Tika Cinta Berbisik - 33
Bab 32

SIAL! Marah benar Fakrul setelah mengetahui arwah Datin Rafeah telah meninggalkan wasiat.

Jadi, kita tak boleh guna faraidlah Fakrul menumbuk meja.

Sabar, Encik Fakrul. Saya akan usahakan. Saya dapat tahu arwah datin telah mengupah seorang peguam di Kelana Jaya untuk urusan wasiat ni.

Ah, mak tak pernah beritahu yang dia dah buat wasiat. Bila dia buat tanya Fakrul.

Maaf, saya pun tak tahu. Itu kena tanya peguam yang dia lantik. Itu pun kalau dia nak beritahu. Peguam ni ada etika, Encik Fakrul. Tak boleh dedahkan rahsia klien sesuka hati. Boleh kena saman nanti, jelas peguam itu.

Kalau ikut wasiat macam mana dengan pembahagian harta tu

Jika ada wasiat yang ditinggalkan, kita kena ikut wasiat itu. Kalau `A` kata dia `A`lah, kalau `B`, `B`lah.

Fakrul menjadi resah mendengar penerangan peguam itu.

Tapi.... Khairul tersenyum. Dia mendepakan tangan. Aku tak perlu risau. Pencabar aku bukan orang penting di mata mak. Hanya aku, Khairul, Azura dan Linda saja. Mereka pun dengan mudah aku pengaruhi. Mata Fakrul bersinar.

Habis, bagaimana sekarang Encik Fakrul Mahu saya teruskan

Tak, tak perlu. Kerja kau sampai di sini saja. Nah, ini upah kau. Selebihnya aku yang akan bertindak. Fakrul mengeluarkan sepucuk sampul surat coklat dan diserahkan kepada peguam itu.

Deringan telefon memaksa Fakrul mengangkatnya.

Assalamualaikum, Fakrul. Satu suara yang tak asing baginya memberi salam.

Hah, ada apa kau telefon aku. Ternyata dia tak senang dengan pemilik suara itu.

Abang telefon ni nak beritahu. Hujung minggu ni, kumpul di rumah abang ya. Peguam arwah mak akan datang.

Hm, baiklah. Azura dan Linda dah tahu

Sudah. Abang harap kamu semua dapat datang. Assalamualaikum.

Fakrul meletakkan kembali gagang telefon tan pa menjawab salam. Jarinya mengetuk-ngetuk meja.

Aku kena fikir sesuatu jika sebaliknya berlaku. Fakrul bersungut perlahan.

Sememangnya, Fakrul mahu agar dia mendapat harta yang lebih banyak daripada Azura dan Linda. Seandainya mereka berdua mendapat harta yang lebih pun, Fakrul tahu bagaimana mahu mempengaruhi dan mengalahkan mereka. Soal perniagaan keluarganya ada di tangannya. Malah, secara diam-diam dia telah membeli saham syarikat yang ada di Jepun, Hongkong dan Indonesia.

Dia sememangnya tamak pada harta. Segala- nya disebabkan kegagalannya sewaktu baru pertama kali membuka Syarikat Molder. Dia menganggap kegagalan pertama itulah sebagai kegagalan terakhirnya. Dia amat memusuhi dan membenci kegagalan silamnya. Seboleh mungkin, dia mahu orang sekeliling mengenali dan mengagungkannya. Pada dia, segala yang dimahukan hanya di hujung jari. Tiada yang mustahil baginya.

Jika Khairul mendapat lebih harta dari aku, aku tahu bagaimana mahu menguruskannya. Menghapuskannya juga boleh! Kelihatan di hujung bibir Fakrul terbentuk sebuah senyuman sinis.

NURUL keluar awal setelah selesai menghabiskan kerja pejabat. Sengaja dia menyiapkan kerja awal kerana hari ini dia akan bertemu seseorang. Tiba di pintu depan, sebuah kereta mewah berwarna hitam sudah menunggu.

Khairul menurunkan cermin kereta.

Nurul, masuklah, pelawanya.

Nurul membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Khairul. Terasa situasi yang begitu canggung pula rasanya.

Namun Khairul ternyata sebaliknya. Wajahnya tenang, amat tenang.

Kita mahu ke mana Nurul membuka mulut. Janggal pula membiarkan suasana terus menyepi.

Saya bawa Nurul makan dulu. Lepas tu baru kita bercerita panjang.

Nurul mengiyakan. Dadanya berombak kencang. Entah kenapa, dia berasa seperti ada yang tidak kena. Sejak mendapat panggilan telefon dari Khairul lagi, nafasnya sudah menjadi seperti tidak stabil.

Khairul membuka cd berzanji. Suara Umi Kal thum yang pernah memenangi Pertandingan Tadarus al-Quran di peringkat kebangsaan mengalun merdu.

Nurul mencuri-curi pandang wajah Khairul. Ada tanda hitam di dahinya.

Awak lihat apa tanya Khairul. Tengok saya

Nurul tersipu-sipu malu.

Mereka makan di Restoran Daun Pisang, meng hala keluar ke Shah Alam. Selesai makan, Khairul meminta izin untuk ke tandas.

Nurul berdiri menghampiri bunga orkid yang digantung cantik di satu penjuru. Teringat di rumah Tok Ayah yang banyak terdapat pokok orkid. Dia tahu Mak Limah gemar menanam orkid. Pantang pergi ke pasar malam, pasti dibelinya pokok orkid. Kadang-kadang dipesannya pada Nurul, agar membelinya jika mahu balik ke kampung.

Cantiknya, orkid seperti di restoran itu tidak ada di rumah Mak Limah. Nurul meneliti pokok orkid yang bunganya kelihatan seperti seekor rama-rama.

Mari duduk. Nak buat apa dengan pokok orkid tu

Dengan gembira Nurul kembali mendapatkan Khairul. Dia tersenyum melihat gadis itu.

Ada apa awak nak jumpa saya

Saya nak ucapkan terima kasih pada awak kerana maklumkan kematian arwah mak. Kerana awak, saya dapat hadiri pengebumian mak. Sayu bunyinya suara Khairul. Matanya merenung jauh.

Niat saya hanya mahu membantu. Lagipun, hanya saya dan kawan sepejabat yang menjaga arwah di hospital. Sudah ajal dia, kita sebagai manusia biasa perlu terima.

Maksud awak, adik-beradik saya tak ada yang menjaga mak Dahi Khairul berkerut. Hatinya tertanya-tanya.

Tak ada. Dah puas pihak hospital telefon namun seorang pun tak dapat dihubungi. Mungkin mereka sibuk dan tak ada di sini agaknya. Sudahlah, perkara lepas tak usah diungkit lagi.

Arwah mak mesti sedih, anak-anak tak ada masa pemergiannya. Saya pula jauh. Kalaulah saya tahu umur mak sesingkat ini, pasti saya sentiasa ada di sampingnya.

Khairul sudah tidak mampu membendung air matanya lagi. Hatinya benar-benar terkilan. Walau dia dapat menerima kematian ibunya namun sedikit sebanyak, dia berasa menyesal.

Sabar Khairul. Jangan diikutkan kata hati. Jangan biarkan diri kalah pada emosi. Iringilah pemergian arwah dengan doa bukan linangan air mata.

Saya terkilan kerana sepanjang hidupnya, saya belum mampu membalas jasa. Saya anaknya, darah dagingnya. Tapi tak cukup berjasa dengannya, Khairul mengesat air mata. Sedu-sedannya kedengaran jelas.

Khairul, untuk membalas jasa ibu dan ayah bukan setakat memberi duit tiap-tiap bulan. Saya ni dah kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil. Ustazah di sekolah saya pernah pesan, jika kita kehilangan orang yang kita sayang, sentiasa mengingatinya, cahayakanlah kuburnya dengan bacaan al-Quran, siramilah pusaranya dengan aliran tasbih dan zikir yang tiada henti serta serikanlah kuburnya dengan doa dan amalan setiap hari. Islam itu mudah, janganlah kita menyempitkannya.

Terima kasih, Nurul. Awak telah menyedarkan saya. Kadang kala saya malu pada diri sendiri, pada Tuhan. Ilmu akhirat saya masih kurang. Banyak yang perlu saya belajar. Setakat ini, alhamdulillah. Allah telah meluruskan jalan untuk saya mencari ilmu ukhrawi. Saya bercadang mahu membuat haji untuk arwah mak dan ayah ke Makkah. Apa pendapat awak

Hm, saya setuju. Sebagai anak itu juga salah satu tanggung jawab awak. Bila nak buat

Saya ingat penghujung bulan haji tahun ni lah, Wajah Khairul kembali ceria. Jelas terbayang keinginannya yang membara.

Eloklah kalau begitu. Lebih cepat lebih baik. Takut nanti awak lupa. Nurul memberikan semangat pada Khairul. Dia gembira melihat Khairul bersemangat semula.