BOHONG! Saya tak percaya semua ni! Berdengung suara Ajai membentak.
Seisi hospital melihat pertengkaran antara Ajai dengan Lazim di lorong itu. Orang ramai hanya mendiamkan diri membiarkan keduaduanya terus bertarung dengan emosi mereka.
Ajai, percayalah. Ini suratnya. Bacalah. Perlahan nada Lazim memujuk.
Tidak. Saya tak akan terpedaya. Encik jangan cuba berdalih. Saya akan buat laporan polis kerana encik sengaja menyebabkan kemalangan Cikgu Isa tadi. Kalau berlaku perkara yang buruk, saya akan pastikan encik terima hukuman yang setimpal, lantang suara Ajai mempertahankan pendiriannya. Wajahnya pun bertukar garang dan bengis.
Ajai semakin menggila. Fikirannya bercelaru. Sebentar tadi dia didekati Lazim dan lelaki itu memperkenalkan diri sebagai bapa angkatnya. Dalam keadaan hatinya rusuh, dia gagal mengawal minda dan perasaannya. Segala apa yang diceritakan Lazim, enggan
diterimanya. Malah, dia sebaliknya menuduh Lazim sebagai penjenayah setelah mendapat tahu bahawa lelaki itulah yang memandu kenderaan Cikgu Isa tadi.
Lazim, kamu berehatlah dulu. Biar saya yang uruskan Ajai. Kecederaan kamu tu perlu dirawat juga. Datuk Murad datang membeningkan kekacauan.
Ajai tersentak. Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Datuk Murad menegur lelaki itu seperti mereka sudah lama karib.
Tak mengapalah, Datuk. Memang saya yang bersalah. Biar saya yang bertanggungjawab.
Ajai ialah amanah saya. Lazim cuba menenangkan dirinya sendiri. Dalam pada masa yang sama mengharapkan Ajai berlapang dada mendengar rajuknya.
Jiwa Ajai sesak. Dadanya bagai dihempas ombak keras yang menambah gelora resah di hatinya. Apa yang sedang berlaku Apa yang cuba kamu semua sembunyikan Ajai separuh menjerit mahu mendapatkan jawapan daripada Lazim dan Datuk Murad. Rambutnya digemal sekuat tenaga.
Sabar, Ajai. Kita boleh bincangkan perkara ini baik-baik. Duduk dulu, pinta Datuk Murad perlahan.
Lazim mara menghampiri Ajai. Tangannya didepa, mahu memeluk remaja itu. Maafkan ayah, nak.
Pantas Ajai menolak dada Lazim sebelum sempat lelaki itu mendakapnya. Lazim terperosok di kaki kerusi besi. Kepalanya terhantuk pada bucu besi penyangga kerusi awam di situ.
Aku tak kenal kau! Jangan kau sentuh aku!
Ajai! Ajeh jangan biadab! Dari jauh kedengaran suara Tok Batin Kutam. Ketua kampung itu kelihatan terhincut-hincut. Tangan kanannya yang baru dibubuh plaster paris dilekapkan di dada.
Datuk Murad terus meluru mendapatkan Lazim. Sempat juga dia menjeling tajam ke arah Ajai. Sungguh dia terkejut dengan sikap melampau Ajai.
Ajai kaget. Kakinya kaku membatu dan terkunci setiap pintu sendi. Jantungnya berdegup pantas melihat darah yang banyak mengalir memenuhi muka Lazim. Sungai merah yang sedang pasang itu menambah seriaunya.
Apa ajeh buat Ajeh gila Tok Batin Kutam membentak. Dia kecewa dengan sikap Ajai seperti samseng.
Ajai, ajeh tahu siapa yang ajeh tolak Dia suami si emok ajeh! tengking Tok Batin Kutam lagi.
Pengakuan Tok Batin Kutam menyedarkan Ajai. Sama ada dia mahu percaya atau tidak tentang identiti Lazim, itu perkara kedua. Yang
pastinya, dia telah bertindak kejam kepada seorang yang lebih tua daripadanya.
Dia terpinga-pinga. Lalu segera mendapatkan Lazim yang separuh sedar. Kepala Lazim berlumuran darah. Mata dan mulutnya terkatup rapat. Darah tetap meniti di bibir lebamnya.
Doktor! Tolong! seru Ajai dalam cemas.
TANGAN Lazim digenggamnya sekuat hati. Raut wajah lelaki itu diamati dengan teliti.
Balutan di kepala Lazim dielus halus. Air mata Ajai menitis di lengan lelaki itu.
Bersabarlah, Ajai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Nanti dia sedarlah. Doktor kata dia cuma pengsan. Kameena yang baru tiba di hospital selepas menghabiskan masa bersama wartawan cuba memujuk Ajai.
Ya Allah! Ampunilah dosaku. Ajai membenamkan kepalanya ke lengan Lazim. Tersedu-sedu dia menangis.
Di dalam wad itu cuma tinggal Datuk Murad dan Kameena. Tok Batin Kutam telah berangkat pulang ke Pekan selepas urusan rawatannya selesai. Dia perlu segera kembali menjalankan tugas sebagai ketua kampung di Kampung Kelipuk. Sebelum dia pulang, sempat juga dia meluangkan masa bersama Ajai.
Ajai perlu tahu tentang kisah sebenar hidupnya. Tok Batin Kutam telah menceritakan segala-galanya dari awal dilahirkan sehingga dia dipertemukan dengan Cikgu Isa. Kini, terserah kepada remaja itu untuk membuat pertimbangan.
Datuk Murad menghampiri Ajai yang masih terhinggut-hinggut melawan ombak sebak di dada.
Ajai, bertenanglah. Semuanya akan baik, insya-Allah. Berdoalah memohon pertolongan daripada Allah. Dia yang mengaturkan setiap apa yang berlaku di dunia ini. Maka kepadaNya jugalah tempat yang sesuai untuk kita meminta-minta. Datuk Murad memulakan peranannya sebagai seorang yang lebih tua.
Ajai melangut. Matanya dipagari kesan air mata. Hidungnya juga turut berhingus.
Datuk, saya kesal. Saya betul-betul tertekan. Ajai teresak-esak. Bicaranya pun kurang jelas didengari.
Tak apa, pak cik faham dengan situasi kamu. Pak cik dan Kameena mahu melawat Cikgu Isa di wadnya. Jika ada apa-apa nanti, beritahulah pak cik. Oh, ya! Sebelum terlupa, ada benda yang pak cik nak berikan kepada kamu. Nah, ini surat arwah ibu kamu. Bacalah. Datuk Murad menghulurkan sepucuk surat kepada Ajai.
Ajai menyambut huluran Datuk Murad sambil tangan kirinya menyeka pipi yang dibasahi suam air mata. Sekali-sekala hingusnya disedut.
Datuk Murad melemparkan senyuman kepada Ajai sebelum keluar dari wad itu. Kemudian dicuitnya bahu Kameena mengisyaratkan supaya meninggalkan Ajai berseorangan.
Ajai tidak mengendahkan anak-beranak itu. Matanya terus rakus menatap surat kusam yang sudah berkerumuk tadi.
Buat Lazim,
Ketika awak membaca surat ini, mungkin saya sudah menjadi isteri orang. Usah awak risau. Selepas saya sah menjadi isteri kepada bakal suami saya nanti, saya akan bersungguhsungguh melupakan awak.
Memang ini yang awak mahukan sejak dulu, bukan Lazim, tujuan saya mengutus surat ini adalah kerana mahu memohon ampun daripada awak selama saya bergelar isteri. Saya sedar saya telah banyak menyusahkan awak dan keluarga yang awak cintai.
Lazim, anak saya yang awak janjikan untuk menjaganya telah saya tinggalkan kepada orang lain. Ya, memang saya tergamak membuangnya sepuluh tahun lalu. Tetapi, saya tidak sanggup melihat anak itu merana
hidupnya di samping manusia hina dan miskin seperti saya. Saya tak mahu dia mati kelaparan. Selepas itu, saya melarikan diri ke kota. Setiap hari saya menanti hari terakhir saya di bumi ini. Sehinggalah saya ditemukan dengan seorang lelaki yang baik hati. Ya, kisahnya serupa seperti pertemuan kita dulu. Bezanya cuma saya tidak mengandung lagi.
Sekarang saya sudah bekerja di kota. Tetapi saya malu untuk menjaga anak itu semula. Anak itu juga tentu tidak akan menerima saya lagi. Lazim, jika awak masih berpegang kepada janji awak dulu, peliharalah dia. Dia sekarang tinggal bersama seorang bomoh. Berilah pendidikan yang secukupnya. Moga dia menjadi manusia yang baik. Sekali lagi saya mohon ampun. Sekian.
*Saya letakkan budak itu di belakang dapur rumah Pak Keman di Kampung Kelipuk, Pekan, Pahang.
- Zarina
Usai dibaca, serta-merta air mata Ajai menitiki surat itu. Maka, bersatulah air matanya bersama kesan air mata Lazim yang sudah berkali-kali membasahi surat itu sejak dia menerimanya. Atau mungkin air mata mereka berdua turut bersatu dengan air mata arwah Zarina juga.