DIARI CINTA ROMEO - 33
Dah hampir dua minggu semester baru bermula. Aku buntu. Aku terpinga-pinga bila hari pertama kelas bermula. Ibaratnya aku baru mendaftar sebagai pelajar baharu walau hakikatnya dah hampir tiga tahun aku belajar dekat kolej ni. Aku sesat, hilang punca. Aku rasa kosong. Incomplete. Seperti sudah tiada apa yang aku kejarkan lagi di sini. Entahlah.

Dan setiap saat dan detik itulah aku rasa penyiksaan paling teruk aku hadapi. Penantian yang tiada penghujungnya. Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku. Apa lagi yang aku harap daripada dia Nampak tak. Aku masih tak boleh nak lupakan dia, Apatah lagi melepaskan dia walaupun dia tu bakal tunang orang. Come on, sedangkan kapal terbang pun boleh kena rampas, inikan pulak manusia Betul, aku setuju dengan kenyataan tu. Tapi awal-awal aku cakap yang aku ni bukan jenis yang suka sailang orang.

Mungkin akan ada yang cakap, Dulu masa mula-mula kau try dia, kau tak fikir pulak yang dia memang dah berpunya. Betul, itu aku tak nafikan. Tapi masa tu aku tak pasti sama ada betul dia dah berpunya atau sebaliknya. Dan bila aku tahu bagaimana layanan Riz terhadap dia, memang aku takkan lepaskan dia. Aku tahu pun bila CapitalM yang cerita sendiri semua ni dekat aku. Dan aku bukannya jenis yang suka korek-korek rahsia. Pada aku, biarlah CapitalM cerita sendiri dekat aku semuanya bila dia dah sedia dan bila sampai masanya, finally yes she did it.

Aku pun tak cakap yang layanan aku pada CapitalM is the best. Tapi kalau nak tahu, kena tanya CapitalM. Dia tentu punya jawapannya. Aku pun kadang-kadang pernah jugak terasa hati dengan dia. Tapi macam yang aku cakap, kita manusia mana ada yang sempurna. Dan sekarang ni pun tengah popular dengan pepatah ni, Lelaki tak mencari yang sempurna, tapi lelaki mencari yang menyempurnakan. Maksudnya dekat sini, aku mencari orang yang boleh lengkapkan aku dengan apa yang aku tiada. Kalau aku tak pandai drive, dia boleh drive untuk aku atau dia boleh ajar aku drive. Atau kalau dia tak pandai masak, aku boleh ajar dia masak dan kami boleh sama-sama belajar memasak.

CapitalM. Rindunya Fiz dekat awak. Masih ada lagi ruang tak untuk kita bersama Sepanjang dua minggu ni, aku hanya sekali nampak dia. Itu pun masa dekat padang. Event Larian Guru 2012. Walau jarak kami dekat, tapi aku rasa jauh. Jauh sangat. Mungkin takdir sengaja nak menjauhkan kami. Dalam hal ni, apa yang aku mampu buat Tiada. Aku memang tak guna. Cinta sendiri pun tak mampu aku pertahankan. Dulu, aku pernah diberi pilihan sama ada untuk meneruskan hubungan itu atau semuanya akan berakhir. Tapi aku menolak. Sebab pada aku, biarlah cinta itu datang daripada kedua-dua belah pihak. Dan bukannya hubungan itu terjalin atas dasar keputusan yang aku buat. Akhirnya, hubungan itu berakhir saat itu juga. Nampak tak, aku rasa kalau aku buat keputusan untuk meneruskan hubungan tu, aku tak rasa hubungan itu akan kekal lama. Malah pengakhirannya mungkin akan lebih menyakitkan.

Tapi dalam kes aku dan CapitalM ni, aku terpaksa lepaskan dia. Bukan sebab dia tak cinta aku. Bukan sebab dia tak sayang aku. Tapi memang takdir kami telah ditetapkan begitu. Bercinta tak semestinya bersama. Betapa seksanya jiwa, merananya jasad. Bila orang yang kita cinta, kasih dan sayang berlalu diiringi linangan air mata hujan.

Bila hari pertama menjejakkan kaki dekat kolej, besar harapan aku sekiranya antara aku dan dia memang ada jodoh. Itu yang ada dalam mind set aku. Sebab aku tahu, harapan itu tetap ada. Walau aku tahu, ia adalah mustahil. Tapi aku tetap berkata, Siapa tahu yang mana jodoh itu memang milik kami Dan siapa aku untuk menidakkan ketentuan Allah Itu yang aku cuba katakan dalam hati agar aku terus kuat dan tidak pernah berputus asa untuk terus menunggu dan menanti.

Hakikatnya, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Tiada sebarang mesej atau panggilan yang aku terima sepanjang dua minggu aku di sini. Dan mengikut perjanjian, kalau tiada sebarang mesej atau panggilan daripada dia setelah perjanjian ini berakhir, fahamlah maksudnya bahawa antara kami memang betul-betul dah berkahir. Tamat. Dan nak tahu apa yang aku rasa bila aku dah tahu yang antara aku dan dia dah berakhir Sila baca perenggan satu.

Setakat ni, aku mampu stalker twitter dia je. Walau dulu aku pernah cakap yang aku dah unfollow dia dan dia privatekan akaun dia. Tapi lepas dia mention aku masa cuti hari tu, aku terus follow dia balik. Dan dalam masa 24 jam, dia follow back. Aku ingat, kami boleh jadi kawan dengan cara ni. Tapi aku silap. Ya, banyak kawan yang boleh jadi kekasih tapi tak banyak yang kekasih boleh jadi kawan. Ia amat menyakitkan bila kau baca tweet-tweet dia yang general tapi ditujukan untuk kau. Rasanya seperti ada seseorang yang sedang menyiat-nyiat hati kau. Lepas tu, dia tabur garam kasar. Tak cukup dengan tu, dia jemur sampai kering hati kau. Dan itu yang aku rasa.

Tentang Shimaa, dia pun dah makin senyap sekarang. Aku dah rasa yang kami semakin jauh. Walhal, dulu dia pernah berjanji yang dia akan sentiasa ada untuk aku sebagai seorang kawan. Tapi bila mesej tak berbalas, apa tu tandanya Takkan aku nak telefon dia Atau berjumpa direct Untuk apa Tidak. Aku tak mungkin lakukannya. Dan aku faham mungkin Shimaa ada sebab tersendiri kenapa dia berdiam diri. Cadar Ben10 yang aku janji nak bagi dekat dia pun belum sempat aku bagi. Alang-alang, nantilah aku bagi masa birthday dia 15 Julai nanti. Aku tak terfikir lagi macam mana nak bagi dekat dia. Sebab Nurul Ain pun dah senyap sekarang. Aku pun tak tahu kenapa semua orang nak dingin dengan aku Kalau aku ada salah, aku mintak maaf okay.

Dulu aku ingat, bila aku tulis diari ni, boleh banyak kebaikan pada aku. Misalnya, aku takkan miss perkara-perkara penting selain dapat memperbaiki cara penulisan aku. Tapi aku silap. Diari ni hanya berguna bila kau sedang rasa bahagia dan gembira. Then, kau akan terlonjat-lonjat sekeliling katil sampai kau rasa dunia ni kau yang punya. Dan bila dugaan satu-persatu datang, kau kuat lagi. Dan bila dugaan tu terus datang tanpa adanya kebahagian, di situ kau akan rasa diari ni hanya menyakitkan kau. Buat apa menulis tentang kedukaan Bukan aku nak menulis tentang kedukaan, walhal tiada siapa pun dalam dunia ni yang mahu kedukaan. Itu takdir. Dugaan dan kedukaan tu tetap akan terus datang. Dan aku takkanlah nak pilih perkara-perkara bahagia sahaja untuk diari Itu dah lari dari konsep diari.

Ini ialah diari pertama dan yang terakhir aku tulis. Aku takkan menulis diari lagi. Dan segala-galanya akan tamat di sini. Aku dah tak sanggup lagi menulis tentang perkara yang aku sendiri tak kuat nak hadapi. Banyak yang aku belajar daripada diari ni. Hakikatnya walau diari ni dah tamat, kenangan antara aku dan CapitalM takkan pernah padam dalam memori aku. Walaupun masa yang diberikan untuk kami singkat, tapi tu lebih bermakna. Terima kasih jugak dekat Nurul Shimaa. Cuma aku harap kita boleh jadi kawan baik. Sebab aku tahu, kita memang satu kepala. Kepada CapitalM, semoga berbahagia dengan Rizman. Fiz doakan hanya yang terbaik tuntuk awak.

Aku Aku pulak mungkin akan belayar bersama-sama diari ni. Dalam lautan cinta yang hanya bertopengkan niat dan segenggam keikhlasan demi sebuah keabadian. Aku masih menanti rusukku

Yesterday is buts todays memory, tomorrow is todays dream