranikan diri melangkah ke arah meja Imran. Lama dia memandang wajah tuan pengarah muda yang sombong itu.
Kenapa tuan tak bantah
Imran senyum. Dia sudah agak tentu soalan itu yang akan gadis itu tanya. Jemarinya bertaut menopang dagu dengan kedua siku diletakkan atas meja. Wajah gadis itu direnung lama. Ada genangan air mata di mata bening itu.
Saya tak nak lukakan hati mama saya. Lagipun, itu memang salah saya. Cium awak tanpa kerelaan awak. Jadi saya dipaksa bertanggungjawab dengan menikahi awak. Kalau awak setuju, kita ada perjanjian. Kalau awak tak setuju, dengan sendirinya kita tak ada apa-apa. Imran masih merenung Anis. Mencari reaksi wajah putih kemerahan itu.
Maksud tuan
Jika awak setuju atau dipaksa bersetuju, maka awak kena ikut syarat yang telah saya tetapkan. Imran membetulkan kedudukan kerusinya.
Syarat Anis pandang Imran yang mula berubah riak. Serius!
Imran angguk. Ya! Syarat! Tak semudah itu awak boleh bernikah dengan saya.
Anis tunduk. Nampak sangat Imran menganggapnya gilakan harta dan kemaruk nak bernikah dengannya!
Saya beritahu syarat itu awal-awal supaya senang untuk awak buat keputusan. Macam mana Imran tenung mata Anis yang mula berkaca.
Anis tunduk membisu. Terasa aturan hidupnya digenggam oleh insan lain. Insan yang sudah lama membuat hatinya merana kerana cinta yang sia-sia.
Imran senyum. Puas bila melihat Anis mula serba salah walaupun dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya tika ini.
Syarat apa Anis menutur lirih. Terasa suaranya tersekat di tenggorok.
Lepas nikah nanti, kita akan tinggal serumah tapi tidur di bilik masing-masing. Awak boleh buat apa yang awak suka dan saya juga boleh buat apa yang saya suka tapi bila mama saya dan mak awak ada sekali, pandai-pandailah awak dan saya berlakon sebagai suami isteri. Tentu awak faham bukan Hanya keluarga saja yang tahu tentang pernikahan ini. Jadi awak jangan nak pandai-pandai canangkan pada orang luar. Imran mula bangun. Dia melangkah mendekati Anis yang kaku mendengar syaratnya tadi.
Anis mengundur sedikit. Dia perlu berhati-hati. Mana tahu, Imran buat hal lagi macam dulu.
Jadi awak setuju dengan semua syarat tu Imran semakin dekat dengan Anis. Tudung merah hati berbunga kecil itu disentuh lembut. Wangi.
Baiklah..saya setuju kerana saya juga tak mahu melukakan hati mak saya. Jangan ingat saya terima pernikahan ni kerana saya gilakan harta tuan dan kemaruk nak nikah dengan tuan. Tidak! Saya terpaksa terima semua ni kerana kehendak Izara dan Puan Zaharah juga. Anis mengetap bibir. Dia perlu bertegas. Kalau Imran ada syarat, dia juga perlu ada syaratnya sendiri!
Oh really Bukan kehendak awak Apa yang saya tahu awak memang nakkan saya. Imran melemparkan senyuman sindir.
Seorang suami yang baik, boleh membawa isterinya menuju ke jalan Allah. Dan saya rasa ciri-ciri yang saya cari itu tidak ada pada tuan. Jadi tidak timbul saya nakkan tuan. Anis cepat-cepat menangkis.
Imran ketawa geli hati. Geli hati dengan pengakuan Anis yang dirasakan terlalu sempurna untuk seorang lelaki.
Hmmciri-ciri yang awak nak tu bagi saya tidak mudah dicari. Awak ingat lelaki zaman sekarang ni macam tu Bull shit! Banyak yang hipokrit. Sama macam perempuan. Depan bukan main berlagak alim tapi di belakang macam bangkai. Busuk! Imran tenung mata Anis yang masih memandangnya. Mata mereka bertentang.
Manusia tidak pernah lari dari dosa tapi Allah maha pengampun. Jangan senang menghukum orang atas sikap dan perangai.
Manusia boleh berubah. Iman boleh kukuh dan boleh juga goyah bila-bila masa. Kita tidak tahu kesudahan hidup kita. Anis menahan getar. Kata-kata Imran sudah mencabar imannya.
Saya tak kata manusia ni suci dari dosa. Macam awak dan saya, kita tetap melakukan dosa. Alim macam mana sekalipun, dia tak akan terhapus dari melakukan dosa. Jadi, di mana rasionalnya seorang alim bersikap baik Imran cuba bertahan dengan hujahnya.
Sebab itu saya kata Allah Maha Pengampun. Hanya Rasulullah saja yang maksum. Bebas dari dosa. Hatta rasul dan nabi lain juga melakukan dosa. Jadi orang macam kita ni apatahlagi. Kalau tuan rasa kulit tuan tu sudah kebal sangat, terpulang. Anis semakin geram. Imran terlalu ego bila berbicara soal agama.
Imran diam. Dia pandang Anis yang semakin merah pipi. Dia senyum. Sengaja dia menaikkan darah gadis itu.
Hmm..not bad! You got your point! Imran kembali bersuara dengan senyuman semakin lebar.
Anis berkerut kening mendengar kata-kata Imran. Tak faham aku dengan mamat ni
So, back to our MoU, macam mana Imran menambah.
Saya juga ada syarat saya sendiri. Anis menyambung lagi.
Apa dia
Saya tak perlu minta izin tuan kalau saya nak buat apa-apa. Anis berpeluk tubuh.
Baiklah! Jika itu keputusan awak, saya terima. Saya anggap awak dah setuju dengan semua syarat saya. Dan satu lagi.. Imran berjalan mengelilingi Anis yang masih terpacak di situ.
Saya tak akan teragak-agak menikah lagi kalau saya berjumpa dengan gadis idaman saya dan kalau awak tak suka bermadu dan nak putus, silakan! Imran masih bertegas dengan pendiriannya untuk mencari calon isteri yang diidamkannya.
Anis mendongak. Imran direnung seketika. Nyata riak Imran serius.
Baiklah! Kalau itu yang awak nak. Saya setuju. Anis menahan sebak. Dia perlu cekal. Tabah!
Kalau macam tu, awak boleh keluar sekarang. Imran kembali ke tempat duduknya. Menyambung semula kerja yang tertangguh.
Anis melangkah longlai menuju ke mejanya. Dia termenung di situ sambil merenung skrin komputer. Hari itu semuanya rasa serba tak kena. Fikirannya melayang entah ke mana. Syarat gila yang diberikan oleh Imran tadi cukup mencabar dirinya sebagai seorang gadis yang dipaksa bernikah.
Ya Allahsungguh berat ujian Mu yang Allah.. Anis meraup muka. Titisan jernih mula mengalir ke pipi.
Hai Anis!
Anis cepat-cepat menyapu air mata di pipi. Izara sudah tercongok di depan meja.
Zara! Ada apa kau datang sini Anis berpura-pura ceria.
Saja..aku happy sangat! Izara sengih. Dia duduk di kerusi di hadapan meja Anis.
Happy
Izara angguk. Gembiralah sebab minggu depan kau dengan rasminya jadi kakak ipar aku!
Anis terdiam. Topik itulah yang telah merenggut hati dan perasaannya kini.
Oh.. Anis mengeluh kecil.
Kenapa Cerialah sikit! Kan cinta kau dah hampir dalam genggaman kau Izara kenyit mata.
Anis hanya mampu tersenyum. Izara tak tahu apa yang telah berlaku.
Bakal suami kau ada tak Izara panjangkan tengkuk melihat ke arah bilik Imran.
Zara..boleh tak kau jangan nak buat lawak Anis semakin sebak.
Laa..apa yang lawaknya Dah sah-sah kau akan jadi tunang abang aku minggu depan. Kalau nikah terus pun bagus, cepat sikit title kakak ipar tu! Izara ketawa kecil.
Anis senyum hambar. Dah tak larat nak layan kerenah Izara. Macam dia pulak yang nak nikah. Hati aku yang bengkak ni dia tak tahu. Rasa dah sengaja hulurkan badan masuk ke dalam penjara.
Alamak! Aku kena jumpa client ni! Aku pergi dulu! Tergesa-gesa Izara melangkah keluar.Lama Anis merenung Izara yang sudah hilang dari pandangan. Izara dan keluarganya begitu mengharap dia menjadi menantu di rumah mewah itu sekali gus menyandang jawatan isteri kepada Imran. Ah! Terasa dunianya semakin malap.
PULANG dari pejabat tadi, Anis terus ke rumah. Stok betik muda dan mangga masih banyak. Selesai membuat somtam, dia mula berehat di ruang tamu. Perasaannya semakin bercelaru. Terngiang-ngiang kata-kata Imran siang tadi. Sudah jelas Imran tidak sukakannya. Sudah terang, Imran tidak pernah cintakannya dan sudah nyata Imran terpaksa bernikah sebagaimana dia juga rasa terpaksa menerima pernikahan itu. Memperjudikan diri untuk sebuah pernikahan yang dirasakan terpaksa dan bila-bila masa boleh terlerai. Ibarat seekor kambing dengan sengaja meredah masuk ke kandang buaya.
Kenapa aku sanggup terima semua ni Anis meluku kepalanya berkali-kali.
Pandangannya beralih pada skrin komputer. Ada mesej dari Jay. Anis hanya merenung laman sosial itu. Jiwanya sudah luluh. Jay bukan lagi boleh jadi pemyelamatnya. Segala-galanya terhalang.
Mawar Putih > Waalaikumussalam
JS > Awak sihat
Mawar Putih > Alhamdulillah..
JS > Apa perkembangan awak sekarang
Mawar Putih > Entahlah
JS > Sound sorrow..something wrong
Mawar Putih >Saya malu dengan awak. Saya rasa saya kalah dengan hati dan perasaan saya sendiri. Saya cuba tabahkan hati dan kuatkan semangat tapi nyata ia semakin memakan diri.
JS > Errsaya tak faham..
Mawar Putih > Mungkin Allah ingin menguji saya sejauh mana saya mampu bertahan.
JS > Awak cakap pasal apa ni
Mawar Putih > Tentang diri saya..perkahwinan..
JS > Jadi awak dah buat keputusan Siapa pilihan awak
Mawar Putih > Saya terpaksa terima dia
JS > Ohjadi awak akan bernikah
Mawar Putih > Yabegitulah..
JS > Bila
Mawar Putih > Tak tahu lagi tapi mungkin dalam masa terdekat ni
JS > Ohsayang, kalaulah saya kenal awak dulu daripada dia..nampaknya..melepaslah saya
Mawar Putih > Apa maksud awak
JS > Saya suka awak. Sangat suka. Saya dapat rasa yang saya ada rasa kasih pada awak.
Anis hanya memandang skrin tanpa perasaan. Tidak ada guna semua itu. Keputusan sudah pun dibuat.
Mawar Putih > Maafkan saya. Saya hanya menurut kehendak orang tua. Walaupun saya tahu saya menempah tiket ke jalan yang tidak ingin saya lalu.
JS > Kenapa Awak bukan pilihan dia ke
Mawar Putih > Ya..tapi saya terima seadanya.
JS > Kalau awak rasa tidak bahagia, kenapa awak terima
Mawar Putih > Entahlah..mungkin itu jodoh saya. Saya cuba pujuk hati, semua itu adalah kebaikan yang datang dalam bentuk kepahitan. Cinta yang tidak terpandu. Mungkin ini satu hikmah untuk saya lebih mengenali Allah di atas segala apa ujian yang diberi kepada saya. Mungkin ada rahmatnya di situ. Saya redha.
JS > Awak masih ada masa untuk berkata tidak
Mawar Putih >Tak apalah..biar masa yang menentukan. Kalau ada jodoh kami akan bernikah.
JS > Saya sebenarnya ingin sangat jumpa awak. Boleh tak saya jumpa sebelum awak sah menjadi isteri orang
Mawar Putih > Kalau awak nak jumpa saya semata-mata nak pulangkan nota saya, saya rasa tak perlu. Nota tu saya dengan rela hati beri pada awak. Saya gembira bila nota tu dapat membawa awak menuju jalan yang benar. Saya doakan awak.
JS > Itu satu hal. Berilah peluang kepada saya untuk kenal awak, walaupun sekali. Bila awak sudah menjadi isteri orang nanti, saya dah tak ada peluang lagi.
Anis termenung. Jay terlalu ingin mengenalinya. Namun semua itu sudah tiada ertinya lagi. Minggu depan dia akan bergelar tunang Imran.
Mawar Putih > Baiklah..
JS > Terima kasih awak!
Mawar Putih > Assalamualaikum
Anis tatap skrin. Membaca semula perbualannya dengan Jay. Jay begitu mengharapkan sebuah pertemuan.