rasa ingin tahu.
Lan! Irdiana berlari anak, mengejar Idlan dan terus menekan butang lif. Nasib baik sempat. Kalau tak, susahlah dia nak jumpa Idlan lagi. Dia juga tak tahu di mana Idlan tinggal sekarang ni.
Idlan berdecit kasar. Muncul Irdiana serta-merta buat mood dia mati. Pintu lif tertutup sendiri lalu dia memandang ke sisi.
You cakap apa dengan Papa sampaikan dia sanggup nak bagi syarikat ni pada you Irdiana mengangkat lurus jari telunjuk ke wajah Idlan.
Idlan buat-buat tak layan. Malas betul nak bertekak dengan perempuan yang dah tak ada kenamengena. Irdiana hilang sabar dengan kebisuan Idlan.
Beg tangan dihempuk ke dada Idlan dengan kasar, Cakaplah, Lan!
Idlan gosok dada. Rasa sakit ditahan akibat hentaman. Kenapa pukul I Boleh tak you siasat dulu sebelum tangan you cepat sangat pukul orang Marah Idlan. Bibir diketap menahan rasa bengang.
You tu susah sangat nak jawab apa yang I tanya! Suara Irdiana tinggi.
Idlan mendekati Irdiana rapat hingga ke dinding lif. Kedua-dua tangan mengepung kedudukan Irdiana. Tajam renungannya ketika itu. Kalau ikut hati, mahu saja dia tampar muka perempuan ni. Sakit betul dadanya akibat dipukul begitu.
Kalau you takut sangat syarikat ni jatuh ke tangan orang lain, kenapa tak bertindak dari sekarang Sebagai bekas suami, I nak beri nasihat. Papa tu dah tua. Dah sampai masanya dia bersara. Sampai bila you nak macam ni Enjoy sana sini dengan Arash dan habiskan duit Papa You ada kelulusan sama macam I. Kenapa tak gunakan kelebihan tu untuk berdiri sebelah Papa dan uruskan syarikat ni Fikirlah, Ir! Hilang rasa sayang, hilang juga rasa cinta. Kini timbul rasa benci yang menggunung.
Irdiana menahan getar di dada. Terkumat-kamit mulutnya ingin membalas kata-kata Idlan yang pedas berapi. Tapi, dia hanya diam. Gagal membuka mulut akibat panahan mata Idlan. Buat pertama kalinya dia ditengking seteruk itu.
Melihat Irdiana bungkam, Idlan bergerak menjauhkan diri. Nafas dihela panjang. Dia puas dapat sembur Irdiana begitu. Sudah lama hati dan perasaan ditahan-tahan untuk tidak memarahi Irdiana.
Irdiana betulkan beg tangan dibahu. Dia berpeluk tubuh. Apa hak you nak nasihatkan I macam tu Kita bukan suami isteri lagi.
Dan apa hak you nak serang orang tak tentu fasal Idlan pulangkan paku buah keras sebelum melangkah keluar sejurus pintu lif terbuka.
Irdiana ketap bibir. Berlagak betul Idlan sekarang.